BELALAH ANAK-ANAK YATIM JANGAN ABAIKAN MEREKA
1.0 Pendahuluan
Pengertian
Anak Yatim
Anak yatim dalam bahasa Inggeris
disebut 'orphanage'. Mengikut istilah pula, anak yatim memberi maksud
kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian
salah satu dari ibu atau bapanya. Sedikit berbeza dengan yatim piatu yang
bermaksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau
kematian kedua-dua ibu dan bapanya.
Istilah Anak Yatim Dari Segi Syariah Islam
Bagi orang yang sudah dewasa dan
kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana
mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai
digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara
diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.
Menurut Fath Al-Qarib dan
Al-Baijuri: “Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada
mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai
datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak
yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri. Apabila ia sudah baligh
maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas
tahun qamariyyah.”
Walaubagimana pun masyarakat Melayu
Malaysia mempunyai satu lagi istilah iaitu Yatim Piatu yang dimaksudkan sebagai
mereka yang telah kehilangan kedua-dua ibu dan bapa, walaupun sebenarnya
istilah ini tidak ada dalam syariat Islam. Anak yatim adalah anak yang
kematian ibu bapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil atau belum
baligh, atau anak yang kematian bapanya sebelum ia menjangkau
baligh. Islam mewasiatkan umat manusia supaya melakukan hubungan banik
dengan anak yatim, memberi perlindungan dan pendidikan serta memberi hak-hak
mereka.
Firman
Allah yang bermaksud:
“ Oleh
sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.” ( Al- Dhuha)
“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak yatim.” ( al- Maun) Islam juga mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakand dalam surah An- Nisa ayat 6.
“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak yatim.” ( al- Maun) Islam juga mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakand dalam surah An- Nisa ayat 6.
2.0 Isi/
Kandungan
Kewajipan
sosial
Menyayangi dan memelihara anak yatim
adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Dan ia adalah salah satu usaha
perjuangan Islam yang jarang dilakukan orang. Justeru masalah sosial timbul
kerana empat sebab, iaitu tidak memuliakan anak yatim, tidak memberi makan
orang miskin, memakan warisan (kekayaan) alam dengan rakus, dan mencintai harta
benda secara berlebihan (lihat surah al-Fajr, ayat 15-20).
Penjagaan
Terhadap Anak Yatim
Menurut Islam, amatlah
dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara.
Perkara ini telah dijelaskan di dalam Ayat Al-Quran dan Hadis.
• Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim
• Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim
• Surah
Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim,
maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya”.
• Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”
• Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).
• Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”
• Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).
• "Nabi
junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian
dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan
itu sangat-sangat disukai Allah. Ini menunjukkan betapa kita disuruh
mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah
apalagi melindungi mereka."
“Demi
yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi
dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi
keyatiman serta kelemahannya…” (At-Tabhrani)
• Sabda
Nabi lagi, Anak-anak yatim akan mempunyai kedaulatan besar di akhirat kelak.
Menyakiti dan menzalimi mereka dosanya tidak terhingga, Kita amatlah digalakkan
memberikan pertolongan apa saja termampu.
Memakan harta Anak Yatim
Di dalam AI-Quran ada tercatat
sesiapa yang memakan harta anak yatim dia seolah-olah menyalakan api di dalam
perutnya, Tuhan memberi amaran keras kepada mereka yang cuba mengkhianati
anak-anak yatim.
BEBERAPA HADIS RASULULLAH SAW
TENTANG ANAK YATIM:
“Aku
dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini.”
Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah
(yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk
bersama-sama Nabi di dalam syurga”. (Dari Sahl bin Saad r.a
HR: Al- Bukhari).
“Demi
yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi
dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi
keyatiman serta kelemahannya…” (HR: At-Tabhrani)
“Bersikaplah
kepada anak yatim, seperti seorang bapa yang penyayang.”
(dari Daud ‘a.s., Hadis Riwayat Bukhari)
“Barang
siapa yang mengikut-sertakan seorang anak yatim diantara dua orang tua yang
muslim, dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk
syurga.” (Hadis Riwayat Abu Ya’la dan Thabrani,
Sahih At Targhib, Al-Albani)
“Ada
seorang laki-laki yang datang kepada Nabi S.A.W. mengeluhkan kekerasan hatinya.
Nabipun bertanya : sukakah kamu, jika hatimu menjadi lunak dan keperluanmu
terpenuhi ? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari
makananmu, nescaya hatimu menjadi lunak dan keperluanmu akan terpenuhi.”
(Diriwayatkan oleh Abu Darda’ r.a HR: Thabrani, Targhib, Al Albaniy : 254)
“Engkau
melihat orang-orang beriman itu dalam hal kasih sayang dan saling mencintai di
antara mereka, adalah seperti satu tubuh, jika ada satu organ yang mengeluh
(sakit), maka seluruh tubuh akan merasakan sakit dengan tidak tidur dan panas.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sebaik-baik
rumah kaum muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang
diperlakukan (diasuh) dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum muslimin ialah
rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan
buruk.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
“Aku
dan seorang wanita yang pipinya kempot dan wajahnya pucat bersama-sama pada
hari kiamat seperti ini (Nabi Saw menunjuk jari telunjuk dan jari tengah).
Wanita itu ditinggal wafat suaminya dan tidak mau kawin lagi. Dia seorang yang
berkedudukan terhormat dan cantik namun dia mengurung dirinya untuk menekuni
asuhan anak-anaknya yang yatim sampai mereka kawin (berkeluarga dan berumah
tangga) atau mereka wafat.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan
Ahmad)
“Harta-benda
anak yatim tidak terkena zakat sampai dia baligh.” (Hadis
Riwayat Abu Ya’la dan Abu Hanifah)
“Tidak
disebut lagi anak yatim bila sudah baligh”. (Hadis Abu
Hanifah)
“Demi
yang mengutus aku dengan hak, Allah tidak akan menyeksa orang yang mengasihi
dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi
keyatiman serta kelemahannya, dan tidak bersikap angkuh dengan apa yang Allah
anugerahkan kepadanya terhadap tetangganya. Demi yang mengutus aku dengan hak,
Allah tidak akan menerima sedekah seorang yang mempunyai kerabat keluarga yang
memerlukankan santunannya sedang sedekah itu diberikan kepada orang lain. Demi
yang jiwaku dalam genggamanNya, ketahuilah, Allah tidak akan memandangnya kelak
pada hari kiamat”. (Hadis Riwayat Ath-Thabrani)
“Barangsiapa
menjadi wali atas harta anak yatim hendaklah diperkembangkan (diperdagangkan)
dan jangan dibiarkan harta itu susut karena dimakan sedekah (zakat).”(Hadis
Riwayat al-Baihaqi)
3.0
Kesimpulan/ Rumusan
Ukuran sebenar sesebuah negara
adalah bagaimana ia menjaga kanak-kanaknya dari segi kesihatan, keselamatan,
dan keselamatan asas mereka, pendidikan dan sosialisasi mereka, dan cara mereka
rasa disayangi, dihargai, dan disertakan ke dalam keluarga dan masyarakat
dimana mereka dilahirkan. Oleh itu kita sebgai umat Islam yang prihatin harus
menjaga kebajikan anak-anak yatim di Malaysia sengan sebaik mungkin kerana
Islam dan Nabi Muhamad S.A.W sendir menyeru kita melaksanakannya.
Bibliografi
- Portal
Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat : www.jkm.gov.my.
- Laporan
Trend Sosial di Malaysia, Siri 11/ 2009 Jabatan Perangkaan Malaysia.
- Al-Quran
dan hadis-hadis sahih mengenai anak yatim.
Comments