SUBJEK : VKMB2041 Pembangunan Masyarakat IV TUGASAN 1 : KERTAS KERJA PROGRAM PROJEK Pesanan Khidmat Masyarakat “JAUHI DADAH”

 1.    Nama Program : Pesanan Khidmat Masyarakat   “JAUHI DADAH”

Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke empat pada 19 Februari 1983 bersempena dengan sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan. Pihak kerajaan telah mendapati bahawa masalah dadah bukan lagi sekadar masalah sosial tetapi telah mula dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Menyedari akan bahana dadah, Dasar Dadah Kebangsaan telah diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan untuk mewujudkan negara Malaysia bebas daripada gejala ancaman dadah menjelang 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.

 

Dalam tahun 2015, seramai 26,668 penagih dadah telah dikenalpasti di seluruh negara melalui Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (MYAADK) di mana, 20,289 orang merupakan penagih pertama kali dikesan dan selebihnya 6,379 orang merupakan penagih berulang. Majoriti pesalah adalah daripada golongan lelaki iaitu seramai 25,655 orang (96.20%) dan 1,013 orang (3.80%) adalah golongan wanita. Manakala mengikut kategori etnik, kaum Melayu masih mengekalkan majoriti daripada keseluruhan angka penagih dadah yang mencatatkan sebanyak 21,335 orang (80.00%), diikuti oleh kaum Cina 2,117 orang (7.94%) dan India sebanyak 2,113 orang (7.92%). Kaum-kaum lain menyumbang sebanyak 4.14%.

 

Masalah penyalahgunaan dadah turut dikenalpasti memberi kesan kepada pelbagai masalah lain dari sudut sosial, ekonomi dan kesihatan yang telah memberi tekanan kepada orang awam bagi mendesak untuk melakukan semakan semula bagi  melihat pendekatan rawatan kesihatan dan pengambilalihan kuasa kepada pegawai kesihatan untuk memainkan peranan mereka dalam menguruskan pesakit yang bergantung kepada dadah tersebut. Malahan, masalah ketagihan dadah ini turut dikaitkan dengan masalah sosial yang lain seperti jenayah jalanan, gejala rasuah, kemalangan, pelacuran dan masalah ponteng sekolah. Bahana kegiatan penyalahgunaan dadah juga boleh menjadi salah satu faktor kemerosotan perkembangan sumber manusia di negara ini. Ini adalah kerana majoriti penagih dadah adalah dalam lingkungan umur yang masih muda dan produktif dimana pada usia ini mereka diharapkan mampu menyumbangkan tenaga dan kemahiran kepada negara pada masa akan datang. Berdasarkan laporan daripada AADK (2015), golongan yang berumur 40 tahun dan ke atas adalah merupakan penagih dadah, dengan angka sebanyak 6,373 (23.90%). Ketagihan dalam kalangan golongan muda yang berumur 13-19 tahun dilaporkan sebanyak 1,375 (5.16%). Jumlah bagi penagih dadah bagi golongan yang berusia 25-29 tahun iaitu sebanyak 4,977 (18.66%) manakala bagi golongan dewasa yang berumur 50 tahun dan ke atas dilaporkan seramai 6,373 (23.90%). Penyalahgunaan dadah ini telah memberi kesan kepada belanjawan negara bukan hanya disebabkan oleh kekurangan tenaga pekerja, malahan meningkatkan lagi kos untuk menampung program pemulihan, pendidikan kesihatan dan pencegahan, perubatan dan kos undang-undang berikutan jenayah yang timbul.

 

2. Pengenalan Program : Pelajar perlu memilih salah satu konsep e-khidmat komuniti sebelum mengemukakan kertas kerja dan modul pelaksanaan program/projek khidmat masyarakat. Program ini diadakan bagi memenuhi aktiviti Subjek Pembangunan Masyarakat oleh pelajar-pelajar UUM PACE . Program yang dinamakan Pesanan Khidmat Masyarakat   “JAUHI DADAH” ini dibuat secara talian di dalam medial sosial  seperti Whatssap. Bahan promosi disediakan dalam format poster  dan dimuat naik bahan promosi dalam platform media sosial yang bersesuaian dengan komuniti sasaran. Maklum balas komuniti sasaran tentang bahan promosi yang dimuat naik minimum 20 orang perlu direkodkan.

 

3. Objektif Program

Ø  Mendidik Masyarakat supaya mengetahui bahawa  DADAH adalah musuh negara

 

Ø  Mendidik masyarakat bahawa DADAH boleh membawa maut

 

 

Ø  Masyarakat hidup bahagia tanpa DADAH

 

Ø  Masyarakat Hidup Sihat Tanpa DADAH

 

 

Ø  Mendidik Masyarakat terutama remaja yang merupakan aset negara  supaya mereka katakan Tidak kepada DADAH

 

Ø  Menwujudkan masyarakat yang harmoni tanpa DADAH kerana banyak kesan sampingan akibat penggunaan DADAH seperti  terlibat kegiatan jenayah, pelacuran dan sebagainya

 

 

4. Komuniti Sasaran : Keperluan tugasan hanya memerlukan 20 orang audiens  atau maklum balas komuniti sasaran tentang bahan promosi yang dimuat naik minimum 20 orang tetapi bagi Program Pesanan Khidmat Masyarakat Jauhi Dadah ini saya akan memilih seramai 30 orang pelajar untuk dimasukkan dalam satu Kumpulan Whatssap. Kumpulan Whatssap ini akan saya pilih seramai 20 orang daripada anak muda mudi yang sedang belajar di Kolej Yayasan Pahang (KYP). Kumpulan Whatssap ini dinamakan Program Pesanan Khidmat Masyarakat   “JAUHI DADAH”. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5. Butiran Program :

Bahan promosi disediakan dalam format poster sudah disiapkan seperti dibawah : -

Bahan promosi akan dimuatnaik dalam platform media sosial yang bersesuaian dengan komuniti sasaran atau 30 orang dalam Kumpulan Whatssap yang terdiri daripada 30 pelajar KYP pada 18 Julai 2020.

Maklum balas komuniti sasaran tentang bahan promosi yang dimuat naik akan dikumpul dan dianalisis.  Manakala pada 08 Ogos 2020 satu Pelaporan program bagi Penyerahan Portfolio Program/Projek Individu akan dilaksanakan.

 

6. Modul Pelaksanaan Program

Bagi melaksanakan Program Pesanan Khidmat Masyarakat Jauhi Dadah saya akan merujuk kepada beberapa Dasar dan Agensi Utama Kerjaan yang terlibat dalam memerangi DADAH seperti berikut : -

Ø  Dasar Dadah Kebangsaan telah diperkenalkan pada tahun 2004 bertujuan untuk mewujudkan negara Malaysia bebas daripada gejala ancaman dadah menjelang 2015 bagi menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.

 

Ø  Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai agensi peneraju dalam usaha memerangi ancaman dadah dalam negara telah mengambil langkah awal menyahut seruan perang ini dengan menganjurkan mesyuarat dan bengkel khas bagi merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang komprehensif sesuai dengan hasrat kerajaan, melalui strategi Perangi Dadah Habis-habisan (PDH).

 

Ø  Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (MYAADK)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7. Bajet Program

Jadual 1 : Bajet Program Pesanan Khidmat Masyarakat Jauhi Dadah : -

Bil.

Perihal

Amaun (RM)

1.

Surat Permohonan kepada KYP bagi menjalakan Program (cetakan bewarna)

RM 10

2.

Mencetak 30 Unit  Poster  Jauhi Dadah (bewarna) kepada 30 orang pelajar KYP (RM 2 x 30 unit)

RM 60

3.

Minuman dan Kudapan semasa perjumpaan dengan 30 orang Pelajar KYP bagi mengedarkan borang maklumat peribadi untuk dimasukkan dalam Kumpulan Whatssap Program yang dinamakan Pesanan Khidmat Masyarakat   “JAUHI DADAH”.

(Air Kotak dan Roti) RM 5 x 30 orang

RM 150

4.

Saguhati kepada  Penyelia Pelajar KYP

RM 50

5.

Cetakan bagi Pelaporan Program

RM 30

 

Jumlah Anggaran Perbelanjaan Program

RM 300.00

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

8. Jadual Pelaksanaan Program

Jadual 2 : Pelaksanaan Program Pesanan Khidmat Masyarakat Jauhi Dadah

Perihal

Tempoh Masa/Tarikh

 

Perbincangan Topik Program dengan Pensyarah

16/5/2020

Pembentangan Kertas Kerja kepada Pensyarah

20/06/2020

Perlaksanaan Program/Projek Individu

18/7/2020

Pelaporan Penyerahan Portfolio Program/Projek Individu

8/8/2020

 

Jadual 3 : Gantt-Chart Pelaksanaan Program Pesanan Khidmat Masyarakat Jauhi Dadah : -

TEMPOH

 

PERINGKAT

TAHUN 2020

J

F

M

A

M

J

J

O

S

O

N

D

Perbincangan Topik Program dengan Pensyarah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pembentangan Kertas Kerja kepada Pensyarah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perlaksanaan Program/Projek Individu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pelaporan Penyerahan Portfolio Program/Projek Individu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

9. Syor sokongan

Memandangkan saya merupakan staf di bawah Kolej Yayasan Pahang maka saya mudah mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada Pengarah Kolej Yayasan Pahang serta Penyelia pelajar bagi menjalankan Program Pesanan Khidmat Masyarakat “Jauhi Dadah” ini. Selain itu, program ini tidak melibatkan perbelanjaan yang besar serta mudah dijalankan secara talian di dalam medial sosial menggunakan aplikasi 

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA