Posts

Showing posts from July, 2010

tips memilih & membeli komputer

Jika anda berimpian untuk membeli laptop baru, pastikan anda membuat pilihan yang bijak terlebih dahulu. Ramai orang yang membeli laptop baru hampa kerana tertipu dengan reka bentuk luaran yang cantik dan nampak canggih padahal spesifikasi entah apa-apa. Ada juga yang terpengaruh dengan iklan dan promosi melampau oleh promoter kedai komputer. Bagi saya, kalau anda sanggup berbelanja beribu2 anda kena lah membeli laptop yang betul2 bagus dan berbaloi dengan harga yang anda bayar itu. Tak gitu? Artikel ini ditulis bagi membolehkan anda mempunyai sedikit idea tentang tips memilih dan membeli laptop. Saya akan tekankan mengenai beberapa aspek dan kriteria penting dalam memilih jenis laptop. 1. Model laptop Laptop ada berbagai jenis model dari beberapa jenis pengeluar. Antaranya Acer, Compaq/HP, Dell, Toshiba, Fujitsu, Lenovo, Sony dll. Kalau di Malaysia, laptop Acer paling ramai orang pakai, dan di peringkat dunia pula laptop Dell menjadi pilihan utama pengguna. Rajin2kan diri berkunjung k
Image
Anugerahkan NikmatMu Bersama RahmatMu Tuhan aku pinta padaMu Anugerahkanlah padaku nikmatMu bersama rahmatMu Janganlah Engkau kurniakan padaku semata-mata nikmat tanpa rahmat RahmatMu lebih utama dan lebih besar daripada nikmatMu Apakah erti nikmat jika tak disertai dengan rahmat Tuhan… setiap kebaikan yang aku buat aku tidak harapkan syurgaMu Tapi yang aku harapkan adalah keredhaanMu KeredhaanMu lebih mahal daripada syurgaMu Tuhan… begitulah aku takut membuat dosa Bukan kerana takut nerakaMu Tapi aku takut dengan kemurkaanMu KemurkaanMu lebih dahsyat dan lebih hebat darpada nerakaMu Jadikanlah aku wahai Tuhan Setiap ibadah yang aku buat mengharapkan rahmatMu Bukan mengharapkan syurgaMu Jadikanlah aku takut membuat dosa kerana kemurkaanMu Tuhan… biarkanlah apa yang aku lakukan keranaMu Bukan kerana syurgaMu atau nerakaMu Tapi kerana Mu dan untukMu adalah keikhlasan yang paling tinggi Itulah sifat orang yang merdeka. [ Petikan SMS yang diterima daripada Ust. Hamzah, Jitra Kedah Darul Am