KAJIAN EMPIRIKAL BUDAYA ORGANISASI DAN PRESTASI KERJA
http://cdn.mobicow.com/feed/link/pub/18223/sub/15589 KAJIAN 1 : Boon, Arumugam, Vellapan, Yin & Wai ( 2006 ) telah menjalankan kajian / analisa secara kuantitatif tentang hubungan antara budaya organisasi dengan kepuasan kerja pekerja di sektor kesihatan di Malaysia . Kajian dijalankan terhadap pekerja-pekerja di empat ( 4 ) organisasi kesihatan di negeri Perak. Dapatan kajian telah menunjukkan persepsi pekerja terhadap pembolehubah budaya organisasi hubungannya adalah signifikan dan positif terhadap kepuasan kerja pekerja.[9] Kajian ini membuktikan semakin tinggi tahap kesedaran pekerja terhadap ( 5 ) dimensi budaya organisasi iaitu sokongan, penekanan terhadap ganjaran, inovasi, berorientasikan prestasi, kestabilan dan komunikasi maka semakin positifnya reaksi terhadap kepuasan pekerja. Kajian juga menunjukkan dimensi sokongan adalah paling dominan diantara ( 5 ) dimensi budaya organisasi dan mempunyai hubungan yang kuat dengan kepuasan pekerja. Kajian ini juga menyokong...