SCCG 3123 KOMUNIKASI PERUNDINGAN

 

 

1.0                PENGENALAN

 

Kaunseling adalah salah satu program pemulihan yang disediakan kepada banduan yang disabitkan atas kesalahan dadah di penjara. Antara cabaran yang besar kepada perunding cara dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling adalah komunikasi dalam sesi dan aktiviti bimbingan dengan banduan bangsa asing atas kesalahan dadah. Banduan warga asing tidak dikecualikan untuk terlibat dalam rawatan pemulihan. Namun, bahasa adalah halangan utama antara perunding cara dengan klien yang mana sekaligus memberi kesan terhadap keberkesanan sesi kaunseling dan hubungan menolong.

 

 Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran komunikasi dan strategi daya tindak dalam kaunseling banduan warga asing. Kajian ini juga turut menjelaskan tentang layanan yang diberikan kepada banduan warga asing, pandangan perunding cara terhadap sikap mereka di penjara, dan aktiviti yang dilakukan oleh banduan warga asing sepanjang tempoh hukuman. Pengumpulan data dilakukan dengan menemu bual pegawai penjara dan perunding cara yang menguruskan banduan bangsa asing di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) iaitu dikenali sebagai penjara yang menempatkan pesalah-pesalah dadah.

 

Hasil kajian mendapati pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi cabaran menjalankan sesi kaunseling dengan banduan warga asing di IPDJ antaranya ialah melantik perantara sebagai penterjemah, menggunakan isyarat tangan atau bahasa badan untuk menjelaskan sesuatu perkara kepada mereka dan melatih banduan menggunakan bahasa melayu pada keadaan tertentu. Kajian ini mencadangkan untuk pengkaji akan datang mengkaji persepsi banduan bangsa asing ini terhadap program-program pemulihan yang disediakan oleh pihak penjara dan sejauh mana keinginan mereka untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti tersebut[1].

 

 

 

2.0                TEORI/KONSEP

 

Carta 1 : Ringkasan Pendekatan Perundingan

 

(Sumber : EASYPol Module 179, Conceptual and Technical Material, Muka Surat 18)

 

Dalam praktiknya, perunding sering menggunakan strategi berdasarkan sedar atau tidak sedar mereka pemahaman mengenai proses perundingan. Teori perundingan, bagaimanapun, membantu kita berfikir secara analitis mengenai proses perundingan. Wawasan yang mereka berikan dapat membantu kita membentuk cara kita berunding dan, sebagai akibatnya, membantu mempengaruhi hasil yang kita capai. Untuk contohnya, apabila digunakan dengan sengaja, pelajaran dan teknik teori yang kita gunakan dapat bantu kami dalam mengubah teori perundingan menjadi kepakaran praktikal. Dalam peringatan makalah ini, kita beralih kepada beberapa langkah praktikal untuk pendekatan integratif, sebagai dikembangkan oleh Fisher dan Ury, dalam karya mereka mengenai Principled Negotiations, pada tahun 1981[2].

Rundingan hanya dapat dilakukan melalui komunikasi. Fisher dan Ury mengekalkan perasaan itu didengar juga merupakan kepentingan utama kedua-dua pihak dalam rundingan. Komunikasi yang baik dapat berubah sikap, mencegah atau mengatasi kebuntuan dan salah faham dan membantu memperbaiki hubungan. Lebih-lebih lagi, kemahiran komunikasi yang baik sangat mustahak untuk menyampaikan siaran anda mesej, dan untuk memahami dengan teliti mesej dari pihak lain (Wondwosen, 2006).

 

Di samping itu, pendekatan integratif menekankan pentingnya berkongsi maklumat sebagai kaedah membongkar minat dan membantu pihak untuk meneroka masalah atau ancaman bersama. Masih, perunding sering terhalang dalam peranannya oleh kesalahan komunikasi yang biasa atau ketidakcekapan. Contohnya pihak mungkin hanya menumpukan perhatian pada tanggapan mereka sendiri dan lupa untuk mendengar apa yang dikatakan oleh pihak lain. Mendengar memberikan maklumat penting mengenai pihak lain dan menunjukkan bahawa anda memperhatikan pemikiran pihak lain, dan menghormati kebimbangan mereka.

 

Untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, Fisher dan Ury mengesyorkan mendengar secara aktif. Ini bermaksumendengar "bukan untuk memberi ungkapan respons, tetapi untuk memahami pihak lain seperti yang mereka liha diri mereka sendiri ”(Fisher dan Ury, 1981). Mengemukakan soalan, memartabatkan tanpa semestiny bersetuju, dan sentiasa mengakui apa yang dikatakan atau tidak dikatakan adalah cara yang baik untuk menunjukkan bahawa anda mendengar dengan aktif (Wondwosen, 2006).

 

3.0                ANALISIS

Berdasarkan Jurnal Artikel yang saya pilih iaitu “CABARAN PERUNDING CARA TERHADAP KLIEN BERBANGSA ASING DI PENJARA” yang telah  ditulis oleh Nur Hidayah Redzwan dan  Ku Suhaila Ku Johari pada tahun 2015, dapat saya kupaskan bahawa komunikasi merupakan salah satu teknik atau kaedah dalam komunikasi perundingan. Di dalam jurnal ini, pengkaji telah membuat kajian di Institusi pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) untuk meneroka cabaran komunikasi dan strategi daya tindak dalam kaunseling banduan warga asing.

 

Isu dadah persis barah dalam masyarakat kita dan ianya semakin parah. Bermula awal tahun 1970an sehingga kini belum dapat diatasi bahkan bertambah parah dan kronik (Mohamad Johdi 2012)[3]. Masalah dadah adalah masalah serius dan mengancam secara berantai yang bermula dari penyeludupan dan pengedaran, membawa kepada penyalahgunaan dan penagihan dadah (Rohany et al. 2008). Masalah dadah bukan sahaja dihadapi oleh Malaysia tetapi sudah menjadi masalah global (Rohany et al. 2008)[4]. Lebih membimbangkan, Malaysia dikatakan menjadi salah satu pusat transit pengedaran dadah (Rohany et al. 2008). Hal ini membuktikan penglibatan warga asing dengan isu dadah di negara kita bukanlah perkara yang mengejutkan. Kehadiran warga asing juga dikesan terlibat dengan pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah.

 

 Statistik penglibatanwarga asing dalam aktiviti pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah pada tahun 2014 hingga Oktober adalah seramai 4,930 orang (Laporan Dewan Rakyat 2014). Kemasukan pendatang asing terutamanya secara tidak sah telah mengundang pelbagai masalah yang mengancam kesejahteraan dan kepentingan awam. Mereka terlibat dalam aktiviti jenayah seperti merompak, membunuh, meragut, pecah rumah pelacuran, penyeludupan dan paling membimbangkan adalah pengedaran dadah (Rusniah et al. 2014)[5]. Kementerian dalam negeri mengumumkan bahawa seramai 14809 daripada 37446 banduan di Malaysia merupakan pendatang asing yang kebanyakkan daripada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

 

 Selain daripada pendatang asing, terdapat juga warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong ataupun pelajar untuk terlibat sebagai pengedar dadah di negara kita (Rusniah et al. 2014). Mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 meliputi tindakan mengedar dadah hukumannya ialah penjara tidak kurang daripada 5 tahun atau penjara seumur hidup dengan 10 sebatan rotan (Akta Dadah Berbahaya 1952). Penetapan hukuman termasuklah penahanan dan pemenjaraan merupakan salah satu cara untuk mencegah perlakuan jenayah dan memberikan balasan terhadap perbuatan penjenayah terbabit yang memudaratkan masyarakat (Wan Roslili & Najibah 2015)[6]. Penahanan banduan warga asing ini bertujuan membolehkan mereka menjalani proses pemulihan di penjara seluruh Negara. Rawatan dan Pemulihan merupakan antara strategi pihak penjara bertujuann memutuskan pergantungan seseorang penagih kepada dadah dan mencegah penagihan semula (Abd Halim et al. 2009).

 

Perunding cara adalah pegawai bukan kaunselor yang bertanggungjawab melaksanakan program pemulihan dan sesi kaunseling kepada banduan di Penjara Jelebu. Jabatan Penjara Malaysia meletakkan keyakinan pada setiap anggotanya bahawa setiap pesalah merupakan individu yang berpotensi untuk dipulihkan (Jamaludin 2015). Banduan asing yang terlibat dalam aktiviti pemulihan terutamanya kaunseling mempunyai kekangan untuk mengikuti aktiviti dan sesi kaunseling. Antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh perunding cara adalah masalah komunikasi dimana bahasa adalah penyumbang utama wujudnya isu ini. Kajian ini turut menjelaskan tentang cabaran yang dihadapi dalam pengurusan banduan yangmerangkumi aspek layanan, makanan, rawatan, pendidikan, kesihatan dan amalan beragama dan hubungan kekeluargaan serta cabaran berhadapan sikap banduan asing sepanjang berada dalam tahanan dan juga cabaran melaksanakan bimbingan dan kaunseling kepada banduan asing.

 

Dari segi dapatan kajian saya dapat rumuskan  seperti berikut : -

Ø  Dari aspek layanan yang diterima menunjukkan pegawai penjara memberi layanan yang sama rata kepada banduan asing selaras dengan ketetapan akta, peraturan penjara dan prosedur penjara.

Ø  Dari segi makanan pula, dapatan menunjukkan bahawa banduan asing dan banduan tempatan menerima makanan yang sama di penjara.

Ø  Namun terdapat cabaran apabila menguruskan banduan yang mempunyai kes kes tertentu seperti alahan makanan dan banduan yang memilih makanan.  Masalah tentang makanan yang tidak mencukupi sering berlaku kepada banduan asing.

Ø  Dari segi rawatan, banduan asing bebas untuk mendapatkan rawatan yang disediakan di penjara. Namun yang memberikan cabaran adalah apabila terdapat banduan asing yang cuba menipu untuk mendapatkan rawatan semata-mata untuk mengelakkan diri dari mengikuti aktiviti penjara.

Ø  Terdapat juga banduan yang tidak memaklumkan kepada pegawai bahawa mereka mempunyai alahan dan apabila mereka tersalah makan, pegawai yang bertugas akan dipertanggungjawabkan.

Ø  Cabaran yang dihadapi dari aspek kesihatan adalah penyakit. Pihak penjara menghadapi risiko apabila menerima banduan asing yang membawa wabak-wabak penyakit. Malah pernah berlaku jangkitan kulit di dalam penjara. Ini menyebabkan mereka perlu penjagaan yang rapi dan perlu diasingkan dari banduan-banduan lain.

Ø  Dari segi pendidikan, banduan asing sememangnya tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran seperti banduan tempatan atas faktor hukuman yang singkat.

Ø  Cabaran untuk memberikan pendidikan kepada warga tempatan ini adalah dengan memberikan kelas asas kepada banduan warga asing ini yang bertujuan memberi maklumat kepada banduan tentang peraturan dalam penjara, prosedur berada di penjara, cara berkomunikasi dan pelbagai lagi.

 

Strategi oleh jabatan penjara bagi menyelesaikan masalah :

Ø  Strategi untuk mengatasi masalah berkenaan dengan makanan yang tidak mencukupi adalah dengan membuat pemeriksaan tray banduan sewaktu menerima makanan untuk memastikan mereka mendapat semua makan yang disediakan dan memastikan makanan yang diterima mencukupi.

 

Ø  Bagi isu alahan yang tidak dimaklumkan, pihak penjara akan menjalan pemeriksaan ke atas banduan supaya dapatkenalpasti masalah kesihatan banduan lebih awal.

 

 

Ø  Langkah yang dilakukan oleh penjara untuk atasi masalah ini adalah dengan mewujudkan klinik di dalam penjara. Dengan cara ini, rawatan akan diberikan dengan segera dan tidak perlu dirujuk ke hospital kecuali melibatkan kes-kes yang serius.

 

 

Di penjara, kaunseling adalah salah satu rawatan yang digunakan untuk membantu pesalah. Kaunseling individu dijalankan apabila terdapat kes yang dirujuk manakala kaunseling kelompok dijalankan pada waktu yang ditetapkan oleh pengurusan penjara ini sebanyak dua kali seminggu. terdapat juga banduan yang datang berjumpa sendiri dengan pegawai runding cara untuk memaklumkan bahawa mereka memerlukan sesi kauseling. Selalunya klien yang memerlukan sesi kaunseling individu adalah klien tahun akhir yang akan tamat hukuman ataupun banduan yang akan bebas kerana isu yang sering dikongsikan adalah tentang bagaimana mereka ingin membawa diri setelah keluar dari penjara setelah dibebaskan kelak. Bagi slot kaunseling di penjara merupakan terapi tambahan kepada aktiviti- aktiviti terapi teras yang lain. Kaunseling individu adalah merupakan satu sesi bagi menolong indvidu dalam memahami dan membentuk nilai yang positif dengan sikap dan tingkah laku yang boleh diterima oleh masyarakat. Mereka dapat membuka minda bagi menangani permasalahan yang timbul secara lebih produktif dan efisien sejajar dengan pemikiran yang normal (Program Pembangunan Insan 2013)[7].

 

4.0                KESIMPULAN

Bilangan warga asing yang menjalani hukuman di penjara Malaysia atas pelbagai kesalahan jenayah termasuklah masalah dadah semakin meningkat setiap tahun. Secara keseluruhan, jumlah penghuni untuk 33 penjara di seluruh Malaysia adalah lapan peratus di bawah kapasiti atau kemampuan sebenar muatan seluruh penjara. Banduan yang menghuni adalah dari warga tempatan dan warga asing yang berasal dari lebih 20 negara atas pelbagai kesalahan. Walaupun status mereka sebagai warga asing, namun ini tidak menghalang mereka untuk menjalani rawatan pemulihan di penjara tempatan. Namun proses pemulihan di negara kita mengikut acuan budaya, agama dan program pemulihan negara kita. Hal ini menyebabkan banduan asing tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya

dalam aktiviti pemulihan di penjara tempatan.

 

Proses pemulihan mereka melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah sesi kaunseling. Kaunseling merupakan kaedah yang digunakan oleh perunding cara untuk membantu banduan berkongsi pengalaman dan dalam masa yang sama membantu mereka untuk memperbaiki diri dah berubah menjadi lebih baik. Cabaran seterusnya dalam mengendalikan sesi bimbingan dan kaunseling kepada banduan asing ini adalah dari aspek komunikasi dimana masalah bahasa menyebabkan wujudnya isu komunikasi ini.

 

Antara strategi yang berjaya dilaksanakan adalah dengan melantik penterjemah, menggunakan bahasa isyarat dan melatih penggunaan bahasa melayu keatas banduan dalam keadaan tertentu. Walaupun terbukti bahawa masa diperlukan dalam menjadikan tahanan asing ini boleh memahami bahasa kita dengan baik, namun strategi yang dinyatakan di atas banyak membantu perunding cara menjayakan kaunseling dengan banduan asing.

Pada akhirnya, perundingan adalah proses yang dapat didekati dengan pelbagai cara. Apa pun yang terjadi strategi yang anda pilih, kejayaan terletak pada seberapa baik anda bersedia. Kunci untuk berunding hasil yang bermanfaat adalah kemampuan perunding untuk mempertimbangkan semua elemen situasi

dengan teliti dan untuk mengenal pasti dan memikirkan pilihan. Pada masa yang sama, perunding mesti dapat menjaga peristiwa dalam perspektif dan bersikap adil dan jujur seperti yang memungkinkan keadaan. Kerana kesamaan atau kepentingan telah membawa para pihak ke meja rundingan, perunding boleh mendapat keuntungan dengan berusaha memanfaatkan landasan bersama ini. Dengan melihat

pihak lain sebagai rakan kongsi dan bukannya lawan dan dengan bekerjasama, perunding mempunyai peluang untuk membuat penyelesaian yang akan bermanfaat bagi kedua-dua belah pihak.

 

5.0                RUJUKAN

 

[1] Cabaran Perunding Cara Terhadap Klien Berbangsa Asing Di Penjara (2015). Nur Hidayah Redzwan & Ku Suhaila Ku Johari.

 

[2] EASYPol Module 179, Conceptual and Technical Material, Muka Surat 18)

 

[3] Mohamad Johdi Salleh. 2012. Permasalahan Penagihan Dadah: Tinjauan Di Pusat Serenti Selangor. International Seminar On Community Development Universiti Malaysia Terengganu, 7-9 April

 

[4] Rohani Nasir, Fatimah Yusooff, Zainah Ahmad Zamani & Mohd Norahim Mohamed Sani. 2008. Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Di Kalangan Generasi Muda. Institut Penyelidikan Pembangunan Belia dan Sukan Malaysia. 7-66.

 

[5] Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem &Ajis Saadon Awang. 2014. Permasalahan

Pendatang Asing Tanpa Izin Di Malaysia Dari Aspek Sosial Dan Perundangan. Jurnal

Kanun, 26(2): 173-191.

 

[6] Wan Roslili Abd. Majid dan Najibah Mohd Zain. 2015. Isu Dalam Penahanan dan Pemulihan Banduan di Malaysia. Jurnal Kanun, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 27(1): 143-168.

 

[7] Program Pembangunan Insan Modul Pendidikan Dan Bimbingan. 2013. Jabatan Penjara Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA