Posts

Showing posts from February, 2013

ORGANISASI

PENGERTIAN ORGANISASI SECARA UMUM Organisasi boleh dilihat dalam pelbagai persektif bergantung kepada kepentingan, dimensi, kriteria dan skop kajian berkenaan. Bagaimanapun, pembentukan sesebuah organisasi sering dianggap untuk mencapai matlamat tertentu. Oleh itu, ianya sering menggabungkan kelompok-kelompok manusia tertentu berbanding secara individu untuk mencapai matlamat berkenaan. Pihak pengurusan organisasi akan menggabungkan dan menstrukturkan aktiviti ke arah pencapaian matlamat organisasi. Menurut Etzioni (1970) organisasi adalah unit sosial (manusia) yang dibina atau dirancang semula bagi mencapai matlamat tertentu. Manakala Homans (1950), berpendapat bahawa organisasi seolah-olah sebuah syarikat yang besar dan rasmi sama ada dimiliki oleh kerajaan atau pihak persendirian dalam masyarakat moden iaitu kecenderungan untuk wujud dalam kelompok manusia. Ia berasaskan kepada masyarakat moden. Robbins (1993) pula mendefinisikan organisasi sebagai koordinasi unit sosial mengand