1.0 Pengenalan Komunikasi merupakan satu unsur yang penting dan nadi utama dalam kehidupan manusia. Manusia perlu berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kepada sesiapa sahaja. Menurut Samsuddin (1997), pada zaman moden ini, keperluan berkomunikasi bukan sahaja terhad untuk memenuhi keperluan hidup asas seperti bertutur dengan rakan-rakan atau saudara mara, malah kehidupan manusia bertambah kompleks dan keperluan untuk berkomunikasi semakin luas. Secara sedar mahupun tidak, kepentingan komunikasi dapat dirasakan kerana tanpa komunikasi, manusia semacam tidak boleh hidup. Mereka tidak dapat berinteraksi dengan orang lain dan kehidupan mereka tidak akan teratur. Menurut George dan Jones (1996), komunikasi merupakan perkongsian maklumat antara dua atau lebih individu atau kumpulan dalam mencapai satu pemahaman umum. Menurut Richmond dan McCrosky (1992) dalam buku mereka yang bertajuk Organizational Communication fo...
Comments