DOA MAJLIS RASMI
KOLEKSI DOA
MAJLIS RASMI SEKOLAH
DOA MAJLIS
PERHIMPUNAN (1)
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Karim , Ya
Sesungguhnya
kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu
yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur
samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada
kami .
Ya Allah Ya
Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa
kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi
kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan
kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati
kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan
menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali
Wal Ikram,
Kurniakanlah apa
kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing
dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا
، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ
اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA MAJLIS
PERHIMPUNAN (2)
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya
tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Bersempena dengan perhimpunan ini kami
mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta
kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami
untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang
kami kasihi.
Ya Allah Ya
Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu.
Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan
mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami
dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada
kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami,
pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan
umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami
jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat.
Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (1)
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal
‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada
pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran
dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Ya
Qadhiaal Hajat,
Sesungguhnya Engkau
Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan
dalam medan
perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di
bawah kekuasaan dan iradatmu jua.
Justeru… kami pohon
padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah engkau
lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya.
Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..
Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,
Hanya padaMu kami
mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan kecemerlangan.
Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan akhirat.
Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada
agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA
MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM (2)
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Terangilah hati kami dengan
cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu
selama-lamanya
Ya Allah , Ya Hakim Ya Halim,
Kami pertaruhkan
kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka kembalikanlah semula
kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau buat kami melupainya
Ya Allah Ya
Ghaffar ,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa
kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti
kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu
dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada
kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya
Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau
terima keuzuran kami,
Engkau
mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau
kabulkan permohonan kami,
Engkau
mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya
Ghaffar,
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ
إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحُزْنَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
رَبَّنَا
ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ
مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا آتِنَا ِفي الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَِفي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وصلى الله على سيدنا
محمد وعلى آله وصحبه أجمعين وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ
DOA SEMPENA
MESYUARAT
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Allahumma Antal
‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada
pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran
dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami
berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami
dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan
memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan
negara.
Justeru… berkati
pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan
minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan
keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang
berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur
rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan
pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Allahumma Ya ‘Aliim , Wa Ya
Khabiir,
Jadikanlah kami Ya
Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya
Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada
kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang
waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman
serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA
MESYUARAT PIBG
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya
Karim ,
Sesungguhnya
pada hari ini kami
berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul
untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul
untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran,
tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan
anak-anak kami .
Ya Allah , Ya
Munzilal Barakat ,
Berkatilah
usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan
menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan
dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia
mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya
Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Perbaikilah
segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan
lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa
keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara
pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya
Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Ya Allah
kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA
HARI GURU
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah ,
Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan
rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis
sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi
yang berbahagia ini dengan tema :
(Tema Hari Guru
Tahun Semasa)
Ya Allah , Ya
‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya
tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru
itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan
tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru
kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah
mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu
semata-mata .
Ya Allah , Ya
Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan
pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih
sayang kepada barisan pendidik yang
budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan
menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran ,
ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat
permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam
memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga ,
idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum
pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya
Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan
ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya
Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur ,
mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru
kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa
mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang
sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
DOA SEMPENA
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya
Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan
kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada
dalam
Majlis Anugerah
Kecemerlangan . Sekolah (Nama Sekolah)
Ya Allah Ya
Fa’aalullimaayurid
Kami memohon
kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan
rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama
menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga
kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan
lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik
mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada
kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang
pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya
Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah
pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini
sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti
kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan
gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang
akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon
daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan
menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka
sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai
kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA MAJLIS SOLAT HAJAT
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ
تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ
وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya
Tuhan Kami
Sesungguhnya pada
ketika ini kami berkumpul kerana-Mu
Kami berkumpul
untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya
ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat
telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga
menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap
musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa
puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau .
Ya Allah , Ya
Karim Ya Wadud ,
Berkatilah
usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja
Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan
dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.
Ya Rahman Ya
Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Sesungguhnya
Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau
terima keuzuran kami,
Engkau
mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau
kabulkan permohonan kami,
Engkau
mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya
Ghaffar,
Ya Allah
Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’
Ya Allah
kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
DOA
SEMPENA HARI SUKAN
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ
تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ
وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk
mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan
firman-Mu yang mulia :
قُلْ إِنَّ صَلاَتِيْ ونسكي ومحياي ومماتي ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ .
Sesungguhnya
solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku semata-mata hanya untuk-Mu Allah.
Ya Allah , Ya
Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,
Sejahterakanlah
tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah
penglihatan kami .
Ya Allah , Ya
Hayyu Ya Qayyum ,
Ya Allah
kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.
Ya Allah , Ya
Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Berkatilah
usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan
menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan
dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam
aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA
HARI KARNIVAL / KANTIN
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ
تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ
وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah ,
Tuhan Penguasa Alam ,
Kami merafakkan
rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini .
Ya Allah Ya
Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari
ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul
untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Kami berkumpul
untuk menghubungkan silaturahim,bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan
menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan dana
kewangan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Berkatilah
usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik
kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan
dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu
melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya
Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Jadikanlah kami
orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah
kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkan keburukan .
Ya Hayyu Ya
Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Kami memohon kekuatan
dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat
melaksanakan segala kebajikan
Dan kami pohon
perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan .
Ya ‘Azizi Ya
Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Ya Allah
kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
DOA SEMPENA PERKHEMAHAN/AKTIVITI LUAR
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ
تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ
وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah Ya
Tuhan Kami
Kami merafakkan
rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri perkhemahan pada kali ini .
Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Sesungguhnya
pada hari ini kami berkumpul bagi menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar
pendapat di samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi yang
berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya Allah.
Ya Rahman Ya
Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Engkau
perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasi kami
dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari
sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan
bimbinglah kami ke jalan kebenaran .
Ya Hayyu Ya
Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,
Jadikanlah kami
orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah
kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkan keburukan .
Ya Allah , Ya
Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Kurniakanlah
kepada kam kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian
yang mendatang daripada-Mu Ya Allah .
Berkatilah
usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan
menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati
samada dalam bidang akademik mahupun keperibadian .
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA
SEMPENA MINGGU ORIENTASI PELAJAR BARU
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ
تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ
وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,
Kami merafakkan
rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun
Semasa) pada hari ini .
Ya Allah , Ya
Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari
ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul
untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Ya Allah ,
Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah
usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik
kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan
dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu
melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya
Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Mudah-mudahan
maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri
yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang sentiasa
dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa
berusaha bersungguh-sungguh untuk
meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah
merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah .
Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang
kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu .
Ya Munzilal
Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah
kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
DOA SEMPENA
PERLANTIKAN PENGAWAS
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ
تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ
وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Kami merafakkan
rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Majlis Penghargaan Pengawas Sesi (Tahun Lalu) dan Majlis Perlantikan
Rasmi Pengawas Sesi (Tahun Semasa) pada hari ini.
Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya
Syaafi ,
Jadikanlah
Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional ,
bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga
dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .
Ya Allah , Ya
Faliqul Habbi wan nawa ,
Berkatilah
usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan
pengawas kami akan menjadi pengawas yang
bertanggungjawab , mempunyai keyakinan diri yang tinggi , ketabahan yang padu,
dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini . Sekaligus
menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan
dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu
melahirkan barisan pegawas yang berketrampilan dan berwibawa .
Ya ‘Azizi Ya
Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah
kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah
diri kami dengan kesihatan.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
DOA SEMPENA MAJLIS
PENUTUP KURSUS/SEMINAR/BENGKEL
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ
تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ
وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .
Ya Allah
Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya .
Ya Allah \kami
merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama ( Nyatakan
bilangan hari ) dalam
(Nyatakan Nama Kursus) . Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami
menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus ini
dengan jayanya .
Ya Allah
Bagi-Mu segala puji dan puja ,
Kurniakanlah
kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh
segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan
kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar
Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah
lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan
anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah ,
sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .
Ya Allah ,
Qaadhial Hajat ,
Tika dan saat
ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan
penuh dengan pengharapan ,
Sesungguhnya
kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ;
Sesungguhnya
kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam amal jamai’e
dan kolektif ;
Sesungguhnya
kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran
seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya
kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati kami
untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana
Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya
hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka satukanlah
hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam
menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .

Comments