NAFSU

Nafsu menurut Islam ialah keinginan manusia yang tersirat dlm akal fikiran sejak azali.Nafsu sperti yang kita tahu ada baik dan jahat..

Dalam Islam Nafsu ada 7 peringkat:

1.NAFSU KAMILAH
Nafsu ni adalah nafsu tertinggi dlm segala peringkat nafsu.Nafsu ni hanya dimiliki oleh para Rasul dan nabi

2.NAFSU AMARAH
Nafsu utama yg harus ditakluki.Hal ini kerana nafsu ni cenderung mengajak manusia kpd pekara negatif.ciri2 nafsu ni:
-iri hati
-Dengki
-Takbur
-Pemarah
-Sombong


3.NAFSU LAWWAMAH
Nafsu ni ialah nafsu yg suka pd perbuatan baik tp masih melakukan maksiat,swring bantah pd nilai2 positif,suka menceritakan kebaikan diri agar d kagumi oleh org lain.nafsu ni hampir sama dengan peringkat nafsu petama tapi ada perbezaan walaupan sedikit..


4.NAFSU MULHAMAH

Nafsu ini adalah hasil positive dari penaklukan 2 peringkat nafsu sebelumnya.
Ciri -ciri positif nafsu ini:
-Sabar
-Tenang
-Pemurah
-besyukur
-Mengajak melakukan kebajikan dan amal kebaikan..


5.NAFSU MUTHMAINNAH
Nafsu ini mempunyai ciri2 yang mulia seperti Tawakkal.murah hati.mensyukuri nikmat yg Allah berikan dan sentiasa sabar dengan segala bencana.


6.NAFSU RADLIYYAH.
Nafsu ni ialah seseorang yang mengabdikan sepenuh hidupnya hanya kepada Allah..nafsu yang membuat seseorang tu takut kepada Allah,bukan kerana Allah tu menyiksakn tetapi kerana Allah bersifat Ar-rahman dan Ar-Rahim..


7.NAFSU MARDLIYYAH
Nafsu yang membuatkan jiwa sentiasa dihiasi dengan kesucian,kemuliaan dan kesempurnaan baik perkataan mahupun perbuatan.Semua yang dilakukan diredhai Allah kerana jiwa,hati,perasaan,gerak geri,penglihatan,pendengaran,dan perjalanan hanya untuk-NYA.
InsyaAllah,nafsu peringkat ini dapat memiliki kehebatan dan keistimewaan luarbiasa.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA