135LC BERMASALAH???????????????

-->
Home » Bengkel, Masalah Yamaha 135LC » Motosikal Laris Yamaha 135LC Bermasalah?
Motosikal Laris Yamaha 135LC Bermasalah?
Salam dan selamat sejahtera,
Sekali baca topik ni mesti ada owner-owner yang ‘panas’. Relaks bro jangan cepat melatah! Saya bukan maksudkannya begitu tapi inilah asam garam bagi pemilik-pemilik motor power macam lc135 ni.
Ok di topik ni merupakan kesinambungan dari ‘Bincang Masalah Yamaha 135LC Di Sini‘ yang dah melangkaui 2400 komen perghhh!!!…. Harap kepada pengunjung baru yang nakkan info lc135 boleh buat kajian di topik tersebut kerana banyak info yang berguna dan bermanfaat. Jadi pandai-pandailah tapis.
Masalah Yamaha 135LC
Kalau kita renungkan kembali mengapa motor ni laris macam goreng pisang sedangkan ada yang kata motor ni banyak masalah setelah dipakai. Betul atau tidak hanya owner yang mengetahui.
Antara komen-komen panas yang dapat saya sertakan di sini:
1. Coolant yang dipasang pada model Yamaha 135Lc hanyalah strategi Yamaha untuk menarik minat kaki-kaki motor dan hanyalah gimik dari Yamaha sedangkan teknologi ini telah digunakan pada Kawasaki Ninja 100cc sejak dari tahun 1992. Begitu juga dengan Honda Nova Sonic sekitar penghujung era 90an.
2. Monoshok atau monocross cepat kondem atau lembik setelah tak sampai setahun digunakan. Lebih-lebih lagi kalau bawa awek dengan kerap.
3. Rantai berbunyi bising walaupun disapu minyak dan apakah kualiti rantai yang tidak begitu baik dipasang pada motor ini?
4. Bunyi sistem clutch agak bising terutama pada model ES. Apakah ianya sifat semula jadi motor-motor keluaran Yamaha?
5. Ada beberapa pomen yang mencadangkan penjagaan jangan mengikut buku panduan manual yang dibekalkan kerana ianya tak sesuai dengan kriteria enjin motosikal ini.
6. Enjinnya manja dan prestasi cepat merosot setelah digunakan beberapa tahun. Bunyinya juga agak bising walaupun pelbagai minyak berspesifikasi tinggi digunakan.
Sejauh mana kebenaran kenyataan di atas terserah kepada anda untuk menilainya. Jadi sama-samalah kita fikir dan kongsikan maklumat sekiranya ia berkaitan dengan masalah di atas.
Sekian
Wira DuniaMoto

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA