KONSEP KEBEBASAN & PERJALANAN BADAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA
PENGENALAN
Badan
Kehakiman merupakan satu daripada tiga kuasa dalam doktrin pengasingan kuasa.
Badan kehakiman atau mahkamah mempunyai peranan yang besar dalam mengimbangi
dua unsur lagi dalam doktrin pengasingan kuasa ini iaitu badan perundangan dan badan
eksekutif. Mahkamah mempunyai kuasa seperti berikut : -
(a)
kuasa mentafsir Perlembagaan;
(b)
kuasa menafsir undang-undang;
(c)
kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis Persekutuan dan negeri sebagai
tidak sah; dan
(d)
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah di sisi
undang-undang.
Kebebasan
Badan Kehakiman
Dalam
sebuah negara, mahkamah perlulah mempunyai kebebasan dalam menjalankan
tanggungjawabnya menegakkan keadilan tanpa merasa takut atau dipengaruhi oleh
mana-mana pihak. Hakim-hakim perlulah bebas menumpukan segala tenaga mereka
untuk mencari keadilan, walaupun keputusan yang dibuat mendatangkan kesan
negatif kepada pihak berkuasa. Perlembagaan nampaknya mengadakan beberapa
persekitaran untuk memastikan tujuan tersebut tercapai. Umpamanya, Perlembagaan
Malaysia mengecualikan para hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan
daripada perjalanan kuatkuasa peraturan am yang ditetapkan dalam perkara
132(2A). Seseorang anggota perkhidmatan awam memegang jawatan selama diperkenankan
oleh Yang di Pertuan Agong. Para hakim memegang jawatan hingga dia mencapai
umur 65 tahun, dan boleh dipecat dari jawatan oleh Yang di Pertuan Agong hanya
atas alasan berkelakuan tidak baik atau tidak berupaya, atas alasan kelemahan
tubuh atau otak atu apa-apa sebab lain bagi menyempurnakan tugas jawatan mereka
dengan sewajarnya. Tindakan pemecatan dengan alasan tersebut itu juga tidak
boleh dilakukan sewenang-wenangnya kecuali mengikut prosedur-prosedur yang
telah ditetapkan oleh Perlembagaan. Prosedur pemecatan dijelaskan di dalam
Perkara 125 Perlembagaan Malaysia.
Jika
difikirkan mustahak supaya dilucutkan seorang hakim daripada jawatannya, Perdana
Menteri atau Ketua Hakim Negara setelah berbincang dengan Perdana Menteri
hendaklah mengemukakan representasi tentang hal ini kepada Yang di Pertuan
Agong. Kemudian Yang di Pertuan Agong akan menubuhkan sebuah tribunal yang akan
menyiasat dan membuat laporan serta syor tentang perlucutan itu kepada Yang di
Pertuan agong. Berdasarkan laporan dan syor tribunal inilah seorang hakim itu
boleh dilucut ataupun tidak daripada jawatannya. Tribunal yang dilantik ini
hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada lima orang anggota terdiri
daripada hakim atau bekas hakim, dan jika perlu boleh dilantik mana-mana
anggota dari mana-mana Negara komanwel.
Sementara
menanti laporan dan syor daripada tribunal, Yang di Pertuan Agong boleh
menggantung daripada menjalankan tugasnya:
(a)
seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas syor Perdana Menteri,
(b)
seorang Hakim Tinggi atas syor Ketua Hakim Negara.
Perkara
126(5) memperuntukkan bahawa gaji hakim ditetapkan oleh Parlimen melalui satu
akta khas dan gaji seseorang hakim itu tidak boleh dikurangkan selagi dia
memegang jawatannya. Perkara 127 pula menetapkan bahawa kelakuan seseorang
hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana satu majlis Parlimen kecuali
atas satu usul yang tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang
dari satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu, dan juga
tidak boleh dibincang dalam mana-mana Dewan Negeri. Bilangan maksimum hakim di
tiap-tiap mahkamah juga ditentukan oleh Perlembagaan iaitu 11 orang bagi
Mahkamah Persekutuan, 40 bagi Mahkamah Tinggi Malaya dan 10 orang bagi Mahkamah
Tinggi Borneo.
Seseorang
itu adalah berkelayakan dilantik di bawah Perkara 122B Perlembagaan Malaysia
sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan mana mana Mahkamah
Tinggi jika:
(a)
ia adalah seorang warganegara, dan
(b)
dalam masa sepuluh tahun sebelum perlantikannya ia telah menjadi peguam bagi
mahkamah-mahkamah tersebut atau mana-mana satu daripada mahkamah itu ataupun
menjadi anggota bagi perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Persekutuan atau
perkhidmatan undang-undang sesuatu Negeri, atau pada suatu masa lain berkhidmat
sebagi anggota perkhidmatan ke hakiman dan undang-undang Persekutuan.
SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA
Mahkamah di
Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Mahkamah Awam, Mahkamah
Khas (Raja-raja), Mahkamah
Syariah, Mahkamah-mahkamah Khas dan Badan Pengadilan lain.[1]
1.
MAHKAMAH AWAM
Mahkamah
bersifat terbuka semasa perbicaraan – orang ramai boleh mendengar kes yang
dibicarakan. Kuasa tertinggi dari segi perundangan sehingga boleh menjatuhkan
hukuman mati. Hakim2 dilantik oleh YDPA atas masihat PM setelah berbincang
dengan Majlis Raja-raja. Dapat dibahagi kepada dua (2) : -
Mahkamah Atasan
- Mahkamah Persekutuan
- Mahkamah Rayuan
- Mahkamah Tinggi Semenanjung
- Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
Mahkamah Rendah
- Mahkamah Sesyen
- Mahkamah Majistret Kelas I
- Mahkamah Majistret Kelas II
(Mahkamah Majistret Tuntutan Kecil)
-
Mahkamah Penghulu (di Semenanjung sahaja)
2.
MAHKAMAH KHAS
(Raja-raja)
Hanya mengendalikan
kesalahan yang dibuat oleh YDPA dan Sultan. Penghakiman dilakukan secara
tertutup. Pengadilan dilakukan oleh :
-
Ketua Hakim Negara
-
Hakim2 Besar Mahkamah Tinggi
- 2
orang hakim Mahkamah Atasan yang dilantik oleh Majlis2 Raja-Raja.
3.
MAHKAMAH SYARIAH
Hanya
membicarakan kes2 kesalahan yang melibatkan agama Islam sahaja. Mahkamah
terdiri daripada Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah
Rendah Syariah.
4.
MAHKAMAH-MAHKAMAH KHAS
Mahkamah
yang membicarakan kes2 kesalahan melibatkan golongan tertentu sahaja. Antara
Mahkamah Khas ialah
- Mahkamah Kanak-kanak
- Mahkamah Tentera
- Mahkamah Bumuputera Sabah da Sarawak
- Mahkamah Perusahaan
- Mahkamah Buruh
5.
BADAN PENGADILAN LAIN.
Bertujuan untuk menjaga
keadilan masyarakat. Antara badan pengadilan ialah : -
- Pesuruhjaya Khas
bagi Cukai Pendapatan
- Badan tatatertib Majlis Peguam
- Badan
tatatertib Majlis Perubatan Malaysia
- Lembaga
Tatatertib Perkhidmatan Awam
- Tribunal
Pengguna
- Tribunal
Perumahan.
Perlembagaan
Persekutuan Malaysia/Badan Kehakiman [2]
Perkara 121. Kuasa kehakiman Persekutuan.
(1) Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan
tarafnya, iaitu—
(a) satu di Negeri-Negeri Tanah Melayu, yang dikenali sebagai Mahkamah
Tinggi di Malaya dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di
mana-mana tempat di Negeri-Negeri Tanah Melayu yang ditentukan oleh Yang
di-Pertuan Agong; dan
(b) satu di Negeri Sabah dan Sarawak, yang dikenali sebagai Mahkamah
Tinggi di Sabah dan Sarawak dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang
utama di mana-mana tempat di Negeri Sabah dan Sarawak yang ditentukan oleh Yang
di-Pertuan Agong;
(1B) Maka hendaklah ada suatu Mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah
Rayuan dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat
yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Mahkamah Rayuan hendaklah
mempunyai bidang kuasa yang berikut, iaitu—
(a) bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi atau seseorang hakimnya (kecuali keputusan Mahkamah Tinggi yang
diberikan oleh pendaftar atau pegawai lain Mahkamah itu dan yang boleh
dirayukan kepada seorang hakim Mahkamah itu di bawah undang-undang persekutuan);
dan
(b) apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah
undang-undang persekutuan.
(2) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah
Persekutuan dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana
tempat yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Mahkamah Persekutuan
hendaklah mempunyai bidang kuasa yang berikut, iaitu—
(a) bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah
Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya;
(b) apa-apa bidang kuasa asal atau runding yang dinyatakan dalam Perkara
128 dan 130; dan
(c) apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah
undang-undang persekutuan.
(3) Tertakluk kepada apa-apa batasan yang dikenakan oleh atau di bawah
undang-undang persekutuan, apa-apa perintah, dekri, penghakiman atau proses
mahkamah-mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) atau mana-mana hakimnya
hendaklah (setakat yang dibenarkan oleh keadaannya) berkuat kuasa dan berkesan
sepenuhnya mengikut maksudnya di seluruh Persekutuan, dan boleh dilaksanakan
atau dikuatkuasakan di mana-mana bahagian Persekutuan dengan sewajarnya; dan
undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan supaya mahkamah di satu
bahagian Persekutuan atau pegawainya bertindak membantu mahkamah di suatu
bahagian lain.
Perkara 122. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan.
(1) Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada seorang yang
dipertua Mahkamah (yang digelar "Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan"), Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi
dan, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan
Agong, empat orang hakim lain dan apa-apa bilangan hakim tambahan yang dilantik
menurut Fasal (1A).
(1A) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, Yang
di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan, boleh melantik mana-mana orang yang telah memegang jawatan
kehakiman yang tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah
Persekutuan bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan
olehnya:
Dengan syarat bahawa tiada hakim tambahan yang sedemikian menjadi tidak
layak untuk memegang jawatan oleh sebab dia telah mencapai umur enam puluh enam
tahun.
(2) Seseorang hakim Mahkamah Rayuan selain Presiden Mahkamah Rayuan
boleh bersidang sebagai hakim mahkamah Persekutuan jika Ketua Hakim Negara
berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang sedemikian, dan hakim
itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (mengikut kehendak keadaan) oleh Ketua
Hakim Negara.
Perkara 122B. Pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
(1) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan
dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan (tertakluk kepada Perkara 122C)
hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat
Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
(2) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan
seseorang hakim, selain Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Perdana
Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara.
(3) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan
Hakim Besar Mahkamah Tinggi, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Hakim
Besar setiap Mahkamah Tinggi dan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke
Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri hendaklah berunding
dengan Ketua Menteri bagi setiap Negeri Sabah dan Sarawak.
(4) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan
seseorang hakim selain Ketua Hakim Negara, Presiden atau seseorang Hakim Besar,
Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Persekutuan,
dengan Presiden Mahkamah Rayuan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke
Mahkamah Rayuan dan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke mana-mana satu
Mahkamah Tinggi, dengan Hakim Besar Mahkamah itu.
(5) Perkara ini hendaklah terpakai bagi penetapan seseorang untuk
bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi di bawah Fasal (2) Perkara 122AA
sebagaimana Perkara ini terpakai bagi pelantikan seseorang hakim mahkamah itu,
selain Hakim Besar.
(6) Walau apa pun tarikh pelantikan mereka masing-masing sebagai hakim
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, Yang di-Pertuan
Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri yang diberikan selepas
berunding dengan Ketua Hakim Negara, boleh menentukan susunan keutamaan
hakim-hakim sesama mereka sendiri.
Perkara 123. Kelayakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan
dan Mahkamah Tinggi.
Seseorang layak dilantik di bawah Perkara 122B sebagai hakim Mahkamah
Persekutuan, sebagai hakim Mahkamah Rayuan atau sebagai hakim mana-mana
Mahkamah Tinggi jika—
(a) dia seorang warganegara; dan
(b) bagi tempoh sepuluh tahun sebelum pelantikannya dia telah menjadi
peguam bela bagi mahkamah itu atau mana-mana satu daripada mahkamah itu atau
menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau
perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri, atau pada suatu masa menjadi peguam
bela dan pada suatu masa lain berkhidmat sebagai anggota perkhidmatan kehakiman
dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri.
Perkara 124. Sumpah jawatan hakim.
(1) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, sebelum menjalankan fungsi
jawatannya, hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah
setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam, dan hendaklah berbuat demikian di
hadapan Yang di-Pertuan Agong.
(2) Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi,
selain Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, sebelum menjalankan fungsi
seorang hakim hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah
setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam berhubung dengan kewajipan
kehakimannya dalam apa-apa jua jawatan. (2A) Seseorang yang mengangkat sumpah
apabila menjadi Presiden Mahkamah Rayuan hendaklah berbuat demikian di hadapan hakim
kanan yang ada bagi Mahkamah Rayuan.
(3) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Besar
Mahkamah Tinggi hendaklah berbuat demikian di hadapan hakim kanan yang ada bagi
Mahkamah Tinggi itu.
(4) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Mahkamah
Persekutuan hendaklah berbuat demikian di hadapan Ketua Hakim Negara atau, jika
Ketua Hakim Negara tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada
bagi Mahkamah Persekutuan.
(4A) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi hakim Mahkamah
Rayuan hendaklah berbuat demikian di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan atau,
jika Presiden Mahkamah Rayuan tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya
yang ada bagi Mahkamah Rayuan.
(5) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi hakim Mahkamah
Tinggi (tetapi bukan Hakim Besar) hendaklah berbuat demikian di hadapan Hakim
Besar Mahkamah itu atau, jika Hakim Besar tidak ada, di hadapan hakim yang
kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah itu.
Perkara 125. Tempoh jawatan dan saraan hakim Mahkamah Persekutuan.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang hakim
Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam
puluh enam tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang
di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada enam bulan
selepas dia mencapai umur enam puluh enam tahun.
(2) Seseorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh pada bila-bila masa
meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang
ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak boleh dipecat daripada
jawatan kecuali mengikut peruntukan yang berikut dalam Perkara ini.
(3) Jika Perdana Menteri, atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan
Perdana Menteri, membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong dengan
menyatakan bahawa seseorang hakim Mahkamah Persekutuan patut dipecat atas
alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di
bawah Fasal (3B) atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh
atau akal atau apa-apa sebab lain, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan
sepatutnya, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu tribunal
mengikut Fasal (4) dan merujukkan representasi itu kepadanya; dan boleh atas
syor tribunal itu memecat hakim itu daripada jawatan.
(3A) Jika seseorang hakim telah melakukan pelanggaran mana-mana
peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) tetapi Ketua Hakim
Negara berpendapat bahawa pelanggaran itu tidak mewajarkan hakim itu dirujukkan
kepada tribunal yang dilantik dibawah Fasal (4), Ketua Hakim Negara boleh
merujukkan hakim itu kepada suatu badan yang ditubuhkan di bawah undang-undang
persekutuan untuk mengendalikan pelanggaran itu.
(3B) Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara, Presiden
Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi boleh, selepas berunding
dengan Perdana Menteri, menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang
hendaklah juga mengandungi peruntukan tentang tatacara yang hendaklah diikuti
dan sanksi yang boleh dikenakan selain pemecatan seseorang hakim daripada
jawatannya di bawah Fasal (3), berhubung dengan pelanggaran mana-mana
peruntukan kod etika itu.
(3C) Kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) hendaklah dipatuhi
oleh tiap-tiap hakim Mahkamah Persekutuan dan tiap-tiap pesuruhjaya kehakiman.
(4) Tribunal yang dilantik di bawah Fasal (3) hendaklah terdiri daripada
tidak kurang daripada lima orang yang memegang atau pernah memegang jawatan
sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau,
jika ternyata kepada Yang di-Pertuan Agong suai manfaat pelantikan sedemikian
dibuat, orang yang memegang atau pernah memegang jawatan yang setaraf dengannya
di mana-mana bahagian lain di dalam Komanwel, dan tribunal itu hendaklah
diketuai oleh anggota yang terkanan mengikut susunan yang berikut, iaitu, Ketua
Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden dan Hakim-Hakim Besar mengikut
keutamaan mereka sesama mereka sendiri, dan anggota lain mengikut tarikh
pelantikan mereka memegang jawatan yang melayakkan mereka menjadi anggota
(antara dua orang anggota, dengan yang lebih tua mendahului yang lebih muda
jika tarikh pelantikan mereka itu sama).
(5) Sementara menanti apa-apa rujukan dan laporan di bawah Fasal (3)
Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Perdana Menteri dan, dalam hal mana-mana
hakim lain selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara, menggantung seseorang
hakim Mahkamah Persekutuan daripada menjalankan fungsinya.
(6) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi
saraan hakim Mahkamah Persekutuan, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian
hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.
(6A) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, Parlimen boleh melalui
undang-undang membuat peruntukan bagi terma jawatan hakim Mahkamah Persekutuan
selain saraan mereka.
(7) Saraan dan terma lain jawatan (termasuk hak pencen) bagi seseorang
hakim Mahkamah Persekutuan tidak boleh, selepas pelantikannya, diubah menjadi
kurang baik baginya.
(8) Walau apa pun Fasal (1), kesahan apa-apa jua yang dilakukan oleh
seseorang hakim Mahkamah Persekutuan tidak boleh dipersoalkan atas alasan
bahawa dia telah mencapai umur yang dia dikehendaki bersara.
(9) Perkara ini hendaklah terpakai bagi seseorang hakim Mahkamah Rayuan
dan bagi seseorang hakim Mahkamah Tinggi sebagaimana Perkara ini terpakai bagi
seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, kecuali bahawa sebelum menggantung
seseorang hakim Mahkamah Rayuan atau hakim Mahkamah Tinggi selain Presiden
Mahkamah Rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di bawah Fasal (5), Yang
di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim
Besar Mahkamah Tinggi itu dan bukan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
Perkara 125A. Penjalanan kuasa oleh hakim-hakim.
(1) Walau apa-pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini,
dengan ini ditegaskan bahawa—
(a) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan seseorang hakim Mahkamah
Persekutuan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Rayuan
dan hakim Mahkamah Tinggi;
(aa) Presiden Mahkamah Rayuan dan seseorang hakim Mahkamah Rayuan boleh
menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Tinggi; dan
(b) seseorang hakim Mahkamah Tinggi di Malaya boleh menjalankan semua
atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, dan
sebaliknya.
(2) Peruntukan Perkara ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu
bahagian perlu Perlembagaan ini mulai dari Hari Malaysia.
Perkara 126. Kuasa menghukum kerana
penghinaan.
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi berkuasa
menghukum apa-apa penghinaan terhadapnya.
Perkara 127. Sekatan mengenai perbincangan di dalam Parlimen tentang
kelakuan hakim.
Kelakuan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah
Tinggi tidaklah boleh dibincangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen
kecuali atas suatu usul khusus yang notis mengenainya telah diberikan oleh
tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis
Parlimen itu, dan tidaklah boleh dibincangkan di dalam Dewan Undangan mana-mana
Negeri.
Perkara 128. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.
(1) Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja, dan tidak mana-mana mahkamah
lain, mempunyai bidang kuasa bagi memutuskan mengikut mana-mana kaedah mahkamah
yang mengawal selia penjalanan bidang kuasa sedemikian—
(a) apa-apa soal sama ada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh
Parlimen atau Badan Perundangan sesuatu Negeri adalah tidak sah atas alasan
bahawa undang-undang itu membuat peruntukan mengenai sesuatu perkara yang
mengenainya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan
Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang; dan
(b) pertikaian atas apa-apa soal lain antara Negeri dengan Negeri atau
antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri.
(2) Tanpa menjelaskan apa-apa bidang kuasa rayuan Mahkamah Persekutuan,
jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal
berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah
Persekutuan mempunyai bidang kuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah mahkamah
yang mengawal selia perjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan soal itu dan
menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan
mengikut keputusan itu.
(3) Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan rayuan dari
Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seorang hakim Mahkamah itu hendaklah
sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undag persekutuan.
ISI/KANDUNGAN/PERBINCANGAN
1.
KONSEP
KEBEBASAN KEHAKIMAN DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
Telah berkata Syarieh (Hakim Zaman Saidina Ali di Kufah):
Apabila bergerak tentera Saidina
Ali ke peperangan dengan Muawiyah di Siffin, terjatuh baju perisainya. Apabila
beliau pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, didapati bahawa baju besi
tersebut berada di tangan seorang Yahudi yang menjual baju besi tersebut di
pasar Kufah.[3]
Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut : “Wahai orang yahudi,
ini baju perisai saya, tidak pernah saya menjualnya atau menghadiahkannya”.
Berkata Yahudi itu: “Ini baju perisai ku dan ia berada di tangan ku”.
Berkata Saidina Ali: “Kita bawa perkara ini kepada hakim”.
Berkata Saidina Ali: “Kita bawa perkara ini kepada hakim”.
Maka perkara ini dibawa kepada hakim Syarieh, maka duduklah Saidina Ali
sebelah hakim dan duduklah orang yahudi tersebut di depan hakim tersebut.
Berkata Syarieh: “Katakanlah wahai Amirul Mukminin”.Berkata Saidina
Ali: “Ya.
Bahawa baju besi yang ada di tangan Yahudi ini adalah baju besi ku dan
tidak pernah ku menjual atau menghadiahkannya kepada sesiapa”.
Syarieh: “Ada buktikah wahai Amirul Mukminin?”Saidina Ali: “Ada.
‘Qunbar’(hamba Saidina Ali), Hasan dan Husain adalah saksi bahawa baju besi itu
memang milik ku”.
Syarieh: “Kesaksian anak tidak diterima pakai bagi bapanya”.
Saidina Ali: “Lelaki daripada ahli syurga tidak boleh dijadikan saksi?
Aku pernah mendengar Nabi Muhammad bersabda bahawa Hasan dan Husain adalah
ketua kepada para pemuda di syurga”.
Berkata si Yahudi itu: “Amirul Mukminin telah membawa saya berjumpa
dengan hakim, dan hakim tersbut memutuskan hukuman ke atasnya!!! Maka
sesungguhnya ini adalah kebenaran. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain
Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Dan sesungguhnya baju besi ini
memang baju besi mu (Ali). Pada ketika itu, saya sedang menaiki unta dan kamu
sedang menuju siffin, maka terjatuh baju besi kamu pada belah malam. Maka saya
ambil baju besi tersebut”.
Berkata Yahudi itu lagi: “Sekiranya saya katakannya, maka ianya milik kamu”.
Berkata Yahudi itu lagi: “Sekiranya saya katakannya, maka ianya milik kamu”.
Namun, dari kisah di atas, amat
jelas bahawa mengikut sistem pemerintahan Islam, hakim bebas dari pengaruh
eksekutif. Dalam kisah yang dikemukakan, Saidina Ali yang merupakan Khalifah
pada masa itu, berdepan dengan Syarieh, hakim Kufa dan terpaksa mengemukakan
bukti untuk memenangkan tuntutan beliau. Walaupun Saidina Ali merupakan seorang
Khalifah, namun hakim Syarieh terus mengikut peraturan dan perundangan, tidak
menuruti sahaja tuntutan Saidina Ali.
Kalau difikirkan secara
rasional, sudah pasti dikatakan bahawa tidak mungkin Saidina Ali akan bercakap
bohong atau Hasan dan Hussein memberi persaksian yang palsu. Namun undang-undang bukan mengikut individu
yang dihakimi, yang mana jika orang tersebut dikenali, maka tiada bukti yang
diperlukan, tetapi sekiranya tidak dikenali, maka bukti adalah perlu! Tidak
juga berdasarkan pangkat di mana kalau Khalifah, maka mesti wala’, thiqah dan
taat padanya walau sebesar manapun isunya dan berikan sahaja keputusan yang
dikehendakinya. Keadilan di sisi perundangan adalah berdasarkan prinsip
perundangan yang sama adil dantidak mengambil kira siapa yang dibicara. Bukti
bagi yang mendakwa dan sumpah bagi yang dituduh.
Kebebasan institusi kehakiman
seperti yang ditunjukkan dalam kisah di atas menjadi bukti keadilan sistem
Islam. Ianya merupakan sesuatu yang amat janggal pada zaman itu sehingga
menyebabkan orang Yahudi berkenaan memeluk Islam. Keadilan sememangnya akan
hanya mampu ditegakkan oleh institusi kehakiman yang bebas, yang tidak
dipengaruhi oleh pihak eksekutif atau kerajaan yang memerintah.
Malangnya ummat Islam telah
kehilangan kesedaran yang seperti ini. Mereka melihat soal kebebasan institusi
kehakiman sebagai sesuatu yang tiada kena mengena dengan Islam. Oleh itu
kerajaan-kerajaan negara ummat Islam dewasa ini tidak lagi menjadi contoh
ataupun sebutan apabila membincangkan persoalan kebebasan institusi kehakiman.
Malaysia sendiri adalah satu contoh yang jelas bagaimana institusi kehakiman
telah dirosakkan oleh pemerintah yang tidak menghormati prinsip keadilan.
Fatwa bukan sekadar
pernyataan biasa. Ia memiliki wibawa keagamaan yang tinggi sesuai dengan
takrifnya sebagai pernyataan tentang hukum Allah berdasarkan dalil-dalil syara'
seperti Al Quran, Al Sunnah dan Ijma’. Dengan kata lain, yang dinamakan fatwa
bukan luahan emosi nafsu, tetapi pendapat muktabar yang berasaskan dalil-dalil
muktabar. Isu penghakiman Dato' Seri Anwar Ibrabim, ternyata menimbulkan
kegemparan besar di kalangan umat di pelbagai rantau dunia. Maka apa yang ingin
dipertahankan di sini bukanlah dari binaan parti dan cerminan politik, tetapi
berasaskan kesucian syariah.
Mereka yang masih
mempunyai hati nurani, yang peka dengan hak-hak asasi manusia dan memiliki
kesedaran hukum, rata-rata mempertanyakan keabsahan perbicaraan dan hukuman
yang dijatuhkan.
Di samping hal ini
juga turut menyentuh salah satu objektif utama syariat Islam (maqasid al
syari'ah) iaitu perlindungan terhadap maruah dan kehormatan diri. Dalam
mana-mana masyarakat bertamadun, institusi kehakiman dianggap sebagai pemegang
amanah keadilan; peilindung hak, kehormatan dan nyawa rakyat; tempat golongan
lemah dan teraniaya mendapatkan pembelaan. Kerana itu institusi ini biasanya
dikawal dengan aturan-aturan dan norma-norma yang cukup ketat demi memelihara
kewibawaan dan keberkesanannya serta kepercayaan rakyat terhadapnya.
Dalam tradisi
kehakiman Islam misalnya, wujud penekanan pada prinsip istiqlal al-qudah, iaitu
kebebasan mahkamah dan para hakimnya dari kongkongan, tekanan atau sebarang
campur tangan dari pemerintah atau pihak-pihak yang berpengaruh. Sementara para
hakimnya pula dikehendaki memenuhi sejumlah syarat yang mcliputi pelbagai aspek
keilmuan, moral dan etika.
Kitab-kitab feqh
banyak memberikan peringatan agar hakim menilai diri sama ada mampu atau tidak
menghadapi tekanan dan ugutan dalam melaksanakan tugasnya menegakkan kebenaran
dan keadilan. Jika ia berasa dirinya tidak cukup kuat maka seharusnya ia tidak
menerima jawatan hakim.
Di samping itu
pihak pemerintah pula selalu diperingatkan agar jangan mengganggu kebebasan
kehakiman dengan memberikan arahan, meminda hukuman, menahan hukuman atau
sebagainya. Pemerintah juga diperingatkan agar cukup berhati-hati dalam
perlantikan hakim dan sererusnya jangan sewenang-wenang memecat hakim.
Antara nas yang
menjadi sandaran utama prinsip kebebasan kehakiman ialah hadis Nabi S.A.W yang
diriwayatkan dari Ibn Umar,"Sesiapa
yang membantu (sesuatu pihak) secara zalim dalam sebarang pergaduhan, maka
sesunggubnya ia ditimpa kemurkaan Allah".
Dari maksud hadis
yang bersifat umum itu para ulama feqh membuat kesimpulan bahawa ia meliputi
semua yang memiliki kuasa, sama ada ia seorang ketua kerajaan atau
pembantu-pembantunya secara langsung mahupun yang tidak langsung, di ruang
publik ataupun di ruang maya. Mereka tidak dibolehkan menyebelahi mana-mana
pihak dengan menekan hakim atau sebarang bentuk campur tangan, kerana semuanya
itu termasuk dalam istilah zalim yang dilarang oleh syara' dan diancam dengan
kemurkaan Tuhan.
Dalam kitabnya yang
terkenal Tabsirat al Hukkam, Ibn Farhun menyatakan bahawa apabila seseorang
hakim telah memutuskan sesuatu hukuman yang diyakini telah menepati prinsip dan
kaedah syara', lalu datang arahan dari pemerintah agar ia meminda hukumannya,
maka hakim hendaklah melaksanakan hukum yang telah diputuskannya sendiri dengan
mengenepikan arahan pemerintah, atau ia meletakkan jawatannya.[4] Dalam kaitan ini juga Dr. Abdul Karim Zaydan
mengatakan bahawa hakim wajib meletakkan jawatannya apabila ia tidak lagi mampu
mempertahankan kebebasan penghakimannya dari campur tangan pemerintah.[5]
Kebebasan kehakiman
pada hakikatnya adalah suatu ketetapan syara', bukannya sekadar budi bicara
atau belas ihsan pemerintah. Oleh itu tidak siapa pun yang herhak merampas atau
membatalkannya. Atas dasar itulah campur tangan pemerintah dalam urusan
penghakiman dianggap sebagai ma'siyah (maksiat) yang wajib
ditolak atas prinsip,”Tidak boleh patuh
kepada makhluk dalam mengingkari khaliq (Tuhan)”.
Dalam sejarah
politik dan kehakiman Islam biasanya prinsip ini sangat dihormati. Para
penguasa tidak mengarahkan hakim agar menjatuhkan hukuman mengikut hawa nafsu
mereka atas kesedaran bahawa amalan seperti itu bererti pengingkaran terhadap
Allah dan kezaliman ke atas rakyat. Dengan demikian hakim-hakim Islam mendapat
jaminan kebebasan dalam urusan penghakiman mcreka, termasuk kebebasan menghukum
para khalifah jika didapati bersalah.
Jaminan tidak
berlakunya campur tangan pemerintah dalam urusan penghakiman merupakan syarat
mutlak bagi melindungi rakyat dari kezaliman penguasa atau pihak-pihak yang
berpengaruh.
Ternyata banyak
sekali faktor yang terlibat dalam proses pelaksanaan keadilan. la tidak
bergantung semata-mata kepada teks undang-undang, tetapi juga kepada kejernihan
akal budi dan hati nurani hakim. Dalam kaitan ini Sheikh Muhammad Al Ghazali
r.a. mengatakan bahawa hakim yang jujur dapat menyempurnakan - dengan
keadilannya – sekalipun kekurangan terdapat pada teks undang-undang yang
dilaksanakannya. Sebaliknya hakim yang zalim sanggup menyelewengkan teks
undang-undang yang lurus dan benar.[6] Keadilan adalah nilai yang sentiasa dikeramatkan kerana ia memang
menepati posisi puncak dalam urutan sistem nilai Islam. Malah ia mengatasi
nilai ibadah sebagaimana yang diisyaratkan dalam hadith Nabi S.A.W,"Sehari bagi penguasa yang adil lebih
baik daripada ibadah enam puluh tahun" (At Tabrani).
Demikian pulalah
sebaliknya, mengkhianati keadilan adalah kejahatan terkeji yang nerakalah
padahnya. Kerana itu kehakiman adalah jawatan yang berisiko tinggi sebagaimana
yang diperingatkan oleh Nabi S.A.W yang bermaksud,"Dari setiap tiga orang hakim, seorang masuk syurga, sementara yang
dua orang lagi masuk neraka". Hakim yang mengctahui apa yang
benar lalu menjatuhkan hukumannya berdasarkan kebenaran, ia akan masuk syurga.
Hakim yang mengetahui apa yang benar, tetapi tidak menghukum berdasarkan kebenaran,
ia akan masuk neraka. Hakim yang tidak tahu mana yang benar, lalu menghukum
orang secara jahil, ia juga akan masuk neraka.
2.
KONSEP KEBEBASAN KEHAKIMAN BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
Kebebasan kehakiman
adalah asas kepada sistem pentadbiran undang-undang. Konsep kebebasan Kehakiman
dengan mudahnya mengasingkan hubungan atau bidang tanggungjawab antara Badan
Eksekutif dan Badan Legislatif (Perundangan). Di dalam kawasan masing-masing,
setiap satunya bebas dalam menjalankan fungsi masing-masing yang tertakluk
kepada beberapa pembatasan. Kebebasan kehakiman bukanlah semata-mata untuk
mengelakkan campur tangan Badan Eksekutif terhadap kebebasan para hakim untuk
membuat keputusan, tetapi juga bermaksud supaya para hakim dapat membuat
satu-satu keputusan dan menggunakan kuasa mereka berlandaskan
tanggungjawab kehakiman. Sebarang keputusan yang dibuat mestilah dikawal oleh
nilai-nilai etika dan moral masyarakat di mana seseorang yang dapat berfikir
boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya sebagaimana pertimbangan moral para
hakim itu sendiri. Sebagai sebahagian dari tanggungjawab kehakiman, seorang
hakim tidak boleh bertindak secara memalukan rakan sejawatannya atau sehingga
memusnahkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran perundangan.
Satu lagi unsur penting kebebasan kehakiman ialah
tentang kuasanya untuk mengistiharkan apa apa undang-undang yang dibuat oleh
legislatif sebagai tidak sah dan batal, atau tindakan Eksekutif yang bercanggah
dengan Perlembagaan - Perkara 4 Fasal (1).
Tindakan terhadap eksekutif/kerajaan boleh
dilakukan dalam negara ini dan beberapa contoh di mana kerajaan telah didapati
bersalah oleh mahkamah menjadi bukti tentang kebebasan pihak kehakiman.
Dalam Stephen Kalong Ningkan vs Tun Abang Haji
Openg dan Tawi Sli (no.2 (1967) 2 M.M.j 46 Mahkamah Tinggi Borneo telah
memutuskan bahawa Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan hanya melindungi Yang
Dipertuan Agong dari didakwa dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana
mahkamah secara peribadi tetapi tak boleh ditafsir sebagai melindungi kerajaan
persekutuan dari tindakan dalam mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang
dilakukan atas nama Yang Dipertuan Agong dan apabila Yang Dipertuan Agong
bertindak atas nasihat kabinet persekutuan, tindakannya mestilah dianggap
sebagai tindakan Kerajaan Persekutuan.
Dalam Stephen Kalong Ningkan vs Tun Abang Haji
Openg dan Tawi Sli (1966) 2.M.L.J. 187, pula Mahkamah Tinggi Borneo telah
memutuskan bahawa pembuangan Dato Ningkan dari jawatannya sebagai Ketua Menteri
Sarawak adalah ultra vires perlembagaan dan dengan demikian tidak sah dan
batal.
Mahkamah dalam Kes Koh Yin Chye vs Leong Kee Nyean
(1961) 2. M.L.J 67 telah mengistiharkan pemilihan seorang ahli dari parti
Perikatan yang memerintah sebagai tidak sah apabila didapati calon itu bersalah
atas amalan curang pilihanraya.
Dalam Kes Fan Yew Teng vs Setiausaha Dewan Rakyat
& Lain-lain (1975) 2. M.L.J 41, Plaintif, seorang anggota parlimen telah
didapati bersalah di Mahkamah Tinggi kerana satu kesalahan di bawah Akta
Hasutan dan telah didenda sebanyak $2000/- atau enam bulan penjara.
Sebelum kes rayuannya selesai, beliau telah dimaklumkan oleh defendan pertama
bahawa beliau telah hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen menurut Perkara 48
(1) (e) Perlembagaan Persekutuan dan kerusi parlimennya menjadi kosong mengikut
peruntukan Perkara 51. Seterusnya Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya
telah mengarahkan mengambil tindakan bagi satu pilihanraya kecil menurut
Peraturan Pilihanraya 1959. Isu utama kes ini adalah sama ada keputusan
mahkamah yang mendapati plaintif bersalah dan hukuman yang ditentukan itu
menjadikan kerusi Parlimen plaintif secara automatik dikosong dari Dewan Rakyat
menurut Perkara 53 Perlembagaan. Mahkamah telah memutuskan bahawa kerusi
Parlimen plaintif tidak dikosongkan secara automatik hanya kerana si plaintif
telah didapati salah dan dihukum oleh mahkamah.
Jelas sekali dari kes-kes yang dibentangkan di
atas, mahkamah adalah bebas dari sebarang campurtangan pihak eksekutif mahupun
legislatif dalam membuat keputusan perbicaraan mahkamah. Namun begitu
tidaklah semestinya setiap kali keputusan mahkamah mesti berpihak kepada bukan
eksekutif atau bukan legislatif baru dikatakan pihak kehakiman bebas. Ada
juga ketikanya keputusan itu berpihak kepada eksekutif atau legislatif tapi
tidaklah bermakna mahkamah tidak bebas dan tidak adil dalam membuat
keputusannya - (lihat kes 1. Karam Singh vs Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,
Malaysia (1969) 2. M.L.J. 129; 2. Thambipillai vs Kerajaan Malaysia (1969) 2.
M.L.J. 206).
3.
KONSEP/DOKTRIN
PEMISAHAN TUGAS
Apabila
Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, rakyatnya menerima dan bersetuju
untuk mematuhi perlembagaan persekutuan yang berdasarkan kepada model
Westminster di mana terdapat jurang pemisah yang besar dari segi kuasa di
antara tiga organ utama kerajaan yang dipanggil Badan Eksekutif, Badan
Legislatif (Perundangan) dan Badan Kehakiman. Sudah pun diputuskan bahawa semua
ini adalah ciri-ciri dasar atau tonggak atau prinsip-prinsip asas perlembagaan
yang tidak boleh dipinda tanpa konsensus (persetujuan bersama) di peringkat
kebangsaan.
[7]Mengenai fungsi pokok badan
Eksekutif dapat dilihat beza kepentingan dari definisi yang diberikan dalam
Walker's The Oxford Companion To Law (Page 449) : -
"Eksekutif
adalah satu cabang pemerintahan sesuatu negara yang bertanggungjawab memastikan
perlaksanaan polisi dan prinsip-prinsip dan keluhuran undang-undang dalam
kes-kes bertentangan dengan badan legislatif yang fungsinya untuk membuat dan
menentukan polisi dan mengubal undang-undang dan badan kehakiman yang fungsinya
menyelesaikan pertelagahan mengenai makna dan pemakaian undang-undang itu.'[8]
Di bawah artikel 39 perlembagaan, kuasa kedudukan Eksekutif di
dalam Persekutuan diberikan kepada Yang di Pertuan Agong (YDPA) dan boleh
digunakan olehnya atau oleh Kabinet atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa
oleh Kabinet. Di dalam menggunakan kuasanya YDPA boleh bertindak sejajar dengan
"nasihat" Kabinet atau seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa
Kabinet, kecuali jika sebaliknya yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Sungguh
pun demikian, telah pun diputuskan bahawa YDPA tidak boleh bertindak
sewenang-wenangnya mengikut mana-mana nasihat. Nasihat yang diberikan mestilah
berlandaskan undang-undang, mematuhi perlembagaan dan mesti dibuat demi
kepentingan rakyat. Sebagai contohnya, YDPA sepatutnya tidak menerima
"nasihat" Perdana Menteri untuk melantik bekas Peguam Negara sebagai
Hakim Persekutuan, berdasarkan banyak dakwaan-dakwaan rasuah dan penyalahgunaan
kuasa yang telah dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
Kuasa
kedudukan Legislatif (Perundangan) di dalam persekutuan pula diberikan
berdasarkan Artikel 44 di Parlimen yang terdiri dari YDPA dan dua dewan
Parlimen. Dan akhir sekali Artikel 121 menyatakan bahawa kuasa Kehakiman di
dalam Persekutuan perlu diberikan kepada dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai
bidang kuasa dan status yang diselaraskan dan mahkamah-mahkamah yang lebih
rendah sebagaimana yang mungkin diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan. Badan
perundangan berfungsi sebagai pembuat undang-undang dan meminda undang-undang
yang sedia ada agar tidak ketinggalan zaman. Dengan kata lain, ia
bertanggungjawab untuk membuat undang-undang yang akan dijalankan di sesebuah
negara. Institusi ini juga mempunyai hak untuk mengemukakan sesuatu usul kepada
kerajaan ataupun raja untuk dikemukakan pula kepada para hakim. Di samping itu,
ia juga bertindak sebagai penyelia kepada badan eksekutif dan ia tidak boleh menyerap kuasanya kepada badan lain.[9]
Setiap
organ kerajaan itu mempunyai fungsinya yang tersendiri dan kuasa dan setiap
satunya memberikan penilaian dan keseimbangan terhadap kuasa yang digunakan
oleh pihak yang satu lagi supaya sebarang keterlaluan Badan Eksekutif dan
penyalahgunaan kuasa dapat disekat oleh Badan Kehakiman dan sebaliknya
ketidakhematan Badan Kehakiman akan diuruskan oleh dua lagi organ kerajaan yang
lain.
Dari
itu sebarang percubaan untuk mengurangkan fungsi atau kuasa mana-mana organ
kerajaan melalui pindaan perlembagaan akan menyentuh ciri-ciri dasar
perlembagaan itu. Pindaan kepada dasar perlembagaan yang penting itu hanya
boleh dibenarkan melalui konsensus peringkat kebangsaan dan bukannya melalui
mekanisme pindaan seperti yang diperuntukkan oleh Artikel 159. Seperti yang telah
dianjurkan, terpulanglah kepada para hakim untuk mengisytiharkan pindaan
tersebut sebagai melampaui semangat dan tujuan perlembagaan 1957 yang memperuntukkan
bahawa kuasa kehakiman di dalam Persekutuan adalah diberikan kepada Badan
kehakiman, satu dari tiga organ utama di dalam kerajaan. Pindaan artikel 121
tidak menyatakan kepada siapa diberikan kuasa kehakiman itu di dalam
Persekutuan. Pindaan 1988 juga tidak menyebut tentang perkara ini. Namun
demikian, dengan membaca bahagian IX dari perlembagaan secara keseluruhan,
adalah diputuskan bahawa kuasa kehakiman masih diberikan kepada Badan Kehakiman
dengan merujuk kepada sifat perlembagaan dan bahawa ianya berasaskan kepada
model Westminster.
Di
Malaysia, boleh dikatakan semua anggota Eksekutif yakni kabinet adalah juga
anggota Legislatif sama ada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Jelas
tiada pengasingan kuasa di sini. Pihak yang membuat undang-undang dan
pihak yang melaksanakan adalah golongan yang sama.
Dari sudut ini mudah bagi pemerintah yang menguasai badan legislatif untuk
mengubal undang-undang yang ada kalanya memberi kepentingan peribadi mahupun
kolektif kepada Eksekutif lebih lagi bila mempunyai sokongan lebih dari dua
pertiga (2/3) ahli di kedua-dua Dewan. Misalnya kes Rang Undang-undang
kenaikan gaji Perdana Menteri yang peningkatannya ada dipersoalkan oleh
sesetengah golongan sedikit masa lalu.
CONTOH KES – KES KEHAKIMAN
1.
PEMECATAN TUN SALLEH ABAS DAN PERTIKAIAN ANTARA BADAN
EKSEKUTIF DENGAN BADAN KEHAKIMAN
EKSEKUTIF DENGAN BADAN KEHAKIMAN
Tun Salleh Abas atau nama
sebenarnya Tun Dato’ Haji Mohamed Salleh bin Abas telah dilahirkan di
Kampung Raja, Besut Terangganu pada 25 Ogos 1929, bekas Ketua Hakim Negara yang
dipecat dan mendapat ulasan meluas di akhbar-akhbar tempatan dan luar negeri
khususnya The Star, New Straits Times dan majalah Asiaweek. Pemecatannya juga
telah mendapat reaksi negatif tidak menyokong oleh pelbagai pihak terutamanya
daripada golongan elit, persatuan peguam, bekas ketua Hakim Negara Tuan Mohamed
Suffian dan bekas Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
seperti tersebut dalam sebuah artikel internet bertajuk "Apakah kata Tunku tentang Mahathir".
Artikel ini berupa kata aluan Tunku dalam "Mayday for Justice"
yang menyentuh kepada pemecatan Tun Salleh Abas. Merujuk buku tulisan Tun
Salleh Abas bertajuk "Kebebasan
Kehakiman" terbitan Pena Sdn.Bhd 1989, tidak hairanlah bila bekas
Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn pernah berkata " satu kes yang
dianggap sebagai pertikaian di antara pihak Eksekutif dengan pihak
Kehakiman", sementara Tunku pernah berkata"...tetapi tiada
berlaku sepanjang pimpinan saya dari 1955 hingga 1970 atau semasa Tun Abdul
Razak dan kemudiannya Tun Hussein Onn, tiada yang sehingga begitu buruk sekali
mencemarkan nama baik negara sebegini". Saya mengganggap
buku Tun Salleh ini lengkap dan telus serta tiada fakta yang dimanipulasi atas
kepentingan peribadi, namun yang penting terpulanglah kepada pembaca untuk
menilainya. Sebagai tambahan, saya membuat sorotan literatur di Arkib Negeri
dan Arkib Negara Cawangan Sabah pada 24 Mei 2000 tetapi pihak perpustakaan
memberitahu saya bahawa jabatan berkenaan tidak menyimpan maklumat mengenai
krisis ini, satu kekecewaan bagai saya. Namun, saya berharap olahan berdasarkan
buku "Kebebasan Kehakiman" relevan dan memadai.[10]
Tun Salleh (1989) melaporkan Tun Hussein Onn
menyatakan krisis ini sebagai krisis antara badan eksekutif dan badan
kehakiman. Mansur Abdullah (1998) menyatakan Amitai
Etzioni mendefinisikan organisasi sebagai satu unit sosial atau satu kumpulan
manusia yang sedia terbentuk dan membentuk suatu kehidupan bersama-sama bagi
mencapai matlamat yang mereka hajatkan. Menurutnya lagi, Talcott Parsons
menyatakan antara tujuan organisasi dibentuk ialah membantu dalam usaha
membentuk dan menjaga kepentingan masyarakat. Antara bentuk organisasi mengikut
Tompkins ialah organisasi berorentasikan politik seperti kerajaan, polis,
tentera dan badan kehakiman.[11]
PERKARA PENYEBAB KRISIS?
[12]Menurut Tun Salleh Abas (1989) bab
3 menyatakan hubungan antara badan kehakiman dan kerajaan menjadi tegang,
apabila berjalannya beberapa peristiwa penting seperti berikut:
1. Seorang
wartawan asing John Berthelson yang berkhidmat dengan Akhbar Wall Street
Journal berpusat di Hong Kong tetapi memegang permit kerja di Malaysia. Permit
kerjanya dibatalkan oleh kerajaan. Kes ini dibawa ke mahkamah tinggi kemudian
mahkamah agung memutuskan pembatalan kerajaan itu tidak sah. Keputusan ini
membangkitkan kemarahan kepada Perdana Menteri seperti laporan majalah TIME
pada 24 November 1986.
2. Laporan wawancara PM dengan
majalah TIME pada 24 November 1986, telah di bawa ke mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur oleh Encik Lim Kit Siang ketua pembangkang. Hakim Datuk Harun Hashim
yang mendengar menolak pengaduan itu tetapi membuat satu komentar bahawa " Mahathir
Dilemma...."
3. Petronas
membantu "BMF" yang kerugian $2.6 bilion dengan membeli saham bank
itu. Encik K.C Chia pelanggan Bank Bumiputera mendakwa kerajaan dan Petronas
dalam Mahkamah Tinggi atas alasan Petronas menyalahgunakuasa wang Petronas.
Semasa kes ini berjalan, kerajaan mengusul di Parlimen untuk meminda, melulus
dan menguatkuasa Akta Petronas pada tarikh sebelum kes ini supaya Petronas
boleh membeli saham Bank Bumiputra. Akhirnya K.C Chia kalah dalam perbicaraan
tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Agung daripada membayar perbelanjaan mahkamah.
4. Rakyat
bebas bercakap melalui akhbar terutamanya The STAR. Justeru itu, Parlimen
melulus pindaan Akta Rahsia Rasmi. Tindakan kerajaan itu dibantah oleh rakyat
dengan mengeluarkan pelbagai pendapat. Bantahan ini telah mendapat liputan
meluas oleh semua akhbar. Kerajaan mahu rahsia kerajaan disimpan baik tetapi
rakyat mahu supaya maklumat diberitahu kepada rakyat. Oleh itu, Sultan Perak
menyeru agar Perlembagaan Malaysia disemak semula sementara Hakim Datuk Harun
Hashim pula membuat saranan agar keanggotaan Dewan Negara diubah cara
perlantikan kepada pemilihan.
5 Kerajaan
membuat pindaan Kanun Acara Jenayah (CPD), mahkamah
Agung memutuskan bahawa pindaan itu tidak sah. Kerajaan juga
meminda undang-undang Kanun Jenayah untuk mengawasi
perkembangan politik yang menggunakan agama Islam sebagai taktik. Pindaan ini
dipersoalkan di Mahkamah Agung dan memutuskan pindaan ini tidak sah.
6. Pada 1986
satu guaman berlaku di Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengenai pengislaman Suzie
Teo berumur 17 tahun oleh Kadi Pasir Kelantan. Bapa Suzie Teo (Teo Eng Huat)
tidak bersetuju dengan pengislaman anaknya tetapi Mahkamah Tinggi Kota Baharu
tidak bersetuju hujah ini. Bapa Suzie merayu kes ini ke Mahkamah Agung tetapi
dia menyedari rayuannya tidak lengkap kerana tiada "leave". Peguam
perayu menulis surat kepada Tun Salleh supaya kes perbicaraan ditangguh dahulu
sementara mendapatkan Leave dari Mahkamah Tinggi. Tun Salleh mengarahkan agar
kes itu ditangguh sine
die.
7. Dalam kes
dadah, soal hukum mati telah timbul di mahkamah Agung tahun 1987 atas alasan
bahawa agama Islam ialah agama rasmi negara maka undang-undang jenayah yang
dipakai di negara ini mestilah mengikut undang-undang Islam. Mahkamah Agung
menolak hujah itu dengan alasan tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan
mengatakan undang-undang Islam ialah undang-undang bagi negara Malaysia.
8. Encik Lim
Kit Siang mendakwa kerajaan kerana menswastakan Projek Lebuhraya Utara Selatan supaya
perjanjian dibatalkan. Mahkamah Agung menolak dakwaan Lim Kit Siang.
9. Tahun
1986, seorang pengarah bank ditahan di bawah ISA dan isu penahan ini di bawah
ke Mahkamah dan Mahkamah Agung memutuskan penahanan itu tidak sah.
10.Tahun 1987
pelbagai kenyataan bercorak perkauman dibuat oleh tokoh-tokoh politik, suasana
ketenteraman menjadi bahaya. Dengan itu kerajaan membuat tangkapan
beramai-ramai di bawah ISA. Sebahagian tahanan dibawa ke mahkamah untuk
mendapatkan kebebasan. Mahkamah Agung berdasarkan kes yang diputuskan oleh
Mahkamah Persekutuan, telah menolak dakwaan dan memutuskan tangkapan adalah
sah. Dalam pada itu, Karpal Singh membuat dakwaan berasingan di Mahkamah Tinggi
Ipoh dan Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan penahan Karpal Singh tidak sah dengan
alasan salahguna kuasa dan membebaskannya tetapi dia ditangkap semula sebaik
sahaja dibebaskan.
11.Pada 24
April 1987, Perdana Menteri telah memenangi pemilihan pucuk pimpinan dengan
kelebihan 43 undi saja. 11 orang ahli UMNO tidak puas hati dan membawanya ke
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon pemilihan itu dibatalkan atas alasan
pemilihan itu disertai cawangan-cawangan tidak didaftarkan di bawah
undang-undang persatuan. Hakim Harun Hashim telah membuat keputusan dan
mengisytiharkan secara lisan dan tidak bertulis bahawa Pertubuhan UMNO sebuah
parti haram. Keputusan ini menggemparkan negara. Apabila Hakim Harun Hashim
memberi keputusan bertulis, Perdana Menteri membuat sungutan dan mengkritik
cara pengadilan itu, kerana katanya ada perbezaan di antara keputusan lisan dan
keputusan bertulis.
12.Dengan
keputusan Hakim Harun Hashim, Perdana Menteri dalam beberapa ucapannya menegur
hakim dengan kata-kata beracun yang disiarkan Akhbar New Straits Times
bertarikh 7 September 1987 yang terjemahnya " PERDANA MENTERI: Jangan campurtangan. Setengah
hakim-hakim tidak menumpukan kepada peranannya, ..... setengah-setengah hakim telah mengeluarkan
fikirannya atas isu politik di luar bilik mahkamah seperti menyeru Perlembagaan
disemak semula....."
13.Usaha
Perdana Menteri untuk menyingkirkan Hakim Harun Hashim melalui persidangan
Dewan Rakyat pada Oktober 1987 tidak mendapat sokongan.
14.Akhbar New
Straits Times bertarikh 2 Oktober 1987 menyiarkan ucapan PM di Kota Baharu,
bertajuk " Kerajaan akan menentukan pengasingan kuasa
....."
15.Pada 3
November 1987, PM membuat ucapan di Dewan Rakyat membawa usul meminda Akta
Percetakan. Ucapan ini disiarkan oleh New Straits Times 4 Disember 1987. Antara
usul ialah menarik balik dan menggantung dan membatal lesen pencetakan boleh
dibuat oleh Menteri tanpa diberi peluang kepada tuan punya lesen membuat
bantahan.
16.Pada 12
Januari 1988, PM mengingatkan hakim-hakim tentang sikap bebas dan peranan
mereka membuat keadilan.
17.Akibat
serangan bertubi-tubi PM terhadap badan kehakiman, pada 12 Januari 1988, Tun
Salleh sempena majlis pelancaran buku bertajuk "Law, Justice and the
Judiciary, Transnational Trend" telah memberi ucapan dan sekali
menerangkan peranan badan kehakiman. Antara intisari ucapan beliau ialah "Dalam sistem demokarasi, peranan mahkamah
ialah penjaga perlembagaan. Peranan ini tidak lagi patut dipersoalkan tetapi
baru-baru ini peranan itu telah dipersoalkan yang mana kebebasan mahkamah
adalah berada di dalam kecemasan. Buktinya ialah komen-komen yang dibuat
baru-baru ini adalah memalukan mahkamah. Jika mahkamah membuat keputusan
bertentangan dengan kerajaan, ini bukan bermakna hakim-hakim telah menjadi anti
kerajaan dan menyebelahi parti pembangkang...... Saya membuat ucapan bukan
sebagai melawan tetapi sebagai penjelasan, mudah-mudahan serangan yang dibuat
ke atas mahkamah dapat diberhentikan".
SIAPAKAH YANG TERLIBAT?
Dua pihak utama terlibat dalam
krisis ini, seperti dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein
Onn, iaitu pertikaian antara pihak Eksekutif dengan pihak Kehakiman. Aktor
utamanya ialah Perdana Menteri Dr.Mahathir Mohamed, batu apinya ialah akhbar
The STAR, News Straits Times, ASIAWEEK dan akhbar-akhbar lain. Mangsanya Tun
Salleh Abas dan lima orang hakim yang digantung jawatan mereka iaitu Tan Sri
Wan Sulaiman, Datuk George Edward Seah, Tan Sri Azmi, Tan Sri Eusoffe
Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah. Akhirnya Tun Salleh Abas, Tan Sri Wan
Sualiman dan Dato’ George Seah dipecat daripada jawatan mereka. Hakim Harun
Hashim juga turut menyumbang kemarahan PM.
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL
BAGI MENANGANI KRISIS?
Dari aspek moral, krisis ini
belum dapat diselesai dan ditangani, akan tetapi dari aspek tindakan
pentadbiran, Kerajaan Malaysia telah melantik tribunal berdasarkan
Perlembagaan, perkara 125 ceraian (3) untuk mengadili Tun Salleh Abas sebagai
Ketua Hakim Negara. Mereka ialah Tan Sri Abdul Hamid Omar Pemangku Ketua Hakim
Negara selaku pengerusi tribunal dan ahli-ahlinya ialah Tan Sri Abdul Aziz
Mohamed Zain bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, T.S. Sinnathuray Hakim Mahkamah
Agung Singapura, Tan Sri Mohamaed Zahir Haji Ismail bekas Hakim Mahkamah Tinggi
(kini Yang Dipertua Dewan Rakyat), Justice K.A.P Ranasinghe Hakim Besar Sri
Langka dan Tan Sri Lee Hun Hoe Hakim Besar Borneo.
STRATEGI KOMUNIKASI
DIGUNAKAN?
1. Sebagai
pembangkit krisis ini media massa telah mengambil peranannya. Antaranya ialah
terutama Akhbar Star, New Straits Times dan Majalah Asiaweek. Ucapan demi
ucapan juga sebagai pemangkin dan peledak api kemarahan dan akhirnya disirami
dengan penubuhan tribunal yang diamanah untuk menyediakan Laporan Tribunal
sebagai strategi komunikasi memecat dan garis penamat isu ini. Laporan tribunal
mengandungi hasil penyiasatan dan cara pengadilan terhadap Tun Salleh Abas.
Laporan ini telah diumum kepada publik. Pengumuman ini adalah baik kerana
memberi peluang kepada rakyat negara ini untuk membuat penilaian tersendiri
Antara kandungan laporan ialah menyatakan tata kelakuan yang ditakrifkan
sebagai kelakuan buruk yang telah dilakukan oleh Tun Salleh Abas sehingga boleh
dipecat sebagai Ketua Hakim Negara, iaitu;
i. Menulis
surat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-raja
Melayu.
ii. Membuat
ucapan dan kenyataan akhbar,
iii.
Menangguhkan satu kes dengan tidak memberi tarikh perbicaraan "sine
die".
KESIMPULAN
KE ATAS KES PEMECATAN TUN SALLEH ABBAS
Krisis ini
bermula, dapatlah dirangkapkan sebagai keputusan-keputusan yang dibuat oleh
badan kehakiman adalah membabitkan badan eksekutif atau kerajaan. Malangnya
apabila keputusan dibuat, keputusan tidak selari dan disenangi oleh pihak badan
eksekutif. Rasa tidak puashati ini dizahirkan dalam majlis-majlis ucapan yang
disertai prasangka tidak berasas untuk membangkit pihak media massa untuk
mengambil peranannya. Apabila prasangka negatif ini dijawab oleh pihak badan kehakiman.
Mulalah takrifan-takrifan berbeza, dan akhirnya cara menjawab prasangka itu
telah menjadi satu kesalahan dan takrif kurang upaya sehingga membawa kepada
isu penggantungan dan pemecatan hakim-hakim yang arif. Isu ini menjadi besar
dan menjadi perhatian umum serta dipertikai.
Tindakan
eksekutif tidak mengikut kaedah keadilan sejati dan pertuduhan-pertuduhan
dipertikaikan. Malah ada yang beranggapan pertuduhan adalah direka-reka
sementara saksi-saksi yang dipanggil oleh Tribunal juga tidak memihak kepada
kerajaan, lebih 1000 peguam membuat representasi rayuan kepada DYMM Raja-Raja
Melayu supaya Tun Salleh tidak dipecat serta mendapat sokongan
Persatuan-persatuan Peguam Sabah dan Sarawak. Tidak harianlah, pemecatan ini
telah mendapat perhatian dan reaksi daripada beberapa golongan elit yang tahu dengan
undang-undang negara.[13]
Renungilah
kata-kata mereka:
i.
Tunku Abdul Rahman Al Haj
Bekas Perdana
Menteri Malaysia, berkata "Integriti (kelurusan sifat) mestilah teruji
berkali-kali di dalam setiap tindak tanduk kerjanya sebagai hakim, dalam
kehidupan peribadinya dan setiap kerja yang dilakukan ditengah tengah
masyarakat. Sesiap yang berkurangan sifatnya dari syarat tersebut tidak mungkin
menghampiri jawatan tersebut, di mana, sifatnya memerlukan watak lurus dan
jujur. Langkah untuk melantik seseorang itu ke jawatan tersebut bermakna beliau
mempunyai sifat-sifat yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Anehnya, orang
sepertinya (Tun Salleh) dituduh berkelakuan buruk sebagai hakim. Beliau telah
dimalukan kepada umum kemudian dipecat dari jawatannya berdasarkan apa yang
saya sifatkan sebagai tuduhan-tuduhan yang direka-reka".
ii. Tun Mohamad
Suffian
Bekas Ketua
Hakim Negara Malaysia, berkata" ....negara
(eksekutif) yang menghina hakim-hakimnya serupalah dengan orang Korea Selatan
yang di Olimpik di Seoul yang menumbuk referi dari New Zealand kerana beliau
memutuskan bahawa pakar tinju Korea Selatan telah ditewaskan oleh lawannya dari
Bulgaria. .....Bencana yang menimpa kehakiman kita tidak sekali-kali disangka
boleh timbul di Malaysia dan tidak sekali-kali dilupakan oleh generasi akan
datang. Apakah sebabnya Tun Mohamed Salleh yang dikenali diseluruh dunia
sebagai pakar undang-undang dan orang jujur, bijak, arif dan beriman
dipecat?..,"
iii. Tun Hussein Onn
Bekas Perdana
Menteri Malaysia, berkata" Satu
kes (Tun Salleh) yang dianggap sebagai pertikaian di antara pihak Eksekutif
dengan pihak kehakiman..., ...seperti apa yang berlaku kepada Hakim Besar
England Sir Edward Coke yang telah dipecat oleh Raja James Pertama pada tahun
1616 kerana tidak mengikut kehendaknya."
Bahawa dengan
tidak ada persefahaman di antara institusi Eksekutif dan institusi Kehakiman,
maka pihak eksekutif menggunakan kuasa dan pengaruhnya terhadap semua institusi
di negara ini khususnya badan kehakiman. Kerajaan terpaksa menubuhkan tribunal
untuk menyiasat, mengadili dan akhirnya menghalalkan pemecatan Tun Salleh Abas
dari singgahsananya sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia.
Pembayaran
Ex-Gratia Kepada Bekas-Bekas Hakim
Kerajaan memberikan Ex-gratia berjumlah 10.5juta kepada
bekas Ketua Hakim Negara, Tun Muhamed Salleh Abas serta lima lagi hakim kanan
yang ditamatkan perkhidmatan ketika krisis kehakiman pada tahun 1998. Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata
kerajaan memutuskan membayar RM5 juta kepada Salleh manakala Tan Sri Wan
Suleiman Pawanteh dan Datuk George Edward Seah Kim, masing-masing mendapat 2
juta. Tan sri Mohamaed Azmi Kamruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer
dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh pula masing-masing memperoleh ex-gratia
RM500 000. Pembayaran ini menunjukkan bahawa tindakan pemecatan bekas hakim
tersebut seolah-olah penuh dengan kontroversi dan tidak sah. Ini kerana
sehingga hari ini pun Majlis Peguam Negara masih menggesa pihak Kerajaan
mengkajinya semula kes terbabit.[14]
2.
PERBICARAAN
KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHARIBU
Pengendalian kes pembunuhan
Altantuya merupakan kes yang menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa.
Awal-awal lagi diumumkan hanya pegawai polis yang dihadapkan kemuka pengadilan
sahaja yang terlibat - tiada yang lain. Akhirnya pegawai polis yang tidak
mengenali Altantuya dan tiada sebab untuk membunuhnya telah didapati bersalah
walaupun satu dunia tahu bahawa mereka ini tidak akan bertindak tanpa menerima
arahan pihak atasan. Sejauh mana atas, tiada usaha untuk mengambil tahu.
3.
PERBICARAAN
KES LIWAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Begitu jugalah dengan kes
berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ seri Anwar Ibrahim.
Dalam tahun 1999, beliau telah
dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas
kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama
sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun
2004, mahkamah,Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan
kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh
tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh
itu beliau telah dibebaskan.
Namun pada Julai 2008, beliau telah
ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya. Kes tersebut
sedang disebut di mahkamah tinggi Malaysia. Semua tahu bagaimana pertuduhan ini
langsung tidak masuk akal. Tidak mungkin seorang seperti Dato’ Seri Anwar
Ibrahim, dengan umurnya yang meningkat dan keadaan kesihatan beliau yang
terjejas, mampu memaksa dirinya ke atas pemuda yang bernama Saiful.
Walaubagaimanapun, yang jauh lebih penting, telah pun jelas dari pemeriksaan
doktor bahawa tidak ada bukti Saiful diliwat! Itu dengan sendirinya pun telah
cukup untuk kes ini dibuang. Namun, atas sebab kepentingan politik dan campur
tangan pihak eksekutif, ianya diteruskan dan memakan tempoh yang panjang untuk
diselesaikan di Mahkamah.
Ini mengakibatkan, taraf dan
mutu penghakiman di Negara ini dilihat begitu rendah sehingga terpaksa
dibuatnya memorandum oleh 50 orang Ahli Parlimen Australia meminta kes ini
ditarik balik. Begitu juga kenyataan oleh mantan Perdana Menteri Canada dan
yang terbaru ini, oleh Dr. Yusuf Qardawi sendiri. Dr Yusuf Qardawi sehingga
telah menfatwakan sesiapa yang percaya kepada tuduhan terhadap Dato’ Seri Anwar
adalah fasik dan golongan yang mengusahakan pertuduhan ke atas beliau ini
adalah munafik.
RUMUSAN :
Demikianlah kedudukan institusi kehakiman sebagai
pemegang dan pelaksana amanah keadilan. Keruntuhan wibawa institusi ini akan
mencemskan krisis kepercayaan yang bererti malapetaka besar bagi rakyat dan
negara. Tidak akan ada lagi kedamaian dan rasa selamat.
Bila-bila masa nama baik, maruah dan kehormatan boleh tercemar dan hak
asasi boleh tercabul. Apabila mahkamah tidak lagi dapat diharapkan untuk
melindungi orang baik-baik dan mcnyelamatkan mangsa-mangsa kezaliman, ke mana
lagi rakyat hendak mencari keadilan?
Prinsip kebebasan Kehakiman bukan khusus terdapat
pada undang-undang sekular sahaja. Ianya adalah relevan di dalam sebarang
Sistem Perundangan dan merupakan syarat asas dalam resolusi yang dipertikaikan.
Teori Kerajaan Demokrasi dan Prinsip-prinsip Kehakiman yang bebas adalah
berhubungkait antara satu sama lain dengan Doktrin Pemisahan Kuasa dan
Kebebasan Asasi. Kesemua Prinsip-prinsip ini, konsep-konsep dan Doktrin-doktrin
adalah berdasarkan kepada KESIMPULAN
yang pihak yang berkuasa tidak boleh DIAMANAHKAN dengan KUASA MUTLAK.
Mereka akan menyalahgunakannya untuk kepentingan
Politik seperti yang dilihat dalam penangkapan di bawah ISA baru-baru ini dan
penahanan Pemimpin Keadilan, Musuh utama kepada Umno milik Mahathir. Pemimpin
Keadilan, yang merupakan ahli parti Politik yang berdaftar secara undang-undang
telah ditahan sewenangnya atas arahan Mahathir hanya kerana mereka
mengancam kedudukan politik Mahathir dan kelangsungan kerjayanya memandangkan
akan gejala RASUAH yang menyeluruh dan kronik yang telah beliau lakukan.
Doktrin yang tersebut di atas dirangka untuk mencegah PENINDASAN yang boleh
terhasil oleh penganugerahan kuasa yang keterlaluan kepada seseorang atau badan
berkuasa. Dalam Perlembagaan telah termaktub akan hak-hak kebebasan yang asas yang
memperuntukkan Hak-hak Asasi seperti Hak Kebebasan, Kebebasan bersuara,
berhimpun dan berpersatuan. Kesemua hak
ini hanya akan menjadi KHAYALAN semata jika mereka hanya DILAUNGKAN tanpa
PENGUATKUASAANNYA. Hak kebebasan ini menjadi tidak bermakna sekiranya
Mahkamah TUNDUK kepada arahan pihak Eksekutif. Jadinya Badan kehakiman yang
bebas amat perlu dalam memainkan peranan antara dua konsep iaitu pemisahan
kuasa dan kebebasan asasi. Ketiga-tiga konsep inilah yang membentuk KEDAULATAN
undang-undang. Demikianlah kedudukan institusi kehakiman sebagai pemegang dan pelaksana
amanah keadilan. Keruntuhan wibawa institusi ini akan mencemskan krisis
kepercayaan yang bererti malapetaka besar bagi rakyat dan negara. Tidak akan
ada lagi kedamaian dan rasa selamat. Bila-bila
masa nama baik, maruah dan kehormatan boleh tercemar dan hak asasi boleh
tercabul. Apabila mahkamah tidak lagi dapat diharapkan untuk melindungi orang
baik-baik dan mcnyelamatkan mangsa-mangsa kezaliman, ke mana lagi rakyat hendak
mencari keadilan? Dalam situasi
hilangnya kepercayaan kepada institusi penegak keadilan akan terbukalah
kemungkinan orang bertindak sendiri, mencari keadilan di luar undang-undang
negara. Kemungkinan buruk ini harus dihindari menerusi reformasi sistem
kehakiman berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni syari'at.
"Dan orang-orang
yang menyakiti orang-orang Mukmin dan Mukminat tanpa kesalahan yang mereka
perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”. (Surah Al Ahzab:58) - Editor
Tarbawi.
Para hakim Malaysia perlu diperingatkan sekali lagi
bahawa perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi di negara ini dan
sebarang undang-undang yang diluluskan yang tidak selaras dengan perlembagaan
perlu diisytiharkan sebagai tidak sah. Dan seperti di negara-negara lain di
mana perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi di dalam sesebuah negara
itu, dan tindakan dari kedua-dua rakyat biasa dan negara boleh diuji di dalam
mahkamah, peranan dan kebebasan badan kehakiman adalah lebih penting dari yang
sebelumnya. Dan peri pentingnya doktrin pemisahan kuasa dan keutamaan diberi
kepada kedaulatan undang-undang.
Amatlah penting sekali untuk badan Kehakiman itu
bebas dari pengaruh politik dan lain-lainnya. Para Hakim sepatutnya memiliki
keberanian untuk menentang campur tangan sebegitu dan berani pula mengatakan
kepada Badan Eksekutif supaya tidak mengganggu fungsi Kehakiman. Ahli
Politik yang sering mengganggu Badan Kehakiman seperti Perdana Menteri
seharusnya disedarkan kedudukannya. Para hakim mesti menghambakan dirinya
kepada Undang-undang, bukannya kepada orang perseorangan.
Badan Legislatif (Perundangan) harus bersikap adil
kepada semua golongan, tanpa takut atau pilih kasih, perasaan kasih atau
berniat jahat. Sekiranya mereka tidak boleh mencapai ke tahap itu, mereka
sepatutnya meletakkan jawatan Kehakiman, sebaliknya mencari pekerjaan lain
seperti menjadi pensyarah undang-undang mengajar mata pelajaran seperti BAHAN
BUKTI.[15]
Prinsip kebebasan Kehakiman bukan khusus terdapat
pada undang-undang sekular sahaja. Ianya adalah relevan di dalam sebarang
Sistem Perundangan dan merupakan syarat asas dalam resolusi yang dipertikaikan.
Teori Kerajaan Demokrasi dan Prinsip-prinsip Kehakiman yang bebas adalah
berhubungkait antara satu sama lain dengan Doktrin Pemisahan Kuasa dan
Kebebasan Asasi. Kesemua Prinsip-prinsip ini, konsep-konsep dan Doktrin-doktrin
adalah berdasarkan kepada “KESIMPULAN
yang pihak yang berkuasa tidak boleh DIAMANAHKAN dengan KUASA MUTLAK”.
Mereka akan menyalahgunakannya untuk kepentingan
Politik seperti yang dilihat dalam penangkapan di bawah ISA baru-baru ini dan
penahanan Pemimpin Keadilan, Musuh utama kepada Umno milik Mahathir. Pemimpin
Keadilan, yang merupakan ahli parti Politik yang berdaftar secara undang-undang
telah ditahan sewenangnya atas arahan Mahathir hanya kerana mereka
mengancam kedudukan politik Mahathir dan kelangsungan kerjayanya memandangkan
akan gejala RASUAH yang menyeluruh dan kronik yang telah beliau lakukan.
Doktrin yang tersebut di atas dirangka untuk mencegah PENINDASAN yang boleh
terhasil oleh penganugerahan kuasa yang keterlaluan kepada seseorang atau badan
berkuasa. Dalam Perlembagaan telah termaktub akan hak-hak kebebasan yang asas yang
memperuntukkan Hak-hak Asasi seperti Hak Kebebasan, Kebebasan bersuara,
berhimpun dan berpersatuan. Kesemua hak
ini hanya akan menjadi KHAYALAN semata jika mereka hanya DILAUNGKAN tanpa
PENGUATKUASAANNYA. Hak kebebasan ini menjadi tidak bermakna sekiranya
Mahkamah TUNDUK kepada arahan pihak Eksekutif. Jadinya Badan kehakiman yang
bebas amat perlu dalam memainkan peranan antara dua konsep iaitu pemisahan
kuasa dan kebebasan asasi. Ketiga-tiga konsep inilah yang membentuk KEDAULATAN
undang-undang.
Oleh yang demikian, ummat Islam Malaysia mesti
memahami bahawa institusi hakim yang bebas adalah di antara prinsip
pemerintahan Islam. Ianya merupakan satu prinsip yang perlu dipertahankan demi
menjamin keadilan terlaksana. Melaksanakan keadilan adalah wajib dan ianya
tidak mungkin terlaksana tanpa institusi kehakiman yang bebas. Oleh itu
institusi kehakiman yang bebas merupakan satu kewajipan berdasarkan kaedah fiqh
'Sesuatu yang tidak terlaksana kewajipan kecuali dengannya, maka ianya adalah
wajib'.Pada masa yang sama, institusi kehakiman yang diperalatkan untuk
kepentingan pihak pemerintah adalah merupakan satu kezaliman dan sebagai ummat
Islam, kita juga berkewajipan untuk menentang kezaliman.WaLlahu 'Alam.
Bibliografi/Rujukan
[1] Effective Practice STPM Pengajian Am Kertas 1
(Mustapha Saud) Oxford Fajar Sdn Bhd
[2] (1989) Perlembagaan
Persekutuan (hingga 15 Jun 1989). Kuala Lumpur: International Law Book
Services.
[3] Dipetik
dari m/s 226, sirah Amirul Mukminin Ali, Dr. Ali Mohd As-Solabi)
[4] Kitab Tabsirat al
Hukkam. (Ibn Farhun, jil.l, him. 53)
[5] (Dr.Abdul Karim Zaydan,
Nizam al-Qada' fi al Syariat al Islamiyyah, 1998:61).
[6] (Muhammad Al Ghazali,
Khuluq al-Muslim, 1980:33).
[7] Walker's The Oxford
Companion To Law (Page 449)
[8] Pengenalan Kepada Sistem
Perundangan di Malaysia (Noor Aziah Mohd Awal) International Law Book Services
[9] K.Ramanathan. (1992). Asas
sains politik (2nd
ed.). Shah Alam, Selangor, Penerbit Fajar Bakti. ms. 233-235.
[10] ARTIKEL BERTAJUK ;TUN SALLEH ABAS DAN
PERTIKAIAN ANTARA BADAN EKSEKUTIF DENGAN BADAN KEHAKIMAN, Penulis : HAJIMIN MASLIN B.Comm 4 J05475
PJJ IDEAL-UPM KOTA KINABALU, SABAH
[11] Muhd.Mansur Abdullah(1998). Komunikasi dalam Pengurusan. Kuala
Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
[12] Tun Salleh (1989) Kebebasan Kehakiman. Kuala
Lumpur:Penerbitan Pena Sdn.Bhd.
[13] Tunku Abdul Rahman Putra. Kata aluan, Apakata Tunku tentang
Mahathir.http:/members.spree.com/sip/truth23/archives/tunkuhtml
[14] Sumber Maklumat: Jabatan Penerangan Malaysia, November 2008
[15] Prinsip Perlembagaan
dan Pemerintahan di Malaysia (Tun Mohd Salleh Abas) Dewan Bahasa dan Pustaka.
Comments