KONSEP KEBEBASAN & PERJALANAN BADAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA

PENGENALAN
Badan Kehakiman merupakan satu daripada tiga kuasa dalam doktrin pengasingan kuasa. Badan kehakiman atau mahkamah mempunyai peranan yang besar dalam mengimbangi dua unsur lagi dalam doktrin pengasingan kuasa ini iaitu badan perundangan dan badan eksekutif. Mahkamah mempunyai kuasa seperti berikut : -
(a) kuasa mentafsir Perlembagaan;
(b) kuasa menafsir undang-undang;
(c) kuasa mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis Persekutuan dan negeri sebagai tidak sah; dan
(d) mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Kebebasan Badan Kehakiman
Dalam sebuah negara, mahkamah perlulah mempunyai kebebasan dalam menjalankan tanggungjawabnya menegakkan keadilan tanpa merasa takut atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Hakim-hakim perlulah bebas menumpukan segala tenaga mereka untuk mencari keadilan, walaupun keputusan yang dibuat mendatangkan kesan negatif kepada pihak berkuasa. Perlembagaan nampaknya mengadakan beberapa persekitaran untuk memastikan tujuan tersebut tercapai. Umpamanya, Perlembagaan Malaysia mengecualikan para hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan daripada perjalanan kuatkuasa peraturan am yang ditetapkan dalam perkara 132(2A). Seseorang anggota perkhidmatan awam memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong. Para hakim memegang jawatan hingga dia mencapai umur 65 tahun, dan boleh dipecat dari jawatan oleh Yang di Pertuan Agong hanya atas alasan berkelakuan tidak baik atau tidak berupaya, atas alasan kelemahan tubuh atau otak atu apa-apa sebab lain bagi menyempurnakan tugas jawatan mereka dengan sewajarnya. Tindakan pemecatan dengan alasan tersebut itu juga tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kecuali mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan. Prosedur pemecatan dijelaskan di dalam Perkara 125 Perlembagaan Malaysia.

Jika difikirkan mustahak supaya dilucutkan seorang hakim daripada jawatannya, Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara setelah berbincang dengan Perdana Menteri hendaklah mengemukakan representasi tentang hal ini kepada Yang di Pertuan Agong. Kemudian Yang di Pertuan Agong akan menubuhkan sebuah tribunal yang akan menyiasat dan membuat laporan serta syor tentang perlucutan itu kepada Yang di Pertuan agong. Berdasarkan laporan dan syor tribunal inilah seorang hakim itu boleh dilucut ataupun tidak daripada jawatannya. Tribunal yang dilantik ini hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada lima orang anggota terdiri daripada hakim atau bekas hakim, dan jika perlu boleh dilantik mana-mana anggota dari mana-mana Negara komanwel.

Sementara menanti laporan dan syor daripada tribunal, Yang di Pertuan Agong boleh menggantung daripada menjalankan tugasnya:
(a) seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas syor Perdana Menteri,
(b) seorang Hakim Tinggi atas syor Ketua Hakim Negara.
Perkara 126(5) memperuntukkan bahawa gaji hakim ditetapkan oleh Parlimen melalui satu akta khas dan gaji seseorang hakim itu tidak boleh dikurangkan selagi dia memegang jawatannya. Perkara 127 pula menetapkan bahawa kelakuan seseorang hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana satu majlis Parlimen kecuali atas satu usul yang tersendiri dan notis mengenainya telah diberi oleh tidak kurang dari satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu, dan juga tidak boleh dibincang dalam mana-mana Dewan Negeri. Bilangan maksimum hakim di tiap-tiap mahkamah juga ditentukan oleh Perlembagaan iaitu 11 orang bagi Mahkamah Persekutuan, 40 bagi Mahkamah Tinggi Malaya dan 10 orang bagi Mahkamah Tinggi Borneo.

Seseorang itu adalah berkelayakan dilantik di bawah Perkara 122B Perlembagaan Malaysia sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan mana mana Mahkamah Tinggi jika:
(a) ia adalah seorang warganegara, dan
(b) dalam masa sepuluh tahun sebelum perlantikannya ia telah menjadi peguam bagi mahkamah-mahkamah tersebut atau mana-mana satu daripada mahkamah itu ataupun menjadi anggota bagi perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Persekutuan atau perkhidmatan undang-undang sesuatu Negeri, atau pada suatu masa lain berkhidmat sebagi anggota perkhidmatan ke hakiman dan undang-undang Persekutuan.
SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA
Mahkamah di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Mahkamah Awam, Mahkamah Khas (Raja-raja), Mahkamah Syariah, Mahkamah-mahkamah Khas dan Badan Pengadilan lain.[1]
1.      MAHKAMAH AWAM
Mahkamah bersifat terbuka semasa perbicaraan – orang ramai boleh mendengar kes yang dibicarakan. Kuasa tertinggi dari segi perundangan sehingga boleh menjatuhkan hukuman mati. Hakim2 dilantik oleh YDPA atas masihat PM setelah berbincang dengan Majlis Raja-raja. Dapat dibahagi kepada dua (2) : -
Mahkamah Atasan
-          Mahkamah Persekutuan
-          Mahkamah Rayuan
-          Mahkamah Tinggi Semenanjung
-          Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
 Mahkamah Rendah
-      Mahkamah Sesyen
-     Mahkamah Majistret Kelas I
-      Mahkamah Majistret Kelas II (Mahkamah Majistret Tuntutan Kecil)
-      Mahkamah Penghulu (di Semenanjung sahaja)
2.      MAHKAMAH KHAS (Raja-raja)
Hanya mengendalikan kesalahan yang dibuat oleh YDPA dan Sultan. Penghakiman dilakukan secara tertutup. Pengadilan dilakukan oleh :
-   Ketua Hakim Negara
-   Hakim2 Besar Mahkamah Tinggi
-  2 orang hakim Mahkamah Atasan yang dilantik oleh Majlis2 Raja-Raja.

3.      MAHKAMAH SYARIAH
Hanya membicarakan kes2 kesalahan yang melibatkan agama Islam sahaja. Mahkamah terdiri daripada Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.



4.      MAHKAMAH-MAHKAMAH KHAS
Mahkamah yang membicarakan kes2 kesalahan melibatkan golongan tertentu sahaja. Antara Mahkamah Khas ialah
-     Mahkamah Kanak-kanak
-      Mahkamah Tentera
-       Mahkamah Bumuputera Sabah da Sarawak
-       Mahkamah Perusahaan
-       Mahkamah Buruh
5.      BADAN PENGADILAN LAIN.
Bertujuan untuk menjaga keadilan masyarakat. Antara badan pengadilan ialah  : -
-         Pesuruhjaya Khas bagi Cukai Pendapatan
-         Badan tatatertib Majlis Peguam
-         Badan tatatertib Majlis Perubatan Malaysia
-         Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
-         Tribunal Pengguna
-         Tribunal Perumahan.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Badan Kehakiman [2]
Perkara 121. Kuasa kehakiman Persekutuan.
(1) Maka hendaklah ada dua Mahkamah Tinggi yang setara bidang kuasa dan tarafnya, iaitu—
(a) satu di Negeri-Negeri Tanah Melayu, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Malaya dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri-Negeri Tanah Melayu yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong; dan
(b) satu di Negeri Sabah dan Sarawak, yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat di Negeri Sabah dan Sarawak yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong;
(1B) Maka hendaklah ada suatu Mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah Rayuan dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Mahkamah Rayuan hendaklah mempunyai bidang kuasa yang berikut, iaitu—
(a) bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya (kecuali keputusan Mahkamah Tinggi yang diberikan oleh pendaftar atau pegawai lain Mahkamah itu dan yang boleh dirayukan kepada seorang hakim Mahkamah itu di bawah undang-undang persekutuan); dan
(b) apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.
(2) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan dan yang mempunyai pejabat pendaftarannya yang utama di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mempunyai bidang kuasa yang berikut, iaitu—
(a) bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya;
(b) apa-apa bidang kuasa asal atau runding yang dinyatakan dalam Perkara 128 dan 130; dan
(c) apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.
(3) Tertakluk kepada apa-apa batasan yang dikenakan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan, apa-apa perintah, dekri, penghakiman atau proses mahkamah-mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) atau mana-mana hakimnya hendaklah (setakat yang dibenarkan oleh keadaannya) berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya mengikut maksudnya di seluruh Persekutuan, dan boleh dilaksanakan atau dikuatkuasakan di mana-mana bahagian Persekutuan dengan sewajarnya; dan undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan supaya mahkamah di satu bahagian Persekutuan atau pegawainya bertindak membantu mahkamah di suatu bahagian lain.
Perkara 122. Keanggotaan Mahkamah Persekutuan.
(1) Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada seorang yang dipertua Mahkamah (yang digelar "Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan"), Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, empat orang hakim lain dan apa-apa bilangan hakim tambahan yang dilantik menurut Fasal (1A).
(1A) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, boleh melantik mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan olehnya:
Dengan syarat bahawa tiada hakim tambahan yang sedemikian menjadi tidak layak untuk memegang jawatan oleh sebab dia telah mencapai umur enam puluh enam tahun.
(2) Seseorang hakim Mahkamah Rayuan selain Presiden Mahkamah Rayuan boleh bersidang sebagai hakim mahkamah Persekutuan jika Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang sedemikian, dan hakim itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (mengikut kehendak keadaan) oleh Ketua Hakim Negara.
Perkara 122B. Pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
(1) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan (tertakluk kepada Perkara 122C) hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
(2) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan seseorang hakim, selain Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara.
(3) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Hakim Besar setiap Mahkamah Tinggi dan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Menteri bagi setiap Negeri Sabah dan Sarawak.
(4) Sebelum memberikan nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang pelantikan seseorang hakim selain Ketua Hakim Negara, Presiden atau seseorang Hakim Besar, Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Persekutuan, dengan Presiden Mahkamah Rayuan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke Mahkamah Rayuan dan, jika pelantikan itu ialah pelantikan ke mana-mana satu Mahkamah Tinggi, dengan Hakim Besar Mahkamah itu.
(5) Perkara ini hendaklah terpakai bagi penetapan seseorang untuk bersidang sebagai hakim Mahkamah Tinggi di bawah Fasal (2) Perkara 122AA sebagaimana Perkara ini terpakai bagi pelantikan seseorang hakim mahkamah itu, selain Hakim Besar.
(6) Walau apa pun tarikh pelantikan mereka masing-masing sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri yang diberikan selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara, boleh menentukan susunan keutamaan hakim-hakim sesama mereka sendiri.
Perkara 123. Kelayakan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
Seseorang layak dilantik di bawah Perkara 122B sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, sebagai hakim Mahkamah Rayuan atau sebagai hakim mana-mana Mahkamah Tinggi jika—
(a) dia seorang warganegara; dan
(b) bagi tempoh sepuluh tahun sebelum pelantikannya dia telah menjadi peguam bela bagi mahkamah itu atau mana-mana satu daripada mahkamah itu atau menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri, atau pada suatu masa menjadi peguam bela dan pada suatu masa lain berkhidmat sebagai anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan atau perkhidmatan perundangan sesuatu Negeri.


Perkara 124. Sumpah jawatan hakim.
(1) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, sebelum menjalankan fungsi jawatannya, hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam, dan hendaklah berbuat demikian di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
(2) Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, selain Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, sebelum menjalankan fungsi seorang hakim hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam berhubung dengan kewajipan kehakimannya dalam apa-apa jua jawatan. (2A) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Presiden Mahkamah Rayuan hendaklah berbuat demikian di hadapan hakim kanan yang ada bagi Mahkamah Rayuan.
(3) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Besar Mahkamah Tinggi hendaklah berbuat demikian di hadapan hakim kanan yang ada bagi Mahkamah Tinggi itu.
(4) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah berbuat demikian di hadapan Ketua Hakim Negara atau, jika Ketua Hakim Negara tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah Persekutuan.
(4A) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi hakim Mahkamah Rayuan hendaklah berbuat demikian di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan atau, jika Presiden Mahkamah Rayuan tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah Rayuan.
(5) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi hakim Mahkamah Tinggi (tetapi bukan Hakim Besar) hendaklah berbuat demikian di hadapan Hakim Besar Mahkamah itu atau, jika Hakim Besar tidak ada, di hadapan hakim yang kanan selepasnya yang ada bagi Mahkamah itu.
Perkara 125. Tempoh jawatan dan saraan hakim Mahkamah Persekutuan.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh enam tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh enam tahun.
(2) Seseorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali mengikut peruntukan yang berikut dalam Perkara ini.
(3) Jika Perdana Menteri, atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, membuat representasi kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan bahawa seseorang hakim Mahkamah Persekutuan patut dipecat atas alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu tribunal mengikut Fasal (4) dan merujukkan representasi itu kepadanya; dan boleh atas syor tribunal itu memecat hakim itu daripada jawatan.
(3A) Jika seseorang hakim telah melakukan pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) tetapi Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa pelanggaran itu tidak mewajarkan hakim itu dirujukkan kepada tribunal yang dilantik dibawah Fasal (4), Ketua Hakim Negara boleh merujukkan hakim itu kepada suatu badan yang ditubuhkan di bawah undang-undang persekutuan untuk mengendalikan pelanggaran itu.
(3B) Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi boleh, selepas berunding dengan Perdana Menteri, menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang hendaklah juga mengandungi peruntukan tentang tatacara yang hendaklah diikuti dan sanksi yang boleh dikenakan selain pemecatan seseorang hakim daripada jawatannya di bawah Fasal (3), berhubung dengan pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika itu.
(3C) Kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) hendaklah dipatuhi oleh tiap-tiap hakim Mahkamah Persekutuan dan tiap-tiap pesuruhjaya kehakiman.
(4) Tribunal yang dilantik di bawah Fasal (3) hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada lima orang yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau, jika ternyata kepada Yang di-Pertuan Agong suai manfaat pelantikan sedemikian dibuat, orang yang memegang atau pernah memegang jawatan yang setaraf dengannya di mana-mana bahagian lain di dalam Komanwel, dan tribunal itu hendaklah diketuai oleh anggota yang terkanan mengikut susunan yang berikut, iaitu, Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden dan Hakim-Hakim Besar mengikut keutamaan mereka sesama mereka sendiri, dan anggota lain mengikut tarikh pelantikan mereka memegang jawatan yang melayakkan mereka menjadi anggota (antara dua orang anggota, dengan yang lebih tua mendahului yang lebih muda jika tarikh pelantikan mereka itu sama).
(5) Sementara menanti apa-apa rujukan dan laporan di bawah Fasal (3) Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Perdana Menteri dan, dalam hal mana-mana hakim lain selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara, menggantung seseorang hakim Mahkamah Persekutuan daripada menjalankan fungsinya.
(6) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan hakim Mahkamah Persekutuan, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.
(6A) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi terma jawatan hakim Mahkamah Persekutuan selain saraan mereka.
(7) Saraan dan terma lain jawatan (termasuk hak pencen) bagi seseorang hakim Mahkamah Persekutuan tidak boleh, selepas pelantikannya, diubah menjadi kurang baik baginya.
(8) Walau apa pun Fasal (1), kesahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang hakim Mahkamah Persekutuan tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa dia telah mencapai umur yang dia dikehendaki bersara.
(9) Perkara ini hendaklah terpakai bagi seseorang hakim Mahkamah Rayuan dan bagi seseorang hakim Mahkamah Tinggi sebagaimana Perkara ini terpakai bagi seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, kecuali bahawa sebelum menggantung seseorang hakim Mahkamah Rayuan atau hakim Mahkamah Tinggi selain Presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi di bawah Fasal (5), Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Presiden Mahkamah Rayuan atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu dan bukan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.



Perkara 125A. Penjalanan kuasa oleh hakim-hakim.
(1) Walau apa-pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, dengan ini ditegaskan bahawa—
(a) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan dan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Rayuan dan hakim Mahkamah Tinggi;
(aa) Presiden Mahkamah Rayuan dan seseorang hakim Mahkamah Rayuan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Tinggi; dan
(b) seseorang hakim Mahkamah Tinggi di Malaya boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, dan sebaliknya.
(2) Peruntukan Perkara ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perlembagaan ini mulai dari Hari Malaysia.
Perkara 126. Kuasa menghukum kerana penghinaan.
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi berkuasa menghukum apa-apa penghinaan terhadapnya.
Perkara 127. Sekatan mengenai perbincangan di dalam Parlimen tentang kelakuan hakim.
Kelakuan seseorang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidaklah boleh dibincangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen kecuali atas suatu usul khusus yang notis mengenainya telah diberikan oleh tidak kurang daripada satu perempat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu, dan tidaklah boleh dibincangkan di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri.

Perkara 128. Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan.
(1) Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja, dan tidak mana-mana mahkamah lain, mempunyai bidang kuasa bagi memutuskan mengikut mana-mana kaedah mahkamah yang mengawal selia penjalanan bidang kuasa sedemikian—
(a) apa-apa soal sama ada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan sesuatu Negeri adalah tidak sah atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan mengenai sesuatu perkara yang mengenainya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang; dan
(b) pertikaian atas apa-apa soal lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri.
(2) Tanpa menjelaskan apa-apa bidang kuasa rayuan Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah mahkamah yang mengawal selia perjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan soal itu dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu.
(3) Bidang kuasa Mahkamah Persekutuan untuk memutuskan rayuan dari Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seorang hakim Mahkamah itu hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undag persekutuan.



ISI/KANDUNGAN/PERBINCANGAN
1.      KONSEP KEBEBASAN KEHAKIMAN DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM
Telah berkata Syarieh (Hakim Zaman Saidina Ali di Kufah):
Apabila bergerak tentera Saidina Ali ke peperangan dengan Muawiyah di Siffin, terjatuh baju perisainya. Apabila beliau pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, didapati bahawa baju besi tersebut berada di tangan seorang Yahudi yang menjual baju besi tersebut di pasar Kufah.[3]
Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut : “Wahai orang yahudi, ini baju perisai saya, tidak pernah saya menjualnya atau menghadiahkannya”.
Berkata Yahudi itu: “Ini baju perisai ku dan ia berada di tangan ku”.
Berkata Saidina Ali: “Kita bawa perkara ini kepada hakim”.
Maka perkara ini dibawa kepada hakim Syarieh, maka duduklah Saidina Ali sebelah hakim dan duduklah orang yahudi tersebut di depan hakim tersebut.
Berkata Syarieh: “Katakanlah wahai Amirul Mukminin”.Berkata Saidina Ali: “Ya.
Bahawa baju besi yang ada di tangan Yahudi ini adalah baju besi ku dan tidak pernah ku menjual atau menghadiahkannya kepada sesiapa”.
Syarieh: “Ada buktikah wahai Amirul Mukminin?”Saidina Ali: “Ada. ‘Qunbar’(hamba Saidina Ali), Hasan dan Husain adalah saksi bahawa baju besi itu memang milik ku”.
Syarieh: “Kesaksian anak tidak diterima pakai bagi bapanya”.
Saidina Ali: “Lelaki daripada ahli syurga tidak boleh dijadikan saksi? Aku pernah mendengar Nabi Muhammad bersabda bahawa Hasan dan Husain adalah ketua kepada para pemuda di syurga”.
Berkata si Yahudi itu: “Amirul Mukminin telah membawa saya berjumpa dengan hakim, dan hakim tersbut memutuskan hukuman ke atasnya!!! Maka sesungguhnya ini adalah kebenaran. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Dan sesungguhnya baju besi ini memang baju besi mu (Ali). Pada ketika itu, saya sedang menaiki unta dan kamu sedang menuju siffin, maka terjatuh baju besi kamu pada belah malam. Maka saya ambil baju besi tersebut”.
Berkata Yahudi itu lagi: “Sekiranya saya katakannya, maka ianya milik kamu”.
Namun, dari kisah di atas, amat jelas bahawa mengikut sistem pemerintahan Islam, hakim bebas dari pengaruh eksekutif. Dalam kisah yang dikemukakan, Saidina Ali yang merupakan Khalifah pada masa itu, berdepan dengan Syarieh, hakim Kufa dan terpaksa mengemukakan bukti untuk memenangkan tuntutan beliau. Walaupun Saidina Ali merupakan seorang Khalifah, namun hakim Syarieh terus mengikut peraturan dan perundangan, tidak menuruti sahaja tuntutan Saidina Ali.
Kalau difikirkan secara rasional, sudah pasti dikatakan bahawa tidak mungkin Saidina Ali akan bercakap bohong atau Hasan dan Hussein memberi persaksian yang palsu. Namun undang-undang bukan mengikut individu yang dihakimi, yang mana jika orang tersebut dikenali, maka tiada bukti yang diperlukan, tetapi sekiranya tidak dikenali, maka bukti adalah perlu! Tidak juga berdasarkan pangkat di mana kalau Khalifah, maka mesti wala’, thiqah dan taat padanya walau sebesar manapun isunya dan berikan sahaja keputusan yang dikehendakinya. Keadilan di sisi perundangan adalah berdasarkan prinsip perundangan yang sama adil dantidak mengambil kira siapa yang dibicara. Bukti bagi yang mendakwa dan sumpah bagi yang dituduh.
Kebebasan institusi kehakiman seperti yang ditunjukkan dalam kisah di atas menjadi bukti keadilan sistem Islam. Ianya merupakan sesuatu yang amat janggal pada zaman itu sehingga menyebabkan orang Yahudi berkenaan memeluk Islam. Keadilan sememangnya akan hanya mampu ditegakkan oleh institusi kehakiman yang bebas, yang tidak dipengaruhi oleh pihak eksekutif atau kerajaan yang memerintah.
Malangnya ummat Islam telah kehilangan kesedaran yang seperti ini. Mereka melihat soal kebebasan institusi kehakiman sebagai sesuatu yang tiada kena mengena dengan Islam. Oleh itu kerajaan-kerajaan negara ummat Islam dewasa ini tidak lagi menjadi contoh ataupun sebutan apabila membincangkan persoalan kebebasan institusi kehakiman. Malaysia sendiri adalah satu contoh yang jelas bagaimana institusi kehakiman telah dirosakkan oleh pemerintah yang tidak menghormati prinsip keadilan.
Fatwa bukan sekadar pernyataan biasa. Ia memiliki wibawa keagamaan yang tinggi sesuai dengan takrifnya sebagai pernyataan tentang hukum Allah berdasarkan dalil-dalil syara' seperti Al Quran, Al Sunnah dan Ijma’. Dengan kata lain, yang dinamakan fatwa bukan luahan emosi nafsu, tetapi pendapat muktabar yang berasaskan dalil-dalil muktabar. Isu penghakiman Dato' Seri Anwar Ibrabim, ternyata menimbulkan kegemparan besar di kalangan umat di pelbagai rantau dunia. Maka apa yang ingin dipertahankan di sini bukanlah dari binaan parti dan cerminan politik, tetapi berasaskan kesucian syariah.
Mereka yang masih mempunyai hati nurani, yang peka dengan hak-hak asasi manusia dan memiliki kesedaran hukum, rata-rata mempertanyakan keabsahan perbicaraan dan hukuman yang dijatuhkan.
Di samping hal ini juga turut menyentuh salah satu objektif utama syariat Islam (maqasid al syari'ah) iaitu perlindungan terhadap maruah dan kehormatan diri. Dalam mana-mana masyarakat bertamadun, institusi kehakiman dianggap sebagai pemegang amanah keadilan; peilindung hak, kehormatan dan nyawa rakyat; tempat golongan lemah dan teraniaya mendapatkan pembelaan. Kerana itu institusi ini biasanya dikawal dengan aturan-aturan dan norma-norma yang cukup ketat demi memelihara kewibawaan dan keberkesanannya serta kepercayaan rakyat terhadapnya. 
Dalam tradisi kehakiman Islam misalnya, wujud penekanan pada prinsip istiqlal al-qudah, iaitu kebebasan mahkamah dan para hakimnya dari kongkongan, tekanan atau sebarang campur tangan dari pemerintah atau pihak-pihak yang berpengaruh. Sementara para hakimnya pula dikehendaki memenuhi sejumlah syarat yang mcliputi pelbagai aspek keilmuan, moral dan etika.
Kitab-kitab feqh banyak memberikan peringatan agar hakim menilai diri sama ada mampu atau tidak menghadapi tekanan dan ugutan dalam melaksanakan tugasnya menegakkan kebenaran dan keadilan. Jika ia berasa dirinya tidak cukup kuat maka seharusnya ia tidak menerima jawatan hakim. 
Di samping itu pihak pemerintah pula selalu diperingatkan agar jangan mengganggu kebebasan kehakiman dengan memberikan arahan, meminda hukuman, menahan hukuman atau sebagainya. Pemerintah juga diperingatkan agar cukup berhati-hati dalam perlantikan hakim dan sererusnya jangan sewenang-wenang memecat hakim.
Antara nas yang menjadi sandaran utama prinsip kebebasan kehakiman ialah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan dari Ibn Umar,"Sesiapa yang membantu (sesuatu pihak) secara zalim dalam sebarang pergaduhan, maka sesunggubnya ia ditimpa kemurkaan Allah".

Dari maksud hadis yang bersifat umum itu para ulama feqh membuat kesimpulan bahawa ia meliputi semua yang memiliki kuasa, sama ada ia seorang ketua kerajaan atau pembantu-pembantunya secara langsung mahupun yang tidak langsung, di ruang publik ataupun di ruang maya. Mereka tidak dibolehkan menyebelahi mana-mana pihak dengan menekan hakim atau sebarang bentuk campur tangan, kerana semuanya itu termasuk dalam istilah zalim yang dilarang oleh syara' dan diancam dengan kemurkaan Tuhan. 
Dalam kitabnya yang terkenal Tabsirat al Hukkam, Ibn Farhun menyatakan bahawa apabila seseorang hakim telah memutuskan sesuatu hukuman yang diyakini telah menepati prinsip dan kaedah syara', lalu datang arahan dari pemerintah agar ia meminda hukumannya, maka hakim hendaklah melaksanakan hukum yang telah diputuskannya sendiri dengan mengenepikan arahan pemerintah, atau ia meletakkan jawatannya.[4] Dalam kaitan ini juga Dr. Abdul Karim Zaydan mengatakan bahawa hakim wajib meletakkan jawatannya apabila ia tidak lagi mampu mempertahankan kebebasan penghakimannya dari campur tangan pemerintah.[5]
Kebebasan kehakiman pada hakikatnya adalah suatu ketetapan syara', bukannya sekadar budi bicara atau belas ihsan pemerintah. Oleh itu tidak siapa pun yang herhak merampas atau membatalkannya. Atas dasar itulah campur tangan pemerintah dalam urusan penghakiman dianggap sebagai ma'siyah (maksiat) yang wajib ditolak atas prinsip,”Tidak boleh patuh kepada makhluk dalam mengingkari khaliq (Tuhan)”.
Dalam sejarah politik dan kehakiman Islam biasanya prinsip ini sangat dihormati. Para penguasa tidak mengarahkan hakim agar menjatuhkan hukuman mengikut hawa nafsu mereka atas kesedaran bahawa amalan seperti itu bererti pengingkaran terhadap Allah dan kezaliman ke atas rakyat. Dengan demikian hakim-hakim Islam mendapat jaminan kebebasan dalam urusan penghakiman mcreka, termasuk kebebasan menghukum para khalifah jika didapati bersalah. 
Jaminan tidak berlakunya campur tangan pemerintah dalam urusan penghakiman merupakan syarat mutlak bagi melindungi rakyat dari kezaliman penguasa atau pihak-pihak yang berpengaruh.
Ternyata banyak sekali faktor yang terlibat dalam proses pelaksanaan keadilan. la tidak bergantung semata-mata kepada teks undang-undang, tetapi juga kepada kejernihan akal budi dan hati nurani hakim. Dalam kaitan ini Sheikh Muhammad Al Ghazali r.a. mengatakan bahawa hakim yang jujur dapat menyempurnakan - dengan keadilannya – sekalipun kekurangan terdapat pada teks undang-undang yang dilaksanakannya. Sebaliknya hakim yang zalim sanggup menyelewengkan teks undang-undang yang lurus dan benar.[6] Keadilan adalah nilai yang sentiasa dikeramatkan kerana ia memang menepati posisi puncak dalam urutan sistem nilai Islam. Malah ia mengatasi nilai ibadah sebagaimana yang diisyaratkan dalam hadith Nabi S.A.W,"Sehari bagi penguasa yang adil lebih baik daripada ibadah enam puluh tahun" (At Tabrani). 
Demikian pulalah sebaliknya, mengkhianati keadilan adalah kejahatan terkeji yang nerakalah padahnya. Kerana itu kehakiman adalah jawatan yang berisiko tinggi sebagaimana yang diperingatkan oleh Nabi S.A.W yang bermaksud,"Dari setiap tiga orang hakim, seorang masuk syurga, sementara yang dua orang lagi masuk neraka". Hakim yang mengctahui apa yang benar lalu menjatuhkan hukumannya berdasarkan kebenaran, ia akan masuk syurga. Hakim yang mengetahui apa yang benar, tetapi tidak menghukum berdasarkan kebenaran, ia akan masuk neraka. Hakim yang tidak tahu mana yang benar, lalu menghukum orang secara jahil, ia juga akan masuk neraka.


2.      KONSEP KEBEBASAN KEHAKIMAN BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
Kebebasan kehakiman adalah asas kepada sistem pentadbiran undang-undang. Konsep kebebasan Kehakiman dengan mudahnya mengasingkan hubungan atau bidang tanggungjawab antara Badan Eksekutif dan Badan Legislatif (Perundangan). Di dalam kawasan masing-masing, setiap satunya bebas dalam menjalankan fungsi masing-masing yang tertakluk kepada beberapa pembatasan. Kebebasan kehakiman bukanlah semata-mata untuk mengelakkan campur tangan Badan Eksekutif terhadap kebebasan para hakim untuk membuat keputusan, tetapi juga bermaksud supaya para hakim dapat membuat satu-satu  keputusan dan menggunakan kuasa mereka berlandaskan tanggungjawab kehakiman. Sebarang keputusan yang dibuat mestilah dikawal oleh nilai-nilai etika dan moral masyarakat di mana seseorang yang dapat berfikir boleh membuat pertimbangan yang sewajarnya sebagaimana pertimbangan moral para hakim itu sendiri. Sebagai sebahagian dari tanggungjawab kehakiman, seorang hakim tidak boleh bertindak secara memalukan rakan sejawatannya atau sehingga memusnahkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran perundangan.
Satu lagi unsur penting kebebasan kehakiman ialah tentang kuasanya untuk mengistiharkan apa apa undang-undang yang dibuat oleh legislatif sebagai tidak sah dan batal, atau tindakan Eksekutif yang bercanggah dengan Perlembagaan - Perkara 4 Fasal (1).
Tindakan terhadap eksekutif/kerajaan boleh dilakukan dalam negara ini dan beberapa contoh di mana kerajaan telah didapati bersalah oleh mahkamah menjadi bukti tentang kebebasan pihak kehakiman.
Dalam Stephen Kalong Ningkan vs Tun Abang Haji Openg dan Tawi Sli (no.2 (1967) 2 M.M.j 46 Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan hanya melindungi Yang Dipertuan Agong dari didakwa dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana mahkamah secara peribadi tetapi tak boleh ditafsir sebagai melindungi kerajaan persekutuan dari tindakan dalam mahkamah berkaitan dengan apa-apa jua yang dilakukan atas nama Yang Dipertuan Agong dan apabila Yang Dipertuan Agong bertindak atas nasihat kabinet persekutuan, tindakannya mestilah dianggap sebagai tindakan Kerajaan Persekutuan.
Dalam Stephen Kalong Ningkan vs Tun Abang Haji Openg dan Tawi Sli (1966) 2.M.L.J. 187, pula Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa pembuangan Dato Ningkan dari jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak adalah ultra vires perlembagaan dan dengan demikian tidak sah dan batal.
Mahkamah dalam Kes Koh Yin Chye vs Leong Kee Nyean (1961) 2. M.L.J 67 telah mengistiharkan pemilihan seorang ahli dari parti Perikatan yang memerintah sebagai tidak sah apabila didapati calon itu bersalah atas amalan curang pilihanraya.
Dalam Kes Fan Yew Teng vs Setiausaha Dewan Rakyat & Lain-lain (1975) 2. M.L.J 41, Plaintif, seorang anggota parlimen telah didapati bersalah di Mahkamah Tinggi kerana satu kesalahan di bawah Akta Hasutan dan telah didenda sebanyak $2000/- atau enam bulan penjara.  Sebelum kes rayuannya selesai, beliau telah dimaklumkan oleh defendan pertama bahawa beliau telah hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen menurut Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Persekutuan dan kerusi parlimennya menjadi kosong mengikut peruntukan Perkara 51.  Seterusnya Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya telah mengarahkan mengambil tindakan bagi satu pilihanraya kecil menurut Peraturan Pilihanraya 1959. Isu utama kes ini adalah sama ada keputusan mahkamah yang mendapati plaintif bersalah dan hukuman yang ditentukan itu menjadikan kerusi Parlimen plaintif secara automatik dikosong dari Dewan Rakyat menurut Perkara 53 Perlembagaan. Mahkamah telah memutuskan bahawa kerusi Parlimen plaintif tidak dikosongkan secara automatik hanya kerana si plaintif telah didapati salah dan dihukum oleh mahkamah.
Jelas sekali dari kes-kes yang dibentangkan di atas, mahkamah adalah bebas dari sebarang campurtangan pihak eksekutif mahupun legislatif dalam membuat keputusan perbicaraan mahkamah.  Namun begitu tidaklah semestinya setiap kali keputusan mahkamah mesti berpihak kepada bukan eksekutif atau bukan legislatif baru dikatakan pihak kehakiman bebas.  Ada juga ketikanya keputusan itu berpihak kepada eksekutif atau legislatif tapi tidaklah bermakna mahkamah tidak bebas dan tidak adil dalam membuat keputusannya - (lihat kes 1. Karam Singh vs Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia (1969) 2. M.L.J. 129; 2. Thambipillai vs Kerajaan Malaysia (1969) 2. M.L.J. 206).

3.      KONSEP/DOKTRIN PEMISAHAN TUGAS
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, rakyatnya menerima dan bersetuju untuk mematuhi perlembagaan persekutuan yang berdasarkan kepada model Westminster di mana terdapat jurang pemisah yang besar dari segi kuasa di antara tiga organ utama kerajaan yang dipanggil Badan Eksekutif, Badan Legislatif (Perundangan) dan Badan Kehakiman. Sudah pun diputuskan bahawa semua ini adalah ciri-ciri dasar atau tonggak atau prinsip-prinsip asas perlembagaan yang tidak boleh dipinda tanpa konsensus (persetujuan bersama) di peringkat kebangsaan.
[7]Mengenai fungsi pokok badan Eksekutif dapat dilihat beza kepentingan dari definisi yang diberikan dalam Walker's The Oxford Companion To Law (Page 449) : -
"Eksekutif adalah satu cabang pemerintahan sesuatu negara yang bertanggungjawab memastikan perlaksanaan polisi dan prinsip-prinsip dan keluhuran undang-undang dalam kes-kes bertentangan dengan badan legislatif yang fungsinya untuk membuat dan menentukan polisi dan mengubal undang-undang dan badan kehakiman yang fungsinya menyelesaikan pertelagahan mengenai makna dan pemakaian undang-undang itu.'[8]
Di bawah artikel 39 perlembagaan, kuasa kedudukan Eksekutif di dalam Persekutuan diberikan kepada Yang di Pertuan Agong (YDPA) dan boleh digunakan olehnya atau oleh Kabinet atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet. Di dalam menggunakan kuasanya YDPA boleh bertindak sejajar dengan "nasihat" Kabinet atau seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa Kabinet, kecuali jika sebaliknya yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Sungguh pun demikian, telah pun diputuskan bahawa YDPA tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya mengikut mana-mana nasihat. Nasihat yang diberikan mestilah berlandaskan undang-undang, mematuhi perlembagaan dan mesti dibuat demi kepentingan rakyat. Sebagai contohnya, YDPA sepatutnya tidak menerima "nasihat" Perdana Menteri untuk melantik bekas Peguam Negara sebagai Hakim Persekutuan, berdasarkan banyak dakwaan-dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.
Kuasa kedudukan Legislatif (Perundangan) di dalam persekutuan pula diberikan berdasarkan Artikel 44 di Parlimen yang terdiri dari YDPA dan dua dewan Parlimen. Dan akhir sekali Artikel 121 menyatakan bahawa kuasa Kehakiman di dalam Persekutuan perlu diberikan kepada dua Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa dan status yang diselaraskan dan mahkamah-mahkamah yang lebih rendah sebagaimana yang mungkin diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan. Badan perundangan berfungsi sebagai pembuat undang-undang dan meminda undang-undang yang sedia ada agar tidak ketinggalan zaman. Dengan kata lain, ia bertanggungjawab untuk membuat undang-undang yang akan dijalankan di sesebuah negara. Institusi ini juga mempunyai hak untuk mengemukakan sesuatu usul kepada kerajaan ataupun raja untuk dikemukakan pula kepada para hakim. Di samping itu, ia juga bertindak sebagai penyelia kepada badan eksekutif dan ia tidak boleh menyerap kuasanya kepada badan lain.[9]
Setiap organ kerajaan itu mempunyai fungsinya yang tersendiri dan kuasa dan setiap satunya memberikan penilaian dan keseimbangan terhadap kuasa yang digunakan oleh pihak yang satu lagi supaya sebarang keterlaluan Badan Eksekutif dan penyalahgunaan kuasa dapat disekat oleh Badan Kehakiman dan sebaliknya ketidakhematan Badan Kehakiman akan diuruskan oleh dua lagi organ kerajaan yang lain.
Dari itu sebarang percubaan untuk mengurangkan fungsi atau kuasa mana-mana organ kerajaan melalui pindaan perlembagaan akan menyentuh ciri-ciri dasar perlembagaan itu. Pindaan kepada dasar perlembagaan yang penting itu hanya boleh dibenarkan melalui konsensus peringkat kebangsaan dan bukannya melalui mekanisme pindaan seperti yang diperuntukkan oleh Artikel 159. Seperti yang telah dianjurkan, terpulanglah kepada para hakim untuk mengisytiharkan pindaan tersebut sebagai melampaui semangat dan tujuan perlembagaan 1957 yang memperuntukkan bahawa kuasa kehakiman di dalam Persekutuan adalah diberikan kepada Badan kehakiman, satu dari tiga organ utama di dalam kerajaan. Pindaan artikel 121 tidak menyatakan kepada siapa diberikan kuasa kehakiman itu di dalam Persekutuan. Pindaan 1988 juga tidak menyebut tentang perkara ini. Namun demikian, dengan membaca bahagian IX dari perlembagaan secara keseluruhan, adalah diputuskan bahawa kuasa kehakiman masih diberikan kepada Badan Kehakiman dengan merujuk kepada sifat perlembagaan dan bahawa ianya berasaskan kepada model Westminster.
Di Malaysia, boleh dikatakan semua anggota Eksekutif yakni kabinet adalah juga anggota Legislatif sama ada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.  Jelas tiada pengasingan kuasa di sini.  Pihak yang membuat undang-undang dan pihak yang melaksanakan adalah golongan yang sama.  Dari sudut ini mudah bagi pemerintah yang menguasai badan legislatif untuk mengubal undang-undang yang ada kalanya memberi kepentingan peribadi mahupun kolektif kepada Eksekutif lebih lagi bila mempunyai sokongan lebih dari dua pertiga (2/3) ahli di kedua-dua Dewan.  Misalnya kes Rang Undang-undang kenaikan gaji Perdana Menteri yang peningkatannya ada dipersoalkan oleh sesetengah golongan sedikit masa lalu.

CONTOH KES – KES KEHAKIMAN
1.      PEMECATAN TUN SALLEH ABAS DAN PERTIKAIAN ANTARA BADAN
EKSEKUTIF DENGAN BADAN KEHAKIMAN
Tun Salleh Abas atau nama sebenarnya Tun Dato’ Haji Mohamed Salleh bin Abas telah dilahirkan di Kampung Raja, Besut Terangganu pada 25 Ogos 1929, bekas Ketua Hakim Negara yang dipecat dan mendapat ulasan meluas di akhbar-akhbar tempatan dan luar negeri khususnya The Star, New Straits Times dan majalah Asiaweek. Pemecatannya juga telah mendapat reaksi negatif tidak menyokong oleh pelbagai pihak terutamanya daripada golongan elit, persatuan peguam, bekas ketua Hakim Negara Tuan Mohamed Suffian dan bekas Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj seperti tersebut dalam sebuah artikel internet bertajuk "Apakah kata Tunku tentang Mahathir". Artikel ini berupa kata aluan Tunku dalam "Mayday for Justice" yang menyentuh kepada pemecatan Tun Salleh Abas. Merujuk buku tulisan Tun Salleh Abas bertajuk "Kebebasan Kehakiman" terbitan Pena Sdn.Bhd 1989, tidak hairanlah bila bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn pernah berkata " satu kes yang dianggap sebagai pertikaian di antara pihak Eksekutif dengan pihak Kehakiman", sementara Tunku pernah berkata"...tetapi tiada berlaku sepanjang pimpinan saya dari 1955 hingga 1970 atau semasa Tun Abdul Razak dan kemudiannya Tun Hussein Onn, tiada yang sehingga begitu buruk sekali mencemarkan nama baik negara sebegini". Saya mengganggap buku Tun Salleh ini lengkap dan telus serta tiada fakta yang dimanipulasi atas kepentingan peribadi, namun yang penting terpulanglah kepada pembaca untuk menilainya. Sebagai tambahan, saya membuat sorotan literatur di Arkib Negeri dan Arkib Negara Cawangan Sabah pada 24 Mei 2000 tetapi pihak perpustakaan memberitahu saya bahawa jabatan berkenaan tidak menyimpan maklumat mengenai krisis ini, satu kekecewaan bagai saya. Namun, saya berharap olahan berdasarkan buku "Kebebasan Kehakiman" relevan dan memadai.[10]
Tun Salleh (1989) melaporkan Tun Hussein Onn menyatakan krisis ini sebagai krisis antara badan eksekutif dan badan kehakiman. Mansur Abdullah (1998) menyatakan Amitai Etzioni mendefinisikan organisasi sebagai satu unit sosial atau satu kumpulan manusia yang sedia terbentuk dan membentuk suatu kehidupan bersama-sama bagi mencapai matlamat yang mereka hajatkan. Menurutnya lagi, Talcott Parsons menyatakan antara tujuan organisasi dibentuk ialah membantu dalam usaha membentuk dan menjaga kepentingan masyarakat. Antara bentuk organisasi mengikut Tompkins ialah organisasi berorentasikan politik seperti kerajaan, polis, tentera dan badan kehakiman.[11]

PERKARA PENYEBAB KRISIS?
[12]Menurut Tun Salleh Abas (1989) bab 3 menyatakan hubungan antara badan kehakiman dan kerajaan menjadi tegang, apabila berjalannya beberapa peristiwa penting seperti berikut:
1. Seorang wartawan asing John Berthelson yang berkhidmat dengan Akhbar Wall Street Journal berpusat di Hong Kong tetapi memegang permit kerja di Malaysia. Permit kerjanya dibatalkan oleh kerajaan. Kes ini dibawa ke mahkamah tinggi kemudian mahkamah agung memutuskan pembatalan kerajaan itu tidak sah. Keputusan ini membangkitkan kemarahan kepada Perdana Menteri seperti laporan majalah TIME pada 24 November 1986.
2. Laporan wawancara PM dengan majalah TIME pada 24 November 1986, telah di bawa ke mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Encik Lim Kit Siang ketua pembangkang. Hakim Datuk Harun Hashim yang mendengar menolak pengaduan itu tetapi membuat satu komentar bahawa " Mahathir Dilemma...."
3. Petronas membantu "BMF" yang kerugian $2.6 bilion dengan membeli saham bank itu. Encik K.C Chia pelanggan Bank Bumiputera mendakwa kerajaan dan Petronas dalam Mahkamah Tinggi atas alasan Petronas menyalahgunakuasa wang Petronas. Semasa kes ini berjalan, kerajaan mengusul di Parlimen untuk meminda, melulus dan menguatkuasa Akta Petronas pada tarikh sebelum kes ini supaya Petronas boleh membeli saham Bank Bumiputra. Akhirnya K.C Chia kalah dalam perbicaraan tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Agung daripada membayar perbelanjaan mahkamah.
4. Rakyat bebas bercakap melalui akhbar terutamanya The STAR. Justeru itu, Parlimen melulus pindaan Akta Rahsia Rasmi. Tindakan kerajaan itu dibantah oleh rakyat dengan mengeluarkan pelbagai pendapat. Bantahan ini telah mendapat liputan meluas oleh semua akhbar. Kerajaan mahu rahsia kerajaan disimpan baik tetapi rakyat mahu supaya maklumat diberitahu kepada rakyat. Oleh itu, Sultan Perak menyeru agar Perlembagaan Malaysia disemak semula sementara Hakim Datuk Harun Hashim pula membuat saranan agar keanggotaan Dewan Negara diubah cara perlantikan kepada pemilihan.
5 Kerajaan membuat pindaan Kanun Acara Jenayah (CPD), mahkamah Agung memutuskan bahawa pindaan itu tidak sah. Kerajaan juga meminda undang-undang Kanun Jenayah untuk mengawasi perkembangan politik yang menggunakan agama Islam sebagai taktik. Pindaan ini dipersoalkan di Mahkamah Agung dan memutuskan pindaan ini tidak sah.
6. Pada 1986 satu guaman berlaku di Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengenai pengislaman Suzie Teo berumur 17 tahun oleh Kadi Pasir Kelantan. Bapa Suzie Teo (Teo Eng Huat) tidak bersetuju dengan pengislaman anaknya tetapi Mahkamah Tinggi Kota Baharu tidak bersetuju hujah ini. Bapa Suzie merayu kes ini ke Mahkamah Agung tetapi dia menyedari rayuannya tidak lengkap kerana tiada "leave". Peguam perayu menulis surat kepada Tun Salleh supaya kes perbicaraan ditangguh dahulu sementara mendapatkan Leave dari Mahkamah Tinggi. Tun Salleh mengarahkan agar kes itu ditangguh sine die.
7. Dalam kes dadah, soal hukum mati telah timbul di mahkamah Agung tahun 1987 atas alasan bahawa agama Islam ialah agama rasmi negara maka undang-undang jenayah yang dipakai di negara ini mestilah mengikut undang-undang Islam. Mahkamah Agung menolak hujah itu dengan alasan tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan mengatakan undang-undang Islam ialah undang-undang bagi negara Malaysia.
8. Encik Lim Kit Siang mendakwa kerajaan kerana menswastakan Projek Lebuhraya Utara Selatan supaya perjanjian dibatalkan. Mahkamah Agung menolak dakwaan Lim Kit Siang.
9. Tahun 1986, seorang pengarah bank ditahan di bawah ISA dan isu penahan ini di bawah ke Mahkamah dan Mahkamah Agung memutuskan penahanan itu tidak sah.
10.Tahun 1987 pelbagai kenyataan bercorak perkauman dibuat oleh tokoh-tokoh politik, suasana ketenteraman menjadi bahaya. Dengan itu kerajaan membuat tangkapan beramai-ramai di bawah ISA. Sebahagian tahanan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan kebebasan. Mahkamah Agung berdasarkan kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, telah menolak dakwaan dan memutuskan tangkapan adalah sah. Dalam pada itu, Karpal Singh membuat dakwaan berasingan di Mahkamah Tinggi Ipoh dan Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan penahan Karpal Singh tidak sah dengan alasan salahguna kuasa dan membebaskannya tetapi dia ditangkap semula sebaik sahaja dibebaskan.
11.Pada 24 April 1987, Perdana Menteri telah memenangi pemilihan pucuk pimpinan dengan kelebihan 43 undi saja. 11 orang ahli UMNO tidak puas hati dan membawanya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon pemilihan itu dibatalkan atas alasan pemilihan itu disertai cawangan-cawangan tidak didaftarkan di bawah undang-undang persatuan. Hakim Harun Hashim telah membuat keputusan dan mengisytiharkan secara lisan dan tidak bertulis bahawa Pertubuhan UMNO sebuah parti haram. Keputusan ini menggemparkan negara. Apabila Hakim Harun Hashim memberi keputusan bertulis, Perdana Menteri membuat sungutan dan mengkritik cara pengadilan itu, kerana katanya ada perbezaan di antara keputusan lisan dan keputusan bertulis.
12.Dengan keputusan Hakim Harun Hashim, Perdana Menteri dalam beberapa ucapannya menegur hakim dengan kata-kata beracun yang disiarkan Akhbar New Straits Times bertarikh 7 September 1987 yang terjemahnya " PERDANA MENTERI: Jangan campurtangan. Setengah hakim-hakim tidak menumpukan kepada peranannya, ..... setengah-setengah hakim telah mengeluarkan fikirannya atas isu politik di luar bilik mahkamah seperti menyeru Perlembagaan disemak semula....."
13.Usaha Perdana Menteri untuk menyingkirkan Hakim Harun Hashim melalui persidangan Dewan Rakyat pada Oktober 1987 tidak mendapat sokongan.
14.Akhbar New Straits Times bertarikh 2 Oktober 1987 menyiarkan ucapan PM di Kota Baharu, bertajuk " Kerajaan akan menentukan pengasingan kuasa ....."
15.Pada 3 November 1987, PM membuat ucapan di Dewan Rakyat membawa usul meminda Akta Percetakan. Ucapan ini disiarkan oleh New Straits Times 4 Disember 1987. Antara usul ialah menarik balik dan menggantung dan membatal lesen pencetakan boleh dibuat oleh Menteri tanpa diberi peluang kepada tuan punya lesen membuat bantahan.
16.Pada 12 Januari 1988, PM mengingatkan hakim-hakim tentang sikap bebas dan peranan mereka membuat keadilan.
17.Akibat serangan bertubi-tubi PM terhadap badan kehakiman, pada 12 Januari 1988, Tun Salleh sempena majlis pelancaran buku bertajuk "Law, Justice and the Judiciary, Transnational Trend" telah memberi ucapan dan sekali menerangkan peranan badan kehakiman. Antara intisari ucapan beliau ialah "Dalam sistem demokarasi, peranan mahkamah ialah penjaga perlembagaan. Peranan ini tidak lagi patut dipersoalkan tetapi baru-baru ini peranan itu telah dipersoalkan yang mana kebebasan mahkamah adalah berada di dalam kecemasan. Buktinya ialah komen-komen yang dibuat baru-baru ini adalah memalukan mahkamah. Jika mahkamah membuat keputusan bertentangan dengan kerajaan, ini bukan bermakna hakim-hakim telah menjadi anti kerajaan dan menyebelahi parti pembangkang...... Saya membuat ucapan bukan sebagai melawan tetapi sebagai penjelasan, mudah-mudahan serangan yang dibuat ke atas mahkamah dapat diberhentikan".

SIAPAKAH YANG TERLIBAT?
Dua pihak utama terlibat dalam krisis ini, seperti dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn, iaitu pertikaian antara pihak Eksekutif dengan pihak Kehakiman. Aktor utamanya ialah Perdana Menteri Dr.Mahathir Mohamed, batu apinya ialah akhbar The STAR, News Straits Times, ASIAWEEK dan akhbar-akhbar lain. Mangsanya Tun Salleh Abas dan lima orang hakim yang digantung jawatan mereka iaitu Tan Sri Wan Sulaiman, Datuk George Edward Seah, Tan Sri Azmi, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah. Akhirnya Tun Salleh Abas, Tan Sri Wan Sualiman dan Dato’ George Seah dipecat daripada jawatan mereka. Hakim Harun Hashim juga turut menyumbang kemarahan PM.

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL BAGI MENANGANI KRISIS?
Dari aspek moral, krisis ini belum dapat diselesai dan ditangani, akan tetapi dari aspek tindakan pentadbiran, Kerajaan Malaysia telah melantik tribunal berdasarkan Perlembagaan, perkara 125 ceraian (3) untuk mengadili Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara. Mereka ialah Tan Sri Abdul Hamid Omar Pemangku Ketua Hakim Negara selaku pengerusi tribunal dan ahli-ahlinya ialah Tan Sri Abdul Aziz Mohamed Zain bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, T.S. Sinnathuray Hakim Mahkamah Agung Singapura, Tan Sri Mohamaed Zahir Haji Ismail bekas Hakim Mahkamah Tinggi (kini Yang Dipertua Dewan Rakyat), Justice K.A.P Ranasinghe Hakim Besar Sri Langka dan Tan Sri Lee Hun Hoe Hakim Besar Borneo.

STRATEGI KOMUNIKASI DIGUNAKAN?
1.      Sebagai pembangkit krisis ini media massa telah mengambil peranannya. Antaranya ialah terutama Akhbar Star, New Straits Times dan Majalah Asiaweek. Ucapan demi ucapan juga sebagai pemangkin dan peledak api kemarahan dan akhirnya disirami dengan penubuhan tribunal yang diamanah untuk menyediakan Laporan Tribunal sebagai strategi komunikasi memecat dan garis penamat isu ini. Laporan tribunal mengandungi hasil penyiasatan dan cara pengadilan terhadap Tun Salleh Abas. Laporan ini telah diumum kepada publik. Pengumuman ini adalah baik kerana memberi peluang kepada rakyat negara ini untuk membuat penilaian tersendiri Antara kandungan laporan ialah menyatakan tata kelakuan yang ditakrifkan sebagai kelakuan buruk yang telah dilakukan oleh Tun Salleh Abas sehingga boleh dipecat sebagai Ketua Hakim Negara, iaitu;
i. Menulis surat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-raja Melayu.
ii. Membuat ucapan dan kenyataan akhbar,
iii. Menangguhkan satu kes dengan tidak memberi tarikh perbicaraan "sine die".

KESIMPULAN KE ATAS KES PEMECATAN TUN SALLEH ABBAS
Krisis ini bermula, dapatlah dirangkapkan sebagai keputusan-keputusan yang dibuat oleh badan kehakiman adalah membabitkan badan eksekutif atau kerajaan. Malangnya apabila keputusan dibuat, keputusan tidak selari dan disenangi oleh pihak badan eksekutif. Rasa tidak puashati ini dizahirkan dalam majlis-majlis ucapan yang disertai prasangka tidak berasas untuk membangkit pihak media massa untuk mengambil peranannya. Apabila prasangka negatif ini dijawab oleh pihak badan kehakiman. Mulalah takrifan-takrifan berbeza, dan akhirnya cara menjawab prasangka itu telah menjadi satu kesalahan dan takrif kurang upaya sehingga membawa kepada isu penggantungan dan pemecatan hakim-hakim yang arif. Isu ini menjadi besar dan menjadi perhatian umum serta dipertikai.
Tindakan eksekutif tidak mengikut kaedah keadilan sejati dan pertuduhan-pertuduhan dipertikaikan. Malah ada yang beranggapan pertuduhan adalah direka-reka sementara saksi-saksi yang dipanggil oleh Tribunal juga tidak memihak kepada kerajaan, lebih 1000 peguam membuat representasi rayuan kepada DYMM Raja-Raja Melayu supaya Tun Salleh tidak dipecat serta mendapat sokongan Persatuan-persatuan Peguam Sabah dan Sarawak. Tidak harianlah, pemecatan ini telah mendapat perhatian dan reaksi daripada beberapa golongan elit yang tahu dengan undang-undang negara.[13]

Renungilah kata-kata mereka:
i.                    Tunku Abdul Rahman Al Haj
Bekas Perdana Menteri Malaysia, berkata "Integriti (kelurusan sifat) mestilah teruji berkali-kali di dalam setiap tindak tanduk kerjanya sebagai hakim, dalam kehidupan peribadinya dan setiap kerja yang dilakukan ditengah tengah masyarakat. Sesiap yang berkurangan sifatnya dari syarat tersebut tidak mungkin menghampiri jawatan tersebut, di mana, sifatnya memerlukan watak lurus dan jujur. Langkah untuk melantik seseorang itu ke jawatan tersebut bermakna beliau mempunyai sifat-sifat yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Anehnya, orang sepertinya (Tun Salleh) dituduh berkelakuan buruk sebagai hakim. Beliau telah dimalukan kepada umum kemudian dipecat dari jawatannya berdasarkan apa yang saya sifatkan sebagai tuduhan-tuduhan yang direka-reka".


ii. Tun Mohamad Suffian
Bekas Ketua Hakim Negara Malaysia, berkata" ....negara (eksekutif) yang menghina hakim-hakimnya serupalah dengan orang Korea Selatan yang di Olimpik di Seoul yang menumbuk referi dari New Zealand kerana beliau memutuskan bahawa pakar tinju Korea Selatan telah ditewaskan oleh lawannya dari Bulgaria. .....Bencana yang menimpa kehakiman kita tidak sekali-kali disangka boleh timbul di Malaysia dan tidak sekali-kali dilupakan oleh generasi akan datang. Apakah sebabnya Tun Mohamed Salleh yang dikenali diseluruh dunia sebagai pakar undang-undang dan orang jujur, bijak, arif dan beriman dipecat?..,"

iii. Tun Hussein Onn
Bekas Perdana Menteri Malaysia, berkata" Satu kes (Tun Salleh) yang dianggap sebagai pertikaian di antara pihak Eksekutif dengan pihak kehakiman..., ...seperti apa yang berlaku kepada Hakim Besar England Sir Edward Coke yang telah dipecat oleh Raja James Pertama pada tahun 1616 kerana tidak mengikut kehendaknya."
Bahawa dengan tidak ada persefahaman di antara institusi Eksekutif dan institusi Kehakiman, maka pihak eksekutif menggunakan kuasa dan pengaruhnya terhadap semua institusi di negara ini khususnya badan kehakiman. Kerajaan terpaksa menubuhkan tribunal untuk menyiasat, mengadili dan akhirnya menghalalkan pemecatan Tun Salleh Abas dari singgahsananya sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia.

Pembayaran Ex-Gratia Kepada Bekas-Bekas Hakim

Kerajaan memberikan Ex-gratia berjumlah 10.5juta  kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Muhamed Salleh Abas serta lima lagi hakim kanan yang ditamatkan perkhidmatan ketika krisis kehakiman pada tahun 1998. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri  Mohamed Nazri Aziz, berkata kerajaan memutuskan membayar RM5 juta kepada Salleh manakala Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh dan Datuk George Edward Seah Kim, masing-masing mendapat 2 juta. Tan sri Mohamaed Azmi Kamruddin, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh pula masing-masing memperoleh ex-gratia RM500 000. Pembayaran ini menunjukkan bahawa tindakan pemecatan bekas hakim tersebut seolah-olah penuh dengan kontroversi dan tidak sah. Ini kerana sehingga hari ini pun Majlis Peguam Negara masih menggesa pihak Kerajaan mengkajinya semula kes terbabit.[14]

2.      PERBICARAAN KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHARIBU
Pengendalian kes pembunuhan Altantuya merupakan kes yang menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa. Awal-awal lagi diumumkan hanya pegawai polis yang dihadapkan kemuka pengadilan sahaja yang terlibat - tiada yang lain. Akhirnya pegawai polis yang tidak mengenali Altantuya dan tiada sebab untuk membunuhnya telah didapati bersalah walaupun satu dunia tahu bahawa mereka ini tidak akan bertindak tanpa menerima arahan pihak atasan. Sejauh mana atas, tiada usaha untuk mengambil tahu.

3.      PERBICARAAN KES LIWAT DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Begitu jugalah dengan kes berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ seri Anwar Ibrahim. Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah,Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan.
Namun pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya. Kes tersebut sedang disebut di mahkamah tinggi Malaysia. Semua tahu bagaimana pertuduhan ini langsung tidak masuk akal. Tidak mungkin seorang seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dengan umurnya yang meningkat dan keadaan kesihatan beliau yang terjejas, mampu memaksa dirinya ke atas pemuda yang bernama Saiful. Walaubagaimanapun, yang jauh lebih penting, telah pun jelas dari pemeriksaan doktor bahawa tidak ada bukti Saiful diliwat! Itu dengan sendirinya pun telah cukup untuk kes ini dibuang. Namun, atas sebab kepentingan politik dan campur tangan pihak eksekutif, ianya diteruskan dan memakan tempoh yang panjang untuk diselesaikan di Mahkamah.
Ini mengakibatkan, taraf dan mutu penghakiman di Negara ini dilihat begitu rendah sehingga terpaksa dibuatnya memorandum oleh 50 orang Ahli Parlimen Australia meminta kes ini ditarik balik. Begitu juga kenyataan oleh mantan Perdana Menteri Canada dan yang terbaru ini, oleh Dr. Yusuf Qardawi sendiri. Dr Yusuf Qardawi sehingga telah menfatwakan sesiapa yang percaya kepada tuduhan terhadap Dato’ Seri Anwar adalah fasik dan golongan yang mengusahakan pertuduhan ke atas beliau ini adalah munafik.


RUMUSAN :
Demikianlah kedudukan institusi kehakiman sebagai pemegang dan pelaksana amanah keadilan. Keruntuhan wibawa institusi ini akan mencemskan krisis kepercayaan yang bererti malapetaka besar bagi rakyat dan negara. Tidak akan ada lagi kedamaian dan rasa selamat. Bila-bila masa nama baik, maruah dan kehormatan boleh tercemar dan hak asasi boleh tercabul. Apabila mahkamah tidak lagi dapat diharapkan untuk melindungi orang baik-baik dan mcnyelamatkan mangsa-mangsa kezaliman, ke mana lagi rakyat hendak mencari keadilan?
Prinsip kebebasan Kehakiman bukan khusus terdapat pada undang-undang sekular sahaja. Ianya  adalah relevan di dalam sebarang Sistem Perundangan dan merupakan syarat asas dalam resolusi yang dipertikaikan. Teori Kerajaan Demokrasi dan Prinsip-prinsip Kehakiman yang bebas adalah berhubungkait antara satu sama lain dengan Doktrin Pemisahan Kuasa dan Kebebasan Asasi. Kesemua Prinsip-prinsip ini, konsep-konsep dan Doktrin-doktrin adalah berdasarkan kepada KESIMPULAN yang pihak yang berkuasa tidak boleh DIAMANAHKAN dengan KUASA MUTLAK.

Mereka akan menyalahgunakannya untuk kepentingan Politik seperti yang dilihat dalam penangkapan di bawah ISA baru-baru ini dan penahanan Pemimpin Keadilan, Musuh utama kepada Umno milik Mahathir. Pemimpin Keadilan, yang merupakan ahli parti Politik yang berdaftar secara undang-undang telah ditahan sewenangnya atas arahan Mahathir hanya kerana  mereka mengancam kedudukan politik Mahathir dan kelangsungan kerjayanya memandangkan akan gejala RASUAH yang menyeluruh dan kronik yang telah beliau lakukan. Doktrin yang tersebut di atas dirangka untuk mencegah PENINDASAN yang boleh terhasil oleh penganugerahan kuasa yang keterlaluan kepada seseorang atau badan berkuasa. Dalam Perlembagaan telah termaktub akan hak-hak kebebasan yang asas yang memperuntukkan Hak-hak Asasi seperti Hak Kebebasan, Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Kesemua hak ini hanya akan menjadi KHAYALAN semata jika mereka hanya DILAUNGKAN tanpa PENGUATKUASAANNYA. Hak kebebasan ini menjadi tidak bermakna sekiranya Mahkamah TUNDUK kepada arahan pihak Eksekutif. Jadinya Badan kehakiman yang bebas amat perlu dalam memainkan peranan antara dua konsep iaitu pemisahan kuasa dan kebebasan asasi. Ketiga-tiga konsep inilah yang membentuk KEDAULATAN undang-undang. Demikianlah kedudukan institusi kehakiman sebagai pemegang dan pelaksana amanah keadilan. Keruntuhan wibawa institusi ini akan mencemskan krisis kepercayaan yang bererti malapetaka besar bagi rakyat dan negara. Tidak akan ada lagi kedamaian dan rasa selamat. Bila-bila masa nama baik, maruah dan kehormatan boleh tercemar dan hak asasi boleh tercabul. Apabila mahkamah tidak lagi dapat diharapkan untuk melindungi orang baik-baik dan mcnyelamatkan mangsa-mangsa kezaliman, ke mana lagi rakyat hendak mencari keadilan? Dalam situasi hilangnya kepercayaan kepada institusi penegak keadilan akan terbukalah kemungkinan orang bertindak sendiri, mencari keadilan di luar undang-undang negara. Kemungkinan buruk ini harus dihindari menerusi reformasi sistem kehakiman berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni syari'at.
"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang Mukmin dan Mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”. (Surah Al Ahzab:58) - Editor Tarbawi.
Para hakim Malaysia perlu diperingatkan sekali lagi bahawa perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi di negara ini dan sebarang undang-undang yang diluluskan yang tidak selaras dengan perlembagaan perlu diisytiharkan sebagai tidak sah. Dan seperti di negara-negara lain di mana perlembagaan adalah undang-undang yang tertinggi di dalam sesebuah negara itu, dan tindakan dari kedua-dua rakyat biasa dan negara boleh diuji di dalam mahkamah, peranan dan kebebasan badan kehakiman adalah lebih penting dari yang sebelumnya. Dan peri pentingnya doktrin pemisahan kuasa dan keutamaan diberi kepada kedaulatan undang-undang.
Amatlah penting sekali untuk badan Kehakiman itu bebas dari pengaruh politik dan lain-lainnya. Para Hakim sepatutnya memiliki keberanian untuk menentang campur tangan sebegitu dan berani pula mengatakan kepada Badan Eksekutif  supaya tidak mengganggu fungsi Kehakiman. Ahli Politik yang sering mengganggu Badan Kehakiman seperti Perdana Menteri seharusnya disedarkan kedudukannya. Para hakim mesti menghambakan dirinya kepada Undang-undang, bukannya kepada orang perseorangan.

Badan Legislatif (Perundangan) harus bersikap adil kepada semua golongan, tanpa takut atau pilih kasih, perasaan kasih atau berniat jahat. Sekiranya mereka tidak boleh mencapai ke tahap itu, mereka sepatutnya meletakkan jawatan Kehakiman, sebaliknya mencari pekerjaan lain seperti menjadi pensyarah undang-undang mengajar mata pelajaran seperti BAHAN BUKTI.[15]
Prinsip kebebasan Kehakiman bukan khusus terdapat pada undang-undang sekular sahaja. Ianya  adalah relevan di dalam sebarang Sistem Perundangan dan merupakan syarat asas dalam resolusi yang dipertikaikan. Teori Kerajaan Demokrasi dan Prinsip-prinsip Kehakiman yang bebas adalah berhubungkait antara satu sama lain dengan Doktrin Pemisahan Kuasa dan Kebebasan Asasi. Kesemua Prinsip-prinsip ini, konsep-konsep dan Doktrin-doktrin adalah berdasarkan kepada “KESIMPULAN yang pihak yang berkuasa tidak boleh DIAMANAHKAN dengan KUASA MUTLAK”.

Mereka akan menyalahgunakannya untuk kepentingan Politik seperti yang dilihat dalam penangkapan di bawah ISA baru-baru ini dan penahanan Pemimpin Keadilan, Musuh utama kepada Umno milik Mahathir. Pemimpin Keadilan, yang merupakan ahli parti Politik yang berdaftar secara undang-undang telah ditahan sewenangnya atas arahan Mahathir hanya kerana  mereka mengancam kedudukan politik Mahathir dan kelangsungan kerjayanya memandangkan akan gejala RASUAH yang menyeluruh dan kronik yang telah beliau lakukan. Doktrin yang tersebut di atas dirangka untuk mencegah PENINDASAN yang boleh terhasil oleh penganugerahan kuasa yang keterlaluan kepada seseorang atau badan berkuasa. Dalam Perlembagaan telah termaktub akan hak-hak kebebasan yang asas yang memperuntukkan Hak-hak Asasi seperti Hak Kebebasan, Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Kesemua hak ini hanya akan menjadi KHAYALAN semata jika mereka hanya DILAUNGKAN tanpa PENGUATKUASAANNYA. Hak kebebasan ini menjadi tidak bermakna sekiranya Mahkamah TUNDUK kepada arahan pihak Eksekutif. Jadinya Badan kehakiman yang bebas amat perlu dalam memainkan peranan antara dua konsep iaitu pemisahan kuasa dan kebebasan asasi. Ketiga-tiga konsep inilah yang membentuk KEDAULATAN undang-undang.
Oleh yang demikian, ummat Islam Malaysia mesti memahami bahawa institusi hakim yang bebas adalah di antara prinsip pemerintahan Islam. Ianya merupakan satu prinsip yang perlu dipertahankan demi menjamin keadilan terlaksana. Melaksanakan keadilan adalah wajib dan ianya tidak mungkin terlaksana tanpa institusi kehakiman yang bebas. Oleh itu institusi kehakiman yang bebas merupakan satu kewajipan berdasarkan kaedah fiqh 'Sesuatu yang tidak terlaksana kewajipan kecuali dengannya, maka ianya adalah wajib'.Pada masa yang sama, institusi kehakiman yang diperalatkan untuk kepentingan pihak pemerintah adalah merupakan satu kezaliman dan sebagai ummat Islam, kita juga berkewajipan untuk menentang kezaliman.WaLlahu 'Alam.



Bibliografi/Rujukan
[1] Effective Practice STPM Pengajian Am Kertas 1 (Mustapha Saud) Oxford Fajar Sdn Bhd
[2] (1989) Perlembagaan Persekutuan (hingga 15 Jun 1989). Kuala Lumpur: International Law Book Services.
[3] Dipetik dari m/s 226, sirah Amirul Mukminin Ali, Dr. Ali Mohd As-Solabi)
[4] Kitab Tabsirat al Hukkam. (Ibn Farhun, jil.l, him. 53) 
[5] (Dr.Abdul Karim Zaydan, Nizam al-Qada' fi al Syariat al Islamiyyah, 1998:61).
[6] (Muhammad Al Ghazali, Khuluq al-Muslim, 1980:33).
[7] Walker's The Oxford Companion To Law (Page 449)
[8] Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia (Noor Aziah Mohd Awal) International Law Book Services
[9] K.Ramanathan. (1992). Asas sains politik (2nd ed.). Shah Alam, Selangor, Penerbit Fajar Bakti. ms. 233-235.
[10] ARTIKEL BERTAJUK ;TUN SALLEH ABAS DAN PERTIKAIAN ANTARA BADAN EKSEKUTIF DENGAN BADAN KEHAKIMAN,  Penulis : HAJIMIN MASLIN B.Comm 4 J05475 PJJ IDEAL-UPM KOTA KINABALU, SABAH
[11] Muhd.Mansur Abdullah(1998). Komunikasi dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan                Bahasa dan Pustaka.
[12] Tun Salleh (1989) Kebebasan Kehakiman. Kuala Lumpur:Penerbitan Pena Sdn.Bhd.
[13] Tunku Abdul Rahman Putra. Kata aluan, Apakata Tunku tentang Mahathir.http:/members.spree.com/sip/truth23/archives/tunkuhtml
[14] Sumber Maklumat: Jabatan Penerangan Malaysia, November 2008
[15] Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia (Tun Mohd Salleh Abas) Dewan Bahasa dan Pustaka.











Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA