Posts

GMGA2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

    KAJIAN TAHAP INTEGRITI DI KALANGAN PENJAWAT AWAM DI KOTA KINABALU, SABAH 1.0               PENGENALAN                         Etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan.( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam-INTAN, 1991)[1]. Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial dengan orang lain.( Shukri Ahmad & Razali Mat Zin, 2001-Adab & Etika Kerja dalam Organisasi)[2].       ...