PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA
DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN Pengurusan Kewangan adalah proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Termasuklah proses-proses yang melibatkan perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya. AKTIVITI UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM a) Menetapkan skop dan kandungan polisi fiskal -menentukan program-program dan memperuntukkan sumber-sumber yang perlu bagi melaksanakan program-program. -mempertimbang dan menyelesaikan isu-isu pengangguran, inflasi, pinjaman, percukaian dan perolehan hasil. b) Mewujudkan garis-garis panduan dan standard-standard umum bagi memastikan wang dibelanja secara bertanggungjawab bagi mencapai objektif-objektif yang telah ditentukan. c) Menyediakan sistem kawalan dalaman dan struktur organisasi yang sesuai untuk melaksanakan ...