DASAR DAN ANALISIS FISKAL
PENGENALAN
Dasar fiskal kerajaan bukan sahaja membantu memungut
sumber tetapi dapat digunakan bagi tujuan meningkatkan taraf hidup di kalangan golongan
miskin. Kerajaan juga membelanjakan hasil kerajaan dalam bentuk projek-projek yang
boleh meningkatkan kualiti hidup dan keupayaan menambahkan pendapatan rakyat
terutamanya golongan miskin. Barang dan perkhidmatan yang membawa implikasi
sosial yang besar sewajarnya disediakan oleh kerajaan supaya membolehkan semua
pihak mendapat faedah. Rakyat diberi peluang mendapatkannya secara percuma atau
pada kadar bayaran yang rendah. Tanpa pembiayaan ini mungkin menyebabkan
golongan miskin tidak mampu menikmati taraf hidup yang lebih baik kerana pihak
swasta akan mengenakan bayaran yang tinggi bagi menjual barangan berkenaan.
Salah satu cara yang dapat digunakan oleh
kerajaan untuk mengatasi masalah lompang inflasi dan deflasi ialah melalui
dasar fiskal. Dasar fiskal ini boleh digunakan melalui tiga cara iaitu : -
a) Mengubah cukai
Perubahan cukai dapat dilakukan ke atas cukai-cukai
yang dikutip daripada individu atau firma. Untuk menghadapi pengangguran, kerajaan
akan mengurangkan cukai. Cukai yang lebih rendah akan menyebabkan pendapatan
boleh guna rumahtangga bertambah dan dapat meningkatkan penggunaan. Ia juga
menyebabkan keuntungan selepas cukai bertambah dan lebih banyak wang dapat
digunakan untuk membuat pelaburan.
b) Mengubah perbelanjaan kerajaan
Dalam masa inflasi, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya
bagi menurunkan perbelanjaan agregat dan mengurangkan kadar inflasi. Pada masa
berlakunya kadar pengangguran yang tinggi, kerajaan akan bertindak menambahkan
perbelanjaan agregat supaya dapat menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi.
Walau bagaimanapun, kebanyakan negara selalunya membuat pertimbangan yang teliti
sebelum melaksanakan dasar ini disebabkan beberapa kesan buruk yang mungkin
timbul. Hal ini berlaku kerana kerajaan terpaksa meminjam dan menambahkan
hutang negara untuk membiayai peningkatan dalam perbelanjaan sedangkan pinjaman
secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan berlakunya
inflasi pula. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika kerajaan perlu meminjam
daripada sumber luar negeri kerana jumlah matawang asing yang banyak perlu disediakan
untuk membayar pinjaman dan faedahnya.
c) Mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan secara
serentak
Teknik ini boleh dilakukan melalui dua cara iaitu
dengan mengubah cukai dan perbelanjaan kerajaan ke arah yang bertentangan,
iaitu apabila cukai dinaikkan maka perbelanjaan kerajaan dikurangkan dan
sebaliknya. Ataupun, cukai dan perbelanjaan kerajaan berubah ke arah bersamaan.
Tujuan teknik kedua ialah untuk mencapai belanjawan berimbang.
Kedudukan kewangan Malaysia dalam tahun-tahun
akan datang bergantung kepada usaha untuk meningkatkan hasil cukai,
meningkatkan produktiviti perbelanjaan awam, meningkatkan tabungan, dan memperbaiki
kecekapan perusahaan-perusahaan awam. Langkah-langkah ini akan dapat
mengurangkan jurang fiskal yang wujud dan mengecilkan saiz hutang awam. Salah
satu cara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan keupayaan cukai ialah mengubah suai perbelanjaan awam. Selain
daripada meningkatkan hasil cukai, langkah-langkah untuk memperbaiki imbangan
belanjawan melibatkan usaha-usaha untuk
mengurangkan perbelanjaan yang membazir atau meningkatkan produktiviti sektor
awam. Ini tidak bermaksud perbelanjaan awam perlu dikurangkan bagi semua
aktiviti sektor awam kerana langkah seperti ini akan menjejaskan keupayaan produktif
sektor-sektor berkenaan dan juga mengurangkan kebajikan awam. Pengurangan
perbelanjaan sepatutnya ditujukan kepada perbelanjaan yang memberikan faedah
yang kecil kepada masyarakat atau yang melibatkan kos yang terlalu tinggi.
Untuk menentukan aktiviti mana yang perlu diteruskan dan yang mana perlu
dikecilkan, kajian yang menyeluruh secara tahunan bagi semua aktiviti sektor
awam perlu dilakukan.
ISU : Masalah Akauntabiliti dan Integriti Dalam Pengurusan Kewangan
Akauntabiliti merujuk kepada kewajipan penjawat awam dalam
menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang, prosedur
dan arahan yang berkuat kuasa yang ditetapkan. Akauntabiliti penting bagi
memastikan tugas-tugas yang dilaksanakan mencapai objektif yang telah
ditetapkan dan tiada pembaziran yang menjejaskan sumber-sumber awam. Integriti pula dikaitkan dengan
nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus, tulus, adil dan saksama,
berkecuali dan kebolehpercayaan. Penjawat awam yang mempunyai dan mengamalkan
prinsip ini tidak bersikap mementingkan diri sendiri sebaliknya lebih
mengutamakan kepentingan orang ramai.
Prinsip
akauntabiliti dan integriti penting dan perlu dihayati dan dijadikan amalan
oleh setiap penjawat awam. Sekiranya prinsip-prinsip ini tidak dititikberatkan
dalam pengurusan kewangan, maka penyelewengan, salah laku, penipuan, rasuah dan
penyalahgunaan kuasa akan mudah berlaku. Prinsip akauntabiliti dan integriti
memainkan peranan utama dan menyumbang ke arah kualiti dan imej sesuatu agensi
Kerajaan.
Perolehan
Kerajaan merujuk kepada proses mendapatkan input-input yang diperlukan oleh
sesebuah organisasi dengan cekap pada kos yang paling menguntungkan (value
for money) dan memenuhi keperluan pelanggan. Ia hendaklah dilaksanakan
secara terbuka, adil dan saksama kepada semua pembekal dan kontraktor yang
berkelayakan dan diuruskan dengan cekap dan teratur tertakluk kepada
undang-undang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa seperti Akta Prosedur
Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling
Perbendaharaan. Ia bertujuan untuk memastikan perolehan yang dibuat adalah
paling menguntungkan dan memenuhi matlamat value for money bagi setiap ringgit
yang dibelanjakan.
Secara
keseluruhannya, akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan menjamin
bahawa wang awam dapat diuruskan dengan cekap. Tanpa kedua-dua prinsip ini
dalam diri penjawat awam, maka akan terjadilah pembaziran penggunaan sumber
manusia, kewangan dan masa, kelewatan dalam menyiapkan sesuatu projek,
mengurangkan keyakinan orang awam terhadap pengurusan kewangan Kerajaan
khususnya dan perkhidmatan awam amnya dan seterusnya membuka peluang untuk
berlakunya penyelewengan, rasuah, salah laku dan salah guna kuasa.
Terdapat berbagai isu yang menggugat
integriti perkhidmatan awam Malaysia. Yang paling kerap dibincangkan ialah
rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Kita sedia maklum, Kerajaan
berpendirian zero tolerance terhadap rasuah, serta mengambil langkah-langkah
tegas bagi menanganinya. Namun begitu, berdasarkan rekod Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), secara amnya statistik aduan mengenai rasuah, salah
guna kuasa dan penyelewengan menunjukkan peningkatan sejak enam tahun
kebelakangan ini. Tohmahan atau maklumat paling banyak diterima adalah terhadap
kakitangan awam, berbanding kumpulan yang lain, seperti orang awam, ahli
politik atau anggota pentadbiran, dan pekerja swasta. Selain itu, statistik
mengenai tangkapan berkaitan rasuah oleh SPRM menunjukkan bahawa lebih ramai
kakitangan awam ditangkap berbanding sektor swasta dan orang awam. Ini adalah
isu integriti yang menjejaskan imej perkhidmatan awam khasnya, dan Kerajaan
amnya.
Isu integriti juga telah dibangkitkan di
dalam laporan Ketua Audit Negara. Teguran yang lazim disebut ialah mengenai
kelemahan dalam pengurusan kewangan, pengurusan hasil, perancangan dan
pemantauan, serta mengawal perbelanjaan. Ini mengakibatkan kerugian dan krisis
keyakinan terhadap Kerajaan, dan sekali gus mencemarkan imej perkhidmatan awam.
Ketua Audit Negara juga menegur mengenai “..... recurring weaknesses in
financial management reflect that the actions taken to overcome the various
issues raised by the Auditor General were neither comprehensive nor implemented
on a continuous basis.”[1]
MASALAH KAJIAN.
CPI
merupakan indeks persepsi rasuah yang telah dikeluarkan oleh Transparency
International (TI), sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang berpangkalan di
Berlin, Jerman sejak dari tahun 1995. Apabila CPI diperkenalkan pada tahun
1995, Malaysia berada di kedudukan ke-23 daripada 41 yang dikaji dengan skor
mata 5.28. Kedudukan negara dalam CPI mula menurun ke tangga ke-26
(1996), tangga ke-32 (1997) dan terus merosot ke kedudukan 56 dalam tempoh 15
tahun sejak CPI diperkenalkan.
Dari segi skor pula, skor terbaik yang pernah dicapai adalah dalam tahun
1996 iaitu skor 5.32 manakala skor yang paling rendah pula adalah pada tahun
2011 iaitu skor 4.3. Walaupun Malaysia merosot dari segi kedudukannya,
secara umumnya skor Malaysia masih berada di peringkat pertengahan. Di
samping itu bilangan negara yang dikaji perlu juga diambil kira di mana 178
negara terlibat dalam CPI 2010 berbanding 41 negara pada tahun 1995.
Kedudukan Malaysia dalam CPI, bilangan negara yang terlibat dan skor mata yang
diperoleh dari tahun 1995 hingga 2011 adalah sebagaimana dalam Jadual 1 seperti di Lampiran[2].
CARTA PAI 1 : STATISTIK
TANGKAPAN PENJAWAT AWAM YANG TERLIBAT DENGAN RASUAH BAGI TAHUN 2009 – 2011.
SUMBER :PORTAL RASMI SPRM
Kemaskini Terakhir pada 01/11/2012
Pada tahun 2009 sebanyak 190 penjawat awam telah ditangkap kerana
terlibat dengan rasuah, dan ia terus meningkat pada tahun 2010 dengan tangkapan
seramai 293 orang dan juga turut meningkat pada tahun 2010 dengan 323 orang.
Bagi 3 tahun terakir menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tangkapan
penjawat awam yang terlibat dengan rasuah. Manakala pada tahun 2012 sebanyak
383 penjawat awam telah ditangkap oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah atau
salah guna kuasa adalah lebih tinggi daripada tangkapan orang awam seramai 254
orang seperti di Jadual 2 seperti di
Lampiran[3].
Berdasarkan Carta Pai 1 dan Jadual 1
seperti di lampiran, saya dapat merumuskan bahawa dari tahun 2009 sehingga
tahun 2012, berlaku peningkatan dalam jumlah tangkapan penjawat awam oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Trend ini begitu membimbangkan kerana
penjawat awam merupakan nadi penggerak kerajaan dalam menguruskan wang awam dan
menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Kes-kes tangkapan oleh SPRM ini
melibatkan kegiatan rasuah, salah guna kuasa dan juga penyelewengan. Akibatnya
kedudukan Negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh agensi
antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia dalam Corruption Perception Index
dari tahun 2009 sehingga tahun 2012 tidak banyak yang berubah. Walau ada turun
naik rangking tapi Malaysia masih di kalangan rangking 50-60 ke atas.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian adalah untuk mengenal pasti isu-isu yang melibatkan
integrity dan akauntabaliti dalam pengurusan kewangan Negara sama ada ia diuruskan
dengan cekap, ekonomi, berkesan serta dibelanjakan mengikut peraturan yang
ditetapkan. Sebenarnya kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit setiap tahun
dalam perbelanjaan mengurus dan juga perbelanjaan pembangunan. Namun disebalik
itu terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan kewangan Negara berdasarkan
Laporan Ketua Audit Negara di mana setiap tahun berlaku kes penyelewengan dan
pemborosan wang rakyat. Rakyat pada hari ini semakin pintar dan mudah
mendapatkan maklumat. Rakyat mahukan penjelasan bagi setiap ringgit yang
dibelanjakan sama ada betul atau tidak. Ini kerana pentadbiran kewangan dan
pengurusan yang tidak cekap boleh mengundang bahaya kepada ekonomi Negara kita.
Selain mengenal pasti punca masalah, kajian ini mencadangkan langkah
penyelesaian kepada masalah tersebut.
Walaubagaimanapun, faktor manusia adalah amat penting kerana manusia itu
sendiri yang yang mentadbir dan menguruskan kewangan Negara.
SKOP KAJIAN
Dalam kajian ini ia menjuruskan isu integrity dalam pengurusan
kewangan Negara dimana saya membangkitkan setiap isu yang dilaporkan dalam
Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010 dan 2011 sahaja. Selain itu, kajian
ini membincangkan jumlah tangkapan penjawat awam oleh SPRM dari tahun 2009
hingga 2012. Dalam skop kajian saya hanya bersumberkan laporan daripada Jabatan Audit Negara dan statistik tangkapan
daripada SPRM dimana bukti bagi kajian ini adalah dari sumber yang sahih,
kompeten, releven, tepat dan boleh dipercayai.
ULASAN KARYA
Kajian 1 : Bedasarkan kajian mengenai
Persepsi Pembekal Terhadap Sistem Perolehan Kerajaan (2010) yang dibuat oleh
sekumpulan pelajar dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Malaysia yang
mengambil sampel terhadap pembekal di kawasan timur Malaysia mendapati bahawa
persepsi pembekal terhadap sistem perolehan kerajaan Malaysia adalah memuaskan.
Walau bagaimanapun, persepsi terhadap sistem perolehan kerajaan Malaysia untuk
menjadi bebas daripada rasuah adalah agak rendah. Persepsi pembekal
menggambarkan bahawa responden agak berpuas hati dengan keberkesanan sistem
perolehan kerajaan Malaysia sekarang kecuali bagi peluang atau kemungkinan
untuk rasuah berlaku dalam sistem[4].
Kebanyakan responden cukup yakin pada kemungkinan rasuah untuk hadir
di Malaysia dalam sistem perolehan kerajaan adalah berdasarkan oleh Laporan
tahunan Ketua Audit Negara yang terus menonjolkan isu-isu yang sama mengenai
rasuah. Hakikat bahawa beberapa penambahbaikan dan pembaharuan perlu dilakukan
dan diambil ke dalam pertimbangan adalah sangat dialu-alukan oleh responden
dalam membasmi isu rasuah.
Untuk memahami pendapat responden mengenai kemungkinan rasuah
berlaku dalam Malaysia sistem kerajaan, responden ditanya mengenai persepsi
mereka bahawa Malaysia sistem perolehan kerajaan adalah bebas daripada rasuah.
Ia menunjukkan bahawa, 90% daripada
mereka dilihat bahawa mereka amat tidak bersetuju bahawa sistem itu adalah
bebas daripada rasuah, 7% bersetuju dan baki 3% balas mereka tidak
bersetuju ataupun tidak bersetuju dengan kenyataan itu. Di samping itu, 88%
daripada responden dilihat bahawa sistem perolehan kerajaan Malaysia boleh
menyumbang kepada rasuah dan baki 12% yang tidak bersetuju dan tidak bersetuju
dengan kenyataan.
Selain itu, kajian juga mendapati bahawa 89% daripada responden
percaya bahawa tadbir urus yang baik adalah penting dalam sistem perolehan
kerajaan Malaysia. Ia jelas mendapati bahawa, persepsi pembekal mengenai system perolehan kerajaan Malaysia mungkin
dipengaruhi oleh siri Laporan Ketua Audit Negara dari tahun 2006, 2007 dan 2008,
yang menghasilkan laporan tahunan mengetengahkan masalah yang berulang-ulang
mengenai kelemahan dan kelemahan dalam kewangan awam pengurusan dalam entiti
sektor awam yang kebanyakan mereka melibatkan perolehan. Sebagai contoh,
Laporan Ketua Audit 2006 melaporkan bahawa, pembelian pemandu skru yang dibuat
oleh Kementerian Belia dan Sukan pada harga RM224 manakala barangan yang sama
boleh dibeli pada RM32 di pasaran. Insiden lain adalah tentang pembelian kamera
digital, pasu plastik, dan sofa pvc enam tempat duduk yang bernilai lebih
daripada RM110, 222. Insiden-insiden ini telah mempengaruhi persepsi pembekal
ke arah sistem perolehan kerajaan.
Kajian 2 : Berdasarkan
kajian Persepsi Penjawat Awam Terhadap Pengetahuan Tahap Integriti dan Rasuah
di Tiga Agensi Kerajaan Negeri Terengganu, Malaysia (2010) mendapati
bahawa bahawa majoriti penjawat awam
melihat rasuah dalam politik adalah lebih teruk daripada rasuah dalam sektor
awam. 94 responden tidak bersetuju bahawa persepsi pada tahap rasuah di
Malaysia adalah rendah dan 99 responden tidak bersetuju bahawa tahap rasuah di
Politik Malaysia adalah rendah dan 75 responden tidak bersetuju bahawa tahap
rasuah dalam sektor awam adalah rendah masing-masing. Ini menunjukkan bahawa
tahap yang dianggap oleh penjawat awam Terengganu kepada tiga pembolehubah
adalah agak rendah. Ini juga menunjukkan bahawa
mereka berpendapat bahawa tahap rasuah
di Malaysia pada umumnya agak tinggi[5].
Analisis mengenai persepsi penjawat awam terhadap integriti
mendedahkan bahawa terdapat kumpulan yang tidak jelas dan tidak menentu
mengenai makna integriti dalam sektor awam. Mereka dengan usia muda kurang
berpengetahuan mengenai peraturan dan prosedur yang membawa kepada mereka yang
berada di dalam keadaan yang tidak pasti tentang integriti. Dapatan juga
menunjukkan bahawa penjawat awam percaya bahawa tahap rasuah di Malaysia adalah
tinggi. Oleh itu boleh ditegaskan bahawa umur muda tidak begitu prihatin atau
mengambil berat terhadap pengetahuan rasuah, integriti dan kualiti penyampaian
perkhidmatan
Kajian 3 : Pelbagai kajian telah menunjukkan
bahawa rasuah mencerminkan kemajuan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Dalam erti kata lain, ekonomi kurang maju dan membangun adalah umumnya lebih
korup daripada rakan-rakan Barat mereka yang maju. Tetapi ini tidak bermakna
bahawa tidak ada rasuah dalam ekonomi maju. Rasuah adalah lebih meluas di
negara-negara membangun kerana kerajaan mempunyai monopoli terhadap
sumber-sumber tertentu yang diperlukan oleh warganegara swasta [6] dan terdapat ekonomi dan institusi
perbezaan whch menjejaskan ketersediaan tindakan timbal balas pada bahagian
orang yang sedang memeras oleh kerajaan pegawai [7]. Satu contoh baru-baru ini dalam menangani masalah ini adalah
tindakan kerajaan dicadangkan untuk Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan distruktur
semula dan lebih bebas.
Pelbagai kajian akademik menggunakan sampel merentas
desa telah menunjukkan bahawa tahap rasuah adalah positif yang dikaitkan dengan
kadar pertumbuhan yang lebih rendah [8].
Rasuah melambatkan pelaburan dan pertumbuhan sebanyak sebagai pembolehubah
ekonomi politik yang lain, contohnya, kebebasan politik, kebebasan sivil dan
keganasan politik.
Dari segi pelaburan langsung asing (FDI), rasuah tidak
kelihatan untuk menghalang dari segi mutlak walaupun model FDI adalah kompleks
dan campur tangan oleh pembolehubah kuantitatif dan kualitatif banyak. Walaupun
kesan rasuah tidak jelas dilihat dalam FDI, terdapat konsensus bahawa rasuah
meningkatkan ketidakpastian dan menimbulkan kos. Rasuah dalam negara tuan rumah
dan rumah mempunyai kesan negatif terhadap FDI [9].
Dalam era maklumat dan era Internet, ia menjadi lebih
sukar untuk menyembunyikan amalan rasuah. Judulnya pada pembaharuan demi
perhubungan awam tanpa bahan sebenar dan tindakan semua mengelirukan. Malah
jika ia tidak mustahil untuk mengawal kebebasan maklumat dan mempolitikkan
kepentingan ekonomi rasuah, hasil rasuah adalah amat ketara kepada rakyat. Kepentingan
Rasuah juga dilihat dalam penindasan politik, sekatan kebebasan bersuara dan
pelaporan yang ditapis atau berat sebelah media berita nasional. Tidak
dinafikan, rasuah hadir hampir di mana-mana tetapi ia tidak berkuatkuasa
dilayan ringan, sebagai pegawai rasuah dipolitikkan untuk kepentingan diri
peribadi mereka. Ini bermakna bahawa tidak ada langkah anti-rasuah dan / atau
pembaharuan yang berkaitan dengannya akan mencukupi tanpa kepimpinan yang kukuh
dan berkesan[10].
KAEDAH
KAJIAN
Dari segi kaedah kajian saya membuat analisis daripada Laporan Ketua
Audit Negara. Ini kerana ia mengandungi data-data dan hasil pengauditan yang
kompeten dan boleh dipercayai bagi mengukuhkan hujah saya bahawa pembaziran dan
pemborosan wang rakyat sememangnya saban tahun wujud dan megakibatkan kerugian
wang rakyat yang berjuta-juta ringgit. Saya hanya memfokuskan jumlah pembaziran
daripada Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2010 dan 2011 sahaja kerana saya
takut tuan pensyarah akan terkejut dengan nilai atau jumlah materialiti
mengenai pembaziran wang rakyat yang berlaku saban tahun. Selain itu saya juga
mengambil data mengenai kes tangkapan penjawat awam yang terlibat dalam kes
rasuah daripada SPRM. Jumlah tangkapan setiap tahun menunjukkan bahawa ada
penjawat awam yang terlibat dalam kes salah laku kewangan dan ini mendatangkan
kerugian kepada Negara.
HASIL
KAJIAN
Berdasarkan
kajian yang dilaksanakan oleh Institut Integriti Malaysia telah membangkitkan
beberapa isu integrity dalam pentadbiran kewangan kerajaan iaitu pembaziran
sumber-value for money, salah guna kuasa dan sumber, tunggakan hasil, penyelewengan,
rekod kewangan tidak lengkap, Rekod Kewangan tidak lengkap, kawalan dalaman
yang longgar dan penggunaan teknologi yang tidak terkini. Institut Integriti Malaysia
juga telah mengenal pasti punca-punca masalah integriti dalam pentadbiran wang
awam iaitu kurang patuh patuh kepada peraturan dan arahan, kurang pengetahuan
dan kemahiran, penempatan tidak ikut kepakaran, tiada bimbingan dan tunjuk ajar, tiada tindakan tatatertib dan surcaj
dan undang-undang dan peraturan yang kabur[11].
Antara
faktor-faktor yang menjadi punca kepada berlakunya rasuah ataupun yang membuka
peluang kepada pegawai untuk melakukan rasuah. Seperti yang telah saya sebut
tadi, gejala rasuah merupakan isu pokok yang sentiasa menggugat integriti. Oleh
itu, sebaiknya kita memahami punca gejala ini. Menurut Professor John Hogarth (Law
Faculty, Universtiy of Canada), rasuah berpunca dari sifat tamak (greed) dan
kerana wujud peluang (opportunity). Peluang melakukan rasuah boleh wujud
apabila berlaku kelemahan di dalam sistem kawalan dalaman.
Salah
satu punca rasuah berlaku adalah akibat “kelemahan sistem”. Dalam keadaan di
mana seseorang itu mempunyai kuasa monopoli akibat daripada kelemahan sistem,
ini memberi kuasa budi bicara yang amat luas kepadanya untuk membuat keputusan.
Sekiranya keputusan yang dibuat itu melibatkan kepentingan diri dan dia tidak
perlu accountable atau bertanggungjawab ke atasnya, maka keadaan ini boleh
membuka peluang kepadanya untuk menyalah guna kuasa atau terlibat dengan
rasuah.
Walaupun
pengurusan perolehan Kerajaan dilengkapkan dengan undang-undang, prosedur dan
arahan sebagai panduan pelaksanaan, namun ia sering dikatakan sebagai bidang
pengurusan kewangan yang paling berisiko untuk berlakunya pembaziran,
ketirisan, penyelewengan, salah guna kuasa, salah laku, dan rasuah.
Pembaziran
boleh berlaku disebabkan pembelian secara berlebihan, barang-barang yang tidak
berkualiti dan tidak mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan, membuat
perolehan tanpa perancangan yang teratur dan dengan sengaja mewujudkan
keperluan sesuatu bekalan, perkhidmatan atau kerja. Manakala ketirisan pula
boleh berlaku disebabkan oleh percanggahan kepentingan, pilih kasih terhadap
pembekal atau telah berpakat, tidak melaporkan kecacatan dan kekurangan,
membocorkan maklumat jabatan, mengutamakan kepentingan sendiri berbanding
kepentingan orang awam dan telah menerima komisen atau suapan.
Faktor
utama mengapa terjadinya pembaziran dan ketirisan dalam menguruskan perolehan
Kerajaan adalah kemanusiaan iaitu sikap penjawat awam yang tidak mempunyai dan
tidak mengamalkan nilai-nilai murni seperti akauntabiliti, integriti,
berkecuali, amanah, bersih, jujur, telus, tulus, adil dan saksama dalam
melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Kes-kes pembaziran dan
ketirisan sudah pastinya akan menggagalkan matlamat value for money dalam menguruskan perolehan Kerajaan.
Analisis
Laporan Ketua Audit Negara 2010
Hasil dari penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di
bawah 32 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan pengurusan 7 syarikat Kerajaan,
Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan
aktiviti/projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca
daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan,
kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran[12].
Analisa ini saya ulaskan kepada tuan pensyarah bukan
bertujuan mengkritik mana-mana pihak, tetapi sekadar hebahan informasi umum
kepada kita semua sebagai warganegara Malaysia tercinta ini.
i) 9 Kementerian & jabatan telah lebih belanja peruntukkan
operasi dengan jumlah RM3.73 billion. Antara Kementerian tersebut adalah
Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan,
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian &
Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
ii) Dek kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 untuk tujuan
menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak gagal memenuhi kriteria yang
ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre
Internationale, akhirnya Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda
berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan
Kementerian Kewangan.
iii) Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM52,594.08
(denda) tapi hanya mampu mengutip RM23,792.56. Kalau ikut Laporan ketua Audit
Negara 2010, Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) punya perbelanjaan boleh tahan
juga “makannya”. Sebagai contoh :
- RM56,350 untuk hanya sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi
malam ( harga pasaran RM1,940)
- RM56,350 untuk sepasang binocular visi malam jenama Bushnell
(harga pasaran RM2,827).
- RM11,845 untuk komputer riba dan pencetak warna (harga pasaran
RM3,428)
iv) Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditegur supaya membelanjakan
peruntukkan sebanyak RM54 juta dengan cara yang betul. Antara barang yang patut
boleh dapat harga murah tetapi dibeli pada harga yang tinggi adalah :
- Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419
- Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
- Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya
RM59.90
- Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu,
dan bukannya RM79
- Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60
Analisis Laporan Ketua
Audit Negara 2011
Laporan Ketua Audit Negara
1 : Kos Projek Kuarters Untuk Kakitangan Yang
Berkahwin RM3.21 bilion Tetapi Tidak Memuaskan[13]
§
Berdasarkan Laporan Ketua Audit
Negara 2011 menunjukkan di sini kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan
yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan
dinyatakan tidak memuaskan.
§
Kos untuk 38 projek tersebut –
melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada
asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada
RM3.21 bilion.
§
Dalam banyak-banyak projek itu,
hanya satu dijalankan dengan tender terbuka, yang selebihnya siapa dapat?
§
Sedangkan Laporan ketua Audit
Negara 2011 ada mengatakan USL didapati “tidak berpengalaman” dan pegawai
teknikal syarikat itu pula “kurang kompeten” untuk menyiapkan projek tersebut.
Laporan Ketua Audit Negara 2 : Indah
Water Rugi Hampir RM1 bilion
§
Syarikat pembentungan nasional,
Indah Water Konsortium (IWK) mengalami kerugian terkumpul secara berterusan
sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM888.1 juta
§
Antara sebab kerugian adalah
disebabkan kes kecurian di loji olahan kumbahan melibatkan anggaran kerugian
berjumlah RM25.40 juta, air kumbahan tidak dirawat mengikut standard
ditetapkan, kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard efluen
melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion
Laporan Ketua Audit Negara 3 : Lain-lain
1.
Kementerian Pertahanan
(Kementerian) telah menyediakan kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT)
meliputi 4 perkhidmatan iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera
Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia (TD) dan Angkatan Bersama
(Markas ATM) dengan melaksanakan 38 projek RKAT dengan kos asal RM1.740 bilion.
Sehingga bulan Disember 2011, sebanyak 46,880 unit RKAT pelbagai kelas telah
dibina untuk keempat-empat perkhidmatan tersebut. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengatakan kurang
memuaskan.Antaranya disebabkan peningkatan kos projek RM174.43
juta (15.5%) kepada RM1.3 bilion berbanding kos kontrak asal berjumlah RM1.12
bilion. Kerugian
minima RM 174.43 juta.
2.
Projek Jambatan Sultan Yahya
Petra, Kelantan dianugerahkan kepada Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. –
RIS Capital Sdn. Bhd. secara rundingan terus dalam tempoh 30 bulan iaitu dari
18 Jun 2007 hingga 17 Disember 2009 dengan kos asal RM143 juta. Bagaimanapun,
projek ini telah diserah hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd. pada bulan Mac 2010
untuk menyiapkan baki pembinaan yang gagal disiapkan setelah mendapat
persetujuan daripada JKR. Sehingga 31 Disember 2011, kemajuan kerja di tapak
adalah 76.5%. Nilai kontrak semasa dijangka akan meningkat kepada RM177.76
juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal
yang bernilai RM143 juta. Peningkatan nilai kontrak ini juga mengambil kira
Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan.
Nampaknya, sekali lagi duit rakyat tidak diurus dengan baik
angkara Rundingan terus menjadi faktor utama kroni yang tidak
berpengalaman dilantik meski terpaksa menggadai kualiti. Itulah punca kos
meningkat, projek lewat dan sebagainya. Projek yang sepatutnya siap pada
Disember 2009, namun hari ini Oktober 2012, rakyat Kelantan masih belum dapat
menggunakan jambatan tersebut. Rugi RM 34.76 juta.
CADANGAN &
PENUTUP
Penerapan prinsip akauntabiliti dan integriti dalam memastikan
value for money dalam perolehan Kerajaan boleh dilaksanakan melalui beberapa
kaedah seperti berikut:
·
Jawatankuasa Pengurusan
Kewangan dan Akaun di Agensi Kerajaan Persekutuan (JPKA) ditubuhkan bertujuan
untuk mengawasi, memantau dan menyelia semua urusan kewangan agar berjalan
lancar dan mematuhi semua pekeliling, prosedur dan peraturan yang telah
ditetapkan. JPKA memberi penekanan dan pemantauan dalam isu-isu dan kelemahan
pengurusan kewangan yang sering dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara
seperti perbelanjaan yang melebihi peruntukan yang diluluskan, pengurusan
pungutan dan tunggakan hasil yang dikutip tidak check and balance dan tidak
dimasukkan ke dalam bank dalam tempoh yang ditetapkan, perolehan dibuat di luar
peraturan kewangan serta berlakunya pembaziran dan ketirisan, kelewatan
pembentangan penyata kewangan dan laporan tahunan Badan-badan Berkanun dan
pengurusan aset dan stor.
·
Penubuhan PEMUDAH (Pemudah Cara
Perniagaan) bertujuan untuk menguruskan isu birokrasi di antara perniagaan
dengan Kerajaan. Ia dilihat sebagai salah satu usaha Kerajaan bagi memastikan
perkhidmatan awam mencapai penanda aras antarabangsa yang berteraskan
pelanggan, berinovasi dan proaktif dalam menyokong ekonomi yang berdaya saing.
PEMUDAH diperkukuhkan dengan nilainilai seperti kesedaran untuk menjadi lebih
pantas, kerjasama yang proaktif di antara sektor awam dan swasta, syarat dan
peraturan yang berpatutan dan tiada rasuah. Penjawat awam dapat mengekalkan
prinsip akauntabiliti dan integriti serta melaksanakan tugas dengan telus
apabila karenah birokrasi dan peluang melakukan penyelewengan dapat
dikurangkan.
·
Bagi menerapkan prinsip
integriti kepada penjawat awam dan memastikan gerakan pemantapan integriti
secara bersepadu pula, Kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional
(PIN) yang berperanan dalam memberikan bimbingan kepada keseluruhan sektor
awam, sektor swasta, parti politik, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), agama,
media, wanita, belia dan pelajar. PIN seharusnya dijadikan panduan dalam
merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menurut acuan
sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan
etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang
utuh, dan ditunjangi budi pekerti yang luhur (Cabaran ke-4 Wawasan 2020).
·
Usaha melahirkan penjawat awam
yang berkualiti dan berintegriti ini sebenarnya memang giat dijalankan oleh
Kerajaan. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan adalah
melalui pelancaran program-program kesedaran yang memberi tumpuan kepada
penghayatan konsep Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Pandang ke Timur, Penerapan
Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran, Budaya Kerja Berkualiti, Kod Etika Kerja,
Piagam Pelanggan dan ISO 9000, Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) bagi mencegah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan termasuklah
dari aspek pengurusan kewangan, penubuhan Biro Pengaduan Awam sebagai salah
satu mekanisme atau saluran penyampaian aduan dan maklumat oleh orang awam
mengenai tindakan, salah laku, salah guna kuasa dan penyelewengan penjawat awam
dalam melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dan pembentukan Unit
Audit Dalam bagi memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil dan aset Kerajaan
dilaksanakan secara berhemah dan teratur.
·
Memperluaskan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui pelaksanaan sistem-sistem
pengurusan kewangan dan sistem pemantauan projek-projek Kerajaan. Ia bagi
meningkatkan lagi ketelusan, kecekapan dan keberkesanan dalam melaksanakan
perolehan Kerajaan. Antara sistem-sistem yang membantu ke arah peningkatan
akauntabiliti dan integriti penjawat awam adalah seperti Sistem e-Perolehan,
Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elektronik (e-SPKB) dan Sistem
Pemantauan Projek. Mekanisme pelaporan yang menyeluruh melalui sistem-sistem
ini memudahkan pemantauan oleh setiap jabatan.
RUMUSAN/
KESIMPULAN
Tugas mengendalikan pengurusan kewangan dengan cekap
dan berkesan adalah merupakan satu amanah besar bagi setiap pegawai Kerajaan.
Pencapaian dan kejayaan organisasi diukur melalui pengurusan kewangan yang teratur
dan berhemah. Ini hanya boleh dicapai sekiranya prinsip integriti dan
akauntabiliti diamalkan dalam mengurus dana awam. Pengurusan kewangan yang lemah akan memberi ruang kepada isu negatif
seperti penyelewengan, pemborosan dan pembaziran dan seterusnya meningkatkan
hutang Negara yang ketika ini mencapai angka 500 billion ringgit. Tidak ada
gunanya apabila setiap kali bajet dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan
pengagihan peruntukan tertentu tetapi cara agensi kerajaan berbelanja wang
rakyat tidak betul dan menyalahi peraturan kewangan Negara.
Dalam ajaran agama islam sendiri menyeru
kepada umatnya agar tidak membazir. Islam amat melarang umatnya
melakukan pembaziran sehinggalah Allah menyifatkan orang-orang yang suka
membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan
pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah
makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)
Oleh itu, semua pegawai yang terlibat dalam
pengurusan kewangan perlu merancang dan menilai tindakan yang dapat
menyelesaikan masalah dan mengatasi kelemahan yang dikenal pasti. Slogan daripada
Jabatan Audit Negara iaitu ‘membetulkan yang biasa dan membiasakan yang
betul’ dalam pengurusan kewangan perlu dihayati dan dibudayakan. Pengurusan
kewangan adalah sangat penting kerana sumber kewangan Negara terhad berbanding
dengan keperluan pengurusan dan pembangunan yang semakin meningkat. Sehubungan
dengan ini, program dan aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan perlu
dilaksanakan secara ekonomi, cekap, berkesan dan telus serta pencapaiannya
memenuhi objektif organisasi ke arah penyelesaian masalah atau memenuhi
keperluan rakyat.
Akhir kata dengarlah mutiara kata daripada saya sebagai renungan bersama :
“You
lose your money, you lose NOTHING.
You
lose your HEALTH
then
you lose SOMETHING
But
if you lose your integrity
You
lose EVERYTHING
You
lose it once you will lose it FOREVER”
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN
[1] TAN SRI MOHD SIDEK BIN HAJI HASSAN, "ISU-ISU TADBIR URUS DAN INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM: DULU,
KINI DAN MASA DEPAN", KOTA KINABALU, SABAH, 23-11-2006 (www.pmo.gov.my).
[2] Corruption Perception Index, CPI), 2012
Transparency International
[3] www.sprm.gov.my (Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia).
[4] Wan Mohammad Taufik Bin Wan
Abdullah,Mohmad Sakarnor Bin Deris, Noriza Binti Mohd Saad,Marziana Binti Haji
Mohamad dan Mahlindayu Binti Tarmidi, JURNAL
PERNIAGAAN DAN EKONOMI GLOBAL,Julai
2010. VOLUME 1. NUMBER 1)
[5] Iskandar Hasan Tan
Abdullah, Asri Salleh, Rusnah Ismail, Nazlin Emieza Ngah, CANADIAN SOCIAL
SCIENCE, Vol. 6, No. 3, 2010, pp. 199-204, Perception of Civil Servants on the Knowledge
of Integrity and Corruption Level in Three State Agencies in Terengganu,
Malaysia
[6] Alam,
M.S. (1995) A theory of limits on
corruption and some applications. Kyklos, 48, 419-435.
[7] Husted,
B.W. (1999) Wealth, culture and
corruption. Journal of International
Business Studies, 30(2), 339-360.
[8] See
e.g., Murphy, K. Shleifer & Vishney, R. (1991) The allocation of talent:
implication for growth. Quarterly Journal of
Economics, 105, 503-530. Knack, S. & Keefer, P. (1995)
Institutions and economic performance: cross-country tests using alternative
institutional measures. Economics and Politics, 3,
207-227.
[9] Habib,
M. & Zurawicki, L. (2002) Corruption
and foreign direct investment. Journal of International
Business Studies, 33(2), 291-307.
[10] Dr.
Teck Yong Eng ,senior lecturer at King's
College, University of London, June 17, 2008 , Corruption and Economic Growth
[11] www.iim.gov.my
Portal Rasmi Institut Integriti Malaysia, Persembahan Slaid “Integriti Dalam Pengurusan Kewangan” 2011.
[12] www.audit.gov.my
( Laporan Ketua Audit Negara 2010, Aktiviti Kementerian/Jabatan dan
Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan).
[13] ] www.audit.gov.my ( Laporan Ketua Audit
Negara 2011, Aktiviti
Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan).
Comments