Posts

Showing posts from June, 2015

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA

DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN Pengurusan Kewangan adalah proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Termasuklah proses-proses yang melibatkan perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya. AKTIVITI UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM a) Menetapkan skop dan kandungan polisi fiskal -menentukan program-program dan memperuntukkan sumber-sumber yang perlu bagi melaksanakan program-program. -mempertimbang dan menyelesaikan isu-isu pengangguran, inflasi, pinjaman, percukaian dan perolehan hasil. b) Mewujudkan garis-garis panduan dan standard-standard umum bagi memastikan wang dibelanja secara bertanggungjawab bagi mencapai objektif-objektif yang telah ditentukan. c) Menyediakan sistem kawalan dalaman dan struktur organisasi yang sesuai untuk melaksanakan

ANALISA PEKERJAAN

1.0 Definisi Analisis kerja merupakan suatu proses teratur untuk menentukan tugas-tugas yang terlibat dalam sesuatu kerja serta jenis kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk melakukan kerja tersebut. ( June M.L. Poon, 1994 ) Analisis kerja ialah satu proses pemerhatian yang teliti terhadap kerja yang di lakukan dan pencatatan maklumat untuk digunakan oleh pihak pengurusan ( Rozhan Othman, 1991 ) Analisis kerja ialah satu teknik mengkaji suatu kerja untuk mengenalpasti kemahiran, pengetahuan, pemgalaman dan keperluan-keperluan lain yang penting untuk melaksanakan sesuatu tugas. ( Maimunah Aminuddin, 1994 ) Daripada kenyataan di atas dapatlah di buat rumusan bahawa analisis kerja ialah suatu proses pemerhatian yang teliti dan teratur terhadap sesuatu kerja untuk mengenalpasti tugas-tugas yang terlibat, jenis kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjana sesebuah organisasi. 2.0 Kegunaan Analisis Kerja Setiap organisasi perlu membuat analisis kerja. Ini keran