GMGA2033 ETIKA PENTADBIR AWAM

 

 KAJIAN TAHAP INTEGRITI DI KALANGAN PENJAWAT AWAM DI KOTA KINABALU, SABAH

1.0              PENGENALAN

                        Etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan.( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam-INTAN, 1991)[1]. Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial dengan orang lain.( Shukri Ahmad & Razali Mat Zin, 2001-Adab & Etika Kerja dalam Organisasi)[2].

 

                        Definisi Konsep Etika dan Integriti dalam Perkhidmatan Umumnya, etika dianggap sebagai the science of conduct ataupun ilmu adab kelakuan (Johnson, 1984). Dari segi istilah, etika bermaksud prinsip moral (akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan individu atau kumpulan individu dalam sesebuah masyarakat. Manakala integriti pula ditakrifkan sebagai kejujuran atau amanah (Kamus Dewan, 2010) semasa menjalankan tugas. Etika kerja pula mewakili sejumlah nilai, kepercayaan, keinginan dan matlamat yang dibawa oleh seseorang ke tempat kerja (Clarke, 1983). Bagi pihak kerajaan, integriti membawa maksud sifat individu dan organisasi yang sempurna, memiliki teras nilai-nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab, telus, cekap dan bijaksana (MAMPU, 2012)[3].

 

                        Integriti dan Etika Dalam Konteks Perkhidmatan atau Pekerjaan Dalam konteks pekerjaan atau perkhidmatan, integriti merangkumi sifat-sifat menyeluruh seseorang individu atau sesebuah organisasi berdasarkan nilainilai murni sejagat termasuk aspek akauntabiliti (MAMPU, 2012). Maka dengan ini, sifat amanah, telus, bertanggungjawab dan berkhidmat demi kepentingan awam merupakan intipati istilah etika dan integriti. Justeru itu, etika dan integriti dalam pekerjaan bukan sekadar penglibatan diri individu untuk menyediakan keperluan diri, sebaliknya ia membawa sejumlah nilai bagi menonjolkan kerja sebagai tindakan suci yang akhirnya mempunyai hubungkait erat dengan ajaran agama para pekerja (Shukri & Razali, 2001).

 

2.0              PENYATAAN MASALAH

Kes salah laku yang dikaitkan dengan penjawat awam semakin membimbangkan. Sehingga tahun 2016 seramai 31, 230 orang penjawat awam telah dikenakan tindakan tatatertib, manakala seramai 5,778 orang penjawat awam telah dibuang kerja. Berdasarkan Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018 menyatakan pada tahun 2018 (setakat suku tahun ke-3), seramai 3,060 orang pegawai awam telah dikenakan tindakan

Tatatertib seperti di Jadual 1[4] :-

 

 

 

 

 

JADUAL 1 : STATISTIK TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PEGAWAI AWAM BAGI TAHUN 2018

(sumber : Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018)

 

                        JADUAL 2 : STATISTIK TANGKAPAN OLEH SPRM TAHUN 2019

KATEGORI

 

BULAN

BIL KES PENJAWAT AWAM

BILANGAN KES ORANG AWAM

JANUARI

49

105

FEBRUARI

34

40

MAC

61

73

APRIL

138

159

MEI

17

21

JUN

35

22

JULAI

31

34

OGOS

77

22

SEPTEMBER

28

47

OKTOBER

36

19

NOVEMBER

12

20

DISEMBER

14

5

JUMLAH KES

532

567

JUMLAH BESAR

1,099

 

                        Berdasarkan pada Statistik Tangkapan Tahun  2019 oleh SPRM sepanjang Januari 2019 sehingga Disember 2019 di Jadual 2 pula  dapat saya rumuskan seperti bagi tahun 2019 seramai 532 orang atau (48.41%) Penjawat Awam yang telah ditangkap oleh SPRM kerana terlibat dalam kes rasuah.  Manakala seramai 567 orang atau (51.59%) awam yang juga ditangkap kerana terlibat dengan kes rasuah. Sebanyak 1,099 orang telah ditangkap oleh SPRM pada bulan Januari hingga Disember 2019.  Kes tangkapan penjawat awam dan orang awam yang terlibat dengan rasuah bagi tahun 2019 telah kami ringkaskan seperti di Garf Palang 1 di bawah.

Graf Palang 1 : Bilangan Kes Tangkapan Rasuah Penjawat Awam dan Orang Awam oleh SPRM  bagi tahun 2019

Berdasarkan Graf Palang 1 diatas, bilangan tangkapan orang awam lebih tinggi sedikit berbanding bilangan tangkapan penjawat awam dengan beza sebanyak 35 orang. Bulan April merupakan jumlah tangkapan yang paling banyak bagi tahun 2019 melibatkan sebanyak 138 orang penjawat awam dan 159 orang orang awam[5].

Perbandingan kes rasuah Negara Lain berbanding Malaysia

Malaysia berada di tangga 61 daripada 180 buah negara dalam Indeks Persepsi      Rasuah (CPI) tahunan pada 2018, berbanding kedudukan ke-62 pada 2017.  Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar, berkata berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI),       negara             berjaya mengekalkan skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI pada             tahun lalu dan 2017. Katanya, skor dalam CPI ditentukan mengikut tahap           persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarkan skala sifar (dianggap         paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

Beliau menyatakan daripada 180 negara , Denmark berada di tempat pertama dengan 88 mata, diikuti New Zealand (87), Finland (85), Sweden (85) dan  Norway (84). Manakala Somalia, Sudan Selatan dan Syria menduduki tangga terbawah. Laporan itu menyatakan dalam kalangan negara Asean, Singapura mendapat 85 mata. Brunei, Indonesia dan Thailand juga menunjukkan peningkatan, manakala Vietnam, Myanmar dan Kemboja merosot. Menurut Datuk Seri Akhbar berdasarkan keadaan semasa, jika kerajaan Pakatan Harapan (kerjaan terdahulu sebelum Kerajaan perikatan Nasional  ditubuhkan) benar-benar mahu membuktikan mereka menolak amalan rasuah, jalan untuk itu sedang terbuka. Namun katanya matlamat itu tidak   dapat dicapai dengan hanya menyerahkan tugas memerangi rasuah kepada agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  semata-mata. Ahli politik juga mesti memainkan peranan masing-masing. Usaha kerajaan PH memerangi rasuah, memperkasakan tadbir urus dan integriti masyarakat secara    tegas serta menyeluruh pada 2018, menampakkan hasil  memberangsangkan kata beliau[6].

(sumber : https://www.transparency.org/country/MYS)

            Manakala penghujung Januari lalu, Transparency International (TI) mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia meningkat kepada 53 mata pada 2019 berbanding 47 mata pada 2018, sekali gus menduduki tangga ke-51 daripada 61 pada 2019. Kejayaan ini membuktikan beberapa inisiatif dan tindakan segera kerajaan dalam memerangi rasuah yang diselaras secara sistematik di bawah penubuhan Pusat Governan, Integriti dan Antirasuah (GIACC) di bawah Tan Sri Abu Kassim Mohammad, mula menampakkan hasil. GIACC ditubuhkan untuk menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan gerakan antirasuah negara. Ia juga bertanggungjawab merancang, merumus strategi dan menilai dasar dalam memastikan semua urusan kerajaan mematuhi prinsip tadbir urus yang baik, berintegriti dan toleransi sifar terhadap rasuah. Rujukan dan panduan utama dalam usaha memerangi rasuah ini turut disediakan kerajaan seperti terkandung dalam Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) yang dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 29 Januari 2019[7].

Contoh kes Laporan Penglibatan Rasuah dikalangan Anggota dan Pegawai  PDRM (2017).

Mei 2017:

            Dua ketua polis daerah (OCPD) dari Melaka Tengah dan Jasin, serta seorang pegawai PDRM kontinjen negeri (IPK) Melaka telah direman untuk siasatan rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka. Ketiga-tiga suspek berusia antara 46 hingga 54 tahun, dan disiasat mengikut seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (AMLA) 2001 (Ismail, 2017a). Di samping itu, SPRM turut merampas wang tunai kira-kira RM800,000 di rumah seorang anggota PDRM berpangkat Koperal yang ditahan membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi dan rumah urut di beberapa lokasi di Melaka. Wang tunai berkenaan ditemui di dalam stor di rumah anggota PDRM berkenaan yang terletak di kuarters IPK Melaka ketika serbuan dibuat pada 17 Mei 2017.

            Suspek yang berusia 52 tahun itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), IPK Melaka, dan dipercayai memainkan peranan untuk mengutip serta mengumpulkan wang daripada pengusaha pusat judi dan rumah urut di beberapa lokasi di Melaka (Annuar, 2017a). Rentetan dari kes yang sama, seorang pegawai kanan, berpangkat Deputi Superitendan, dari IPD Melaka Tengah telah direman tujuh hari bagi membantu siasatan kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka. Suspek yang berusia berusia 49 tahun merupakan individu ke-12 direman bagi membantu siasatan mengikut seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta AMLA 2001 (Annuar, 2017b). Individu ke-13 yang ditahan bagi kes yang sama ialah seorang pegawai kanan PDRM berusia 51 tahun yang ditahan di Melaka pada 24 Mei 2017. Dengan penahanan tersebut, ia menjadikan sembilan pegawai dan anggota PDRM telah ditahan, masing-masing berpangkat Asisten Komisioner, Deputi Superintendan, Asisten Superintendan dan Koperal (Annuar, 2017c; Annuar, 2017d; Ismail, 2017b)[8].

3.0       OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana tahap integriti di kalangan penjawat awam di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini juga bertujuan menilai sejauh mana sikap penjawat awam di Kota Kinabalu terhadap penerimaan rasuah apabila disogok. Selain itu, kajian ini dilaksanakan bagi menilai sejauh mana tahap kesedaran intigriti di kalangan penjawat awam di Kota Kinabalu dan sama ada mereka pernah mendapat kurusus atau latihan atau ceramah kesedaran mengenai rasuah sepanjang perkhidmatan mereka.

4.0       METODOLOGI KAJIAN

Kajian dijalankan secara soal selidik yang telah kami pilih sebanyak 20 jabatan termasuk persekutuan dan negeri di Negeri Sabah. Kami telah menyediakan sebanyak 200 borang soal selidik yang telah kami edarkan  10 set soal selidik kepada setiap jabatan daripada 20 jabatan terpilih di negeri Sabah. Kesemua responden ini terdiri dari kalangan penjawat awam daripada pelbagai agensi kerajaan persekutuan mahupun negeri yang bekerja di kawasan Kota Kinabalu, Sabah sahaja. 20 Jabatan Persekutuan dan Negeri yang telah kami pilih sebagai sampel adalah seperti berikut : -

1.         Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah

2.         Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

3.         Jabatan Air Negeri Sabah

4.         Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah

5.         Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah

6.         Jabatan Laut Negeri Sabah

7.         Jabatan Imegresen Negeri Sabah

8.         Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Negeri Sabah

9.         Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah

10.       Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah

11.       Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Malaysia Negeri Sabah

12.       Markas Wilayah Laut (MAWILLA 2) Kota Kinabalu

13.       TLDM Sepanggar

14.       Pejabat Perbendaharaan Negeri Sabah

15.       PDRM Negeri Sabah

16.       Jabatan Penjara Sabah

17.       JAKIM Sabah

18.       Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Sabah

19.       Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

20.       Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah (PSUPS)

Contoh borang soal selidik seperti di bawah: -

 

Borang Soal Selidik

Apakah borang soal selidik ?

Ia merupakan borang yang berisi soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk semua responden. Borang soal selidik hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian.

Apakah faedah menggunakan soal selidik ?

a) Setiap responden disoal dengan soalan yang sama oleh itu penyelidik boleh membuat perbandingan antara seorang responden dengan respnden yang lain. Justeru itu data yang dikumpul mudah diproses dengan komputer.

b) Ia mempercepatkan kerja mengumpul data dan memastikan mutu data yang dikumpul.

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Pusat Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

 

KAJIAN TAHAP INTEGRITI DI KALANGAN PENJAWAT AWAM DI KOTA KINABALU, SABAH

 

Nama Penyelidik : MOHD NIZAM BIN NIJIR MUHAMMAD        No. Matrik : 252283

  BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

  Bulatkan jawapan yang sesuai.

1) Nama responden :                                                           

2) Pekerjaan :

3) Alamat Pejabat:                

4) Jantina :                                                    

    1- Lelaki                                                               

    2- Perempuan                                                       

5) Bangsa :                                                                 

1- Melayu                                                                      

   2- Cina                               

   3- India                                                           

   4- Lain – lain (kadazan,dusun,bajau,dll)

 6) Umur :

    1- 20 tahun ke bawah          

     2- 21- 39 tahun                 

     3- 40 - 60 tahun      

 

BAHAGIAN B : KAJIAN TAHAP INTEGRITI

Bulatkan jawapan yang sesuai.

7) Berapa lamakah anda telah bekerja di jabatan ini?                                                         

    1-  satu tahun  ke bawah                             4- 6 - 9 tahun            

    2- 1-3 tahun                                                5- 9 tahun ke atas                                        

    3- 3 - 6 tahun                                            

  8) Bagaimana hubungan anda dengan bos anda?

    1- Sangat Baik                                           4- Kurang Baik

    2- Baik                                                       5- Lain - lain ( sila nyatakan )

    3- Sederhana                                               ______________

  9) Adakah anda selalu datang awal atau menepati waktu ke pejabat?

    1- Ya                                                         2- Tidak

10) Adakah anda memahami maksud integriti?

         1- Ya                                                    2- Tidak

11) Adakah anda yakin Ketua Jabatan anda seorang yang berintegriti?

1-Ya                2-Tidak

12) Adakah bos anda pernah terlibat dengan kes rasuah?   

            1-Ya                2-Tidak          

13) Adakah anda tahu maksud rasuah?

            1-Ya                2-Tidak

 

  Bulatkan bagi jawapan yang sesuai.

­14) Adakah anda akan terima rasuah?

            1-Ya                2-Tidak

Jika tidak sila nyatakan sebab

--------------------------------------------------------------------------------------------

15)  Adakah anda fikir anda seorang penjawat awam yang berintegriti tinggi?

         1- Ya                                                     2- Tidak

Jika TIDAK, sila beri ulasan anda?

_______________________________________________________________

16) Adakah anda mempunyai masalah kewangan?     

          1- Ya                                                    2- Tidak

17) Adakah anda pernah berfikir untuk menerima rasuah apabila mempunyai masalah kewangan?

   1- Ya                                                           2- Tidak

18) Adakah anda sentiasa menerima pendedahan mengenai rasuah oleh Ketua Jabatan?

1- Ya                                                  2- Tidak

19) Adakah anda pernah menghadiri mana-mana kursus mengenai integriti atau rasuah sepanjang perkhidmatan?

1- Ya                                                  2- Tidak

 

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA                    Reconstructed by Nizam

 

5.0       ANALISIS KAJIAN

Pihak kami telah mengagihkan 200 borang soal selidik kepada 20 jabatan persekutuan dan negeri di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Maklum balas daripada boring  soal selidik dapat kami ringkaskan  seperti Jadual 3.

JADUAL 3 : MAKLUM BALAS SOAL SELIDIK

BIL.

PERIHAL

KATEGORI

JUMLAH RESPONDEN (Orang)

PERATUS

(%)

1.

Umur

20 tahun ke bawah

39

19.5

21- 39 tahun

98

49

40 – 60 tahun

63

31.5

2.

Pengalaman Kerja  Di Jabatan tersebut

1 tahun  ke bawah

2

1

1-3 tahun

23

11.5

3 - 6 tahun

55

27.5

6 - 9 tahun

45

22.5

9 tahun ke atas

75

37.5

3.

Adakah anda selalu datang awal atau menepati waktu ke pejabat?

Ya

159

79.5

Tidak

41

20.5

4.

Memahami Maksud Integriti?

Ya

189

94.50

Tidak

11

5.5

5.

Anda Tahu Maksud Rasuah?

Ya

175

87.50

Tidak

25

12.5

6.

Adakah anda akan terima rasuah?

Ya

7

3.5

Tidak

193

96.5

7.

Adakah anda mempunyai masalah kewangan?     

Ya

30

15

Tidak

170

85

8.

Pernah Berfikir Untuk Menerima Rasuah Apabila Mempunyai Masalah Kewangan?

Ya

25

12.5

Tidak

175

87.5

9.

Sentiasa Menerima Pendedahan Mengenai Rasuah Oleh Ketua Jabatan?

Ya

190

95

Tidak

10

5

10.

Pernah menghadiri mana-mana kursus mengenai integriti atau rasuah sepanjang perkhidmatan?

Ya

174

87

Tidak

26

13

(Sumber: Borang Soal Selidik Kajian Tahap Integriti Di Kalangan Penjawat Awam Di Kota Kinabalu, Sabah)

Graf palang 2 : Maklum Balas Soal Selidik

Berdasarkan Jadual 3 dan  Graf Palang 2 seperti di atas, didapati responden yang paling ramai menjawab borang soal selidik Kajian Tahap Integriti Di Kalangan Penjawat Awam Di Kota Kinabalu, Sabah adalah yang berumur antara 21-39 tahun iaitu sebanyak 98 orang (49%). Bilangan responden yang mempunyai  paling banyak pengalaman kerja adalah selama 9 tahun ke atas dengan bilangan sebanyak 75 orang (37.5%) responden atau pekerja.  Daripada seoal selidik terdapat seramai 159 orang responden (79.5%) yang selalu datang awal atau menepati waktu ke pejabat. Majoriti sebanyak 189 orang responden ( 94.50%) memahami maksud integriti dan 175 orang responden (87.50%) mengetahui maksud rasuah.

Manakala sebanyak 173 responden (96.5%) menjawab tidak akan menerima rasuah. Selain itu, 30 orang responden (15%) mengaku mempunyai masalah kewangan dan hanya 25 orang responden (12.5%) mengaku untuk menerima rasuah apabila mempunyai masalah kewangan. 190 orang responden (95%) mengaku bahawa mereka sering diberi pendedahan mengenai rasuah oleh Ketua Jabatan mereka dan 174 orang responden (87%) pernah menghadiri mana-mana kursus mengenai integriti atau rasuah sepanjang perkhidmatan mereka. Daripada soal selidik hanya 26 (13%) orang responden menjawab tidak pernah menghadiri mana-mana kursus mengenai integriti atau rasuah sepanjang perkhidmatan.

Daripada analisis di atas, dapat kami rumuskan bahawa Kajian kami iaitu Kajian  Tahap Integriti Di Kalangan Penjawat Awam Di Kota Kinabalu, Sabah menunjukan tahap integriti yang tinggi di mana  majoriti sebanyak 189 orang responden ( 94.50%) memahami maksud integriti dan 175 orang responden (87.50%) mengetahui maksud rasuah. Manakala sebanyak 173 responden (96.5%) menjawab tidak akan menerima rasuah. Manakala 190 orang responden (95%) mengaku bahawa mereka sering diberi pendedahan mengenai rasuah oleh Ketua Jabatan mereka dan 174 orang responden (87%) pernah menghadiri mana-mana kursus mengenai integriti atau rasuah sepanjang perkhidmatan mereka. Hasil soal selidik melalui kajian ini bagi kami amat meberangsangkan, namun Pihak Kerajaan harus memberi penekanan terhadap risiko dimana penjawat awam yang mempunyai masalah kewangan sebanyak 25 orang responden (12.5%) pernah berfikir untuk menerima rasuah. Oleh itu penjawat awam di Kota Kinablu seharusnya menjaga gaji dan pengurusan kewangan mereka berada dalam keadaan baik dan tidak berada dalam keterhutangan serius kerana risko merka untuk mengambil rasuah amat tinggi.

6.0       FAKTOR ATAU PUNCA BERLAKUNYA MASALAH ETIKA DIKALANGAN PENJAWAT AWAM

Mengapakah tindakan tidak beretika dan salah laku dalam perkhidmatan masih terus berlaku?

(i) Ciri-ciri peribadi individu perlakuan egoistik dan individualistik adakalanya mengatasi prosidur dalaman, struktur dan sistem organisasi

 (ii) Bentuk struktur organisasi Organisasi perlu menyediakan diskripsi kerja, kod etika dan peraturan yang jelas tingkah laku beretika dan berintegriti yang konsisten boleh dipupuk dalam kalangan pekerja. Dalam hal ini, pengaruh kepimpinan (ketua jabatan) sangat besar ke atas perlakuan beretika atau tidak para staf.

(iii) Budaya organisasi Budaya organisasi adalah sejumlah pengetahuan, pola perlakuan, sikap, kepercayaan dan andaian asas yang dikongsi bersama dan disebarkan kepada ahli organisasi (Rosazman & Dayang Suria, 2002). Budaya organisasi yang berlandaskan standard etika yang tinggi boleh menjadi penggerak dan pengaruh positif kepada amalan tingkah laku beretika dalam kalangan pekerja (Mohd. Janib, 2012).

(iii) Tahap kritikal sesuatu isu etika tersebut penerimaan ahli organisasi terhadap salah laku yang berlaku. Sekiranya sesuatu tindakan yang dilakukan salah dan boleh menyebabkan kemaudaratan terhadap pihak lain, ini menunjukkan isu tersebut penting dan perlu diberi perhatian serius (Mohd. Janib, 2012).

Pendapatan kakitangan awam yang rendah pada ketika ini menjadi punca perbuatan rasuah dalam kalangan pekerja dalam sektor tersebut terus berlaku. Selain itu menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), Datuk Azih Muda, perlu mengambil inisiatif meningkatkan kadar gaji dan upah kakitangan awam ke tahap yang lebih tinggi atau sesuai dengan kadar semasa.

SPRM mendedahkan kegiatan rasuah dalam kalangan kakitangan awam di tahap membimbangkan apabila sejumlah 46.3 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan kerana kesalahan rasuah membabitkan golongan itu. Berdasarkan angka tersebut, 53.4 peratus individu yang ditahan kerana kesalahan rasuah adalah golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah. Jumlah itu melibatkan tangkapan yang dibuat SPRM sejak 2014 hingga Jun tahun ini.

Selain itu, SPRM mendapati kebanyakan kesalahan rasuah yang berlaku membabitkan kakitangan dalam sektor perolehan. Sementara itu, dalam satu kajian yang dibuat oleh suruhanjaya tersebut mendapati 22.1 peratus daripada responden penjawat awam mengatakan mereka sanggup terima rasuah sekiranya mereka ada kuasa[8].

7.0       CADANGAN PENYELESAIAN

            Yang pertama sekali kami mencadangkan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pesalah rasuah di Malaysia. Bagi kami hukuman terhadap kesalahan rasuah di Malaysia masih amat rendah dan tidak berpatutan. Ia tidak memberikan rasa takut kepada rakyat negara indan terus melakukan jenayah rasuah. Kami bandingkan contoh hukuman bagi kes rasuah di malaysia dan di Negara China.Di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, mereka yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi. Bagi Seksyen 165 Kanun Keseksaan pula, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali[9].

Perbandingan Jenis Hukuman kes Rasuah Negara lain Berbanding Malaysia.

Akta Kesalahan Rasuah di Malaysia :

Akta SPRM 2009 memperuntukkan kesalahan rasuah :

1.         Meminta atau menerima suapan di bawah Seksyen 16 dan 17 (a) Akta SPRM 2009;

2.         Menawar atau memberi suapan di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009;

3.         Mengemukakan tuntutan palsu di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009;

4.         Menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

 

Di Malaysia Sabit kesalahan hanya  boleh dikenakan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapanatau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009. Akan tetapi di China, perasuah dihukum tembak, menunjukkan betapa rasuah adalah jenayah paling berat di republik itu. Di Indonesia, Nadathul Ulama keluar fatwa melarang ahli-ahlinya sembahyang jenazah para perasuah sebagai hukuman sosial. Di Malaysia, Khir Toyo cuma dihukum setahun penjara. Kami bagi contoh perbezaan Hukuman antara kes rasuah di maysia dengan Negara China seperti gambar dibawah : -

(sumber : chinadaily.com(2007)

(sumber : Malaysiakini.com)

 

                        Pada pandangan kami, jenis hukuman pesalah rasuah diMalaysia terlalu ringan berbanding negara China yang mengenakan hukuman tembak mati kerana Malaysia hanya mengenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009. Walaupun pada tahun 2018 Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Syukri Abdul pernah menyokong Malaysia menggunakan pendekatan kaedah tembak mati bagi kes rasuah di Malaysia namun ia dilihat agak mustahil untuk dilaksanakan kerana pada ketika itu Malaysia sedang memansuhkan Akta Hukuman Mati. Jemaah menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah 8 akta dimansuhkan, termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata keputusan yang dicapai secara kolektif pada 10 Oktober 2018, turut merangkumi Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971), Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Angkatan Tentera 1972[10].

 

Cadangan kedua kami ialah Kerajaan meneliti program atau tindakan negara lain bagi meningkatkan etika penjawat awam. Kami memilih Negara contoh yang terdekat seperti Singapura bagaimana mereka melaksanakan program atau membuat tindakan bagi meningkatkan etika penjawat awam di Negara masing-masing. Secara keseluruhan, Singapura menggunakan sekitar 145,000 penjawat awam daripada saiz 3.7 juta tenaga kerja di singapura dan 5.6 Juta rakyat singapura. Jadi jumlah penjawat awam di Singapura hanyalah 3.92% daripada jumlah tenaga kerja di Singapura dan 2.59% daripada keseluruhan rakyat Singapura[11]. Jumlah penjawat awam di negara jiran kita Singapura sangat lah kecil jika dibandingkan dengan jumlah perkhidmatan awam di Malaysia namun mereka juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Secara fakta, bukan sahaja presiden Singapura menerima gaji tertinggi di Dunia namun penjawat awam mereka juga turut menikmati kesitimewaan tersebut. Pekerja asing dan rakyat tempatan singapura sendiri menilai perkhidmatan awam Singapura sangat tinggi, dan masyarakat dunia termasuk malaysia melihat perkhidmatan awam Singapura sebagai salah satu yang terbaik di dunia. Bahagian Perkhidmatan Awam Singapura (JPA) menyelia dan menggunakan kakitangan awam dan penjawat awam negara. Pekerja dalam kedua-dua perkhidmatan dibayar dengan baik, menikmati keselamatan kerja dan faedah penting.  Terdapat satu penjawat awam Singapura untuk setiap 66.8 orang di negara itu. Itu lebih banyak kakitangan awam berbanding United Kingdom (118) dan Indonesia (110) tetapi kurang daripada Malaysia (19.4) dan Jepun (28)[12].

Tidak dapat dinafikan bahawa faktor gaji dan upahan bukanlah penentu seseorang itu tidak menerima rasuah tetapi lumrah manusia biasanya orang yang mendapat gaji besar dan tinggi biasanya tidak terdorong untuk mengambil atau menerima rasuah kerana kehidpuan mereka sudah mewah daripada gaji yang besar dan mewah. Di Amerika dan Singapura contohnya, gaji polis dibayar tinggi untuk mengelak mereka terdorong melakukan rasuah. Denda yang sangat teruk dengan banyak hak akan dilucutkan kalau didapati mereka terlibat dengan rasuah kerana dianggap menggadaikan kepercayaan kerajaan.

Sumber : Kerajaan Singapura dan Bank Dunia..

Sumber : : Global Government ForumThe IrrawaddyNew Straits Times, OECD (1), (2), Singapore GovernmentUnited Nations.

               Sebelum ini, kelayakan kakitangan awam lebih penting untuk perkembangan kerjaya daripada prestasi mereka. Di sektor swasta, sebaliknya sering berlaku. Ia mungkin sebahagiannya menjelaskan mengapa kerajaan terpaksa menawarkan gaji tinggi dan faedah lain kepada penjawat awam untuk memotivasi mereka. Singapura mempunyai dasar gaji yang tinggi untuk penjawat awam Secara teori, kakitangan awam yang dibayar dengan baik tidak mungkin terlibat dalam amalan rasuah. Membayar penjawat awam dengan baik adalah konsep yang dimulakan oleh Singapura sejak awal lagi. Kajian JPA dan perubahan gaji secara tetap untuk memastikan mereka bersaing. Walaupun ini menjamin bahawa kerjaya dalam perkhidmatan awam atau awam adalah sesuatu yang menarik, ini bermakna harga upah di sektor swasta dan awam kekal tinggi. Penjawat awam juga menerima bonus berkaitan dengan prestasi ekonomi negara. Contohnya, semua 84,000 penjawat awam menerima 50% tambahan gaji sebulan tahun ini manakala bonus tahun lepas adalah 45%, di samping bonus "13 bulan" standard[13]. Hal yang sama juga diakui oleh Pengarah Eksekutif NGO North South Initiative (NSI), Adrian Pereira apabila mengaitkan faktor gaji diterima anggota pihak berkuasa dengan gejala memeras wang daripada migran[14].

Source: Vulcan Post

Yang ketiga kami cadangkan kepada kerajaan supaya  memilih Negara Jepun bagaimana mereka menerapkan Konsep 'KAIZEN' sebagai budaya kerja masyarakat dan penjawat awam di Jepun. Masyarakat Jepun dikenali sebagai masyarakat yang gigih dalam membangunkan negara dan ekonomi mereka. Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara Barat. Atas pegangan etika yang kukuh telah membentuk kesepakatan yang baik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab ketika bekerja. Menurut wakil daripada Green Grass Japan Sdn Bhd, Isan Nagamine, masyarakat Jepun berpegang kepada empat prinsip asas dalam meningkatkan kualiti kerja serta sebagai garis panduan ke arah etika kerja yang berkualiti seperti di bawah :-

 

Terdapat 4 prinsip asas

a) Sesiapa sahaja yang berupaya melakukan tugasannya dianggap bijak dan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti tugasannya.

b) Berilah peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja mereka.

c) Ahli-ahli dalam satu koperasi membentuk satu keluarga besar

d) Kumpulan kerja itu lebih mustahak daripada individu pekerja[15].

 

Pembentukan ke arah gaya kerja yang inovatif, konsep ‘kaizen’ dilaksanakan bagi melahirkan semangat berterusan para pekerja untuk membaiki hasil kerja mereka. Selain daripada itu, konsep ‘MOTTAINAI’ merupakan konsep paling penting dalam masyarakat Jepun. “Konsep ini bermaksud setiap manusia sebagai pentadbir dan menguruskan harta-harta yang dipinjamkan tersebut dengan efektif tanpa pembaziran. Jika membazir ia dianggap satu kesalahan besar[16].

 

Yang keempat bagi mempertingktkan tahap integrity dan etika penjawat awam Jabatan Perkhidmatan Awam harus melaksanakan program – program tersebut : -

i. Program Latihan dan Taklimat

Bengkel, kursus dan ceramah tatatertib anjuran JPA/Kementerian/Jabatan telah adakan dari masa ke semasa bagi memantapkan pemahaman berkaitan peraturan-peraturan tatatertib.

ii. Perkhidmatan Kaunseling;

Jawatan kaunselor telah diwujudkan di semua kementerian/jabatan. Dalam hubungan ini Kaunselor bertindak sebagai pemudah cara dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh kakitangan yang bermasalah sebelum tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai.

iii. Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan

Peraturan-peraturan yang ada telah diperkemaskan dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya mudah difahami oleh penjawat awam. Ketua Jabatan turut diingatkan supaya memastikan pegawai dan anggota di bawah kawalannya sentiasa mematuhi peraturan peraturan yang berkuatkuasa; beserta amaran di mana sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib tindakan tegas akan diambil.

 

8.0       KESIMPULAN

Dapat saya rumuskan disini bahawa Etika dan Integriti didalam kalangan penjawat awam di Malaysia amat penting. Etika dan integriti dalam perkhidmatan perlu diperlihatkan oleh penjawat awam melalui perlaksanaan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka demi kepentingan umum. Sekiranya perbuatan tidak beretika dan tidak berintegriti dibiarkan berterusan tanpa usaha menanganinya, ia berupaya menghilangkan kepercayaan masyarakat dan menjejaskan imej pekerja dan melumpuhkan entiti korporat yang kukuh Maka, etika dan integriti dalam kalangan penjawat awam amat penting untuk dipupuk demi melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya saing dan maju di masa kini dan selamanya. Oleh itu, pengiktirafan, penghargaan dan hubungan silaturahim ialah aspek yang sangat dituntut dalam pengurusan Islam. Dengan sebab itulah, “soft infrastucture” yang berkaitan sikap, cara pemikiran dan peribadi positif perlu diberi keutamaan. Dalam masa yang sama, pecah amanah dan penyelewengan perlu ditangani dengan tegas dan pantas.

Perancangan ke arah perkhidmatan berkualiti juga antara faktor penentu kejayaan pelaksanaan nilai dan etika sesebuah organisasi. Dengan tumpuan Islam kepada kaedah syura, jamaah, muwafaqah dan integriti Islam, dapat membantu merealisasikan perancangan secara strategik. Perkara ini adalah sebahagian daripada “quality control circle” yang juga diperkenalkan. Merancang juga perlu mengambil kira aspek mengurus konflik dalam organisasi. Kejayaan sesebuah organisasi bukan bererti bebas daripada sebarang konflik dalaman dan luaran.

Jepun dan Singapura merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara barat. Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun dan Singapura membangunkan negara dan ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain termasuk negara kita Malaysia. Ini selari dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran iaitu “Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”. Oleh itu Negara kita Malaysia juga boleh mengambil inisiatif tersebut bagi memajukan lagi sector perkhidmatan awam Negara. Apabila Negara dapat menghasilkan tenaga kerja penjawat awam yang berkualiti tinggi dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat maka pastinya rakyat amat berpuas hati dan Negara semakin maju.

 

 

9.0       RUJUKAN

[1] www.intan.gov.my

 

[2] Shukri Ahmad & Razali Mat Zin, 2001-Adab & Etika Kerja dalam Organisasi)

 

[3] www.mampu.gov.my

 

[4] Laporan Tahunan Jabatan Perkhidmatan Awam 2018

 

[5]https://www.sprm.gov.my/penguatkuasaan/statistik-operasi/statistik tangkapan?id=3521

 

[6]https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/525383/malaysia-di-tangga   ke-61-indeks-persepsi-rasuah-2018

 

[7] https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/02/654241/indeks-persepsi-rasuah-bukti-inisiatif-berhasil Isnin, 10 Februari 2020 11:00 am

 

[8]https://www.sprm.gov.my/index.php/component/tags/tag/69-rasuah

 

[9]https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/13/kabinet-setuju-mansuh-hukuman-mati-bagi-33-kesalahan/

 

[10]Volume: 3 Issues: 13[December, 2018] pp.218-235] International Journal of Law, Government and Communication

 

[11] World Bank

 

[12]https://www.aseantoday.com/2017/10/are-singapores-civil-servants-overpaid-and-overprotected/

 

[13] Global Government Forum, The Irrawaddy, New Straits Times, OECD

 

[14] https://malaysiadateline.com/banteras-rasuah-elak-terus-tindas-pekerja-migran/(2016)

 

[15] Arifin Bey, Japan and Europe: A Cultural view from Southeast asia, Japan : Echo 1992

[16]https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/4419-konsep-kaizen-dijadikan-budaya-kerja-masyarakat-negara-jepun

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10.0     LAMPIRAN KES KESALAHAN ETIKA PENJAWAT AWAM

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA