AIB SUAMI PERLU DIJAGA...

salam sayang buat semua pengunjung blogs…
 
 
 
Sebagai isteri adalah DOSA bila membuka aib rumahtangga, apatah lagi membuka aib suami..
kita redha dan bersabar je…mang mudah nak cakap SABAR…tanpa org tuh sendiri yg melalui..
tp sekiranya para isteri merenung kembali Surah Insyirah… dekat situ ada ‘ketenangan’ akan diperolehi…
sama2 kita renungkan erti Surah Insyirah yang sememangnya saya jadikan sebagai ‘penawar’ bila mslh dtg melanda…
[94: 1] (Wahai Muhammad) Bukankah Kami telah lapangkan dadamu ?
[94: 2] Dan Kami telah ringankan bebananmu.
[94: 3] Yang telah memberatkan tanggunganmu?
[94: 4] Dan Kami telah angkatkan namamu?
[94: 5] Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan,
Ke mana jua kesukaran pergi, kemudahan tetap bersama dengannya kerana pada kesukaran itu sendiri wujudnya benih-benih kemudahan dan kerana kesusahan itu hanya merupakan suatu kebetulan yang terserempak dalam perjalanan, ia akan meninggalkan kita apabila kewujudannya tidak dikehendaki.
Allah Yang bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang menciptakan manusia bahkan seluruh makhluknya untuk dirahmati dan disayangi. Jika sekali sekala diuji, jangan difikir ujian itu tidak mengandungi apa-apa erti, sekurang-kurangnya satu amaran untuk memuhasabah diri….
[94: 6] Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan.
[94: 7] Oleh itu, apabila engkau telah selesai dari sesuatu kerja, maka tumpukanlah dengan sungguh-sungguh kerja yang lain pula.

[94: 8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaknya engkau tumpukan perhatian.
 yg baik dtg dari Allah, sedang yg buruk itu adalah dtg dari kelemahan saya sendiri… segala pujian kembali kepada-NYA..

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA