KENEGARAAN MALAYSIA

1.0 KONSEP KEPIMPINAN
Benarkah pendapat yang mengatakan bahawa pemimpin tidak dapat dipisahkan dengan kepimpinan? Pemimpin dan kepimpinan adalah pelengkap antara satu sama lain. Pemimpin adalah individu manakala kepimpinan pula melambangkan kebolehan individu untuk melakukan sesuatu melalui orang lain. Tegasnya pemimpin tidak akan bermakna jika wawasannya tidak lagi dituruti atau dipatuhi oleh orang lain. Pemimpin adalah personaliti atau individu yang diberi tanggungjawab serta diamanahkan untuk memimpin kelompok individu, kumpulan, organisasi, negara ataupun sesuatu unit sosial (keluarga).Pemimpin juga boleh dilihat dari berbagai perspektif seperti pemimpin politik, pentadbiran, korporat, komuniti, agama dan sebagainya [1].
Wujud perbezaan pendapat samada pemimpin dibentuk atau dilahirkan. Dalam buku The Skill of Leadership menyatakan bahawa `Leaders are born not made’[2]. Dalam buku,`Leadership Dilemmas- Grid Solutions pula menyatakan bahawa wujudnya pelbagai persoalan berhubung dengan pemimpin seperti; “ we often hear the question, Are leaders made or is leadership something only a select few are born with?” [3]. Ciri-ciri pemimpin adalah meliputi sifat-sifat personaliti, gaya kepimpinannya, keadaan atau bentuk pekerjaannya, dan keperluan pengikut-pengikutnya[4] .Secara umumnya, ukuran kejayaan seseorang pemimpin terletak kepada sejauhmanakah pemimpin tersebut berupaya mengikut serta memenuhi kehendak orang yang dipimpinnya[5]. Untuk memenuhi kehendak pengikutnya, seseorang pemimpin perlu kepada kuasa. Dari sudut sosiologi, manusia bersaing untuk mendapatkan sumber yang terhad dan juga cuba mengawal tingkahlaku orang lain. Hampir setiap perhubungan sosial adalah bercorak politik yang jelas menggambarkan terdapatnya pergelutan antara ahli untuk mendapatkan kuasa. Selain dari kuasa, terdapat dua konsep lain yang berkaitan dengan politik iaitu paksaan dan kewibawaan[6]. Seperti kebanyakan pemimpin yang hebat, , Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti.Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu.Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

2.0 ISI KANDUNGAN
2.1 BIODATA TAN SRI SYED MOKHTAR SHAH BIN SYED NOR AL-BUKHARY
Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951.Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen.Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga.Seterusnya, bapanya ke Thailand.Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah.Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga.Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru.Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia.Beliau merupakan anak Melayu yang kini tersenarai dalam Forbes sebagai seorang billionaire, dalam kedudukan ke 754 dunia[7].
Sumber : Laporan Akhbar
2.2 Kerjaya perniagaan runcit
Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah.Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis .Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar[8].
Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.[8]
2.3 Syarikat usahasama
Beliau turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.Syed Bukhari memegang 52 % saham dan Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 % dan 16 %.Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai Bukhary Sdn. Bhd pada 15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Melalui Bukhary Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 juta.
Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Pada 1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Tahun 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China. Beliau berjaya menjalankan sistem barter , iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh dari China. Syarikatnya mendapat kontrak membekalkan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam tentera.Beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Beliau menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

2.4 Penswastaan pelabuhan
Syed Bukhari menubuhkan Bukhari Shipping dan bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia. Beliau membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta dan diberi nama 'Angsa Mas'. Kapal itu mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, kerana rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000). Seterusnya beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.
Dasar penswastaan dijalankan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengurangkan pergantungan kerajaan . Menteri Besar Johor ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin . Syed Mokhtar membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta menerusi program penswastaan dan menjayakan Pelabuhan Tanjung Pelepas bagi menyaingi Singapura. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Pelabuhan itu semakin maju hingga berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Apabila bekalan air diswastakan, beliau menubuhkan syarikat usahasama Equiventure Sdn. Bhd. dengan Kembangan Dinamik (49 %) dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo.

2.5 Lebuh raya
Syed Mokhtar membeli syarikat kejuruteraan MMC Corporation pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). MMC dapat kontrak membina Lebuh Raya Pantai Timur iaitu membina lebuh raya sambungan dari Karak ke Kuala Terengganu . Beliau turut memilik saham 22.7 % dalam Malakoff Berhad iaitu IPP iaitu syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia .20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 % pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 % pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 % pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik .Syed mokhtar juga mempunyai 100 % kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku di Malaysia dan Singapura.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC Corp Bhd telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan kereta api berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Projek ini bernilai $3.8 bilion dan tender diperolehi sebelum Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 2003.
Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. MMC juga mempunyai tanah di Senai Industrial Park dan membeli Senai Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS).[13] Pada 1 November 2003,SATS mengambilalih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) pada harga RM80 juta. Menerusi syarikat DRB-Hicom Bhd. (DRB)miliknya, membeli syarikat kereta Lotus dari Proton Holding bhd pada harga RM1.29 bilion.[15] DRB-Hicom juga memiliki 32.21 % dalam Pos Malaysia Bhd.
2.6 Kerja kebajikan
Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan untuk membiayai pelbagai program kebajikan.
Menerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen telah ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar RM40 sejam untuk mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris. Bantuan turut disalurkan kepada ke negara Pakistan, Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.
Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010.Bekas Naib Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Canselor AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak di Alor Setar.
Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin haemodialysis secara percuma.

Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan membaik pulih Masjid Negara supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9 juta - 2500 jemaah); Seremban 2 (RM7.5 juta -3000 jemaah); Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.
Yayasan juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998.Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilal dan siak masjid untuk menunaikan Haji setiap tahun.
Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004.Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta.Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.


2.7 Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Banyak yang diperkatakan mengenai seorang Taikun bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara.Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara Semenanjung Malaysia.Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen.Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga.Seterusnya, bapanya ke Thailand.Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah.Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga.Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Baru.Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan.Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.
Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai.Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan buku simpanan harian.
Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut.Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging.Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual.Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar.Beliau berjaya dalam perniagaan itu.Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula.Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan.Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam.Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar.Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Iamerupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi.Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak ‘gas-fired‘ di Tanjung Bin, Johor. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui Syarikat Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %.

Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan.“Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita.Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita.Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur.Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin.Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.

Jadi banyak kebaikkan dan kebajikkan yang beliau lakukan kepada masyarakat tidak dihighlight oleh media massa seperti Yayasan Al-Bukhary, Universiti al-Bukhary dan sebagainya. Semoga bermanafaat buat semua!

2.8 SUMBANGAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARI
Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.
Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London - salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka.
Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish' (Islam Maghribi) telah di bina di Alor Setar pada 2004.
Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa.
Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek Langkawi - projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.
Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat.
 Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta.

SUMBANGAN YAYASAN ALBUKHARY
SUMBANGAN DALAM NEGARA :
(i) Kompleks Albukhary yang kemudiannya dinamakan Pusat Kecemerlangan Sharifah Rokiah merangkumi;
a) Pusat Dialisis dan Hospital Albukhary
b) Hostel Albukhary
c) Masjid Albukhary
d) Pusat Pendidikan Masyarakat
e) Pusat ‘Pondok’ Moden
f) Rumah Anak-anak Yatim Albukhary
g) Pusat Kanak-kanak Istimewa
h) Pusat Jagaan Warga Emas
i) Souq Albukhary dan pasar basah
j) Universiti Antarabangsa Albukhary (kemasukan pertama dijangka pada 2010)

(ii) Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin (terutama pelajar negara OIC ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
(iii) Tuisyen Albukhary (tuisyen percuma) kepada pelajar miskin seluruh negara
(iv) Program Tahunan, Bantuan Uniform Sekolah kepada pelajar miskin
(v) Kursi Albukhary di Fakulti Seni bina dan Rekaan Alam, UIAM
(vi) Membina Muzium Kesenian Islam (muzium terbesar di Asia Tenggara yang memaparkan hasil seni Islam)
(vii) Membina dan membaik pulih masjid seperti Masjid Negara, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Albukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
(viii) Membina Institut Al-quran, Kuala Lumpur
(ix) Sumbangan bagi pembinaan Blok Menara, Universiti Terbuka Wawasan, Pulau Pinang
(x) Sumbangan bagi pembinaan kampus tetap Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar, Perak
(xi) Sumbangan / pembiayaan dalam bidang sukan dan rekreasi seperti Malaysian Lawn Bowls Federation, ekspedisi solo Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir ke Antartika dan Datuk Malik Mydin, rakyat Malaysia pertama berenang di Selat Inggeris
(xii) Membina Ibu Pejabat Yayasan Jantung Negara, Kuala Lumpur

(xiii) Membina Pusat Hemodialisis di Kangar, Perlis dan Johor
(xiv) Membina Ibu Pejabat Yayasan Budi Penyayang, Pulau Pinang
(xv) Membina Pusat Pemuliharaan – Warisan & Seni Islam
(xvi) Membiayai orang Islam miskin menunaikan haji
(xvii) Sumbangan kepada Projek Langkawi (dana pendidikan luar bandar anjuran MCA)

SUMBANGAN PERINGKAT ANTARABANGSA :
(i) Sumbangan kepada Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom
(ii) Sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon
(iii) Sumbangan bagi pembinaan kampus baru Darul Uloom Islamic Academy, Brisbane, Australia
(iv) Sumbangan kepada mangsa gempa bumi Sichuan, China
(v) Program Anak-anak Yatim Albukhary di Daerah Nanggroe, Aceh, Indonesia
(vi) Albukhary Rehabilitation Centre, misi kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi Bam, Iran
(vii) Albukhary Care Centre, Battagram, pusat latihan vokasional dan akademik di Pakistan
(viii) Schevenezia Software Technologies, pengajian teknologi maklumat kepada pelarian Afghanistan dan rakyat Pakistan
(ix) Sumbangan kepada Shaukat Khanum Memorial Cancer Hospital and Research Centre, Lahore
(x) Sumbangan bagi pembinaan bangunan utama universiti, Sarajevo School of Science dan Technology dan pengukuhan Economics and Good Governance Fellowship
(xi) Sumbangan bagi pembinaan Saidina Abubakar Hospital and Training Centre, Kampala, Uganda (mencegah penularan HIV/Aids)
(xii) Membeli dan mengubahsuai Cantray House, Afrika Selatan – pusat intelektual dan kefahaman Islam
(xiii) Membeli dan mengubahsuai Sir Herbert Baker Society’s Heritage Church kepada The Jumu’a Mosque, Cape Town, Afrika Selatan
(xiv) Street Kids Welfare Programme, Mitchel’s Plain, Cape Town, Afrika Selatan
(xv) Baikpulih Masjid Mohiyudheen, Payyannur, Kerala, India dan Masjid Al-Rahma, Azhikode, India
(xvi) Islamic Studies Programme, Le High University, Pennsylvania, United States of America

Masjid Al-Bukhary
Masjid AlBukhary terletak di Jalan Langgar Alor Setar Kedah berdekatan dengan Souq AlBukhary yang menempatkan Pasaraya Giant. Masjid yang indah ini dibina oleh Yayasan Al Bukhary yang menjadi sebahagian daripada Kompleks Al-Bukhary di persimpangan Jalan Tuan Abdul Razak dan Jalan Langgar terdiri daripada Pusat Perdagangan Souq Al-Bukhary, Pusat Rawatan/Perubatan Al-Bukhary, Pusat komuniti rumah anak-anak yatim dan warga tua dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary.
Kompleks Yayasan Al-Bukhary yang berkonsepkan pondok moden dibina dengan kos RM400 juta dengan keluasan 11.6 hektar dan siap sepenuhnya pada tahun 2004. Kompleks berkenaan dibina di atas tanah asal milik datuknya dan Masjid tersebut juga asalnya dibina oleh datuknya.Projek pembinaan Universiti Antarabangsa Albukhary bernilai RM500 juta yang boleh menampung 3,000 pelajar siap dibangunkan pada tahun 2009.
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Muzium Kesenian Islam
Sumbangan beliau kepada khazanah seni Islam dan pembangunan pendidikan sahsiah Islam Negara amatlah tidak terhingga nilainya, seperti dengan terbina dan dibangunkan Muzium Kesenian Islam, di Jalan Lembah Perdana (sebelah Masjid Negara), Kuala Lumpur.


2.9 ANUGERAH YANG DITERIMA OLEH TAN SRI SYED MOKHTAR
v  Tokoh Maal Hijrah 1429H oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
v  Panglima Setia Mahkota (Tan Sri) - Persekutuan
v  Dato’ Setia Mahkota Kedah (Dato’) – Kedah
v  Pencalonan ‘Top 20 Progressive Asians’ oleh majalah World Business (20 Mei 2007)
v  Muzium Kesenian Islam - IRCICA Award daripada OIC Research Centre for Islamic Culture & Art (2003)
v  Muzium Kesenian Islam – Montblanc Arts & Patronage Award daripada Paris-based Montblanc Cultural Foundation (2003)
v  ‘Malaysia’s Chosen One’ – Majalah Time (2002)

2.10 PRINSIP KEJAYAAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY

1. Jangan pentingkan diri sendiri
"Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran itu kepada saya tidak mustahak."

2. Kerja kuat untuk berjaya
"Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda di bumi kita Malaysia. Ini kan Tanah Melayu. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya, kena kerja kuat tidak kira siang dan malam. Kita ada kekuatan yang Allah beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha."
3. Jangan malu untuk berjaya
"Saya asalnya tidak tahu apa-apa. Setiap orang yang mahu berjaya dan telah berjaya pada asalnya bermula daripada sifar (reset to zero). Apa yang saya tidak tahu, minta tolong daripada orang lain. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita mendapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang."

4. Anggaplah kekayaan itu hanya sementara
"Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan, kepada bangsa dan orang ramai. Jika kita kaya, kita hanya memegangnya hanya untuk sementara sahaja."

5. Lakukan amal yang baik
"Jika kita kaya, usahlah kita hanya menyimpan kekayaan itu untuk anak dan isteri sahaja. Duit itu tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi kita nanti, tetapi apa yang kita lakukan sekarang."

6. Bijak mencari peluang
"Saya perlu terus mencari peluang supaya saya terus dapat membantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata."


7. Yakinlah & jangan takut dengan diri sendiri
"Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya."

8. Pergantungan kepada Allah SWT
"Jika kita mahu sesuatu, minta terus kepada Allah. Allah beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar, biarlah padan dengan badan sendiri."

9. Bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan
"Jika kita senang, kesenangan yang kita perolehi ini datang dengan tanggungjawab. Kita perlulah lakukan amal jariah. Walaupun sedikit, biarlah yang sedikit itu ada berkatnya."

10. Berkongsilah kejayaan dengan orang ramai
"Saya suka kalau nikmati sedikit yang saya dapat itu dapat dikongsi bersama."

11. Jangan mudah lupa diri
"Jangan mudah lupa diri kerana kejayaan atau kesenangan yang kita perolehi adalah milik Allah untuk kita gunakan ke jalan yang baik."




12. Ambil masa untuk bertapak & mengekalkan kejayaan
Saya tertarik dengan kata-kata peninju terhebat, Muhammad Ali, katanya, "The man who views the world at 50, same as he did at 20. he has wasted 30 years of his life." Renung-renungkan.

13. Jangan mudah putus asa
"Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh, tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit semula. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian."

14. Tiada yang mustahil (Nothing is impossible)
"Tiada sebab kenapa Melayu tidak boleh maju. Kita kena berani berperang dengan musuh diri kita sendiri iaitu nafsu. Nafsu akan sentiasa mendorong kepada perkara-perkara yang negatif. Tukarkan ia menjadi positif. Maka, anda telah berjaya melawan nafsu anda. Kalau saudara dan saudari jadi wartawan, saudara saudari kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar itu. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku."

15. Gigih, tekun dan tidak mudah berputus asa
"Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa adalah kunci kejayaan. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir."

16. Percayalah! Allah sentiasa memberi peluang kepada orang yang berusaha
"Allah memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada kita hanya usaha. Kita boleh melakukannya, tiada yang mustahil untuk dilakukan selagi kita tidak mengatakan TIDAK."

17. Jangan rosakkan diri kita dengan kemewahan
"Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu. |Kita kene kurangkan bercakap tentang kereta dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi itu bukan matlamatnya."

18. Merendah diri
"Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai."

19. Bersyukur atas nikmat yang Allah berikan
"Saya terima apa sahaja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur. Apa yang penting, kita perlulah berusaha."







3.0 RUMUSAN / KESIMPULAN
Mengikut hadis Nabi S.A.W. sembilan persepuluh pintu rezeki datangnya dari berniaga.Malah, jika dilihat dari satu sudut, semua pekerjaan yang kita lakukan adalah suatu bentuk perniagaan.Ayat-ayat al-Quran juga banyak menyentuh mengenai perniagaan.Jelaslah bahawa berniaga adalah suatu pekerjaan yang digalakkan dalam Islam. Mencari keuntungan atau kekayaan bukanlah suatu halangan, seperti pada Surah al-Jumaat, ayat 10, yang bererti:
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menguruskan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat)."
Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang seseorang mencari sebanyak mana dari nikmat Allah s.w.t. yang mereka suka termasuk daripada perniagaan, tetapi seharusnya kita tidak mengabaikan suruhanNya.
Tidak dinafikan, seseorang yang berniaga akan mendapat lebih banyak kebebasan dalam pelbagai segi. Bukan hanya dari segi masa, tapi juga dari segi bagaimana pendapatan dijana, sumber pendapatan tersebut dan untuk apa keuntungan kemudiannya digunakan.Berniaga juga membuka ruang yang luas untuk bersedekah dan membantu orang lain, seperti memberikan peluang pekerjaan kepada fakir miskin atau orang kurang upaya. Setiap manusia sudah ditentukan rezeki masing-masing. Maka seelok-eloknya kita menggunakan rezeki yang dikurniakan itu untuk membantu golongan lain pula.
Sesungguhnya, Syed Mokhtar adalah contoh “hasil” kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirangka oleh kerajaan dalam menghasilkan golongan “jutawan Melayu”. Dasar Ekonomi Baru bertujuan mengimbangkan kek ekonomi kepada dalam purata 30:40:30. Kebijaksanaan dan ketekunan Syed Mokhtar dalam merebut peluang dan menghargai kedudukan beliau sebagai “bumiputera” telah membuktikan bahawasanya DEB BERJAYA MEMBENTUK GOLONGAN JUTAWAN MELAYU.Dan MELAYU JUGALAH PENYEBAB KEGAGALAN DEB MENGHASILKAN 30%pegangan ekonomi yang perlu dikuasai oleh Melayu kerana ada Melayu yang telah menjual saham-saham bumiputera mereka kepada orang-orang Cina yang sentiasa “dahagakan” peluang-peluang seperti itu. Syed Mokhtar mendukung maruah seorang Melayu yang berpaksikan kepada ajaran Islam yang lurus dan tabiat membuat kebajikan yang tidak pernah putus.
Jika Melayu pada hari ini memegang 40% kek ekonomi, adakah kaum lain akan mempersoalkan hak-hak kaum Melayu di Malaysia? Adakah kaum lain berani mengugut kerajaan dan kaum Melayu? Sesempurna mana sekalipun plan tindakan kerajaan untuk mengimbangi ekonomi kaum Melayu di Malaysia ini, jika kaum Melayu itu sendiri gagal mengambil kesempatan dan tidak menghargainya, DEB hanyalah tinggal sekadar nama, tidak lebih daripada itu. Melayu gagal bukan kerana kerajaan itu gagal, tapi Melayu gagal kerana Melayu itu sendiri.Melayu bukan malas, cuma suka bersenang lenang.
Membaca pengalaman Syed Mokhtar Albukhary dalam meniti perjalanan hidup sejak kecil sehingga di mana beliau berada sekarang dengan izin Allah, bagi saya lelaki ini bukan sahaja berhak dihormati, malah layak UNTUK DISEGANI.Kekayaan yang Allah limpahi untuk lelaki ini bukan dinilai dengan berapa banyak yang beliau ada, tetapi BERAPA BANYAK YANG BELIAU TELAH SUMBANGKAN.
Satu perkara yang beliau pegang adalah perniagaan dan kebajikan perlu seiring.Tiada siapa boleh menafikan hal tersebut dan beliau melakukannya tanpa perlu kepada publisiti.Hamba melihat ini sebagai keberkatan pendidikan ibu beliau yang telah menggalakkan anaknya melakukan kebajikan semenjak awal lagi.Ia menjadi pengajaran kepada diri hamba sendiri bahkan kita semua agar memperuntukkan sedikit apa yang kita ada untuk kesejahteraan orang lain. Mungkin berkat daripada kesungguhan dicampur dengan doa orang yang pernah dibantu beliau maka rezeki yang ada tidak pernah putus.

Comments

IBU ENDANG said…

saya IBU ENDANG/SURWANTO seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran hongkong
angka yang di berikan waktu itu 4D 
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA