GARIS PANDUAN
PENDAFTARAN PERNIAGAAN
PENDAFTARAN PERNIAGAAN BARU
Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual. Perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah seperti berikut:
1. Perniagaan Milik Tunggal - perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.
2. Perniagaan Perkongsian - perniagaan dimiliki oleh 2 orang dan tidak melebihi daripada 20 rakan kongsi.
PROSEDUR PENDAFTARAN
1. Terlebih dahulu dapatkan kelulusan nama perniagaan yang dicadang daripada SSM. Isikan Borang PNA 42 jika menggunakan nama tred. Nama diri seperti di kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan.
2. Lengkapkan Borang A (Pendaftaran Perniagaan Baru) dengan mengisikan butir – butir maklumat seperti berikut :
a) Nama perniagaan
b) Jenis perniagaan
c) Tarikh permulaan perniagaan
d) Alamat dan tempat perniagaan
e) Cawangan perniagaan
f) Maklumat pemilik
g) Bagi perkongsian lampirkan perjanjian perkongsian (jika ada).
3. Kesemua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang A.
1
SYARAT
1. Warganegara Malaysia dan Penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar perniagaan.
2. Daftarkan perniagaan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
3. Perniagaan yang didaftarkan tidak menyalahi undang-undang.
4. Kemukakan kelulusan khusus seperti permit, lesen, surat kebenaran atau sokongan apabila mendaftar perniagaan yang memerlukan persetujuan khas atau kebenaran.
5. Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terdekat atau hantar menerusi pos.
6. Sertakan dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Perjanjian Perkongsian (jika ada)
- Permit, Lesen, Surat Kebenaran atau Surat Sokongan dari agensi lain (jika ada)
BAYARAN PENDAFTARAN
1. Perniagaan milik tunggal menggunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan – RM30.00
2. Perniagaan milik tunggal dan Perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00
3. Pendaftaran Cawangan – RM5.00 setiap cawangan
4. Salinan Maklumat Perniagaan – RM10.00
2
PANDUAN AM
1. Kemukakan sendiri permohonan pendaftaran di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terdekat atau hantar menerusi pos.

2. Keputusan pendaftaran perniagaan boleh diperolehi dalam tempoh 1 jam.
Seseorang yang menjadi seorang yang diperlukan untuk mendaftar perniagaannya di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 ini menjalankan perniagaan itu tanpa mendaftarkan perniagaan itu atau melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika disabit dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
3
PERUBAHAN MAKLUMAT PERNIAGAAN
Untuk perubahan maklumat perniagaan, pemilik perniagaan atau orang yang bertanggungjawab atas perniagaan perlu melengkapkan borang berikut:-
1. BORANG B1 - Perubahan Alamat Perniagaan
2. BORANG B2 - Perubahan Jenis Perniagaan
3. BORANG B3 - Perubahan Maklumat Cawangan
4. BORANG B4 - Perubahan Maklumat Pemilik/Rakan Kongsi
PROSEDUR PENDAFTARAN PERUBAHAN MAKLUMAT PERNIAGAAN
1. Kesemua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang B.
SYARAT
1. Rakan kongsi baru mestilah merupakan Warganegara Malaysia atau Penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas.
2. Sebelum mendaftar perubahan maklumat perniagaan, pastikan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan telah diperbaharui.
3. Daftarkan perubahan maklumat dalam tempoh 30 hari dari tarikh perubahan.
4. Perubahan jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan nama perniagaan.
5. Pemilik tunggal berdaftar yang menggunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan tidak boleh menambah rakan kongsi. Walau bagaimanapun, perkongsian boleh menukar status kepada pemilik tunggal dan sebaliknya menggunakan nama tred.
4
6. Perubahan pada maklumat pemilik perniagaan meliputi alamat kediaman, penarikan atau penambahan rakan kongsi, kematian dan perubahan jawatan dalam perkongsian.
7. Sertakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan rakan kongsi baru
- Salinan sijil kematian jika rakan kongsi meninggal dunia
- Salinan Surat Kelulusan atau Sokongan bagi perniagaan yang perlukan permit atau lesen
BAYARAN PENDAFTARAN
1. Pendaftaran Borang B – RM20.00
2. Pendaftaran menambah cawangan – RM5.00 setiap cawangan
3. Salinan maklumat perniagaan – RM10.00
PANDUAN AM
1. Hantar permohonan pendaftaran perubahan maklumat prniagaan di mana-mana cawangan SSM yang terdekat atau melalui pos.
Mana-mana orang yang merupakan orang yang bertanggungjawab bagi perniagaan meneruskan perniagaan tanpa mengemukakan perubahan kepada butir-butir berdaftar perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika disabit dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
5
PENAMATAN PERNIAGAAN
Sesuatu perniagaan boleh ditamatkan dengan mengemukakan notis penamatan perniagaan melalui Borang C. Perniagaan boleh ditamatkan atas sebab berikut:-
1. Tidak berminat untuk meneruskan perniagaan
2. Kebankrapan
3. Kematian
4. Perintah Mahkamah
5. Menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang, memudaratkan kepada atau tidak bersesuaian dengan keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
PROSEDUR PENAMATAN PERNIAGAAN
1. Lengkapkan Borang C (Pendaftaran Penamatan Perniagaan) dengan mengisikan butir – butir maklumat seperti berikut :
a) Tarikh penamatan perniagaan
b) Alasan-alasan penamatan perniagaan.
2. Kesemua pemilik perniagaan hendaklah menandatangani Borang C.
SYARAT
1. Failkan Borang C dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan perniagaan.
2. Failkan notis penamatan atas sebab kematian dalam tempoh 4 bulan dari tarikh kematian.
3. Waris si mati hendaklah memfailkan notis penamatan jika perniagaan pemilik tunggal ditamatkan apabila berlaku kematian. Bagi perniagaan perkongsian, rakan kongsi yang lain boleh memfailkan notis tersebut.
6
4. Sertakan dokumen berikut:
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D)
- Salinan Perintah Mahkamah, jika penamatan atas perintah mahkamah
- Salinan Sijil Kematian, jika melibatkan kematian
- Lampirkan dokumen yang berkaitan dengan kebankrapan, jika pemilik bankrap
5. Nyatakan alasan-alasan penamatan perniagaan.
BAYARAN PENDAFTARAN
Tiada bayaran dikenakan bagi pendaftaran penamatan perniagaan.
PANDUAN AM
1. Hantar permohonan pendaftaran penamatan perniagaan di mana-mana cawangan SSM yang terhampir atau melalui pos.
Mana-mana orang yang merupakan orang yang bertanggungjawab bagi perniagaan bagi perniagaan itu atau wakil peribadi atau waris kadim atau rakan kongsi yang tinggal gagal untuk memfailkan suatu notis penamatan di mana suatu perniagaan telah ditamatkan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika disabit dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
7
PEMBAHARUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN
PROSEDUR
1. Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperbaharui di mana-mana pejabat SSM berhampiran. Borang A1 hendaklah dilengkapkan (Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan) seperti berikut:
- Maklumat perniagaan
- Status perniagaan
- Perubahan yang telah didaftarkan
- Tandatangan pemilik atau rakan kongsi
SYARAT
1. Permohonan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh tamat pendaftaran perniagaan.
BAYARAN PENDAFTARAN
1. Perniagaan milik tunggal menggunakan nama peribadi mengikut kad pengenalan – RM30.00
2. Perniagaan milik tunggal menggunakan nama tred RM60.00
3. Perkongsian – RM60.00
4. Pembaharuan pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan
8
PANDUAN AM
1. Permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat untuk tempoh 1 sehingga 5 tahun.
2. Hantar permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaan di mana-mana cawangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terhampir atau melalui pos.

3. Jika pendaftaran perniagaan telah luput, pembaharuan pendaftaran perniagaan hanya boleh dibuat di mana-mana cawangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terhampir.
Pemilik Perniagaan yang meneruskan perjalanan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran atau melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika disabit dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
9

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA