BELALAH ANAK-ANAK YATIM JANGAN ABAIKAN MEREKA

1.0 Pendahuluan
Pengertian Anak Yatim
            Anak yatim dalam bahasa Inggeris disebut 'orphanage'. Mengikut istilah pula, anak yatim memberi maksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya. Sedikit berbeza dengan yatim piatu yang bermaksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian kedua-dua ibu dan bapanya.

Istilah Anak Yatim Dari Segi Syariah Islam
            Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.

            Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri:  “Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri. Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”
            Walaubagimana pun masyarakat Melayu Malaysia mempunyai satu lagi istilah iaitu Yatim Piatu yang dimaksudkan sebagai mereka yang telah kehilangan kedua-dua ibu dan bapa, walaupun sebenarnya istilah ini tidak ada dalam syariat Islam.  Anak yatim adalah anak yang kematian ibu bapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil atau belum baligh, atau anak yang kematian bapanya sebelum  ia menjangkau baligh.  Islam mewasiatkan umat manusia supaya melakukan hubungan banik dengan anak yatim, memberi perlindungan dan pendidikan serta memberi hak-hak mereka.
Firman Allah yang bermaksud:
“ Oleh sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.” ( Al- Dhuha)
“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak yatim.” ( al- Maun) Islam juga mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakand dalam surah An- Nisa ayat 6.
2.0 Isi/ Kandungan
Kewajipan sosial
            Menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Dan ia adalah salah satu usaha perjuangan Islam yang jarang dilakukan orang. Justeru masalah sosial timbul kerana empat sebab, iaitu tidak memuliakan anak yatim, tidak memberi makan orang miskin, memakan warisan (kekayaan) alam dengan rakus, dan mencintai harta benda secara berlebihan (lihat surah al-Fajr, ayat 15-20).
Penjagaan Terhadap Anak Yatim 
            Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Ayat Al-Quran dan Hadis.
• Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim 
• Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya”.
• Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”
• Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).
• "Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah.  Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka."
  “Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (At-Tabhrani)
• Sabda Nabi lagi, Anak-anak yatim akan mempunyai kedaulatan besar di akhirat kelak. Menyakiti dan menzalimi mereka dosanya tidak terhingga, Kita amatlah digalakkan memberikan pertolongan apa saja termampu.
Memakan harta Anak Yatim
            Di dalam AI-Quran ada tercatat sesiapa yang memakan harta anak yatim dia seolah-olah menyalakan api di dalam perutnya, Tuhan memberi amaran keras kepada mereka yang cuba mengkhianati anak-anak yatim.
BEBERAPA HADIS RASULULLAH SAW TENTANG ANAK YATIM:
Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini.” Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga”. (Dari Sahl bin Saad r.a HR: Al- Bukhari).

Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (HR: At-Tabhrani)
Bersikaplah kepada anak yatim, seperti seorang bapa yang penyayang.” (dari Daud ‘a.s., Hadis Riwayat Bukhari)

Barang siapa yang mengikut-sertakan seorang anak yatim diantara dua orang tua yang muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk syurga.” (Hadis Riwayat Abu Ya’la dan Thabrani, Sahih At Targhib, Al-Albani)

Ada seorang laki-laki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan hatinya. Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.” (Diriwayatkan oleh Abu Darda’ r.a HR: Thabrani, Targhib, Al Albaniy : 254)

Engkau melihat orang-orang beriman itu dalam hal kasih sayang dan saling mencintai di antara mereka, adalah seperti satu tubuh, jika ada satu organ yang mengeluh (sakit), maka seluruh tubuh akan merasakan sakit dengan tidak tidur dan panas.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Aku dan seorang wanita yang pipinya kempot dan wajahnya pucat bersama-sama pada hari kiamat seperti ini (Nabi Saw menunjuk jari telunjuk dan jari tengah). Wanita itu ditinggal wafat suaminya dan tidak mau kawin lagi. Dia seorang yang berkedudukan terhormat dan cantik namun dia mengurung dirinya untuk menekuni asuhan anak-anaknya yang yatim sampai mereka kawin (berkeluarga dan berumah tangga) atau mereka wafat.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad)

Harta-benda anak yatim tidak terkena zakat sampai dia baligh.” (Hadis Riwayat Abu Ya’la dan Abu Hanifah)

Tidak disebut lagi anak yatim bila sudah baligh”. (Hadis Abu Hanifah)
Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya, dan tidak bersikap angkuh dengan apa yang Allah anugerahkan kepadanya terhadap tetangganya. Demi yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menerima sedekah seorang yang mempunyai kerabat keluarga yang memerlukankan santunannya sedang sedekah itu diberikan kepada orang lain. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, ketahuilah, Allah tidak akan memandangnya kelak pada hari kiamat”. (Hadis Riwayat Ath-Thabrani)

Barangsiapa menjadi wali atas harta anak yatim hendaklah diperkembangkan (diperdagangkan) dan jangan dibiarkan harta itu susut karena dimakan sedekah (zakat).”(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

3.0 Kesimpulan/ Rumusan
Ukuran sebenar sesebuah negara adalah bagaimana ia menjaga kanak-kanaknya dari segi kesihatan, keselamatan, dan keselamatan asas mereka, pendidikan dan sosialisasi mereka, dan cara mereka rasa disayangi, dihargai, dan disertakan ke dalam keluarga dan masyarakat dimana mereka dilahirkan. Oleh itu kita sebgai umat Islam yang prihatin harus menjaga kebajikan anak-anak yatim di Malaysia sengan sebaik mungkin kerana Islam dan Nabi Muhamad S.A.W sendir menyeru kita melaksanakannya.


Bibliografi
  1. Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat : www.jkm.gov.my.
  2. Laporan Trend Sosial di Malaysia, Siri 11/ 2009 Jabatan Perangkaan Malaysia.
  3. Al-Quran dan hadis-hadis sahih mengenai anak yatim.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA