KAJIAN EMPIRIKAL BUDAYA ORGANISASI DAN PRESTASI KERJA

http://cdn.mobicow.com/feed/link/pub/18223/sub/15589

KAJIAN 1 :
Boon, Arumugam, Vellapan, Yin & Wai ( 2006 ) telah menjalankan kajian / analisa secara kuantitatif tentang hubungan antara budaya organisasi dengan kepuasan kerja pekerja di sektor kesihatan di Malaysia. Kajian dijalankan terhadap pekerja-pekerja di empat ( 4 ) organisasi kesihatan di negeri Perak. Dapatan kajian telah menunjukkan persepsi pekerja terhadap pembolehubah budaya organisasi hubungannya adalah signifikan dan positif terhadap kepuasan kerja pekerja.[9]
Kajian ini membuktikan semakin tinggi tahap kesedaran pekerja terhadap ( 5 ) dimensi budaya organisasi iaitu sokongan, penekanan terhadap ganjaran, inovasi, berorientasikan prestasi, kestabilan dan komunikasi maka semakin positifnya reaksi terhadap kepuasan pekerja. Kajian juga menunjukkan dimensi sokongan adalah paling dominan diantara ( 5 ) dimensi budaya organisasi dan mempunyai hubungan yang kuat dengan kepuasan pekerja. Kajian ini juga menyokong dapatan kajian terdahulu oleh Lund ( 2003 ), Gray, Densten dan Sarros ( 2003 ).

KAJIAN 2 :
Mohammad & Arif ( 2000 ) telah menjalankan kajian tentang hubungan antara budaya organisasi dan hasil kerja dikalangan organisasi Malaysia. Kajian dijalankan di tujuh ( 7 ) buah syarikat swasta di Malaysia. Dapatan kajian telah menunjukkan terdapat hubungan diantara budaya organiasasi dengan penglibatan kerja dan komitmen organisasi. Hubungannya adalah positif dan kuat. Hasil kajian ini juga konsisten dengan kajian-kajian yang terdahulu dimana peranan budaya organiasasi adalah menggalakkan hasil kerja yang positif. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat beberapa dimensi budaya organisasi yang menggalakkan keberkesanan dan produktiviti para pekerja dimana pada akhirnya ia membolehkan organiasai mencapai kelebihan daya saing yang kompetitif. Oleh itu budaya organisasi perlu dipantau secara berterusan supaya kepercayaan dan nilai yang dikongsi bersama oleh ahli-ahli dalam organisasi terus berevolusi dan pada akhirnya amalan-amalan pihak pengurusan boleh mempermudahkan budaya kerja yang kondusif .[10]

KAJIAN 3 :
Rashid, Sambasivan & Johari ( 2002 ) telah menjalankan kajian tentang pengaruh budaya korporat dan komitmen organisasi terhadap prestasi kewangan syarikat syarikat Malaysia. Dapatan kajian telah menunjukkan terdapat hubungan diantara budaya korporat dengan komitmen organisasi. Hubungannya adalah signifikan dan positif terhadap kepuasan kerja pekerja. Hasil kajian ini adalah implikasi yang cukup penting untuk pembangunan sumber manusia dan memotivasikan pekerja. Kajian ini juga membuktikan budaya korporat dan komitmen organisasi mempunyai impak dan mempengaruhi prestasi kewangan syarikat. Ini bermakna jenis budaya korporat dan komitmen organisasi boleh merupakan faktor penting dalam menentukan prestasi cemerlang atau kejayaan syarikat.

KAJIAN 4 :
Lok & Crawford ( 2003 ) telah menjalankan kajian tentang pengaruh budaya organisasi dan gaya kepimpinan terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi bagi pengurus-pengurus pelbagai industri di Hong Kong dan Australia. Dapatan kajian telah menunjukkan pengurus dari Australia mempunyai “ Mean Scores ” yang lebih tinggi bagi pembolehubah budaya organisasi inovasi dan sokongan terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi berbanding dengan pengurus dari Hong Kong. Bagi kedua-dua sampel, pembolehubah Inovasi, sokongan dan gaya kepimpinan yang bertimbang-rasa mempunyai pengaruh yang positif terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi.

KAJIAN 5 :
Ibrahim, Sejini & Qassimi ( 2006 ) telah menjalankan kajian terhadap hubungan antara penilaian kendiri prestasi kerja dan kepuasan kerja dikalangan pekerja-pekerja sektor awam di United Arab Emirates. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara penilaian kendiri prestasi kerja dengan kepuasan kerja keseluruhannya. Begitu juga bagi ” moderating variable ” seperti jantina, taraf perkahwinan, tempoh berkhidmat dan kedudukan juga menunjukkan tiada sebarang hubungan yang signifikan. Walau bagaimanapun terdapat hubungan yang signifikan diantara penilaian kendiri prestasi kerja, kewarganegaraan, kedudukan terhadap gaji dan faedah, pembangunan kerjaya dan paling penting suasana / keadaan tempat kerja ( work environment ).

KESIMPULAN
Cara kerja atau budaya kerja yang hendak dibina adalah berdasarkan dorongan ke arah pencapaian hasil yang bermutu dan perkhidmatan cemerlang, sentiasa menghasilkan idea baru, berdisiplin, ilmiah dan profesional, kerja berpasukan dan wujudnya rangkaian kerja.

Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakan akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.

Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika menemui kesulitan ketika melaksanakan tugas, perkara perlu dilakukan adalah berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu dan tidak mudah berpatah hati dan mengaku kalah sebelum menyelesaikannya.

YAB Tun Dr. Mahathir b. Mohamad (Mantan Perdana Menteri Malaysia) ada menegaskan bahawa:
“ Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar.”

Kenyataan Tan Sri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (1995) (bekas Ketua Setiausaha Negara) :
“Perlumbaan kepada peningkatan kualiti sebenarnya adalah dua perlumbaan.satu untuk kehadapan; dan satu lagi sentiasa dihadapan”.

“Jangan masukkan sampah sarap dalam otak kita. kalau kita sangka kita malas maka malaslah kita. kalau kita sangka kita lembab, maka lembab lah kita. Kalau kita fikir kita mangkuk maka mangkuklah kita tetapi kalau kita fikir kecemerlangan itu mudah, maka mudahlah untuk kita jadi cemerlang”.

Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin. Mereka yang mempunyai disiplin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan. Sesungguhnya budaya kerja yang cemerlang sememangnya amat dituntut oleh ajaran Agama Islam supaya dapat meningkatkan lagi pembangunan ekonomi dan sahsiah rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA