BPME 3023 PENGURUSAN PERNIAGAAN FRANCAIS

BAB 2 : INDUSTRI FRANCAIS DI MALAYSIA 2.1 Perkembangan Industri Francais Di Malaysia.  Perniagaan francais bermula di Malaysia lebih 70 tahun yang lalu, iaitu di sekitar tahun 1940-an yang dipelopori syarikat seperti Singer yang mengedar mesin jahit dan barangan elektrik, Bata yang mengedar kasut dan beberapa syarikat pengedar minyak, motosikal dan kereta.  Kaedah pemasaran produk melalui sistem francais berbentuk format perniagaan diperkenalkan pada tahun 1963 apabila A&W membuka outlet pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ini diikuti dengan kemasukan restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald’s yang mula beroperasi di Malaysia pada tahun 70-an dan awal 80-an.  Mula dikenali ramai di Malaysia selepas kerajaan melancarkan Program Pembangunan Francais pada tahun 1992 dan selepas Persatuan Francais Malaysia (MFA) ditubuhkan pada tahun 1994.  Statistik Jumlah Perniagaan Francais di Malaysia dari tahun 1995 sehingga 2010 Tahun Jumlah Perniagaan Francais 1995 125 2000 268 2003 321 2009 374 2010 473 JUMLAH 1,561 (sumber : Bahagian Pembangunan Francais, KPDNKK)  Kebanyakan daripada perniagaan francais ini adalah dalam lima sektor utama iaitu sektor makanan, pakaian dan aksesori, peruncitan, kecantikan dan kesihatan serta perhotelan.  Program Pembangunan Francais ditubuhkan pada tahun 1992, di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) untuk membangunkan industri francais di Malaysia terutamanya dari aspek pembangunan keusahawanan dan pembangunan produk-produk francais tempatan.  Apabila MeCD dimansuhkan pada tahun 2009, tugas untuk membangunkan industri francais di Malaysia dipindahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kementerian (KPDNKK) yang juga menyasarkan untuk membangunkan kira-kira 50 francaisor tempatan dan 1000 francaisi menjelang 2012. 2.2 Sumbangan Perniagaan Francais Kepada Ekonomi Negara.  Merangsang pertubuhan ekonomi menerusi peningkatan aktiviti keusahawanan;  Membantu dalam pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baharu dalam pembangunan ekonomi;  Menggalakkan perdagangan antarabangsa menerusi pakej pelantikan francaisi induk oleh francaisor tempatan, sekali gus menyumbang ke arah pemantapan pertukaran mata wang negara;  Menyediakan peluang perniagaan kerana perniagaan kecil milik francaisi sangat mudah dan cepat menyumbang kepada pengambilan tenaga kerja. 2.3 Konsep Home-Grown Francaisor.  Konsep home-grown francaisor di Malaysia sebenarnya ialah satu usaha terancang yang diterajui oleh kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak bagi membantu usahawan-usahawan tempatan memfrancaiskan perniagaan mereka.  Usaha ini ialah sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional dalam program MPPB iaitu meramaikan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian.  Hanya perniagaan yang mempunyai nilai yang sesuai untuk dikembangkan melalui sistem francais dikenal pasti.  Perniagaan itu kemudiannya akan dimantapkan dan diperkasa bagi membolehkan mereka memfrancaiskan model atau sistem perniagaan kepada francaisi lain.  Proses membangunkan dan melahirkan francaisor domestik ini memerlukan usaha yang gigih serta komitmen yang tinggi daripada pegawai pelaksana kerajaan, usahawan sendiri dan pihak lain yang berkenaan.  Lima sektor francais paling banyak terlibat dalam home-grown francaisor di Malaysia ialah makanan, pakaian, peruncitan, penjagaan kesihatan dan kecantikan, serta perhotelan.  Francais tempatan terbesar setakat ini ialah Edaran Otomobil Nasional (EON) yang ditubuhkan pada tahun 1986 dan kini mempunyai lebih 250 outlet yang difrancaiskan dengan jualan pada tahun 2003 mencecah RM3.8 bilion.  Kerajaan memberi galakan kepada syarikat francais tempatan yang berpotensi untuk berkembang melalui penerokaan pasaran antarabangsa terutamanya dalam pasaran Asia Tenggara, China, India dan Timur Tengah. 2.4 Peranan Agensi Yang Bertanggungjawab Dalam Pembangunan Industri Francais Di Malaysia 1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  Membangunkan perniagaan francais  Mengurus pendaftaran perniagaan francais  Bahagian  Program latihan  Program promosi  Kemudahan pembiayaan  Merangka dan melaksanakan strategi pembangunan industri francais Strategi-strategi berkenaan merangkumi aspek-aspek penting pelaksanaan Program Pembangunan Francais iaitu: i. Membangunkan produk francais tempatan dan memfrancaiskan perniagaan tersebut dengan menggalakkan pertukaran perniagaan-perniagaan yang dimiliki dan diuruskan sendiri oleh usahawan kepada perniagaan francais. ii. Mengenal pasti produk francais luar negara yang berpotensi dan berdaya maju untuk difrancaiskan kepada usahawan-usahawan tempatan. iii. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai tentang perniagaan francais. iv. Meningkatkan bilangan juruperunding francais yang pakar dalam bidang berkenaan. v. Menguatkuasakan 2. Perbadanan Nasional Berhad (PNS) o PNS telah diberi mandat sebagai agensi utama untuk mengatur perancangan pembangunan dan pelaksanaan bagi memperkasa industri francais negara secara lebih komprehensif. o PNS telah memperkenalkan beberapa strategi utama dalam pembangunan francais, iaituprogram pakej khas, latihan, promosi, pembiayaan,pembangunan produk, jaringan strategik serta pembangunan dan penyelidikan. 3. Persatuan Francais Malaysia (MFA)  sebagai pusat sumber maklumat kepada francaisor, francaisi, pihak media dan seterusnya orang ramai.  MFA juga bertindak sebagai forum untuk ahli-ahli bertukar-tukar maklumat dan berkongsi pengalaman melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktivitinya.  MFA juga mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Penjodohan Francais sebagai susulan kepada kursus-kursus yang diadakan  melaksanakan program Klinik Francais yang bertujuan memberi khidmat kaunseling serta menjalankan timbang tara dalam sebarang konflik dalam kalangan ahli.  menganjurkan Karnival Jualan Francais untuk memperkenalkan dan seterusnya mempromosi industri francais kepada orang ramai. 4. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)  Skim PROSPER Siswazah menyediakan pakej keusahawanan khas yang mendorong, membimbing dan membangunkan siswazah untuk menceburi bidang keusahawanan khususnya dalam sektor peruncitan.  PUNB telah mengambil inisiatif mewujudkan program “kedai konsep” seperti Kedai Leaderpac Tayar dan Servis, Kedai Serbaneka 24 jam dan kedai basikal yang difrancaiskan di seluruh Malaysia  PUNB memperuntukkan pembiayaan perniagaan melalui empat skim iaitu Skim Peruncitan PROSPER, Skim PKS, Skim Pemborongan PROSPER dan Skim PROSPER Siswazah. 5. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  Ministry of International Trade and Industry atau MITI telah bekerjasama dengan KPDNKK serta Persatuan Francais Malaysia untuk mempromosi home-grown francaisor Malaysia ke pasaran luar negara melalui misi perdagangan antarabangsa. 2.5. Program pembangunan francais di Malaysia. Secara umumnya program pembangunan francais di Malaysia terdiri daripada empat kategori utama, iaitu: (i) Program Pembangunan Francaisor (ii) Program Pembiayaan (iii) Program Promosi (iv) Program Jaringan Antarabangsa (v) Program Latihan (i) Program Pembangunan Francaisor (a) Program Pembangunan Produk Francais Tempatan (PPFT)  Program ini adalah untuk membantu usahawan menukar perniagaan konvensional mereka kepada sistem francais.  Program ini terbuka kepada syarikat bumiputera yang mempunyai produk yang berpotensi untuk difrancaiskan dan mempunyai model perniagaan yang jelas atau Unique Selling Proposition.  Jumlah pembiayaan yang diperuntukkan di bawah program ini ialah sebanyak  RM120,000 bagi setiap syarikat. Peruntukan ini akan dibayar kepada perunding yang dilantik untuk membantu syarikat menukar kepada format perniagaan francais (b) Dana Bantuan Perniagaan Francais (DBPF)  Program DBPF membantu francaisor dengan membiayai pembangunan sistem francais secara matching grant. Melalui program dana ini francaisor boleh mendapat pembiayaan melalui kategori-kategori berikut: • Pembiayaan sehingga RM100,000 bagi syarikat milik penuh bumiputera. • Pembiayaan sehingga RM65,000 bagi syarikat majoriti bumiputera. • Pembiayaan sehingga RM50,000 untuk syarikat bukan bumiputera dan majoriti bukan bumiputera.  Kelayakan yang diperlukan bagi DBPF ialah: • Syarikat tempatan yang telah berdaftar di bawah Seksyen 6, Akta Francais 1998. • Syarikat berdaftar di bawah Program Pembangunan Francais KPDNKK. (c) Program Francais Mikro  Program ini bertujuan membangunkan francaisor mikro tempatan. Di bawah program ini, francaisor tempatan akan menawarkan pakej francaisi yang berjumlah RM50,000 ke bawah. (ii) Skim Pembiayaan (a) Skim Pembiayaan Francais oleh PNS Skim Pembiayaan Francais yang dikeluarkan oleh PNS menawarkan pinjaman dengan pakej pembiayaan yang menarik khusus kepada usahawan yang terlibat dalam perniagaan francais. (b) Skim Bantuan Kewangan dan Pembiayaan Francais yang Lain Skim Francais Belia  Skim ini bertujuan untuk menggalakkan golongan belia dan remaja melibatkan diri dalam perniagaan francais. Skim ini menyediakan kemudahan pinjaman untuk memulakan perniagaan francais dengan margin pembiayaan sehingga 90 peratus daripada kos projek. Skim Francais Eksekutif  Skim Francais Eksekutif di bawah PNS, bermatlamat untuk menggalakkan lebih ramai kakitangan sektor awam atau swasta menyertai perniagaan francais.  Skim ini memberi tumpuan dan keutamaan kepada kakitangan yang mengambil pilihan pemberhentian secara sukarela atau memilih untuk berpencen atau bersara awal. Skim Pra-Francais  Skim Pra-Francais di bawah PNS adalah untuk membantu usahawan bumiputera menjadi francaisor atau master francaisi baharu. Skim Pembiayaan Francaisi  Kriteria kelayakannya ialah francaisor atau francaisi induk mesti berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF) dan MFA dengan pegangan ekuiti ialah 100% bumiputera dan 51 peratus Lembaga Pengarah dan Pengurusan ialah bumiputera. Skim Pinjaman Kecil Francaisi  Skim ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kecil dalam bentuk micro franchising kepada francaisi tempatan yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan pinjaman maksimum sehingga RM50,000. Program Francais Wanita  Program Francais Wanita bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan wanita bumiputera yang berkaliber, mempunyai daya saing yang tinggi dan berkeyakinan untuk bekerjaya dalam bidang perniagaan francais. Program Francais Siswazah  Program ini bertujuan melahirkan usahawan francais dalam kalangan siswazah Skim Pelaburan Ekuiti Francais PNS  Objektif skim ini adalah untuk membangun dan menambah Usahawan Menengah Bumiputera dalam perniagaan francais melalui pelaburan ekuiti oleh PNS sebagai agensi pelaksana. (iii) Program Promosi Antara program yang dianjurkan bagi mempromosi perniagaan francais di Malaysia ialah  Francais Komuniti  1Malaysia Stesen Francais  Pavillion Francais  Franchise International Malaysia  Jelajah Francais 1Malaysia. (iv) Program Jaringan Antarabangsa  Program ini adalah untuk memberi peluang kepada francaisor tempatan berdaftar yang bersedia untuk mempromosi dan mengembangkan perniagaan ke peringkatbantarabangsa.  Terdapat tiga kaedah yang digunakan dalam program jaringan antarabangsa, iaitu: i. Penyertaan dalam ekspo francais di luar negara. ii. Kajian kemungkinan pasaran di negara-negara berpotensi. iii. Misi Pemasaran Terfokus (SMM) bekerjasama dengan MATRADE. (v) Program Latihan Berikut adalah program-program latihan francais yang dijalankan: (i) Program untuk francaisi • Kursus asas perniagaan francais. • Kursus susulan bagi bakal francaisi. • Program latihan bagi francaisi. (ii) Program untuk francaisor • Kursus pembangunan bagi bakal francaisor. • Kursus pemantapan francaisor. (iii) Program lain • Kursus pembangunan perunding francais. • Seminar Akta Francais 1998. • Program bincang francais. BAB 4 : PERSEDIAAN FRANCAISOR 4.1 Format Rancangan Perniagaan Francaisor.  Rancangan perniagaan francaisor merupakan satu dokumen bertulis yang lengkap tentang cadangan francaisor menjalankan perniagaan francais.  Dokumen ini menerangkan segala aspek perniagaan francaisor yang meliputi profil syarikat, aspek pemasaran, aspek pengurusan yang dicadangkan oleh francaisor dan francaisi kewangan dan perakaunan serta aspek perundangan Kandungan rancangan perniagaan francaisor adalah : - I. Ringkasan Eksekutif A. Nama Syarikat B. Jenis Perniagaan C. Maklumat Syarikat D. Pengurusan E. Jadual Pembentukan & Pesaing F. Keperluan Kewangan G. Penyata kewangan H. Pembayaran Pinjaman II. Pemasaran A. Objektif Pemasaran B. Pelan Pemasaran dan Strategi Harga C. Pelan Pemilihan Francaisi & Carta Aliran D. Prospek Francaisi E. Jualan / Pengiklanan Francaisi F. Kriteria Pemilihan Lokasi Francaisi G. Rancangan Perasmian/Pembukaan H. Pengiklanan (Berterusan) III. Pengurusan A. Ibu Pejabat 1. Struktur Organisasi 2. Polisi Syarikat 3. Personel (Upah & Gaji) B. Francaisi 1. Struktur Organisasi 2. Polisi Syarikat 3. Personel (Upah & Gaji) iv. Kewangan & Akaun A. Ibu Pejabat 1. Kos Permulaan 2. Kedudukan Kewangan 3. Proforma Penyata Pendapatan 4. Proforma Kunci Kira-Kira 5. Anggaran Aliran Tunai 6. Analisa Titik Pulang Modal 7. Analisa Ratio 8. Peruntukan untuk Pembayaran Cukai B. Francaisi 1. Kos Permulaan 2. Kedudukan Kewangan 3. Proforma Penyata Pendapatan 4. Proforma Kunci Kira-Kira 5. Anggaran Aliran tunai 6. Analisis Titik Pulang Modal 7. Analisis Ratio 8. Peruntukan untuk Pembayaran Cukai v. Aspek Perundangan A. Struktur Perniagaan B. Kontrak, Lesen, Tanda Niaga C. Insurans; Jenis dan Kos D. Dokumen Penzahiran E. Perjanjian Francais F. Syarat Francaisor Francaisi vi. Lampiran A. Pelan Bangunan B. Reka Bentuk Susun Atur C. Graf D. Kertas Kerja E. Gambar Rajah F. Susun Atur G. Carta 4.2 Pakej Pengambilan Francaisi Empat aspek utama yang perlu diberi fokus ialah: i. Objektif francaisor. ii. Modal permulaan dan jumlah pelaburan yang diperlukan daripada bakal francaisi. iii. Personel dan kelayakan yang diperlukan daripada bakal francaisi. iv. Faedah yang akan diperoleh dan tanggungjawab sesebuah francaisi. 4.3 Pakej Manual Operasi Dan Promosi Secara amnya pakej ini mengandungi: i. Manual operasi ii. Kewangan dan perakaunan iii. Pengiklanan dan promosi iv.Sokongan antara francaisor dengan francaisi v.Manual latihan. i. Manual Operasi  Manual operasi ialah dokumen lengkap yang menerangkan secara terperinci cara untuk menjalankan perniagaan.  Dokumen ini memberikan panduan kepada francaisi cara untuk mengendalikan operasi harian perniagaan. ii. Kewangan dan Perakaunan  Francaisor perlu menyediakan sistem perakaunan bagi merekodkan kawalan kewangan dan francaisi harus mengetahui dan memahami sistem perakaunan tersebut. iii. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Francaisor harus berkeupayaan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan serta mempunyai mekanisme dan saluran komunikasi yang berkesan. iv. Pakej Pengiklanan dan Promosi  Promosi pada peringkat nasional oleh francaisor dapat dimanfaatkan secara bersama oleh semua outlet francaisi dalam membantu meningkatkan jualan dan ini memberi sumbangan kepada kejayaan francaisi.  Francaisi hanya perlu menjalankan promosi di kawasan pasarannya sahaja untuk memberitahu kewujudan perniagaannya di kawasan tertentu. v. Pakej sokongan antara Francaisor dengan Francaisi  Francaisor juga harus mempunyai kakitangan sokongan yang sentiasa mampu dan bersedia untuk berkomunikasi, mengadakan lawatan, mengawal selia dan memberi khidmat nasihat kepada francaisi apabila diperlukan. vi. Manual Latihan  Francaisor juga perlu menyediakan manual latihan yang lengkap bukan sahaja untuk melatih bakal francaisi malah untuk kakitangan lain yang terlibat dalam perniagaan.  Pembangunan latihan yang komprehensif dan berterusan sangat diperlukan bagi meningkatkan pengetahuan dan skil kakitangan seperti yang dikehendaki oleh francaisor.  Bidang latihan yang perlu diberi perhatian ialah pembentukan skil, perkeranian, perkhidmatan kaunter termasuk sikap, di samping menyediakan latihan pengurusan perniagaan dan latihan lain yang berkaitan. 4.3 Pemilihan Lokasi  Lokasi merujuk kepada tempat sesuatu perniagaan akan beroperasi. pemilihan lokasi outlet yang tepat memainkan peranan penting dalam kejayaan francaisi.  Jika perniagaan francais mempunyai lokasi outlet yang strategik, peluang untuk berjaya adalah lebih baik, walaupun francaisi kekurangan pengetahuan dan skil menjalankan perniagaan francais.  Kajian yang menyeluruh perlu dilakukan ke atas lokasi outlet cadangan sebelum membuat sebarang keputusan pemilihan lokasi.  Ini adalah untuk memastikan lokasi yang dipilih untuk outlet baru beroperasi di lokasi yang mempunyai potensi pasaran yang menggalakkan serta boleh menguntungkan francaisi. Faktor-Faktor yang Perlu Dipertimbangkan a.Overhed dan Pengedaran  Perkara ini meliputi sumber bahan mentah, kawalan inventori, gudang serta kos dan margin keuntungan bagi setiap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.  Selain itu, kos lain yang terlibat secara tidak langsung seperti pendaftaran, tanda nama perniagaan, hak cipta dan kos-kos pengedaran. b. Geografi  Francaisor juga harus mengenali dan mengetahui penduduk yang terdapat di persekitaran perniagaan mereka. c. Model Lokasi  Model lokasi merupakan asas utama dalam mengenal pasti lokasi bagi mengembangkan perniagaan francais. d. Tapak Lokasi  Kebiasaannya, pemilihan tapak lokasi outlet dicadangkan oleh bakal francaisi dengan bantuan francaisor.  Tanggungjawab francaisor ialah memberi kelulusan terhadap cadangan yang dibuat oleh bakal francaisi.  Pemilihan terakhir tapak lokasi bagi outlet francaisi bergantung kepada: i. Hartanah – Kawasan perniagaan yang strategik, kelulusan undang-undang tempatan, pembangunan dan kemudahan serta kesibukan. ii. Sistem operasi yang akan dijalankan dan ramalan jualan –Titik pulang modal, ROI (Return on Investment) bagi tempoh lima tahun kewangan. iii. Pasaran – Merujuk kepada bakal pelanggan berasaskan demografi dan profil serta kehendak dan kemahuan pelanggan. 4.4 DOKUMEN PENZAHIRAN  Dokumen Penzahiran merupakan dokumen yang menerangkan konsep dan sistem sesuatu perniagaan francais yang ditawarkan oleh francaisor kepada francaisi.  Dokumen ini lengkap untuk tujuan tawaran sesuatu francais kepada francaisi.  Menurut Seksyen 4, Akta Francais 1998, dokumen penzahiran diertikan sebagai apa-apa dokumen penzahiran yang ditetapkan oleh Menteri bagi tujuan penawaran sesuatu francais kepada francaisi.  Bakal francaisi yang ingin menceburi sesuatu perniagaan francais perlu mendapatkan dokumen penzahiran daripada pihak francaisor dan meneliti dokumen ini sebelum membuat sebarang komitmen untuk membeli sesuatu francais.  Dokumen penzahiran ini biasanya diberikan kepada bakal francaisi pada penemuan pertama antara francaisor dan bakal francaisi.  Mengikut Akta francais 1998, francaisor hendaklah mengemukakan dokumen penzahiran kepada seseorang francaisi sekurangkurangnya sepuluh hari sebelum francaisi itu menandatangani perjanjian dengan francaisor.  Maklumat-Maklumat Penting dalam Dokumen Penzahiran ialah : i) Latar Belakang ii) Butiran Kakitangan iii) Tindakan Mahkamah/ iv) Prosiding v) Kebankrapan vi) Yuran Francais danYuran Permulaan yang Lain vii) Obligasi Kewangan yang Lain viii) Pelaburan Awal Francaisi ix) Obligasi Francaisi untuk Membeli Bahan atau Menyewa Bahan/Peralatan Tertentu daripada Francaisor/Sumber yang Ditetapkan. x) Obligasi Francaisi untuk Membeli atau Menyewa Bahan/Peralatan tertentu mengikut Spesifikasi yang Ditetapkan. xi) Kemudahan Kewangan xii) Tanggungjawab Francaisor xiii) Hak Kewilayahan xiv) Cap Dagangan dan Harta Intelektual xv) Paten dan Hak Cipta xvi) Keperluan Penumpuan Francaisi kepada Perniagaan xvii) Larangan Penjualan Perkhidmatan/Produk Tertentu oleh Francaisi xviii) Pembaharuan,Penamatan,Pembelian Balik, Pengubahsuaian xix) Maklumat tentang Perniagaan Francais xx) Penyata Kewangan xxi) Anugerah/Pengiktirafan yang diterima xxii) Perakuan 4.5 PERJANJIAN FRANCAIS .  Perjanjian francais seperti yang didefinisikan oleh Akta Francais 1998 ialah kontrak atau perjanjian yang dibuat antara pemberi francais dengan pemegang francais berkenaan dengan sesuatu francais sebagai balasan terhadap apa-apa bentuk balasan tetapi tidak termasuk apa apa kontrak atau perjanjian yang dibuat bagi maksud jualan langsung sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta Jualan Langsung 1993.  Perjanjian francais ini menyatakan hubungan antara francaisor dengan francaisi, serta hak dan tanggungjawab masing-masing.  Mengikut Akta Francais 1998, francaisor hendaklah mengemukakan perjanjian francais kepada seseorang francaisi sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum francaisi itu menandatangani perjanjian dengan francaisor.  Perjanjian francais mestilah dalam bentuk bertulis.  Perjanjian ini adalah untuk tempoh yang agak panjang, kebiasaannya jangka masa bagi perjanjian adalah selama 10 tahun.  Francaisi perlu menjelaskan yuran permulaan francais sebelum perjanjian francais ditandatangani.  Dalam bahagian tiga Akta Francais 1998, terdapat 11 Seksyen yang menyentuh tentang perkara-perkara utama dalam perjanjian francais antaranya : - Seksyen-Seksyen dalam Perjanjian Francais Seksyen 18 Kehendak perjanjian francais Seksyen 19 Pembayaran yuran francais Seksyen 20 Larangan terhadap diskriminasi Seksyen 21 Pembayaran yuran francais atau royalti Seksyen 22 Kumpulan wang promosi Seksyen 23 Yuran promosi Seksyen 24 Pendaftaran cap dagangan atau cap perkhidmatan Seksyen 25 Tempoh francais Seksyen 26 Maklumat rahsia Seksyen 27 Larangan terhadap perniagaan serupa Seksyen 28 Penepian tidak sah Sumber: Akta Francais 1998 (Akta 590).

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA