SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN
1.0
PENGENALAN
Kaunseling adalah salah
satu program pemulihan yang disediakan kepada banduan yang disabitkan atas
kesalahan dadah di penjara. Antara cabaran yang besar kepada perunding cara
dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling adalah komunikasi dalam sesi dan
aktiviti bimbingan dengan banduan bangsa asing atas kesalahan dadah. Banduan
warga asing tidak dikecualikan untuk terlibat dalam rawatan pemulihan. Namun,
bahasa adalah halangan utama antara perunding cara dengan klien yang mana
sekaligus memberi kesan terhadap keberkesanan sesi kaunseling dan hubungan
menolong.
Kajian
ini bertujuan untuk meneroka cabaran komunikasi dan strategi daya tindak dalam
kaunseling banduan warga asing. Kajian ini juga turut menjelaskan tentang
layanan yang diberikan kepada banduan warga asing, pandangan perunding cara
terhadap sikap mereka di penjara, dan aktiviti yang dilakukan oleh banduan
warga asing sepanjang tempoh hukuman. Pengumpulan data dilakukan dengan
menemu bual pegawai penjara dan perunding cara yang menguruskan banduan bangsa
asing di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) iaitu dikenali sebagai penjara
yang menempatkan pesalah-pesalah dadah.
Hasil kajian mendapati
pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi cabaran menjalankan sesi
kaunseling dengan banduan warga asing di IPDJ antaranya ialah melantik
perantara sebagai penterjemah, menggunakan isyarat tangan atau bahasa badan
untuk menjelaskan sesuatu perkara kepada mereka dan melatih banduan menggunakan
bahasa melayu pada keadaan tertentu.
Kajian ini mencadangkan untuk pengkaji akan datang mengkaji persepsi banduan
bangsa asing ini terhadap program-program pemulihan yang disediakan oleh pihak
penjara dan sejauh mana keinginan mereka untuk terlibat dengan
aktiviti-aktiviti tersebut[1].
2.0
TEORI/KONSEP
Carta 1 : Ringkasan Pendekatan
Perundingan
(Sumber : EASYPol Module 179, Conceptual and
Technical Material, Muka Surat 18)
Dalam
praktiknya, perunding sering menggunakan strategi berdasarkan sedar atau tidak
sedar mereka pemahaman mengenai proses perundingan. Teori perundingan,
bagaimanapun, membantu kita berfikir secara analitis mengenai proses
perundingan. Wawasan yang mereka berikan
dapat membantu kita membentuk cara kita berunding dan, sebagai akibatnya,
membantu mempengaruhi hasil yang kita capai. Untuk contohnya, apabila digunakan
dengan sengaja, pelajaran dan teknik teori yang kita gunakan dapat bantu kami
dalam mengubah teori perundingan menjadi kepakaran praktikal. Dalam
peringatan makalah ini, kita beralih kepada beberapa langkah praktikal untuk
pendekatan integratif, sebagai
dikembangkan oleh Fisher dan Ury, dalam karya mereka mengenai Principled
Negotiations, pada tahun 1981[2].
Rundingan hanya dapat
dilakukan melalui komunikasi. Fisher dan Ury mengekalkan perasaan itu didengar
juga merupakan kepentingan utama kedua-dua pihak dalam rundingan. Komunikasi
yang baik dapat berubah sikap, mencegah atau mengatasi kebuntuan dan salah
faham dan membantu memperbaiki hubungan.
Lebih-lebih lagi, kemahiran komunikasi
yang baik sangat mustahak untuk menyampaikan siaran anda mesej, dan untuk
memahami dengan teliti mesej dari pihak lain (Wondwosen, 2006).
Di
samping itu, pendekatan integratif menekankan pentingnya berkongsi maklumat
sebagai kaedah membongkar minat dan membantu pihak untuk meneroka masalah atau
ancaman bersama. Masih, perunding sering terhalang dalam peranannya oleh
kesalahan komunikasi yang biasa atau ketidakcekapan. Contohnya pihak mungkin hanya
menumpukan perhatian pada tanggapan mereka sendiri dan lupa untuk mendengar apa
yang dikatakan oleh pihak lain. Mendengar memberikan maklumat penting mengenai pihak
lain dan menunjukkan bahawa anda memperhatikan pemikiran pihak lain, dan menghormati
kebimbangan mereka.
Untuk meningkatkan
kemahiran komunikasi, Fisher dan Ury mengesyorkan mendengar secara aktif. Ini
bermaksumendengar "bukan untuk memberi ungkapan respons, tetapi untuk memahami
pihak lain seperti yang mereka liha diri mereka sendiri ”(Fisher dan Ury,
1981). Mengemukakan soalan, memartabatkan tanpa
semestiny bersetuju, dan sentiasa mengakui apa yang dikatakan atau tidak
dikatakan adalah cara yang baik untuk menunjukkan bahawa anda mendengar dengan
aktif (Wondwosen, 2006).
3.0
ANALISIS
Berdasarkan
Jurnal Artikel yang saya pilih iaitu “CABARAN
PERUNDING CARA TERHADAP KLIEN BERBANGSA ASING DI PENJARA” yang telah ditulis oleh Nur Hidayah Redzwan dan Ku Suhaila Ku Johari pada tahun 2015, dapat
saya kupaskan bahawa komunikasi merupakan salah satu teknik atau kaedah dalam
komunikasi perundingan. Di dalam jurnal
ini, pengkaji telah membuat kajian di Institusi pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) untuk
meneroka cabaran komunikasi dan strategi daya tindak dalam kaunseling banduan
warga asing.
Isu dadah persis barah
dalam masyarakat kita dan ianya semakin parah. Bermula awal tahun 1970an
sehingga kini belum dapat diatasi bahkan bertambah parah dan kronik (Mohamad
Johdi 2012)[3]. Masalah dadah adalah masalah
serius dan mengancam secara berantai yang bermula dari penyeludupan dan
pengedaran, membawa kepada penyalahgunaan dan penagihan dadah (Rohany et al.
2008). Masalah dadah bukan sahaja
dihadapi oleh Malaysia tetapi sudah menjadi masalah global (Rohany et al. 2008)[4].
Lebih membimbangkan, Malaysia dikatakan menjadi salah satu pusat transit
pengedaran dadah (Rohany et al. 2008). Hal ini membuktikan penglibatan
warga asing dengan isu dadah di negara kita bukanlah perkara yang mengejutkan. Kehadiran warga asing juga dikesan terlibat
dengan pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah.
Statistik penglibatanwarga asing dalam
aktiviti pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah pada tahun 2014 hingga
Oktober adalah seramai 4,930 orang (Laporan Dewan Rakyat 2014). Kemasukan
pendatang asing terutamanya secara tidak sah telah mengundang pelbagai masalah
yang mengancam kesejahteraan dan kepentingan awam. Mereka terlibat dalam
aktiviti jenayah seperti merompak, membunuh, meragut, pecah rumah pelacuran,
penyeludupan dan paling membimbangkan adalah pengedaran dadah (Rusniah et al.
2014)[5]. Kementerian dalam negeri
mengumumkan bahawa seramai 14809 daripada 37446 banduan di Malaysia merupakan
pendatang asing yang kebanyakkan daripada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Selain daripada pendatang asing, terdapat juga
warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong ataupun
pelajar untuk terlibat sebagai pengedar dadah di negara kita (Rusniah et al.
2014). Mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 meliputi tindakan mengedar dadah
hukumannya ialah penjara tidak kurang daripada 5 tahun atau penjara seumur
hidup dengan 10 sebatan rotan (Akta Dadah Berbahaya 1952).
Penetapan hukuman termasuklah penahanan dan pemenjaraan merupakan salah satu
cara untuk mencegah perlakuan jenayah dan memberikan balasan terhadap perbuatan
penjenayah terbabit yang memudaratkan masyarakat (Wan Roslili & Najibah
2015)[6]. Penahanan banduan warga asing
ini bertujuan membolehkan mereka menjalani proses pemulihan di penjara seluruh Negara.
Rawatan dan Pemulihan merupakan antara strategi pihak penjara bertujuann memutuskan
pergantungan seseorang penagih kepada dadah dan mencegah penagihan semula (Abd
Halim et al. 2009).
Perunding cara adalah
pegawai bukan kaunselor yang bertanggungjawab melaksanakan program pemulihan
dan sesi kaunseling kepada banduan di Penjara Jelebu.
Jabatan Penjara Malaysia meletakkan keyakinan pada setiap anggotanya bahawa setiap
pesalah merupakan individu yang berpotensi untuk dipulihkan (Jamaludin 2015). Banduan asing yang terlibat dalam
aktiviti pemulihan terutamanya kaunseling mempunyai kekangan untuk mengikuti
aktiviti dan sesi kaunseling. Antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh
perunding cara adalah masalah komunikasi dimana bahasa adalah penyumbang utama
wujudnya isu ini. Kajian ini turut menjelaskan tentang cabaran yang
dihadapi dalam pengurusan banduan yangmerangkumi aspek layanan, makanan,
rawatan, pendidikan, kesihatan dan amalan beragama dan hubungan kekeluargaan
serta cabaran berhadapan sikap banduan asing sepanjang berada dalam tahanan dan
juga cabaran melaksanakan bimbingan dan
kaunseling kepada banduan asing.
Dari segi
dapatan kajian saya dapat rumuskan
seperti berikut : -
Ø Dari
aspek layanan yang diterima menunjukkan pegawai penjara memberi layanan yang
sama rata kepada banduan asing selaras dengan ketetapan akta, peraturan penjara
dan prosedur penjara.
Ø Dari
segi makanan pula, dapatan menunjukkan bahawa banduan asing dan banduan
tempatan menerima makanan yang sama di penjara.
Ø Namun
terdapat cabaran apabila menguruskan banduan yang mempunyai kes kes tertentu
seperti alahan makanan dan banduan yang memilih makanan. Masalah
tentang makanan yang tidak mencukupi sering berlaku kepada banduan asing.
Ø Dari
segi rawatan, banduan asing bebas untuk mendapatkan rawatan yang disediakan di
penjara. Namun yang memberikan cabaran
adalah apabila terdapat banduan asing yang cuba menipu untuk mendapatkan
rawatan semata-mata untuk mengelakkan diri dari mengikuti aktiviti penjara.
Ø Terdapat
juga banduan yang tidak memaklumkan kepada pegawai bahawa mereka mempunyai
alahan dan apabila mereka tersalah makan, pegawai yang bertugas akan
dipertanggungjawabkan.
Ø Cabaran yang dihadapi
dari aspek kesihatan adalah penyakit.
Pihak penjara menghadapi risiko apabila menerima banduan asing yang membawa
wabak-wabak penyakit. Malah pernah berlaku jangkitan kulit di dalam penjara.
Ini menyebabkan mereka perlu penjagaan yang rapi dan perlu diasingkan dari
banduan-banduan lain.
Ø Dari
segi pendidikan, banduan asing sememangnya tidak berpeluang untuk menyambung
pelajaran seperti banduan tempatan atas faktor hukuman yang singkat.
Ø Cabaran
untuk memberikan pendidikan kepada warga tempatan ini adalah dengan memberikan
kelas asas kepada banduan warga asing ini yang bertujuan memberi maklumat
kepada banduan tentang peraturan dalam penjara, prosedur berada di penjara,
cara berkomunikasi dan pelbagai lagi.
Strategi oleh jabatan
penjara bagi menyelesaikan masalah :
Ø Strategi untuk
mengatasi masalah berkenaan dengan makanan yang tidak mencukupi adalah dengan
membuat pemeriksaan tray banduan sewaktu menerima makanan
untuk memastikan mereka mendapat semua makan yang disediakan dan memastikan
makanan yang diterima mencukupi.
Ø Bagi
isu alahan yang tidak dimaklumkan, pihak
penjara akan menjalan pemeriksaan ke atas banduan supaya dapatkenalpasti
masalah kesihatan banduan lebih awal.
Ø Langkah
yang dilakukan oleh penjara untuk atasi masalah ini adalah dengan mewujudkan klinik di dalam penjara. Dengan cara ini,
rawatan akan diberikan dengan segera dan tidak perlu dirujuk ke hospital
kecuali melibatkan kes-kes yang serius.
Di
penjara, kaunseling adalah salah satu rawatan yang digunakan untuk membantu pesalah.
Kaunseling individu dijalankan apabila
terdapat kes yang dirujuk manakala kaunseling
kelompok dijalankan pada waktu yang ditetapkan oleh pengurusan penjara ini sebanyak dua kali seminggu. terdapat juga
banduan yang datang berjumpa sendiri dengan
pegawai runding cara untuk memaklumkan bahawa mereka memerlukan sesi kauseling. Selalunya klien yang memerlukan
sesi kaunseling individu adalah klien tahun akhir yang akan tamat hukuman
ataupun banduan yang akan bebas kerana isu yang sering dikongsikan adalah
tentang bagaimana mereka ingin membawa diri setelah keluar dari penjara setelah
dibebaskan kelak. Bagi slot kaunseling di penjara merupakan terapi tambahan
kepada aktiviti- aktiviti terapi teras yang lain. Kaunseling individu adalah merupakan satu sesi bagi menolong indvidu
dalam memahami dan membentuk nilai yang positif dengan sikap dan tingkah laku
yang boleh diterima oleh masyarakat. Mereka dapat membuka minda bagi menangani permasalahan yang timbul
secara lebih produktif dan efisien sejajar dengan pemikiran yang normal (Program Pembangunan Insan 2013)[7].
4.0
KESIMPULAN
Bilangan warga asing
yang menjalani hukuman di penjara Malaysia atas pelbagai kesalahan jenayah
termasuklah masalah dadah semakin meningkat setiap tahun.
Secara keseluruhan, jumlah penghuni untuk 33 penjara di seluruh Malaysia adalah
lapan peratus di bawah kapasiti atau kemampuan sebenar muatan seluruh penjara.
Banduan yang menghuni adalah dari warga tempatan dan warga asing yang berasal
dari lebih 20 negara atas pelbagai kesalahan. Walaupun status mereka sebagai warga asing, namun ini tidak menghalang
mereka untuk menjalani rawatan pemulihan di penjara tempatan. Namun proses
pemulihan di negara kita mengikut acuan budaya, agama dan program pemulihan
negara kita. Hal ini menyebabkan banduan asing tidak dapat melibatkan diri
sepenuhnya
dalam aktiviti
pemulihan di penjara tempatan.
Proses
pemulihan mereka melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah sesi kaunseling. Kaunseling merupakan kaedah yang digunakan
oleh perunding cara untuk membantu banduan berkongsi pengalaman dan dalam masa
yang sama membantu mereka untuk memperbaiki diri dah berubah menjadi lebih
baik. Cabaran seterusnya dalam mengendalikan sesi bimbingan dan kaunseling
kepada banduan asing ini adalah dari aspek komunikasi dimana masalah bahasa
menyebabkan wujudnya isu komunikasi ini.
Antara strategi yang
berjaya dilaksanakan adalah dengan melantik penterjemah, menggunakan bahasa
isyarat dan melatih penggunaan bahasa melayu keatas banduan dalam keadaan
tertentu. Walaupun terbukti bahawa masa diperlukan
dalam menjadikan tahanan asing ini boleh memahami bahasa kita dengan baik,
namun strategi yang dinyatakan di atas banyak membantu perunding cara menjayakan
kaunseling dengan banduan asing.
Pada akhirnya,
perundingan adalah proses yang dapat didekati dengan pelbagai cara.
Apa pun yang terjadi strategi yang anda
pilih, kejayaan terletak pada seberapa baik anda bersedia. Kunci untuk berunding hasil yang bermanfaat
adalah kemampuan perunding untuk mempertimbangkan semua elemen situasi
dengan
teliti dan untuk mengenal pasti dan memikirkan pilihan. Pada masa yang sama,
perunding mesti dapat menjaga peristiwa dalam perspektif dan bersikap adil dan
jujur seperti yang memungkinkan keadaan. Kerana
kesamaan atau kepentingan telah membawa para pihak ke meja rundingan, perunding
boleh mendapat keuntungan dengan berusaha memanfaatkan landasan bersama ini.
Dengan melihat
pihak lain sebagai
rakan kongsi dan bukannya lawan dan dengan bekerjasama, perunding mempunyai peluang
untuk membuat penyelesaian yang akan bermanfaat bagi kedua-dua belah pihak.
5.0
RUJUKAN
[1] Cabaran
Perunding Cara Terhadap Klien Berbangsa Asing Di Penjara (2015). Nur Hidayah
Redzwan & Ku Suhaila Ku Johari.
[2] EASYPol
Module 179, Conceptual and Technical Material, Muka Surat 18)
[3] Mohamad
Johdi Salleh. 2012. Permasalahan Penagihan Dadah: Tinjauan Di Pusat Serenti
Selangor. International Seminar On Community Development Universiti Malaysia
Terengganu, 7-9 April
[4] Rohani
Nasir, Fatimah Yusooff, Zainah Ahmad Zamani & Mohd Norahim Mohamed Sani.
2008. Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Generasi Muda. Institut Penyelidikan
Pembangunan Belia dan Sukan Malaysia. 7-66.
[5] Rusniah
Ahmad, Mohamed Naiem &Ajis Saadon Awang. 2014. Permasalahan
Pendatang Asing
Tanpa Izin Di Malaysia Dari Aspek Sosial Dan Perundangan. Jurnal
Kanun, 26(2):
173-191.
[6] Wan Roslili
Abd. Majid dan Najibah Mohd Zain. 2015. Isu Dalam Penahanan dan Pemulihan
Banduan di Malaysia. Jurnal Kanun, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 27(1): 143-168.
[7] Program Pembangunan
Insan Modul Pendidikan Dan Bimbingan. 2013. Jabatan Penjara Malaysia.
Comments