TANAMAN NANAS

Pengenalan

Asal Usul Nanas

Nanas (An an as comosus) sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nanas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut terutamanya di Johor.

Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura.

Khasiat Nanas

Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.



Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.



Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.



Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah.

Dasar Jaminan Bekalan Makanan

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini dalam peringkat akhir menggubal Dasar Agro Makanan bagi tempoh 10 tahun bermula 2011 hingga 2020. Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, jaminan bekalan makanan merupakan teras utama dalam penggubalan Dasar Agro Makanan yang turut merangkumi perancangan untuk membangunkan sektor agro makanan negara.

“Buat masa ini, input-input awal telah diperolehi daripada pihak awam dan swasta termasuklah pandangan daripada ahli akademik, Persatuan Pengeluar, Persatuan Peladang, Persatuan Nelayan, Persatuan Pengeksport, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, Konvensyen Jaminan Bekalan Makanan menjadi paltform utama bagi membincangkan dan merangka hala tuju strategik berkaitan jaminan bekalan makanan yang menjadi teras utama dalam Dasar Agro Makanan. Berdasarkan Dasar Pertanian yang lalu, katanya, jaminan bekalan makanan menjadi salah satu objektif dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga.

Namun, isu jaminan bekalan makanan tidak diberi penekanan dan hanya diberi perhatian serius selepas berlakunya krisis makanan dunia pada tahun 2008. Tambahan pula, ujarnya, Dasar Pertanian Negara Ketiga bagi tempoh 1998-2010 akan berakhir tahun ini manakala Dasar Pertanian Negara Keempat bagi tempoh 2011-2020 sedang dirangka oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Kedua-dua komponen dasar ini iaitu dasar sektor agro makanan dan dasar tanaman industri akan diselaraskan kelak oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk dijadikan Dasar Pertanian Negara Keempat.

Paparan : 1889

Pasaran

1.

Malaysia terkenal dalam menghasilkan nanas kaleng yang berkualiti dengan warna kuning keemasan.

2.

Buah Nanas Malaysia mempunyai ciri-ciri yang berlainan daripada pesaing dan berpotensi untuk dipertingkatkan mutunya.

3.

Pada masa ini 95% daripada pengeluaran nanas kaleng adalah untuk pasaran eksport dan lebihan 5% adalah untuk pasaran domestik manakala nanas segar menyumbangkan 3% untuk pasaran eksport dan 70% untuk pasaran domestik.

4.

Singapura merupakan pasaran eksport tradisi bagi nenas segar dan diikuti oleh Asia Barat. Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu, Brunei dan Hong Kong.








































Pengenalan Korporat

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (Lembaga Nanas) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu. Selaras dengan perkembangan industri nanas, perubahan nama agensi kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dibuat pada tahun 1992 tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas Malaysia 1957 (Akta 105 - Semakan 1990) di bawah Kementerian Perusahaan Utama.









Pada 29 Mei 1996, Jemaah Menteri telah membuat keputusan untuk membubarkan Lembaga Nanas dan fungsinya dipindahkan kepada Jabatan Pertanian, FAMA dan MARDI. Perlaksanaan pembubaran dilaksanakan secara berperingkat bagi tempoh 3 tahun tertakluk kepada pembubaran Akta Perindustrian Nanas 1957 (Semakan 1990).

Lembaga Nanas telah diletakkan di bawah Kementerian Pertanian pada 1 Jun 1999 bagi menyempurnakan perlaksanaan pembubaran tersebut. Kementerian Pertanian telah diberi peranan sebagai agensi peneraju bagi menyelaraskan tindakan pembubaran yang berkaitan dengan pengagihan fungsi, kakitangan, harta, tanggungan, kuasa dan perundangan Lembaga Nanas di kalangan agensi yang terlibat.

Bahagian Pembangunan Usahawan Tani

1.

Menggerakkan pembangunan produk tambah nilai asas nanas.

2.

Membuat kajian terhadap nanas segar untuk mendapatkan nilai tambah yang lebih baik untuk kesejahteraan kehidupan pengusaha.

3.

Memindahkan teknologi dan hasil kajian berasaskan nanas kepada pelanggan dan untuk dikomersilkan.

4.

Mengadakan khidmat teknikal dan kepakaran industri asas nanas.

5.

Merangka dan melaksanakan program pembangunan usahawan.

6.

Mengurus dan mentadbir kilang Bimbingan,incubator dan pusat pengumpulan/pembungkusan.

7.

Mengkaji dan memantau impak program pembangunan usahawan.

8.

Menyimpan data-data dan rekod usahawan-usahawan yang telah dibimbing oleh LPNM.

9.

Mengkaji dan membuat penilaian ke atas keberkesanan kursus-kursus keusahawanan yang dijalankan sama ada memberi impak positif kepada golongan sasaran.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA