Posts

Showing posts from 2014

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

xml feed 1.0                  PENGENALAN             Program Khidmat Masyarakat merupakan sebahagian dari kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar semseter 1 UUM PJJ cawangan Kelantan . Melalui mata pelajaran ini pelajar dikehendaki merancang, melaksanakan dan membuat laporan berkenaan projek yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu khidmat masyarakat. Program ini berhasarat untuk melaksanakan  khidmat bakti di sebuah rumah anak yatin di daerah Kubang Kerian, Kota Bharu. Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka  juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang. Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian  memandangkan mereka merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya yang mer