BPME 3023 PENGURUSAN PERNIAGAAN FRANCAIS

BAB 10 : PERKHIDMATAN SOKONGAN FRANCAISOR 10.1 Bentuk-Bentuk Sokongan Yang Diberikan Oleh Pihak Francaisor Kepada Francaisi-Francaisi. Dalam perkhidmatan sokongan francaisor, sokongan daripada pihak francaisor kepada francaisinya boleh dibahagikan kepada empat jenis yang kebiasaannya diberikan iaitu: i) Keuntungan (Profitability)  Dengan adanya keuntungan, sedikit sebanyak dapat membantu usahawan menyuntik ekuiti tambahan ke dalam perniagaan yang dijalankan.  Selain itu, keuntungan juga dapat memotivasikan usahawan untuk berusaha dengan lebih gigih lagi pada masa hadapan.  Francaisor perlu berusaha bagi membantu francaisi memperoleh keuntungan dalam perniagaan walaupun merupakan dua entiti yang berasingan.  Hal ini kerana, konsep menang-menang sangat penting dilaksanakan apabila francaisor juga akan memperoleh pendapatan dalam bentuk royalti sekiranya tingkat jualan francaisi mereka meningkat. ii) Bekerja Sendiri (Self-Employment)  Self-employment bermaksud usahawan berpeluang untuk menjadi pemimpin kepada sesuatu perniagaan.  Usahawan berpeluang menjadi bos apabila francaisi diberi kuasa untuk mengarah, mengawal dan membuat keputusan perniagaan atau pertimbangan sendiri dalam menyelesaikan masalah yang timbul.  francaisi berpeluang untuk bekerja sendiri dan menimba pengalaman dalam bidang perniagaan melalui proses trial and error. iii) Berusaha Untuk Berjaya (Striving to be Successful)  Pekerja sokongan francaisor perlu menunjukkan komitmen dan komited dalam membantu francaisi mencipta kejayaan dalam perniagaan yang diceburi.  francaisi juga mungkin boleh berkembang dari segi saiz dan keuntungan sekiranya bantuan, galakan dan motivasi yang diberikan secara berterusan kepada francaisi. iv) Peluang Untuk Perkembangan (Opportunity for Growth)  Francaisor perlu melakukan penyelidikan dan pembangunan (P&P) bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu.  Pelbagai strategi baharu perlu diatur bagi membolehkan penembusan pasaran baharu berjaya dilakukan di samping mengekalkan produk dan perkhidmatan yang sedia ada.  Selain itu, francaisor juga boleh melakukan promosi yang lebih agresif serta teknik promosi yang pelbagai.  Usaha penambahbaikan perlu dilakukan secara berterusan oleh pihak francaisor agar perniagaan akan terus berkembang serta mampu bersaing dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa dan dalam masa yang sama memberikan keyakinan kepada francaisi tentang keuntungan yang bakal diperoleh pada masa hadapan. 10.2. Kepentingan Komunikasi Dalam Konteks Perniagaan Francais.  Komunikasi yang positif ialah satu keperluan bagi membina perniagaan yang berjaya.  Bagi francaisor, maklumat tepat yang dimaklumkan tentang pelbagai aktiviti dan perubahan yang berlaku dalam sistem francais sebagai syarikat untuk meningkatkan prestasi dan keuntungan ialah perkara yang penting.  Komunikasi yang berkesan melalui sistem yang dirancang dengan teliti maklumat, pengiktirafan dan pelaporan adalah penting bagi pertumbuhan berterusan dan pembangunan perniagaan francais.  hubungan melalui telefon, laman Internet, e-mel, faks, buletin dan kekerapan bermesyuarat antara francaisi dengan francaisor adalah antara beberapa pendekatan yang boleh digunakan untuk mewujudkan rangkaian komunikasi yang berkesan. 10.3. Peranan Wakil-Wakil Lapangan Sebagai Penghubung Antara Francaisor Dengan Francaisi.  seseorang pengurus atau wakil wilayah akan dilantik.  Wakil tersebut akan berkhidmat sebagai model yang berperanan untuk memimpin perniagaan francais di sesuatu kawasan. Peranan Wakil Wilayah  Tanggungjawab yang diberikan adalah untuk memastikan tahap tertinggi perkhidmatan yang ditawarkan oleh semua francaisi bebas di kawasan yang telah ditetapkan dan kesemua francaisi boleh menjalankan perniagaan pada tahap yang optimum.  Pihak francaisor perlu menentukan hak kewilayahan kepada setiap francaisi supaya tidak timbul masalah persaingan antara sesama perniagaan francais di dalam wilayah yang sama.  Selain itu, peranan yang perlu dilakukan oleh wakil wilayah ialah mewakili francaisor dalam membentuk hubungan yang lebih rapat dan mesra. Hubungan yang baik penting bagi kedua-dua pihak. Peranan wakil-wakil lapangan (the field representatives) Antara fungsi utama wakil-wakil lapangan ialah: i. Mewakili francaisor dalam membentuk hubungan yang lebih rapat dan mesra. ii. Bertindak sebagai perunding kepada francaisi seperti khidmat nasihat untuk terus iii. Menawarkan latihan kepada francaisi dan pekerja-pekerja mereka. iv. Memimpin francaisi dalam aspek pengurusan seperti mengurus rekod-rekod kewangan, kawalan operasi dan membuat keputusan. v. Menjadi pendorong kepada francaisi. 10.4. Bentuk-Bentuk Latihan Yang Sesuai Dalam Konteks Perniagaan Francais. Latihan merangkumi tiga komponen utama: a) Membentuk unit latihan dengan menentukan siapa yang mengetuai unit tersebut serta fungsinya. b) Menubuhkan dan menentukan lokasi latihan. c) Membangunkan program latihan termasuk membuat falsafah, matlamat pembelajaran, kemahiran yang ingin dicapai serta kaedah-kaedah yang akan digunakan dalam latihan tersebut. Latihan untuk bakal-bakal francaisi dibahagikan kepada TIGA peringkat iaitu : a. Latihan Pra-Pembukaan (Pre-opening training)  Latihan yang diwajibkan kepada francaisi-francaisi baharu sebelum perniagaan mereka beroperasi.  Latihan di dalam bilik darjah serta pengalaman secara hands-on bersama francaisor lebih menekankan perkara yang berkaitan perancangan perniagaan francais, pengambilan pekerja, pembelian, pengiklanan, pengurusan perniagaan, kawalan tunai dan inventori serta kaedah pengeluaran dan operasi.  Francaisi-francaisi juga dilatih untuk memahami manual operasi dan manual latihan yang disediakan b. Latihan Pembukaan Besar (Grand-opening training)  Kebiasaannya, latihan-latihan ini dikendalikan di outlet-outlet sebenar dan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu atau beberapa minggu dan melibatkan pekerja-pekerja yang telah dilantik oleh pihak pengurusan.  Antara bentuk latihan yang diberikan ialah prosedur operasi yang merangkumi aspek perkhidmatan/pengeluaran, kewangan, pemasaran dan operasi. c. Latihan Selepas Pembukaan (Post-opening training)  Latihan yang diadakan adalah untuk memastikan francaisi dan pekerjapekerjanya mendapat latihan yang terkini berkenaan dengan produk, sistem, kawalan kualiti, kewangan, kaedah perakaunan dan pemasaran. 10.5. Bentuk Sokongan Lain Dan Khidmat Nasihat Antara lain bentuk sokongan dan khidmat nasihat yang diperlukan oleh francaisi adalah seperti berikut:  Pemilihan lokasi/tapak (site selection)  Bantuan dalam Pembinaan (Built-up Assistance) - tunjukajar bagi reka bentuk dan susun atur premis disertakan dengan butir-butir untuk membeli komponen-komponen yang diperlukan.  Pemasaran dan Pengiklanan (Marketing and Advertising)  Permit, Pematuhan dan Isu Perundangan yang Lain (Permits, Compliances and Other Legal Issues) - bantuan dalam berurusan dengan agensi-agensi kerajaan tempatan bagi mendapatkan permit-permit yang diperlukan. BAB 12 : FRANCAIS ANTARABANGSA 12.1 Memahami perniagaan francais antarabangsa.  Sebelum memasuki sesuatu pasaran antarabangsa, francaisor perlu menjalankan kajian yang mendalam terhadap pasaran tersebut.  Francaisor perlu mendapatkan kefahaman yang menyeluruh tentang pasaran yang ingin ditembusi meliputi kefahaman persekitaran perniagaan, aspek perundangan, sosioekonomi, budaya dan adat resam negara berkenaan.  Produk francaisor, yang mungkin perlu diubahsuai untuk memenuhi keperluan dan cita rasa pengguna negara yang dimasuki.  Strategi pemasaran, komunikasi, polisi pengembangan dan perkara yang lain perlu mengambil kira harapan pengguna dalam pasaran tersebut.  Peletakan harga juga merupakan perkara penting dan perlu ditentukan dengan cekap.  Aspek perundangan yang perlu diteliti oleh seseorang francaisor i ni untuk melindungi perniagaan francais apabila berkembang ke sesebuah negara asing kerana setiap negara mempunyai rangka perundangan yang tersendiri.  Francaisor perlu memastikan bahawa produk, jenama dan hak-hak wilayah terpelihara. 12.2 Mengenal pasti potensi francais antarabangsa.  Walau bagaimanapun, strategi pengembangan antarabangsa memerlukan persediaan dan kajian yang mendalam sebelum seseorang francaisor boleh mengenal pasti pelantikan francaisi dalam pasaran antarabangsa.  Sebahagian besar daripada kerja-kerja persediaan merupakan kajian pasaran berkenaan. Setiap negara atau pasaran antarabangsa berbeza satu sama lain.  Persediaan ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu kajian makro dan kajian yang mendalam.  Kajian makro perlu dijalankan oleh francaisor sendiri untuk membolehkan beliau mengenal dan merasai potensi pasaran di negara yang ditujukan dan juga untuk menilai sama ada francaisnya sesuai untuk dibangunkan di sana.  Keputusan untuk memasuki sesuatu pasaran atau tidak, tidak boleh hanya bergantung kepada kajian makro.  Kajian mendalam yang boleh dijalankan bersama dengan bakal francaisi dalam pasaran antarabangsa berkenaan perlu dijalankan juga.  Tujuan kajian mendalam ini adalah untuk memahami daya maju projek atau unit francais di lokasi yang telah dikenal pasti 12.3 Mengkaji keadaan makro pasaran antarabangsa.  Kajian makro merupakan kajian ke atas persekitaran luaran yang perlu dikenal pasti oleh francaisor bagi memastikan perniagaan francais itu boleh memasuki pasaran negara asing.  Kajian makro ini merangkumi parameter berikut: 1)Demografi negeri Parameter ini untuk menentukan saiz pasaran dan meliputi: i. Jumlah populasi. ii. Budaya iii. Agama iv. Tahap pendidikan. v. Kadar pengangguran. 3)Rangka perundangan Ini untuk memastikan perlindungan perundangan dan meliputi: i. Sistem perundangan negara. ii. Perundangan syarikat. iii. Kadar pendakwaan. iv. Hak pemeliharaan intelektual. v. Perundangan peleraian. 2)Politik, sosioekonomi Untuk mengenal pasti potensi pasaran pada jangka masa panjang. Ini meliputi: i. Kuasa pembelian (purchasing power) ii. Pendapatan kasar domestik (gross domestik product) iii. Pendapatan per kapita (per capita income) iv. Tahap teknologi (level of technology) v. Kadar inflasi. vi. Kadar faedah pinjaman bank. vii. Infrastruktur. Komunikasi. ix. Kestabilan politik. 4)Persekitaran pelaburan Ini untuk meninjau sama ada projek boleh dilaksanakan. Ia meliputi: i. Kadar pertukaran asing. ii. Had pelaburan asing. iii. Undang-undang pemindahan dana. iv. Kadar percukaian. 12.4. Memahami isu budaya pasaran tempatan dan cara memenuhi keperluan tempatan.  Budaya dan sejarah negara yang dipertimbangkan untuk kemasukan francais perlu difahami dengan sepenuhnya.  Francaisor juga perlu menghormati sensitiviti negara berkenaan selagi mereka berada di sana.  Hanya seorang rakyat atau orang tempatan yang dapat memahami secara menyeluruh tentang isu sensitif ini.  Oleh hal yang demikian, bantuan daripada orang yang arif mengenai isu sensitif perlu didapati.  Produk yang ditawarkan mungkin perlu diubahsuaikan. Sebagai contoh, McDonald’s hanya menggunakan barangan halal untuk memenuhi keperluan orang Islam di Malaysia seperti juga di India, McDonald’s tidak menggunakan daging lembu dalam burgernya oleh kerana sensitiviti rakyatnya yang beragama Hindu.  Dalam aspek pengiklanan, pihak francaisor perlu mereka strategi yang mengambil kira norma dan nilai orang tempatan. Selain strategi pemasaran, keadaan tempatan juga mempengaruhi norma pekerjaan, status jawatan, kadar perkhidmatan dan pembayaran gaji.  Dalam menepati keadaan tempatan, dua perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah produk dan strategi pemasaran.  Francaisor mungkin perlu mengubah suai polisi francaisnya supaya dapat menawarkan satu pakej francais yang istimewa kepada bakal francaisi setelah mengambil kira keadaan tempatan.  Persaingan daripada francaisor yang lain sama ada francaisor tempatan atau asing juga perlu diambil kira. 12.5. Memahami operasi francais antarabangsa, aspek perundangan dan jenis francais antarabangsa. 1. Operasi Francais Terdapat beberapa cara untuk seseorang francaisor menjalankan perniagaan francaisnya di negara asing. 1. Operasi francais yang dijalankan oleh francaisor sendiri Menerusi cara ini, seseorang francaisor tidak melantik seseorang francaisi di negara yang berkenaan, tetapi francaisor sendiri akan mengendalikan operasi francaisnya. 2. Francais terus Menerusi cara ini seseorang francaisor akan melantik seseorang francaisi di negara tersebut menerusi satu perjanjian francais yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak. 3. Usaha sama Bentuk francais ini melibatkan perkongsian antara francaisor dengan seorang rakyat tempatan untuk sama-sama melabur dan menjalankan sistem francais berkenaan. 4. Master Francais Seseorang francaisor boleh melantik seseorang subfrancaisor yang ada hak eksklusif wilayah terhadap keseluruhan sesebuah negara. Subfrancaisor yang dilantik boleh membuka dan mengurus outlet francais secara sendiri ataupun boleh melantik subfrancaisi atau menjalankan kedua-dua cara ini sekali. 2. Aspek Undang-Undang Dengan memahami rangka undang-undang tempatan, seseorang francaisor akan dapat merangka polisi francais yang bersesuaian untuk melindungi hak intelek francaisor, perlindungan jenama dan juga pembayaran cukai jika berlakunya pertikaian antara francaisor dengan francaisi.

Comments

Anonymous said…
Di sini ialah Benjamin hubungi butiran E-mel, lfdsloans @ outlook.com. / lfdsloans@lemeridianfds.com Atau Whatsapp +1 989-394-3740 yang membantu saya dengan pinjaman 90.000.00 Euro untuk memulakan perniagaan saya dan saya sangat berterima kasih, Sungguh susah bagi saya di sini cuba untuk membuat jalan sebagai ibu tunggal perkara-perkara tidak mudah dengan saya tetapi dengan bantuan Le_Meridian meletakkan senyuman di wajah saya kerana saya menonton perniagaan saya semakin kuat dan berkembang juga. Saya tahu anda mungkin mengejutkan mengapa saya meletakkan perkara seperti ini di sini tetapi saya benar-benar perlu menyatakan saya terima kasih supaya sesiapa yang mencari bantuan kewangan atau mengalami kesulitan dengan perniagaan yang ada atau ingin memulakan projek perniagaan dapat melihat ini dan memiliki harapan untuk keluar dari kesulitan .. Terimakasih.

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA