tips memilih & membeli komputer
Jika anda berimpian untuk membeli laptop baru, pastikan anda membuat pilihan yang bijak terlebih dahulu. Ramai orang yang membeli laptop baru hampa kerana tertipu dengan reka bentuk luaran yang cantik dan nampak canggih padahal spesifikasi entah apa-apa. Ada juga yang terpengaruh dengan iklan dan promosi melampau oleh promoter kedai komputer. Bagi saya, kalau anda sanggup berbelanja beribu2 anda kena lah membeli laptop yang betul2 bagus dan berbaloi dengan harga yang anda bayar itu. Tak gitu? Artikel ini ditulis bagi membolehkan anda mempunyai sedikit idea tentang tips memilih dan membeli laptop. Saya akan tekankan mengenai beberapa aspek dan kriteria penting dalam memilih jenis laptop. 1. Model laptop Laptop ada berbagai jenis model dari beberapa jenis pengeluar. Antaranya Acer, Compaq/HP, Dell, Toshiba, Fujitsu, Lenovo, Sony dll. Kalau di Malaysia, laptop Acer paling ramai orang pakai, dan di peringkat dunia pula laptop Dell menjadi pilihan utama pengguna. Rajin2kan diri berkunjung k...