Anugerahkan NikmatMu Bersama RahmatMu
Tuhan aku pinta padaMu
Anugerahkanlah padaku nikmatMu bersama rahmatMu
Janganlah Engkau kurniakan padaku semata-mata nikmat tanpa rahmat
RahmatMu lebih utama dan lebih besar daripada nikmatMu
Apakah erti nikmat jika tak disertai dengan rahmat
Tuhan… setiap kebaikan yang aku buat aku tidak harapkan syurgaMu
Tapi yang aku harapkan adalah keredhaanMu
KeredhaanMu lebih mahal daripada syurgaMu
Tuhan… begitulah aku takut membuat dosa
Bukan kerana takut nerakaMu
Tapi aku takut dengan kemurkaanMu
KemurkaanMu lebih dahsyat dan lebih hebat darpada nerakaMu
Jadikanlah aku wahai Tuhan
Setiap ibadah yang aku buat mengharapkan rahmatMu
Bukan mengharapkan syurgaMu
Jadikanlah aku takut membuat dosa kerana kemurkaanMu
Tuhan… biarkanlah apa yang aku lakukan keranaMu
Bukan kerana syurgaMu atau nerakaMu
Tapi kerana Mu dan untukMu adalah keikhlasan yang paling tinggi
Itulah sifat orang yang merdeka.
[ Petikan SMS yang diterima daripada Ust. Hamzah, Jitra Kedah Darul Aman 18 November 2009]

Comments