PEMILIHAN TAJUK MENGIKUT PENDEKATAN STRATEGIC PLANNING

CONTOH:

KAJIAN AUDIT MENGENAI PEMBANGUNAN SISTEM KOMPUTER DI KEMENTERIAN PERTAHANAN

Materialiti

Sejak tahun 1993 jumlah yang di belanjakan untuk membangunkan 66 sistem tersebut ialah RM 870 juta. Jumlah ini adalah besar dan jika kajian tidak di jalankan maka tidak dapat di buat rumusan sama ada sistem tersebut memberi kebaikan atau pembaziran dari segi ekonomi.

@@@ senaraikan projek2 utama, nama vendor serta kos.

Selain itu, kemungkinan ada lagi sistem lain yang akan di bangunkan. Kajian juga akan menentukan manafaat yang di perolihi berbanding dengan jumlah yang di belanjakan.

Risiko

Kemungkinan sistem yang di bangunkan tidak lagi dapat di kawal di mana semua PTJ berlumba-lumba untuk membangunkan applikasi masing-masing.

Kementerian mungkin berbelanja kepada perkara yang tidak perlu.

Kerajaan terdedah kepada pengaliran maklumat rahsia pertahanan negara.

Vendor mengenakan bayaran2 yang tidak perlu atau bayaran yang tidak di nyatakan secara jelas dalam perjanjian.

Perjanjian-perjanjian dengan vendor mungkin tidak di patuhi dan bayaran telah di buat.

Anggota awam dan ATM mungkin tidak mendapat manafaat sepenuhnya dari sistem yang di bangunkan. Tiada transfer teknoloji.

Impak

Setakat ini terdapat 66 sistem komputer yang dibangunkan. Awam 47 dan ATM 19. Contoh system yang di bangunkan oleh awam ialah Aims, e-SPAD, e bidding, hrmis, dan yang di bangunkan oleh ATM ialah………

Impak dari pengauditan akan memastikan adakah semua 66 sistem tersebut di gunakan sepenuhnya. Jika ia tidak berfungsi, maka ia akan di cadang untuk di tutup supaya ia tidak lagi melibatkan kos (seperti bayaran kepada vendor,bil internet) jika sistem tersebut masih wujud. Bagi sistem yang masih berjalan lancar, pengauditan akan memastikan sejauh mana ia memberi manafaat kepada kecekapan dan kekesanan perkhidmatan awam.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA