SCCA 2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI
1.0 Pengenalan Dalam era globalisasi dengan kemajuan sains dan teknologi telah mendatangkan kemudahan dan kesenangan dalam melakukan urusan seharian mahupun urusan kerja. Namun begitu keburukan dan bahaya juga tidak dapat dielakkan. Ini berlaku apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan kemajuan sains dan teknologi demi memenuhi kepentingan diri dan keuntungan. Kemudahan siber merupakan antara kemajuan sains dan teknologi yang terdedah kepada penyalahgunaan pihak yang tidak bertanggungjawab. Penyalahgunaan inilah yang mewujudkan satu bentuk jenayah iaitu jenayah siber. Jenayah siber telah menjadi penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di Negara- negara maju seperti Negara-Negara Eropah, Amerika Dan Jepun[1]. Jenayah siber tidak seperti jenayah-jenayah lain yang mempunyai bukti-bukti fizikal bagi memudahkan analisis mencari penjenayah. Biasanya jenayah siber melibatkan jenaya...