AKTIVITI RUTIN KELAB BADMINTON SET NEBOH KG LAUT


Semalam 25 Julai 2019, saya telahmenyambut kedatangan bekas bos saya daripada Bahagian Audit Dalam & Siasatan AM, Kementerian Pertahanan Malaysia, En. Usop bin Puteh ke gelangang keramat Kelab Badminton Set Neboh Kg Laut.

Perlawanan beregu ini turut disertai oleh Tuan Pengurus SNKL BC, En. Wan Zainuddin bin Wan Nawang dan rakan pejabat saya En. Ridhauddin dari Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan.

Gelangang Keramat yang selalu diguanakan oleh Kelab Badminton SNKL ini terletak di sebelah Kg. Laut sahaja iaitu Kg. Gerong. Dewan badminton ini dimiliki oleh Usahawan yang berjaya iaitu Abe Li Kok Pasir yang juga merupakan pemain badminton yang aktif dulu-dulu. Dewan badminton ini mempunyai 3 buah gelanggang.

Pada malam tersebut amat meriah sekali kerana terdapat 18 orang pemain SNKL BC yang hadir bermain dan menggunakan 2 gelanggang. Aksi-aksi para pemain seperti dibawah. Meriah sekali semoga tali persahabatan antara pemain-pemain SNKL BC terus utuh...Aamiin.





Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA