Posts

Showing posts from July, 2015

HUBUNGAN ETNIK

http://cdn.mobicow.com/feed/link/pub/18223/sub/15589 PENGENALAN Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilang

KENEGARAAN MALAYSIA

1.0 KONSEP KEPIMPINAN Benarkah pendapat yang mengatakan bahawa pemimpin tidak dapat dipisahkan dengan kepimpinan? Pemimpin dan kepimpinan adalah pelengkap antara satu sama lain. Pemimpin adalah individu manakala kepimpinan pula melambangkan kebolehan individu untuk melakukan sesuatu melalui orang lain. Tegasnya pemimpin tidak akan bermakna jika wawasannya tidak lagi dituruti atau dipatuhi oleh orang lain. Pemimpin adalah personaliti atau individu yang diberi tanggungjawab serta diamanahkan untuk memimpin kelompok individu, kumpulan, organisasi, negara ataupun sesuatu unit sosial (keluarga).Pemimpin juga boleh dilihat dari berbagai perspektif seperti pemimpin politik, pentadbiran, korporat, komuniti, agama dan sebagainya [1]. Wujud perbezaan pendapat samada pemimpin dibentuk atau dilahirkan. Dalam buku The Skill of Leadership menyatakan bahawa `Leaders are born not made’[2]. Dalam buku,`Leadership Dilemmas- Grid Solutions pula menyatakan bahawa wujudnya pelbagai persoalan berhubung