KAJIAN EMPIRIKAL BUDAYA ORGANISASI DAN PRESTASI KERJA
http://cdn.mobicow.com/feed/link/pub/18223/sub/15589
KAJIAN
1 :
Boon,
Arumugam, Vellapan, Yin & Wai ( 2006 ) telah menjalankan kajian / analisa
secara kuantitatif tentang hubungan antara budaya organisasi dengan kepuasan
kerja pekerja di sektor kesihatan di Malaysia. Kajian dijalankan
terhadap pekerja-pekerja di empat ( 4 ) organisasi kesihatan di negeri Perak.
Dapatan kajian telah menunjukkan persepsi pekerja terhadap pembolehubah budaya
organisasi hubungannya adalah signifikan dan positif terhadap kepuasan kerja
pekerja.[9]
Kajian
ini membuktikan semakin tinggi tahap kesedaran pekerja terhadap ( 5 ) dimensi budaya
organisasi iaitu sokongan, penekanan terhadap ganjaran, inovasi,
berorientasikan prestasi, kestabilan dan komunikasi maka semakin positifnya
reaksi terhadap kepuasan pekerja. Kajian juga menunjukkan dimensi sokongan
adalah paling dominan diantara ( 5 ) dimensi budaya organisasi dan mempunyai
hubungan yang kuat dengan kepuasan pekerja. Kajian ini juga menyokong dapatan
kajian terdahulu oleh Lund ( 2003 ), Gray, Densten dan Sarros ( 2003 ).
KAJIAN
2 :
Mohammad
& Arif ( 2000 ) telah menjalankan kajian tentang hubungan antara budaya
organisasi dan hasil kerja dikalangan organisasi Malaysia. Kajian dijalankan di
tujuh ( 7 ) buah syarikat swasta di Malaysia. Dapatan kajian telah menunjukkan terdapat
hubungan diantara budaya organiasasi dengan penglibatan kerja dan komitmen
organisasi. Hubungannya adalah positif dan kuat. Hasil kajian ini juga
konsisten dengan kajian-kajian yang terdahulu dimana peranan budaya organiasasi
adalah menggalakkan hasil kerja yang positif. Dapatan kajian juga menunjukkan
terdapat beberapa dimensi budaya organisasi yang menggalakkan keberkesanan dan
produktiviti para pekerja dimana pada akhirnya ia membolehkan organiasai mencapai
kelebihan daya saing yang kompetitif. Oleh itu budaya organisasi perlu dipantau
secara berterusan supaya kepercayaan dan nilai yang dikongsi bersama oleh ahli-ahli
dalam organisasi terus berevolusi dan pada akhirnya amalan-amalan pihak
pengurusan boleh mempermudahkan budaya kerja yang kondusif .[10]
KAJIAN
3 :
Rashid,
Sambasivan & Johari ( 2002 ) telah menjalankan kajian tentang pengaruh
budaya korporat dan komitmen organisasi terhadap prestasi kewangan syarikat syarikat
Malaysia. Dapatan kajian telah menunjukkan terdapat hubungan diantara budaya
korporat dengan komitmen organisasi. Hubungannya adalah signifikan dan positif
terhadap kepuasan kerja pekerja. Hasil kajian ini adalah implikasi yang cukup
penting untuk pembangunan sumber manusia dan memotivasikan pekerja. Kajian ini
juga membuktikan budaya korporat dan komitmen organisasi mempunyai impak dan mempengaruhi
prestasi kewangan syarikat. Ini bermakna jenis budaya korporat dan komitmen
organisasi boleh merupakan faktor penting dalam menentukan prestasi cemerlang
atau kejayaan syarikat.
KAJIAN
4 :
Lok
& Crawford ( 2003 ) telah menjalankan kajian tentang pengaruh budaya
organisasi dan gaya kepimpinan terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi
bagi pengurus-pengurus pelbagai industri di Hong Kong dan Australia. Dapatan
kajian telah menunjukkan pengurus dari Australia mempunyai “ Mean Scores ” yang
lebih tinggi bagi pembolehubah budaya organisasi inovasi dan sokongan terhadap kepuasan
kerja dan komitmen organisasi berbanding dengan pengurus dari Hong Kong. Bagi
kedua-dua sampel, pembolehubah Inovasi, sokongan dan gaya kepimpinan yang bertimbang-rasa
mempunyai pengaruh yang positif terhadap kepuasan kerja dan komitmen
organisasi.
KAJIAN
5 :
Ibrahim,
Sejini & Qassimi ( 2006 ) telah menjalankan kajian terhadap hubungan antara
penilaian kendiri prestasi kerja dan kepuasan kerja dikalangan pekerja-pekerja
sektor awam di United Arab Emirates. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat
hubungan yang signifikan diantara penilaian kendiri prestasi kerja dengan kepuasan
kerja keseluruhannya. Begitu juga bagi ” moderating variable ” seperti jantina,
taraf perkahwinan, tempoh berkhidmat dan kedudukan juga menunjukkan tiada
sebarang hubungan yang signifikan. Walau bagaimanapun terdapat hubungan yang signifikan
diantara penilaian kendiri prestasi kerja, kewarganegaraan, kedudukan terhadap
gaji dan faedah, pembangunan kerjaya dan paling penting suasana / keadaan
tempat kerja ( work environment ).
KESIMPULAN
Cara
kerja atau budaya kerja yang hendak dibina adalah berdasarkan dorongan ke arah
pencapaian hasil yang bermutu dan perkhidmatan cemerlang, sentiasa menghasilkan
idea baru, berdisiplin, ilmiah dan profesional, kerja berpasukan dan wujudnya
rangkaian kerja.
Seorang
yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja sambil lewa. Kerja dan tugas
sehariannya tidak akan dianggap sebagai bebanan atau sebagai satu rutin yang
membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakan akan dilakukannya dengan
bersungguh-sungguh, tidak sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.
Prestasi
kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika menemui kesulitan ketika melaksanakan
tugas, perkara perlu dilakukan adalah berusaha mencari jalan mengatasi atau
menyelesaikan masalah itu dan tidak mudah berpatah hati dan mengaku kalah
sebelum menyelesaikannya.
YAB
Tun Dr. Mahathir b. Mohamad (Mantan Perdana Menteri Malaysia) ada menegaskan
bahawa:
“ Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang
tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. apabila kita mencapai kualiti,
ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar.”
Kenyataan
Tan Sri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (1995) (bekas Ketua Setiausaha Negara) :
“Perlumbaan kepada peningkatan kualiti
sebenarnya adalah dua perlumbaan.satu untuk kehadapan; dan satu lagi sentiasa
dihadapan”.
“Jangan
masukkan sampah sarap dalam otak kita. kalau kita sangka kita malas maka
malaslah kita. kalau kita sangka kita lembab, maka lembab lah kita. Kalau kita
fikir kita mangkuk maka mangkuklah kita tetapi kalau kita fikir kecemerlangan
itu mudah, maka mudahlah untuk kita jadi cemerlang”.
Untuk
mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin. Mereka
yang mempunyai disiplin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan.
Sesungguhnya budaya kerja yang cemerlang sememangnya amat dituntut oleh ajaran
Agama Islam supaya dapat meningkatkan lagi pembangunan ekonomi dan sahsiah
rakyat.
Comments