BPMN 3023 PENGURUSAN STRATEGIK JA191



1.0         LATAR BELAKANG ORGANISASI
Pengenalan & Logo
Institusi Audit telah wujud di Tanah Melayu sejak pentadbiran British pada awal abad ke 20 bagi memperkukuhkan sistem pentadbiran kewangan Kerajaan. Pada ketika itu ia wujud secara berasingan mengikut negeri iaitu Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat. Di setiap Negeri Melayu Bersekutu, Institusi ini dikenali dengan nama Audit Office dan diketuai oleh State Auditor. Ibu pejabat bagi Audit office ini terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh seorang Chief Auditor.

Institusi Audit Negara yang lebih tersusun dari segi struktur dan bidang tugasnya bermula pada tahun 1906 di mana Ketua Audit Negara untuk Negeri Melayu Bersekutu pertama iaitu W.J.P Hume dilantik. Pada tahun 1932 kedua-dua Institusi digabungkan dan diletakkan di bawah kawalan Director of Colonial Audit yang berpusat di London. Tugas pengauditan dipertanggungjawabkan kepada Auditor of the Straits Settlements and the Federated Malay States yang berpusat di Kuala Lumpur. Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, jawatan Director of Audit Malaya ditukar kepada nama Ketua Audit Negara. Pelantikan Ketua Audit Negara serta tanggungjawabnya termaktub di bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957[1].

Description: logocomfirmkecil

Keterangan Logo :

Lambang Persekutuan – Melambangkan punca kuasa dan kebebasan yang diperuntukkan kepada Ketua Audit Negara bagi melaksanakan akaun Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan serta aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Dua Tangkai Padi – Melambangkan usaha dan kegigihan warga Audit untuk meningkatkan produktiviti Jabatan secara berterusan serta pelaporan seimbang yang diamalkan oleh Jabatan Audit Negara

Bentuk Bulat – Melambangkan keteguhan dan keutuhan semangat kerja berpasukan di kalangan warga Audit sebagai penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor awam dalam menghadapi era globalisasi

Warna Maroon – Melambangkan imej korporat dan identiti Jabatan Audit Negara

Warna Kuning – Melambangkan kedaulatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang melantik Ketua Audit Negara atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja

Warna Putih – Melambangkan keikhlasan dan ketelusan Jabatan dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memastikan wujudnya akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan sektor awam

Jabatan Audit Negara yang dahulu dikenali sebagai Audit Office ditubuhkan pada tahun 1906 dengan tujuan untuk memperkukuhkan sistem pentadbiran kewangan Kerajaan. Kerangka kerja sistem pemerintahan negara yang berasaskan system Westminster telah membentuk kerangka kerja JAN dalam sistem yang sama. Berasaskan kepada sistem ini, Pejabat Audit Negara diketuai oleh Ketua Audit Negara yang dilantik di bawah Perlembagaan. Semua hak, kuasa dan tanggungjawab adalah diletakkan kepada Ketua Audit Negara secara personal, dan bukannya dalam sebuah institusi. Bagi menjalankan tugas-tugas pengauditan, Ketua Audit Negara dibantu oleh pegawai-pegawai Audit yang dilantik di bawah perkhidmatan awam. Ketua Audit Negara bebas daripada eksekutif dan dijangka meneliti dan melaporkan dengan saksama mengenai akaun Kerajaan.


Institusi Audit berperanan sebagai `check and balance` sistem akauntabiliti dalam pentadbiran Kerajaan. Dalam satu sistem akauntabiliti negara, peranan Institusi Audit ialah pihak yang mengesahkan semua aktiviti dan kewangan yang telah diluluskan oleh Parlimen dan di laksana oleh cabang eksekutif. Institusi Audit juga merupakan òversight’ agensi kepada Parlimen. Ini dapat diperjelaskan berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, Institusi Audit tidak diletakkan di mana-mana cabang tetapi dibincangkan dalam Bab Kewangan bagi menjelaskan satu pihak yang bertanggungjawab menyemak akauntabiliti pengurusan kewangan awam bagi pihak Parlimen. Semasa kemerdekaan, Pejabat Audit terdiri daripada Ibu Pejabat, Cawangan Persekutuan, Cawangan Perbadanan dan Cawangan-cawangan Negeri. Selepas kemerdekaan, JAN bertambah besar selaras dengan perkembangan Sektor Awam negara yang melihatkan pertambahan Kementerian dan Agensi.

Pada tahun 1983, JAN mula menjalankan pengauditan prestasi selaras dengan pindaan Akta Audit. Kini, sejajar dengan Agenda Transformasi Kerajaan, struktur organisasi JAN telah berubah daripada berasaskan kepada jenis akaun kepada pengkhususan pengauditan. Mulai September 2016, terdapat lima Sektor utama iaitu Sektor Kewangan, Sektor Prestasi, Sektor Tadbir Urus, Sektor Pengurusan dan Pejabat Ketua Audit Negara. Dalam tempoh 110 tahun penubuhannya, JAN telah berusaha memberi perkhidmatan audit yang merangkumi pengauditan penyata kewangan, pengauditan prestasi dan indeks akauntabiliti. Pengenalan AG Dash Board pada tahun 2013 adalah pembaharuan dalam sistem maklum balas Laporan Ketua Audit Negara. Pembaharuan ini adalah selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan dalam usaha menambah baik pengurusan kewangan Sektor Awam. Indeks Akauntabiliti juga adalah antara asas penilaian pencapaian prestasi pegawai Pengurusan Tertinggi di Kementerian dan Agensi. Aktiviti Indeks Akauntabiliti juga telah menjadi rujukan negara-negara luar dalam menambah baik sistem pengauditan pematuhan.

Selain itu berdasarkan arahan kabinet, JAN dikehendaki menjalankan pengauditan terhadap projek-projek yang kosnya melebihi RM100 juta ke atas. Selain peranan JAN di peringkat dalaman, JAN turut memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa. Penglibatan JAN dalam INTOSAI, ASOSAI dan ASEANSAI adalah aktif dan sentiasa memainkan peranan penting bagi menyokong pembangunan kapasiti Supreme Audit Institutions bagi mencapai Millennium Goals dan terkini Sustainable Development Goals. Ketua Audit Negara Malaysia juga telah dilantik sebagai Pengerusi ASOSAI bagi tempoh 2015 hingga 2018. Penubuhan ASEANSAI pada November 2011 adalah satu inisiatif untuk merapat hubungan antara Supreme Audit Institution dikalangan negara ASEAN dengan fokus untuk meningkatkan pembangunan kapasiti negara ASEAN.

2.0         LATAR BELAKANG INDUSTRI ORGANISASI
Fungsi Jabatan Audit Negara
Fungsi Jabatan Audit Negara adalah untuk menambah baik prestasi sektor awam dan menyokong akauntabiliti dan transparensi dalam pentadbiran kerajaan Malaysia melalui laporan Audit yang bebas kepada Parlimen Malaysia, Eksekutif dan pihak awam. Ketua Audit Negara adalah seorang Pegawai bebas yang mana tugas dan tanggungjawabnya telah diperincikan dalam Akta Audit 1957. Bidang pengauditan yang dilaksanakan ialah pengauditan terhadap Pengurusan Kewangan, Penyata Kewangan dan Pengauditan Prestasi terhadap Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan. Bagi menjalankan tugas tersebut, Ketua Audit Negara adalah dibantu oleh Jabatan Audit Negara yang dahulunya dikenali sebagai Audit Office dan Pejabat Ketua Audit Negara.
Fungsi JAN adalah untuk mengaudit, menyiasat dan melapor sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara melaksanakan empat jenis pengauditan seperti berikut:
a. Pengauditan/Pengesahan Penyata Kewangan
b. Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti)
c. Pengauditan Prestasi
d. Pengauditan Tadbir Urus Syarikat Kerajaan

Mulai tahun 2013, dengan penubuhan Bahagian Susulan Audit, Ketua Audit Negara juga perlu menyusul tindakan yang diambil oleh Kementerian/Jabatan/Agensi terhadap isu yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Carta Organisasi Jabatan


STAKEHOLDERS JABATAN AUDIT NEGARA

HALA TUJU STRATEGIK
OBJEKTIF JABATAN AUDIT NEGARA





NILAI UTAMA


3.0         PENILAIAN PERSEKITARAN LUARAN



4.0         PENILAIAN PERSEKITARAN DALAMAN

5.0         PEMBENTUKAN STRATEGI (ANALISIS SWOT & MATRIKS TOWS

Pelan Strategik JAN 2016- 2020
Pelan strategik JAN 2016-2020 menggariskan bagaimana hasrat JAN untuk menyampaikan perkhidmatannya dalam tempoh lima tahun akan datang. Fokus penyampaian perkhidmatan JAN adalah untuk menambah baik prestasi pengurusan kewangan Sektor Awam serta menyokong prinsip akauntabiliti dan ketelusan dalam Sektor Kerajaan melalui laporan yang bebas kepada Parlimen,Eksekutif dan orang awam. Selaras dengan sasaran Kerajaan menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, JAN telah mengenal pasti beberapa sasaran utama yang perlu dicapai dan direalisasikan. Pelan strategik JAN telah disediakan dengan empat fokus utama dengan objektif untuk;

i.              Menjadi Institusi Audit yang bebas dan sentiasa responsif dalam hubungan dengan Parlimen dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara serta membantu Sektor Awam menambah baik prestasi pengurusan kewangan;

ii.            Merangka dan menjana strategi untuk meningkatkan profesionalisme pegawai-pegawai Audit dengan Pelan Pembangunan Kapasiti yang dikenal pasti;

iii.           Mengekalkan persekitaran kerja yang bekerjasama dan produktif yang menyokong keupayaan JAN untuk mencapai taraf Institusi Audit sebuah negara maju;

iv.           Menambah baik prosedur dan teknik pengauditan sedia ada bagi memastikan standard pengauditan antarabangsa dipatuhi.

Pelan ini menyenaraikan strategi dan langkah yang akan dilaksanakan bagi tempoh 2016 hingga 2020 bagi mencapai sasaran tersebut. Strategi dan langkah tersebut juga akan dipantau sebagai langkah kawalan dan mengenal pasti masalah dalam pelaksanaannya. Pelan ini juga menjelaskan kerangka kerja pengukuran prestasi yang berasaskan kepada Key Performance Indicator. Pelan Strategik JAN menggariskan Empat Teras Strategik yang jelas dan munasabah selaras dengan fungsi dan objektif JAN. Hala tuju tersebut diterjemahkan dalam pelan tindakan yang menggariskan strategi-strategi dan tindakan yang perlu dilaksanakan bagi memperkukuh dan meningkatkan keupayaan pencapaian perkhidmatan awam di samping meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan dalam pentadbiran negara.

Pelan Strategik merupakan elemen penting pengurusan sesebuah organisasi bagi menentukan hala tuju dan fokus organisasi pada jangka masa panjang. Pelan strategik diwujudkan bagi memperjelaskan bagaimana Jabatan Audit Negara (JAN) menyampaikan perkhidmatannya dengan berkesan dan berkualiti dalam tempoh lima tahun akan datang dan menjadi panduan sebagai sebuah Jabatan yang bebas dan profesional dalam Sektor Awam. Pelan strategik juga membantu pihak pengurusan dan anggota organisasi mendapat gambaran yang jelas mengenai apa yang sepatutnya dilakukan bagi memberi nilai tambah terhadap pencapaian matlamat organisasi.
Pelan Strategik JAN 2016-2020 ini merupakan sumber rujukan utama yang menetapkan hala tuju JAN untuk tempoh 5 tahun akan datang, yang mana ia menggariskan rangka tindakan strategik untuk pelaksanaan dasar, perancangan program dan aktiviti pengauditan serta pembangunan JAN. Tempoh ini adalah selaras dengan tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas. Perancangan strategik dan inisiatif yang diperjelaskan dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya adalah relevan dengan persekitaran semasa, kehendak stakeholders serta pelanggan dan pencapaian pembangunan lestari. Diharapkan Pelan Strategik JAN 2016- 2020 ini dapat memberi penjelasan, panduan dan matlamat masa hadapan yang jelas serta terperinci kepada warga JAN untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan menambah baik taraf pengauditan sedia ada sebagaimana negara maju bagi meningkatkan tadbir urus Sektor Awam[2].

5.1         Analisis SWOT
SWOT adalah singkatan dari Strengths (kekuatan), Weaknesses (kelemahan), Opportunities (peluang) dan Threats (ancaman). Analisis SWOT adalah kaedah perancangan strategi yang digunakan untuk mengenalpasti  kekuatan (Strengths), kelemahan (Weaknesses), peluang (Opportunities), dan ancaman (Threats) dalam suatu projek atau suatu perniagaan. Analisis SWOT membolehkan  untuk mengenalpasti positif dan negative di dalaman organisasi atau perniagaan (SW) dan di luar atau dalam lingkungan luaran (OT)[3].

JADUAL 1 : SWOT ANALISIS

 

Description: H:\00.jpg









Analisis seluruh faktor dalaman dan luaran yang ada. Dari matriks tiga dapat dihasilkan empat strategi organisasi dengan karekternya masing-masing, seperti berikut:
1.         Strategi SO adalah strategi yang harus dapat menggunakan kekuatan sekaligus memanfaatkan peluang yang ada.
2.         Strategi WO adalah strategi yang harus ditunjukkan untuk mengurangkan kelemahan yang dihadapi dan pada saat yang bersamaan memanfaatkan peluang yang ada.
3.         Strategi ST adalah strategi yang harus mampu menonjolkan kekuatan untuk mengatasi ancaman yang mungkin timbul.
4.         Strategi WT adalah strategi yang bertujuan mengatasi kelemahan serta meminimumkan kesan dari ancaman yang ada.




JADUAL 2 : SWOT ANALISIS PEMBENTUKAN STRATEGI JABATAN
AUDIT NEGARA
        INTERNAL
         (DALAMAN)      






EKSTERNAL
 (LUARAN)
STRENGTH (S)

1. Kecekapan dan kemahiran Pegawai
Audit
2. Pegawai dan kemahiran yang pakar dalam bidang pengauditan
3.Personaliti pekerja yang gigih dan rajin
1.     
WEAKNESESS (W)

1. Program latihan yang tidak memberi
Impak
2.Kurangnya sikap Profesionalisme dan
Integriti pegawai Audit
3. Kekurangan perjawatan berbanding
tugasan

THREAT (T)
1.Kebebasan yang disekat
2.Auditi mencabar Pengauditan
dan Laporan Audit
3.Pelbagai kerenah Auditi

STRATEGI ST

Gunakan S untuk menghindari T
STRATEGI WT

Minimumkan W dan Hindari T
OPPORTUNITY (O)

1.Penggunaan teknologi dan
transformasi digital
2.Agenda Pembangunan Lestari
3. Perubahan Dasar Diperingkat
Antarabangsa dan Standard
Pengauditan
2.     
STRATEGI SO

Gunakan S untuk manfaatkan O
STRATEGI WO

Atasi W dengan meanfaatkan O

5.2         Matriks TOWS
TOWS adalah singkatan dari Threats (ancaman),Opportunities (peluang), Weaknesses (kelemahan) dan Strengths (kekuatan) kedua mengacu pada hal yang sama
Analisis TOWS adalah sebuah proses yang mengharuskan pengurusan  untuk berpikir secara kritis operasinya. Analisis TOWS adalah analisis yang mengutamakan mempelajari dan mengenalpasti peluang faktor eksternal (luaran), kerana dianggap bersifat lebih dinamik dan bersaing, setelah itu baru menganalisis faktor internal (dalaman). Dengan memengenalpasti beberapa elemen yang dapat meningkatkan sesuatu perniagaan atau urusan, analisis TOWS memungkinkan pengurusan untuk memilih beberapa strategi yang paling efektif dan memanfaatkan peluang yang tersedia[4].

       
EKSTERNAL
           (LUARAN)      




INTERNAL
(DALAMAN)
THREAT (T)

1.Kebebasan yang disekat
2.Auditi mencabar Pengauditan
dan Laporan Audit
3.Pelbagai kerenah Auditi

OPPORTUNITY (O)

1.Penggunaan teknologi dan
transformasi digital
2.Agenda Pembangunan Lestari
3. Perubahan Dasar Diperingkat
Antarabangsa dan Standard
Pengauditan

STRENGTH (S)

1. Kecekapan dan kemahiran Pegawai
Audit
2. Pegawai dan kemahiran yang pakar dalam bidang pengauditan
3.Personaliti pekerja yang gigih dan rajin
STRATEGI TS

Gunakan T untuk menilai S
STRATEGI OS

Guna O untuk mendapatan S
WEAKNESESS (W)

1.Program latihan yang tidak memberi
Impak
2.Kurangnya sikap Profesionalisme dan
Integriti pegawai Audit
3. Kekurangan perjawatan berbanding
Tugasan
STRATEGI TW

Guna T untuk nilai W
STRATEGI OW

Guna O untuk nilai W


6.0         CADANGAN – CADANGAN STRATEGI
Yang pertama ialah memperkasakan kebebasan institusi audit dalam perkhidmatan awam. Menjadi Institusi Audit yang bebas dan sentiasa responsif dalam hubungan dengan Parlimen dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara serta membantu Sektor Awam menambah baik prestasi pengurusan kewangan. Meneruskan Program Transformasi Jabatan bagi mendapat pengiktirafan taraf kebebasan sebenar iaitu
Ø  Memperkukuh Perkara 106, Perlembagaan Persekutuan
Ø  Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Audit

Ini semua tertakluk kepada persetujuan dan situasi sosial dan politik Negara kerana ia memerlukan kelulusan Jemaah Menteri.

Selain itu, Dato’ Sri Akhbar bin Satar yang merupakan mantan pengarah Badan Pencegahan Rasuah (BPR) sekarang dikenali sebagai (SPRM) dan Presiden Persatuan Fraud Bertauliah Malaysia (Association of Certified Fraud Examiners, Malaysia Chapter) berkata seperti  di Lampiran B jika perlu JAN boleh bertindak mengaudit setiap program kerja projek atau aktiviti dan dapat mencadangkan tindakan punitif awal hatta sehingga ke peringkat pemantauan kontraktor projek. Tindakan segera meminda Perlembagaan dan Akta Audit adalah perlu bagi mengembalikan keyakinan pelabur luar dan dalam negeri. Jabatan Audit perlu ditentukan 'bebas' dan jelas fungsinya meliputi:
Ø  Ketua Audit Negara hendaklah ditentukan bebas melaksanakan mandat dan disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan serta Akta Audit yang baru. Boleh mengaudit apa sahaja terimaan dan bayaran nyata atau tidak nyata, geran dan tanggungan serta apa-apa kumpulan wang termasuk kumpulan wang rahsia;

Ø  Jabatan Audit perlu diberi autonomi dalam mengurus sumber manusia, kuasa hire and fire dan mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Audit tersendiri serta memiliki modul latihan bersifat profesional;

Ø  Autonomi kewangan juga perlu ditentukan dimiliki oleh Jabatan Audit Negara supaya bajetnya terus di bawah Parlimen bagi melicinkan fungsi dan tugas pengauditan.

Ø  Selain itu, dalam melaksanakan pindaan ke atas Akta Audit Negara 1957, JAN perlu kelihatan lebih bebas dan mempunyai mandat yang lebih jelas. Agensi ini perlu diberi lebih kebebasan dalam menjalankan proses audit. Kerajaan boleh menimbangkan keperluan memperkasakan atau meningkatkan keberkesanan JAN. Perkuatkan kawalan dalaman bagi membantu mengurangkan kerugian organisasi.

Ø  Ketua jabatan khususnya ketua setiausaha kementerian perlu membantu dengan memberikan kerjasama kepada Ketua Audit Negara demi mengelak ketirisan dan penyelewengan. Akhir sekali, kita hanya perlu satu sistem yang mudah tetapi memastikan pengendalinya mempunyai integriti. Banyak masalah ketirisan dapat diatasi[5].

Pemerkasaan JAN menjadi sebuah institusi yang bebas telah disyorkan oleh Mantan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin bin Buang pada tahun 2017 seperti keratan akhbar di Lampiran A. Menurut beliau, Jabatan Audit Negara (JAN) perlu diperkasakan lagi dari segi kebebasan daripada kawalan luar jabatan serta diberi autonomi dari segi pengurusan sumber manusia dan bajet. Dalam satu temu bual pada 22 Februari 2017, beliau berkata langkah itu penting ke arah menjadikan jabatan itu sebuah institusi audit negara yang benar-benar bertaraf dunia dan setanding dengan negara-negara maju[6].

Yang kedua ialah menambahbaik dan memperkemas laluan kerjaya Juruaudit. Mengenal pasti Pelan Penggantian dan menambah baik skim sedia ada seperti menambah baik Skim Perkhidmatan Juruaudit menjelang tahun 2020. Untuk ini Jabatan Audit Negara perlua bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF). Cadangan Elaun Pakar bagi Juruaudit yang mempunyai pencapaian dalam Badan profesional iaitu CPA, CIA, CFE dan CISA sebagai insentif tambahan. Kesemua ini memerlukan kelulusan dasar dan  Persetujuan Jemaah Menteri.

Yang ketiga ialah Memperkukuhkan program latihan bagi meningkatkan kepakaran dan kemahiran dalam pengauditan. Memperkukuh latihan pengauditan bagi semua jenis audit melalui sistem eLearning dan menyemak program kokurikulum latihan bagi memantapkan program latihan kepada Juruaudit. Bilangan pegawai menyertai program anjuran IDI/ASOSAI/ASEANSAI iaitu kursus di Luar Negara harus dipertingkatkan.

Yang Keempat memperluaskan pengauditan berasaskan ICT. Perolehan infrastruktur bagi menambah baik peralatan ICT sedia ada dan menambah baik sistem sedia ada dan menyediakan platform bagi melanjutkan penggunaan sistem eAudit bagi semua jenis pengauditan.

7.0         KESIMPULAN/RUMUSAN
Jabatan Audit Negara memainkan peranan penting sebagai ‘check and balance’ dalam sistem akauntabiliti pentadbiran Kerajaan Malaysia. JAN adalah pihak yang mengesahkan semua aktiviti dan kewangan yang telah diluluskan oleh Parlimen dan dilaksanakan oleh Kementerian dan Agensi atau cabang Eksekutif. Berasaskan kepada konsep `oversight’, Jabatan Audit Negara menyemak semula pengurusan kewangan Kementerian dan Agensi dan melaporkan semula kepada Parlimen sama ada bagi tujuan pematuhan terhadap peraturan yang telah ditetapkan, pengesahan akaun serta penilaian terhadap kecekapan, keberkesanan dan ekonomi sesuatu aktiviti. Peranan JAN di peringkat antarabangsa telah diiktiraf dan komitmen yang tinggi sentiasa diberikan kepada pertubuhan Supreme Audit Institutions sama ada INTOSAI, ASOSAI atau pun ASEANSAI.

Selaras dengan Resolusi Pertubuhan Antarabangsa yang menjelaskan perlu Institusi Audit bebas dengan pematuhan terhadap prinsip Mexico Declaration, JAN turut mengambil langkah untuk memperkukuhkan status kebebasan sedia ada. Selaras dengan Program Transformasi, sebagai salah satu entiti Kerajaan JAN turut perlu mengatur langkah dan menyusun strategi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu status negara berpendapatan tinggi.

Oleh demikian, pelbagai strategi perlu disusun serta diselaraskan supaya visi dan misi yang ditetapkan dapat dicapai. Penyusunan strategi bagi menghasilkan laporan berkualiti dan pembangunan kapasiti sama ada struktur organisasi atau modal insan adalah langkah meningkatkan kualiti pengauditan setaraf negara maju. Program pembangunan bagi meningkatkan profesionalisme Juruaudit juga dirasakan perlu agar lebih ramai pakar dalam bidang kawalan dalaman, pengauditan forensik dan fraud, serta pengauditan ICT khususnya system komputer dapat dihasilkan. Berasaskan kepada Pelan strategik JAN 2016 hingga 2020 ini, diharapkan JAN dapat terus mengorak langkah bagi mencapai visi sebagai Institusi Audit yang lebih bebas dan profesional serta bertaraf antarabangsa serta misi untuk
melaksanakan pengauditan secara profesional berlandaskan standard pengauditan antarabangsa bagi menghasilkan laporan audit yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan. Pelan Strategik ini akan membolehkan institusi ini menyusun program dan aktiviti bagi bertindak balas dan membuat penyesuaian dengan persekitaran operasi bagi melaksanakan objektifnya kepada semua stakeholders.


























8.0         RUJUKAN


[2] Pelan Strategik Jan 2016-2020

[3] KEVIN P. KEARNS (Fall 1992)“From Comparative Advantage to Damage Control: Clarifying Strategic Issues Using SWOT Analysis,” Nonprofit Management and Leadership, Vol. 3, No. 1. New York: Henry HoltUniversity

[4] Will Edwards. (2012)Inspiration personal development. TOWS Analysis: Defining Successful Partnerships. Weblog [Online] 5th January. Available from:http://www.whitedovebooks.co.uk/blog/2012/01/tows-analysis-defining-successful-partnerships/.[Accessed 26/09/12]

[5] Memperkasa Jabatan Audit Negara, Kolumnis, Berita Harian, Khamis 7 April 2016, Akhbar Satar

[6] Perkasakan Jabatan Audit Negara – Ambrin, Rencana Berita Harian, 13 April 2017

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA