PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA


DEFINISI PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusan Kewangan adalah proses yang melibatkan jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Termasuklah proses-proses yang melibatkan perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
AKTIVITI UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM
a) Menetapkan skop dan kandungan polisi fiskal
-menentukan program-program dan memperuntukkan sumber-sumber yang perlu bagi melaksanakan program-program.
-mempertimbang dan menyelesaikan isu-isu pengangguran, inflasi, pinjaman, percukaian dan perolehan hasil.
b) Mewujudkan garis-garis panduan dan standard-standard umum bagi memastikan wang dibelanja secara bertanggungjawab bagi mencapai objektif-objektif yang telah ditentukan.
c) Menyediakan sistem kawalan dalaman dan struktur organisasi yang sesuai untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.
KENAPA PENTINGNYA PENGURUSAN KEWANGAN
i)                    Sumber-sumber (manusia, wang, bahan-bahan dan masa) adalah terhad;
ii)                  Permintaan terhadap sumber-sumber tersebut tidak terhad;
iii)                Terdapat alternatif dalam memperolehi dan menggunakan sumber-sumber tersebut;
iv)                Pengurusan kewangan adalah nadi bagi sesuatu organisasi;
v)                  Sumber-sumber ekonomi tidak dapat digerakkan tanpa pengurusan kewangan yang teratur.
PENGENALAN SISTEM KEWANGAN DI MALAYSIA
Sistem kewangan di Malaysia terbahagi kepada dua bahagian iaitu sistem perbankan dan sistem bukan perbankan. Sistem perbankan terdiri daripada bank, syarikat kewangan dan syarikat diskaun. Bank adalah seperti Bank Negara Malaysia dan Bank Perdagangan. Sistem bukan perbankan pula terdiri  

daripada institusi yang berkaitan pembangunan kewangan seperti IMDF, institusi tabungan seperti Bank Simpanan Nasional, Tabung Haji dan Bank Rakyat. Institusi bukan perbankan lain ialah KWSP, Insurans dan Takaful, Institusi Kredit Perumahan dan Institusi Amanah seperti ASB, ASN dan sebagainya.
UNDANG–UNDANG & PERATURAN MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN AWAM
( PERSEKUTUAN)
I)                   Perlembagaan Persekutuan;
II)                 Akta Acara Kewangan 1957;
III)              Arahan Perbendaharaan;
IV)              Pekeliling Perbendaharaan;
V)                Surat Pekeliling Perbendaharaan; dan
VI)              Akta Audit 1957.
SIAPA BERTANGGUNGJAWAB MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN SEKTOR AWAM?
Menteri Kewangan adalah bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas Pengurusan Kewangan Kerajaan Persekutuan. Seksyen 6(1), Akta Acara Kewangan 1957 (dipinda 1972) menyatakan :
 “ Pengurusan Kumpulan Wang Disatukan dan kawalan dan arahan bagi semua perkara  berhubung dengan hal ehwal Kewangan  Persekutuan terletak hak pada Menteri.”
Mengikut Seksyen 15(A)1, Akta Acara Kewangan - Menteri Kewangan dibenarkan untuk menurunkan kuasanya kepada Pegawai Pengawalyang juga menjadi Ketua Pegawai Perakaunan bagi agensi-agensi di bawah kawalannya untuk melaksanakan tugas pengurusan kewangan di Agensi masing-masing.[1]
Pegawai Pengawal pula secara bertulis boleh melantik pegawai-pegawai di bawah jagaannya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut. Namun, Pegawai Pengawal tidak boleh melepaskan diri dari tanggungjawab tersebut. Pegawai yang dilantik oleh Menteri Kewangan atau Menteri Besar di bawah Sek.15A(1) ATK 1957 yang bertanggungjawab dalam pengurusan wang awam dan juga sebagai Ketua Pegawai Perakaunan bagi agensi di bawah kawalannya.

Manakala Pegawai Perakaunan pula ialah pegawai yang ditugaskan berkenaan dengan apa-apa wang atau barang-barang awam. Mengikut Akta Acara Kewangan 1957 : “Pegawai Perakaunan” termasuklah tiap-tiap  pegawai awam yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas berikut :
a) Memungut, menerima atau mengakaun wang awam;
b)Membayar atau membelanjakan wang awam; dan
c)menerima, menyimpan atau melupus barang-barang awam.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA/PERBENDAHARAAN
Fungsi :
  • Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal kewangan dan ekonomi bagi mempertingkat pengagihan serta pengurusan sumber kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
  • Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tatacara sistem pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dilaksanakan oleh semua Jabatan/Agensi Kerajaan.
  • Menyediakan belanjawan tahunan.
  • Memantau pelaksanaan belanjawan tahunan.
  • Mendapatkan pinjaman bagi pihak Kerajaan dan memberi pinjaman kepada agensi-agensi Kerajaan, sektor swasta bagi projek-projek penswastaan dan kakitangan Kerajaan.
  • Menubuh dan menyusun semula syarikat-syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
  • Memantau syarikat-syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan diurus dengan berkesan.
  • Memberi kelulusan kepada perolehan Kerajaan yang besar nilainya dan menyertai dalam proses perolehan di agensi-agensi Kerajaan lain.[2]
  • Menggubal dasar-dasar dan menguruskan pinjaman perumahan bagi kakitangan sektor awam.

HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN
Hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan seperti mana diperuntukkan di Bahagian 7, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu:
a) Hasil Cukai
Terdiri daripada dua jenis kutipan hasil iaitu hasil daripada cukai langsung dan cukai tidak langsung. Hasil daripada cukai langsung adalah seperti cukai pendapatan (perseorangan, syarikat, petroleum, sewa filem, harta pusaka, duti setem dan cukai keuntungan harta). Hasil daripada cukai tidak langsung seperti cukai perkhidmatan, duti eksais, duti import, levi kenderaan barang-barang, duti kastam dan lain-lain.
b) Hasil Bukan Cukai
Hasil bukan cukai adalah hasil yang dikutip daripada perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan untuk rakyat di mana orang ramai akan dikenakan bayaran apabila menggunakan perkhidmatan tersebut. Kadar bayaran yang dikenakan berasaskan kepada peruntukan akta-akta mengenainya yang diluluskan oleh Parlimen. Pendapatan daripada hasil bukan cukai adalah seperti bayaran lesen dan permit, bayaran perkhidmatan, jualan barang-barang, sewaan, faedah dan perolehan dari pelaburan, denda dan hukuman dan bayaran ganti dari luar negara dan tempatan.
c) Terimaan Bukan Hasil
Juga dikenali sebagai pendapatan daripada Pelbagai Terimaan. Terimaan bukan hasil merupakan kutipan-kutipan yang bukan berasaskan mana-mana Akta atau Perundangan. Contoh pendapatan daripada terimaan bukan hasil adalah seperti pulangan perbelanjaan dan terimaan daripada agensi-agensi kerajaan.
d) Hasil Wilayah Persekutuan
Hasil yang dikutip di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Contohnya premium dan cukai tanah.
Hasil Kerajaan Negeri
Hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri adalah seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 3, Jadual 10 Perlembagaan Persekutuan. Bagi Sabah dan Sarawak, Bahagian 5 jadual yang sama selain hasil

yang dinyatakan di Bahagian 3 jadual tersebut. Contoh hasil Kerajaan Negeri adalah seperti hasil cukai tanah, bayaran permit pembalakan, royalti, lesen pembalakan dan lain-lain.
Hasil Kerajaan Tempatan
Kerajaan Tempatan ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Sabah), Ordinan Kuasa Tempatan 1996 (Sarawak) dan undang-undang lain yang berkuatkuasa dengannya. Kategori Kerajaan Tempatan adalah terdiri daripada Majlis/Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Hasil yang dikutip oleh Kerajaan Tempatan adalah seperti cukai pintu/cukai taksiran, bayaran permit penjaja dan lain-lain.
Hasil Majlis Agama Islam
Hasil Majlis Agama Islam adalah terdiri daripada pengurusan zakat dan fitrah, Baitulmal, harta wakaf dan apa-apa yang dibenarkan di bawah undang-undang negeri masing-masing atau Akta 505.
Hasil Badan Berkanun Persekutuan
Hasil Badan Berkanun Persekutuan adalah meliputi pendapatan dan keuntungan daripada operasi seperti keuntungan pelaburan, dividen, faedah dan apa-apa yang dibenarkan di bawah Akta Tubuh agensi berkenaan.[3]

PERBELANJAAN KERAJAAN
Kerajaan membuat perbelanjaan pada umumnya untuk membolehkan ia melaksanakan program serta aktivitinya untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pengurusan perbelanjaan meliputi aktiviti membuat perolehan, memproses bayaran serta mengakaunkannya. Perbelanjaan dibuat melalui sama ada peruntukan tanggungan, mengurus dan juga pembangunan. Langkah kawalan perbelanjaan yang sempurna menjamin wang awam dibelanjakan dengan cekap dan berhemah selaras dengan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Pengurusan perbelanjaan yang berhemah, cekap dan berkesan dapat mengelakkan pembaziran, penyelewengan dan kerugian kepada Kerajaan.




Perbelanjaan Mengurus
Perbelanjaan mengurus adalah perbelanjaan operasi bagi aktiviti harian yang berulang dan berterusan. Bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, perbelanjaan mengurus dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbelanjaan tanggungan dan perbelanjaan perbekalan.
a) Perbelanjaan Tanggungan
Perbelanjaan tanggungan ialah perbelanjaan yang ditanggung terus kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan tanpa perlu mendapat kelulusan Parlimen selaras dengan Artikel 98, Perlembagaan Persekutuan. Antara perbelanjaan tanggungan termasuklah peruntukan bagi elaun diraja, gaji Ketua Hakim Negara dan hakimhakim, perbelanjaan Suruhanjaya, bayaran pencen, elaun bersara dan ganjaran.
b) Perbelanjaan Perbekalan
Perbelanjaan perbekalan ialah semua jenis perbelanjaan bagi membiayai kegiatan harian Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan. Perbelanjaan perbekalan tidak boleh dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan tanpa kelulusan Parlimen melalui Rang Undangundang Perbekalan terlebih dahulu.
Perbelanjaan Pembangunan
Perbelanjaan pembangunan ialah perbelanjaan modal dalam tempoh jangka masa pendek atau sederhana dan memberi pulangan dalam jangka masa panjang. Perancangan perbelanjaan pembangunan berasaskan rancangan pembangunan lima tahun. Ia mengandungi ciri berikut:
a) Memerlukan jumlah modal yang besar
b) Aliran wang keluar masuk bagi sesuatu tempoh yang panjang
c) Dibiayai dengan dana dalaman
d) Melibatkan kos penyenggaraan dan pembaikan pada masa hadapan
e) Memberi kesan terhadap matlamat pembangunan Negara




PROSES BELANJAWAN
PROSES PENYEDIAAN BAJET
Sumber : Perbendaharaan Malaysia (www.treasury.gov.my)
PENGURUSAN BELANJAWAN
DEFINASI :
“Belanjawan merupakan satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan sumber ekonomi bagi memenuhi keperluan negara/ rakyat”.[3]
SEJARAH  SISTEM BELANJAWAN DI MALAYSIA
i)                    SISTEM BELANJAWAN TRADISIONAL (Sebelum merdeka sehingga 1968)
‹ ii) SISTEM BELANJAWAN PROGRAM DAN PRESTASI (Pekeliling Perbendaharaan Bil.
        5/1968)
‹ iii) SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI (Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 / 1990)
OBJEKTIF SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI
a)  mengukuhkan lagi ekonomi negara melalui agihan
sumber yang lebih baik dan teratur.
b)  mencapai perbelanjaan seimbang (balanced budget)
c)  meningkatkan kemajuan pelaksanaan SBPP.
d)  membantu pengurus program meningkatkan prestasi.
e)  meningkatkan akauntabiliti para pengurus.

PRINSIP PENTING MODIFIED BUDGETING SYSTEM (MBS)
“Let Managers Manage” iaitu kuasa membuat keputusan perlulah diberikan
seberapa praktikal yang boleh kepada peringkat bawahan dan kuasa membuat keputusan perlulah bersesuaian dengan peringkat akauntabiliti. Komponen dalam MBS  ialah Dasar Sedia Ada, Dasar Baru dan peruntukan One – Off.[4]

AKAUNTABILITI KEWANGAN
Tanggungjawab dan ketelusan seseorang yang diberi kuasa/amanah terhadap sesuatu sumber awam untuk melaporkan mengenai pengurusan atau pentadbiran sumber-sumber tersebut. Tanggungjawab pegawai/kakitangan melaksanakan tugas mengikut undang-undang, peraturan, prosedur dan arahan-arahan Akaun yang diselenggarakan boleh dipercayai dan semua urusniaga dilakukan dengan teratur serta mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan kewangan:-
a)      Jumlah perbelanjaan tidak melebihi peruntukan
b)      Hasil dikutip mengikut kadar yang betul
c)      rekod kewangan dan lain-lain rekod diselenggara dengan betul dan kemaskini
d)      penyata kewangan dan laporan kewangan dikemukakan dengan lengkap
e)      peraturan dan tatacara kerja dipatuhi semasa menguruskan perolehan

SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN & PERAKAUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN (GFMAS)
Sistem GFMAS telah memasuki tahun keempat (4) semenjak ianya mula dilancarkan pada tahun 2006. Sepanjang tahun 2009, GFMAS telah mengalami banyak proses penambahbaikan dan pembaharuan supaya ianya sentiasa dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dengan mengambil kira keperluan semasa Perakaunan Kerajaan Persekutuan. Sejajar dengan perkembangan
dan kemajuan dalam bidang infrastruktur dan teknologi, adalah amat penting bagi GFMAS untuk terus ditambah nilai agar ianya pada setiap masa dapat memenuhi kehendak semua pelanggan di samping tidak mengabaikan aspek keselamatan serta selari dengan kehendak prosedur perakaunan kerajaan. GFMAS dibangunkan untuk memantapkan lagi proses pembayaran kerajaan dan juga mengakaunkan kutipan hasil kerajaan dengan cepat dan cekap selaras dengan tag line JANM “ Excellent Accounting @ Your Service ”.[5]
Keupayaan GFMAS
Sumber : Jabatan Akauntan Negara (www.anm.gov.my)
GFMAS merupakan sistem bersepadu yang berupaya memudahkan perancangan kewangan, kawalan bajet dan perakaunan kerajaan. Ia menggabungkan semua fungsi perakaunan yang meliputi pembayaran, penerimaan, pengurusan gaji, Wang Tak Dituntut, pinjaman kerajaan, pinjaman dan pendahuluan kepada kakitangan awam, pelaburan dan penyediaan Akaun Awam ke dalam satu platform bersepadu.
Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS)
Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) adalah sistem perakaunan bersepadu yang dibangunkan untuk Kerajaan-Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia. Sejak tahun 2003 sistem ini telah beroperasi di semua negeri yang terlibat. Pembangunan SPEKS masih memantau dan menambah baik sistem dari masa ke semasa yang bertujuan untuk menambah kecekapan pengurusan kewangan dan menyediakan kerajaan negeri ke era Kerajaan Elektronik.

SISTEM e-PEROLEHAN
Sistem perolehan elektronik itu yang lebih dikenali sebagai ePerolehan, akan memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. ePerolehan dijangka akan menukarkan proses perolehan tradisional (secara manual) di dalam jentera kerajaan kepada perolehan elektronik menerusi Internet. ePerolehan membolehkan para pembekal mempamerkan produk mereka di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet. Katalog produk para pembekal akan ditukarkan ke bentuk katalog elektronik atau eCatalogue, yang boleh dilihat dari mana-mana desktop menggunakan perisian pelayar web. Pembekal juga berupaya menghantar sebutharga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender menerusi ePerolehan.
ePerolehan membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Kewangan menerusi Internet. Para pembekal akan dapat menghantar permohonan, memeriksa status permohonan dan membayar bayaran pendaftaran melalui ePerolehan. Dengan berdaftar di ePerolehan, para pembekal akan dapat mengambil bahagian di dalam sistem perolehan kerajaan. Apabila sistem ePerolehan dilaksanakan sepenuhnya nanti, kesemua empat jenis perolehan iaitu Kontrak Pusat, Pembelian Terus, Sebutharga dan Tender akan dapat digunakan. Pelaksanaan sistem ePerolehan dilakukan secara fasa demi fasa. Komponen GFMAS yang merangkumi pelbagai modul perakaunan telah mengalami proses pembaharuan dan penambahbaikan yang ketara sejak ianya mula diperkenalkan.[6]

Bank Negara Malaysia
Ordinan Bank Pusat Malaya 1958 memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia menerbitkan mata wang, mengurus mata wang dan mengawal bank-bank perdagangan melalui syarat-syarat tertentu. Di samping itu, Bank Negara Malaysia boleh menjalankan beberapa banyak jenis urusan lain yang berkaitan dengan urusan bank pusat. Termasuk menerbitkan, mengurus dan memasarkan pinjaman kerajaan, mentadbirkan hal penjelasan cek serta melaksanakan Ordinan Kawalan Pertukaran. Bank Negara Malaysia juga dikehendaki menyimpan cadangan aset luar begeri yang tidak kurang daripada 35% liability depositnya.
Objektif penubuhan Bank Negara Malaysia adalah menggalakkan kestabilan monetari dan struktur kewangan negara yang kukuh, bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan, menerbitkan mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut dan mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara ini.
Matlamat dan Fungsi Utama Bank Negara
Bank Negara hendaklah terus kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawah guaman terhadapnya atas namanya sendiri. Bank Negara mempunyai Ibu Pejabat di Kuala Lumpur dan membuka cawangan dan melantik ejen dan koresponden di dalam atau di luar Malaysia.
Matlamat Bank Negara adalah umtuk menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif kepada pertubuhan ekonomi Malaysia yang mampan. Fungsi utama Bank negara adalah merumuskan dan mengendalikan dasar monetari di Malaysia, mengeluarkan mata wang di Malaysia, mengawal selia dan menyelia institusi kewangan yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Bank, mengadakan pengawasan ke atas pesaran wang dan pasaran pertukaran asing dan menjalankan pengawasan ke atas sistem pembayaran.
Selain itu, menggalakkan sistem kewangan yang kukuh, progesif dan merangkumi semua, memegang dan menguruskan rizab luar negara Malaysia untuk menggalakkan rejim kadar pertukaran asing yang selaras dengan asas ekonomi dan bertindak sebagai penasihat kewangan, jurubank dan ejen kewangan Kerajaan. Bank Negara hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu, bersampingan atau berkaitan untuk melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya. Bank Negara dalam melaksanakan matlamatnya dan menjalankan fungsinya dibawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 hendaklah mengambul kira kepentingan negara.[7]

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama memungut Hasil di bawah Kementerian Kewangan. Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia . Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.[8]
Fungsi Lembaga
a.                Untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Lembaga,
b. Untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkara-perkara tersebut,
c. Untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian,
d. Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberi kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain

PENGURUSAN ASET DAN INVENTORI KERAJAAN
Pengurusan aset merupakan antara aspek penting dalam pengurusan kewangan Kerajaan dan wajar diberi keutamaan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan. Aset bermaksud harta benda atau milikan atau di bawah kawalan Kerajaan yang dibeli atau disewa dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah atau yang diperolehi melalui proses perundangan yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk asset yang dibekalkan atau dipasang bersekali dengan bangunan.
Aset alih bermaksud aset yang boleh dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau dipasang dengan bangunan. Aset alih ini seterusnya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu harta modal dan inventori. Bagi harta modal dan inventori masing-masingnya mempunyai ciri-ciri khas yang membezakan antara satu dengan yang lain sebagaimana berikut:
1.1 Harta Modal
Harta Modal merujuk kepada aset alih seperti loji, jentera berat, kenderaan, peralatan, telekomunikasi, penyiaran, perubatan, pejabat, makmal, dapur, bengkel, sukan, kelengkapan ICT dan barang-barang stor berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:
a) Harga perolehan asalnya RM1,000 dan ke atas setiap satu atau
b) Tanpa mengira harga perolehan asal seperti di (a) tetapi memerlukan penyenggaraan secara berjadual. Penyenggaraan secara berjadual merujuk kepada penyenggaraan seperti yang telah disyaratkan di dalam manual/buku panduan pengguna.
1.2 Inventori
Inventori ialah item-item yang mempunyai ciri-ciri berikut:
a) Aset alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM1,000 setiap satu dan tidak memerlukan penyenggaraan berjadual seperti peralatan, telekomunikasi, penyiaran, perubatan, pejabat, makmal, dapur, bengkel, sukan, kelengkapan ICT dan barang-barang stor; atau
b) Tanpa mengira harga perolehan asal, aset alih yang tidak memerlukan penyenggaraan berjadual seperti perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk.
Lapan aspek utama yang perlu diberi perhatian terhadap pengurusan aset dan inventori adalah
seperti berikut:
3.1 Pengurusan Umum
3.2 Penerimaan
3.3 Pendaftaran
3.4 Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
3.5 Penggunaan Kenderaan Jabatan
3.6 Penyenggaraan
3.7 Pelupusan
3.8 Kehilangan dan Hapus Kira
Untuk memastikan penerimaan, penyimpanan, penggunaan, penyenggaraan dan pelupusan aset, inventori dan barang-barang stor adalah dibuat dengan teratur dan kemas kini bagi mengelak daripada berlakunya salah guna, pembaziran, penyelewengan dan pemborosan.[9]

JABATAN AUDIT NEGARA
Mandat audit diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan diperincikan melalui Akta Audit 1957. Perkara 106 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menggariskan tanggungjawab Ketua Audit Negara untuk mengaudit Akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Awam Lain dan Badan-badan yang ditentukan dengan perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Audit Negara berkuasa penuh untuk mendapatkan segala maklumat dan keterangan serta penjelasan dalam menjalankan kewajipannya. Beliau berhak memeriksa semua dokumen dan boleh meminta individu tertentu memberi keterangan secara bersumpah serta memberi kuasa kepada mana-mana individu menjalankan penyiasatan dan pemeriksaan bagi pihak beliau. Di samping itu, Ketua Audit Negara juga boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan bagi menjalankan tugasnya. Segala keterangan dan maklumat yang didapati oleh Ketua Audit Negara berkaitan dengan kewajipannya adalah rahsia.
Pengauditan boleh ditakrifkan sebagai suatu pemeriksaan, analisa dan nilaian yang berterusan dan sistematik ke atas penyata kewangan, rekod, operasi dan pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan samada prinsip-prinsip am perakaunan, polisi-polisi pengurusan, peraturan dan prosedur dipatuhi. Pengauditan Penyata Kewangan - untuk mengesahkan penyata kewangan tahunan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi Kerajaan bagi memenuhi keperluan undang-undang dan standard perakaunan. Melalui pengauditan ini Ketua Audit Negara akan memberi pendapat sama ada penyata yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.[10]
JENIS LAPORAN YANG DIKELUARKAN OLEH KETUA AUDIT NEGARA :
(i) Penyata Akaun Awam dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan
(ii) Aktiviti Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan
(iii) Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri
(iv) Aktiviti dan Kajian Khas Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri
(v) Pengurusan Kewangan dan Aktiviti Badan Berkanun Persekutu
KESIMPULAN
Pengurusan Kewangan Negara melibatkan pelbagai agensi kerajaan di mana ia bermula daripada kutipan hasil sehinggalah kepada proses perancangan, perbelanjaan, pembayaran, pelaporan dan pemantauan atau “check and balance” oleh Jabatan Audit Negara/Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Tugas mengendalikan pengurusan kewangan Negara dengan cekap dan berkesan adalah merupakan satu amanah besar bagi setiap pegawai Kerajaan. Pencapaian dan kejayaan organisasi diukur melalui pengurusan kewangan yang teratur dan berhemah. Ini hanya boleh dicapai sekiranya prinsip integriti dan akauntabiliti diamalkan dalam mengurus dana awam.

Pada tahun 2005, Jabatan Audit Negara telah memperkenalkan Indeks Akauntabiliti bagi menilai prestasi pengurusan kewangan di semua Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan. Kelemahan dalam pengurusan kewangan, terutamanya isu berhubung pembaziran, pemborosan dan penyelewengan dana awam dapat dikawal dan satu budaya pengurusan kewangan yang cemerlang diwujudkan di sektor awam. Pengurusan kewangan merupakan satu aktiviti penting untuk mencapai objektif Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan. Setiap Pegawai Pengawal/Ketua Agensi perlu memastikan pengurusan kewangan dikendalikan dengan teratur, cekap dan berkesan. Pengurusan kewangan yang lemah akan memberi ruang kepada isu negatif seperti penyelewengan, pemborosan dan pembaziran. Oleh itu, semua pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan perlu merancang dan menilai tindakan yang dapat menyelesaikan masalah dan mengatasi kelemahan yang dikenal pasti. Slogan ‘membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul’ dalam pengurusan kewangan perlu dihayati dan dibudayakan.[11]

Comments

Unknown said…
Dalam dunia internet komunikasi yang lancar, memohon bantuan kewangan boleh dilakukan dari keselesaan rumah anda dengan syarat anda adalah asli dan mahu pinjaman.
 Adakah anda memerlukan pinjaman sebenar ?. Lupakan penipuan, masih terdapat banyak firma-firma kewangan yang tulen. Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana institusi, bank-bank kewangan dan syarikat-syarikat kewangan yang lain? Jika ya, bimbang tidak lagi kerana @ JESSICABROWNFINANCEFIRM kami adalah sebuah syarikat kewangan berpengalaman dan berpengalaman yang menyediakan pinjaman mudah percuma kepada individu dan badan-badan korporat yang serius, sama ada syarikat, syarikat dan kepada orang ramai, pada kadar faedah yang sangat rendah kurang daripada 5%. Kami mempunyai akses kepada kumpulan wang tunai untuk diberikan kepada kecil dan firma skala sederhana dan individu-individu yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan, tidak kira betapa kecil. Tetap yakin kebajikan dan keselesaan anda sahaja yang kami berada di sini untuk pastikan. Dapatkan berhubung dengan kami perkhidmatan pelanggan @ email: jessicabrownfinancefirm@gmail.com ........ Untuk tindak balas yang cepat dan pantas
 
 
KITA PERLU BERIKUT DARI ANDA,
 
 
1. Nama
2. Negara
3. Alamat
4. Jantina
5. Kerja
6. Jawatan di tempat kerja
7. pendapatan bulanan
8. Jumlah yang diperlukan
9. Tempoh Pinjaman
10. Agama
11. Adakah anda memohon sebelum dan ditolak? Jika ya
12. Nyatakan sebab ..........................................
.................................................. .........
.................................................. ..........
.................................................. .........
.................................................. .........
 
 
 
Kami mahu membantu anda
Mohammad Ismali said…
kesaksian nyata dan kabar baik !!!

Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com
Selamat datang ke Syarikat Pinjaman Rossa Stanley

Hubungi syarikat pinjaman dengan rekod prestasi pengeluaran pinjaman dan senarai penyokong pinjaman global di seluruh dunia, di syarikat pinjaman rossa stanley kestabilan kewangan anda adalah matlamat kami, kami memberikan pinjaman kepada
1) Individu
2) Badan korporat
3) Syarikat berhad.
4) Pinjaman peribadi.
5) Pinjaman pelaburan.
6) Pinjaman Pembinaan.
7) Pinjaman Gadai Janji.
Hubungi kami sekarang melalui media berikut,
E-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com atau support@rossastanleyloan.org
Pengurus Operasi Telefon / whatsapp / telegram (+1) 213-315-.3118
Instagram rasmi: rossastanleyloan
Twitter rasmi: Rossastanlyloan
Facebook rasmi: Rossa Stanley Favor
Memohon secara dalam talian di www.rossastanleyloan.org
ATAU
Isi borang permohonan di bawah dan kami akan membalas anda dengan segera, Kami ada 24 jam setiap hari.

DATA PEMOHON
1) Nama Penuh:
2) Tarikh lahir:
3) Alamat:
4) Nombor keselamatan sosial:
5) Nombor Whatsapp:
6) Pekerjaan:
7) Nombor Telefon:
8) Jawatan di tempat kerja:
9) Pendapatan Bulanan:
10) Jumlah Pinjaman yang Diperlukan:
11) Tempoh Pinjaman:
12) Nama Facebook:
13) Status Perkahwinan:
14) Agama:
15) Negara:
16) Jantina:
17) Nombor Jaminan Sosial [SSN]
18 Adakah anda pernah memohon pinjaman sebelum ini ?, Jika ya sila sebutkan nama syarikat pinjaman

TERHADAP,
PuanRossa Stanley.

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI