BPMM3053 PEMASARAN ANTARABANGSA : MAS AIRLINES







1.0              Pengenalan kepada keseluruhan tugasan.

Saya memilih MAS Airlines sebagai tajuk tugasan kerana saya amat meminati servis daripada syarikat ini dan selalu menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut dalam perkhidmatan awam saya sebagai Penolong Juruaudit yang sentiasa perlu bertugas di luar kawasan sebilang masa. Tugasan berkaitan MAS Airlines ini akan membincangkan pelbagai aspek iaitu mengenai biodata syarikat, cara kemasukan ke pasaran asing, bagaimana faktor budaya dan lain-lain boleh mempengaruhi operasi syarikat di luar negara, apakah undang-undang yang perlu dipatuhi dan membuat SWOT analisis bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang dihadapi oleh MAS Airline selaku peneraju penerbangan dan pelancongan di Malaysia mahupun dunia.
1.0              Biodata Syarikat


MAS mempunyai sejarah yang panjang dalam industri penerbangan. Syarikat ini memulakan penerbangan komersial semenjak tahun 1947, sebagai Malaysian Airways Limited dan bertukar menjadi Malaysian Airline System Berhad pada tahun 1972 (secara komersial dikenali sebagai Malaysia Airlines) setelah berpecah dengan Singapore Airlines, iaitu syarikat penerbangan Singapura. Syarikat telah menempa kemuncak pencapaian pada era 80-an dan 90-an sehingga  syarikat mampu menerobos destinasi utama dunia, termasuk Los Angeles,  Honolulu, Buenos Aires dan Mexico City.

Sejarah MAS bermula pada 12 Oktober 1937, iaitu sebuah syarikat perkapalan enjin stim singapura yang berpusat di Liverpool dan Imperial Airways telah menghantar permohonan kepada kerajaan penjajah di Pulau Pinang dan Singapura untuk memulakan penerbangan berjadual yang menghubungkan kedua-dua bandar ini.Malayan Airways Limited (MAL) telah ditubuhkan namun perkhidmatan berbayar untuk penumpang yang pertama sekali hanya dapat diperkenalkan 10 tahun kemudiannya pada 2 Februari 1947 dan  penerbangan sulung yang hanya membawa 5 orang penumpang ini adalah untuk ke Kuala Lumpur, bukan Pulau Pinang. Dalam tahun yang sama, MAL meluaskan operasi penerbangannya ke Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon daripada hub utamanya di Singapura.

Pada tahun 1957, syarikat penerbangan ini dijadikan syarikat milik kerajaan. Dengan ketibaan pesawat Bristol Britannia yang mampu membawa 84 penumpang pada tahun 1960, syarikat penerbangan ini memulakan operasi jarak jauh pertamanya ke Hong Kong. Apabila negara Malaysia ditubuhkan, nama syarikat ini ditukar kepada Malaysian Airways Limited pada November 1963. Kemudian, apabila Singapura berpisah daripada Kesatuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, kerajaan Malaysia dan Singapura mengambil alih saham majoriti daripada BOAC dan pemegang saham yang lain dan syarikat ini bertukar nama menjadi Malaysia-Singapore Airlines. Selepas 20 tahun memulakan operasinya, syarikat ini telah menggunakan pelbagai jenis pesawat seperti Comet IV, enam Fokker F27, lapan Douglas DC-3 dan dua Twin Pioneers dan mempunyai tenaga kerja seramai 2,400 orang. Pada 3 April 1971, syarikat penerbangan ini dibahagikan kepada dua syarikat, iaitu Singapore Airlines dan Malaysia Airlines Systems (MAS). Menjelang tahun 1972, MAS telah meluaskan operasi kepada lebih 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa. Pada 15 Oktober 1987, nama perdangangan syarikat ini ditukar kepada Malaysia Airlines.

MAS mula berdepan dengan masalah kewangan serius apabila negara dilanda krisis kewangan pada tahun 1997. Walaupun berjaya pulih kembali, MAS sekali lagi dilanda masalah kewangan yang serius sekitar tahun 2005 yang disebabkan, terutamanya oleh kenaikan harga bahan api. Sekali lagi, MAS berjaya pulih sebelum dilanda kerugian terbesar pada tahun 2011. Kali ini, faktor salah pengurusan diakui antara punca, selain kenaikan berterusan harga bahan api. Usaha pemulihan terus dibuat, antara lain melalui pengurangan kos dan destinasi penerbangan. Peningkatan saingan, terutamanya daripada syarikat penerbangan tambang murah menjadikan MAS sukar untuk mengembalikan prestasinya seiring dengan status dan reputasinya sebagai syarikat penerbangan nasional. Malang menimpa MAS apabila pada 8 Mac 2014 tragedi kehilangan pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing mencetuskan krisis keyakinan masyarakat antarabangsa untuk menggunakan khidmat penerbangan MAS.

Sejurus itu, prestasi kewangan MAS terjejas teruk akibat berlaku banyak penurunan dan pembatalan tempahan tiket. Sementara pesawat MH370 masih belum ditemui, terjadi pula tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh oleh pengganas di Ukraine pada 17 Julai 2014. Tragedi demi tragedi yang berlaku telah memberikan dampak negatif dan merosotnya kepercayaan awam terhadap keupayaan MAS. Pelan penyelamatan syarikat penerbangan yang mempunyai kepentingan strategik nasional dirasakan perlu diperkenalkan dan dilaksanakan pada peringkat tertinggi. Syarikat pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd. diberikan tanggungjawab berat untuk menjayakan misi ini. Khazanah Nasional Bhd. telah mengambil alih MAS dengan memegang kepentingan sepenuhnya dalam MAS melalui pengambilalihan syer daripada pemegang syer minoriti yang lain.3 Ekoran itu, Akta 765 diperkenalkan sebagai pendekatan drastik, khusus untuk membawa syarikat ke arah pemulihan sepenuhnya. Pendekatan utama yang dikenal pasti untuk mencapai matlamat ini adalah untuk membawa para pekerja dan pembekal ke meja rundingan[1].

2.0              Cara kemasukan ke pasaran asing
.
Syarikat MAS Airlines telah menjalinkan kerjasama dengan banyak negara di Dunia melalui penawaran penerbangan dan pelancongan. MAS telah memohon permit penerbangan dan pendaratan dari setiap negara yang mereka masuki. Ini selaras dengan undang-undang sesebuah negara tersebut. Sesuai dengan tema MAS iaitu One World dimana banyak negara di dunia telah dioperasi oleh mereka. Malaysia Airlines System (Sistem Penerbangan Malaysia) ialah syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan charter. Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hub kedua. Syarikat ini merupakan salah satu daripada 6 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax selain Asiana Airlines, Cathay Pacific, Qatar Airways, Singapore Airlines dan Kingfisher Airlines. Malaysia Airlines telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya


3.0              Bagaimanakah pasaran/kebudayaan, stail pengurusan, sistem perniagaan, politik, sosioekonomi mempengaruhi operasi syarikat Malaysia di luar negara?

Sebagaimana pengangkutan darat dan air, kemudahan di udara membuatkan manusia dapat melihat dunia di luar sana tanpa halangan, tanpa sempadan geografi. Itulah jasa kapal terbang. Itulah juga budi Penerbangan Malaysia (MAS). Sejak enam dekad lalu, sayap MAS terbukti telah berjaya dikembangkan ke jarak begitu jauh dan meluas sekali.
Dalam tempoh yang panjang itu, MAS meniti beberapa fasa evolusi, tetapi menjurus kepada satu matlamat asal iaitu membawa impian semua orang untuk terbang tinggi di awan biru. Ia bermula pada 1947 dengan nama Malayan Airways Limited (MAL), dilatari gambar seekor harimau bersayap.

Terbentuknya Malaysia pada 1963, penerbangan itu berganti nama kepada Malaysian Airways Limited dan selepas itu, Borneo Airways telah bergabung ke dalam MAL. MAS juga pernah dikenali sebagai Malaysia-Singapore Airlines (MSA), saat sebelum pemisahan Singapura. Seiring nama baru, logo baru turut diperkenalkan dengan sayapnya semakin melebar, jauh terbang sehingga ke Perth, Taipei, Rom dan London. Sementara itu, pada 1973, Malaysia memperkenalkan Malaysian Airline Limited. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ketika itu, tidak begitu bersetuju tentang nama terbabit, kerana pada hematnya seolah-olah membawa kepada anggapan peranannya tidak berkesan atau terbatas. Beliau sebaliknya menamakannya sebagai Malaysian Airline System (MAS).

Evolusi MAS diperkuatkan dengan gambar-gambar nostalgia sepanjang 60 tahun - logo-logo, reka bentuk, kostum pramugari MAS, hasil rakaman arkib syarikat penerbangan utama negara itu. Hanya pada 1987 dan kekal sehingga hari ini, syarikat berkenaan dikenali sebagai Malaysia Airlines atau Penerbangan Malaysia (MAS). Bahawa sejarah telah menyaksikan nama itu membawa perubahan dan sehingga hari ini MAS menerbangkan sekurang-kurangnya 50,000 penumpang setiap hari ke lebih 100 destinasi seluruh dunia - 16 domestik dan 82 destinasi antarabangsa, dengan 24 daripadanya menawarkan perkhidmatan bersama dengan rakan kongsi syarikat penerbangan.

Ia adalah jaringan yang telah terbina dalam tempoh 60 tahun dan masih berkembang.
Menjadi sebuah syarikat penerbangan berkelas dunia, bermakna MAS menawarkan pakej yang lengkap kepada penumpang dan akan sentiasa mencari cara baru untuk memberi lebih keselesaan untuk dialami oleh penumpang. Syarikat penerbangan ini telah mengharungi lebih daripada satu perjalanan, membuktikan bahawa dengan ketabahan dan kecekalan, impian boleh menjadi kenyataan. Sesungguhnya ada kebanggaan yang sukar diterjemah setiap kali melihat pesawat kita, nama tempatan, membelah langit di seluruh dunia.

Pada sisi lain, semangat untuk terus bercita-cita memperoleh lebih daripada itu turut berkembang mekar. Dalam hal ini, identiti visual sudah pasti logo yang kukuh, penting untuk menyematkan kepekaan di kalangan rakyat Malaysia dan seluruh dunia. Logo MAS beralih daripada harimau bersayap kepada jenis tulisan yang mudah MSA, tetapi apabila Sistem Penerbangan Malaysia (Malaysia Airline System) dilahirkan, logo lebih menarik dihasilkan.
Justeru, pilihannya ialah wau bulan (layang-layang bulan gergasi). Logo wau telah diubah suai kepada versi lebih baik seperti yang dilihat hari ini, diperkenalkan pada tahun 1987. Bukan sahaja nama dan logo, sejarah menyaksikan bagaimana perubahan pakaian seragam pramugari (dulu dikenali sebagai Gadis Emas) bertukar beberapa kali. MAS sesungguhnya telah merakamkan sejarah evolusi yang panjang, yang realitinya tidak dapat diperincikan dalam ruang yang terbatas[2].

                        Setakat ini MAS Airlines masih menawarkan minuman beralkohol kepada penumpang yang bukan muslim. Ini kerana terdapat jumlah penumpang dari luar negara yang menggunakan perkhidmatan mereka dan sudah tentu mereka suka minum minuman beralkohol walapupun ia bertentangan dengan syariat islam kerana negara kita adalah neraga Islam.

1.0              Adakah syarikat Malaysia yang beroperasi di negara yang dimasuki terpaksa mengubahsuai atau mengadaptasi produk atau servis mereka untuk menyesuaikan dengan pasaran tersebut.

MAS Airlines masih mengekalkan identiti sendiri mereka walaupun menceburi servis di luar negara. MAS menampilkan pakaian batik sebagai pakaian pekerja-pekerja mereka disamping mempromosikan pakaian batik kepada dunia. Perubahan warna dan corak petugas Malaysia Airlines dari awal hingga terkini. Rekaan Sarong Kebaya pada pakaian korporat telah diperkenalkan pada 1 Mac 1986. Seragam ini telah direka oleh Fakulti Fesyen Institut Teknologi Mara, yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara. Corak batik yang digunakan menggambarkan motif kelerai ataupun anyaman buluh. Corak ini menjadi latar belakang dan bersatu dengan warna asas seragam tersebut. Kemudian, beberapa corak flora asli Malaysia seperti cempaka, jasmin, dan daun-daun bunga raya disulam pada motif "kelerai" tersebut. Motif geometri Sarawak digunakan pada kelim-kelim baju, hujung lengan dan kain sarong. Pada 1 Januari 1993, warna batik ini dicantikkan lagi untuk dipadankan dengan warna seragam baru pramugaranya.

Kod Warna untuk pramugari
•          Sarong kebaya dengan bunga kuning untuk Inflight Supervisor.
•          Sarong kebaya dengan bunga merah jambu untuk Chief Stewardesses, Leading Stewardesses, dan Flight Stewardesses.
•          Sarong kebaya dengan bunga magenta untuk pegawai pengurusan di lapangan terbang.

2.0              Bagaimanakah syarikat Malaysia menghadapi pesaing di pasaran yang dimasuki?

MAS Airlines mempunyai starategi perniagaan sendiri yang boleh menambat hati pengguna di luar negara mahupun tempatan. Yang pertama mereka menawarkan khidmat penerbangan di banyak destinasi di dunia iaitu lebih dari 100 negara dan kekerapan penerbangan yang tinggi. Yang kedua, MAS menawarkan harga tiket yang berpatutan di kalangan pesaing mereka dan menawarkan kemudahan MAS Golden Lounge, muatan bagasi yang lebih dan kemudahan penukaran tiket bila-bila masa tanpa caj. Ini berbeza dengan pesaing mereka seperti Air Asia. Penggunaan pesawat jenis Airbus yang mula digunakan sejak tahun 2012 menjadikan MAS mampu bersaing sama hebat dengan syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa yang lain.

3.0              Bagaimanakah undang - undang atau halangan perdagangan tempatan atau antarabangsa mempengaruhi pengoperasian dan aktiviti pemasaran syarikat Malaysia di negara yang mereka masuki?

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel, justeru itu MAS Airlines memang tidak menawarkan khidmat penerbangan atau pelancongan ke Israel. Malaysia juga memounyai hubungan yang baik dengan United Kingdom dan menjadi gabungan dalam pertubuhan negara-negara Komanwel dan jumlah pelancong daripada negera tersebut adalah begitu tinggi yang melancong ke Malaysia dan menggunakan khidmat MAS. Hubungan yang baik di antara dua negara Komanwel ini memudahkan permit dan visa bagi kemasukan pelancong kedua-dua buah negara. Ini sudah pasti merancakkan lagi perdagangan dan pelancongan kedua -dua buah negara dan memajukan perkhidmatan penerbangan kedua -dua buah negara iaitu MAS Airlines dan British Airways.

Hubungan diplomatik yang baik antara Malaysia dengan China juga telah menyebabkan kedua-dua negara mengistiharkan bahawa tiada keperluan visa bagi mengunjungi negara tersebut. Oleh itu bilangan pelancong dari China ke Malaysia meningkat begitu mendadak dan MAS juga mendapat faedah dari hal ini. Pelancong dari China tidak perlu mendapatkan visa untuk melawat Malaysia mulai 1 Mac hingga 31 Disember tahun 2016.


Perkara itu dinyatakan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016. Beliau berkata pengecualian visa untuk pelancong China itu akan tertakluk kepada syarat tertentu bagi tempoh kunjungan tidak melebihi 15 hari. Di samping itu, kerajaan juga akan mempermudahkan kemasukan pelancong asing dengan mempercepatkan pelaksanaan e-Visa melibatkan beberapa negara yang telah dikenal pasti. Laporan sebelum ini menyebut bahawa Malaysia ingin menarik lapan juta pelancong dari China setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang dengan kuasa berbelanja RM22.1 bilion, berbanding 1.3 juta pelancong dari negara itu yang melawat Malaysia setiap tahun[3].


4.0              SWOT analysis bagi setiap syarikat yang dipilih beradasarkan 4 Ps (product, price, promotion, place).

Produk MAS
MAS menawarkan mutan bagasi yang lebih, khidmat penukaran tiket bila-bila masa tanpa caj dan skim enrich yang memberi mata dan ganjaran untuk menebus tiket percuma. Selain itu, MAS merupakan satu jenama yang popular dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat itu diiktiraf dunia. MAS merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menang anugerah Kru Kabin Terbaik Dunia daripada Skytrax sebanyak empat kali berturut-turut iaitu dari 2001 hingga 2004 dan yang paling banyak menang anugerah itu iaitu sebanyak tujuh kali. MAS juga diiktiraf sebagai syarikat penerbangan lima bintang sebanyak lima kali iaitu pada 2005, 2006, 2007, 2009 dan 2012, di samping Anugerah Kelas Ekonomi Terbaik Dunia (2010) dan Syarikat Penerbangan Peneraju Asia (2010, 2011). Selain itu, MAS juga menawarkan sajian dalam pesawat yang sedap dan enak antaranya sate Malaysia, nasi lemak, rending dan kacang masin yang sedap telah menambat hati ramai pengguna. Layanan krew kabin juga amat mesra dan memuaskan hati pelanggan. Namun kebelakangan ini produk MAS telah ditolak akibat daripada tragedy MH370 yang hilang dan MH17 yang telah ditembak oleh pengganas di Ukraine.

Harga
MAS menawarkan harga tiket yang berpatutan di luar negara namun di pasaran tempatan ia lebih mahal berbanding pesaing mereka seperti Air Asia. Tambang domestic lebih mahal menyebabkan syarikat tambang murah seperti Air Asia menguasai pasaran tempatan. MAS lebih menguasai pasaran luar negara berbanding pesaing lain kerana harga yang lebih murah.

Promosi
Promosi MAS tidak begitu agresif berbanding pesaing mereka di Malaysia seperti Air Asia kerana jarang kita melihat iklan di tv mahupun akhbar. Lebih banyak iklan dan promosi Air Asia yang kita dapat lihat di Malaysia. Di luar  negara jarang pula kita dengar dan lihat promosi yang MAS lakukan.



Tempat
MAS dulunya menawarkan khidmat lebih daripa 100 negara di dunia namun selepas tragedi MH370 dan MH17 telah menyebakan pengurangan destinasi bagi menjamin penerbangan yang menberikan keuntungan. Contohnya tahun lepas MAS telah menghentikan operasinya ke Amsterdam, Belanda kerana tidak menguntungkan.

5.0              Apa – apa tambahan nota.

Antara tragedi hitam dalam sejarah MAS : -

Nahas udara MH653
Kes nahas pertama yang paling teruk direkodkan dalam sejarah MAS melibatkan pesawat MH653 yang terhempang di Tanjung Kupang pada Disember 1977 dan mengorbankan 100 nyawa. Pesawat tersebut berlepas pada 7.21 petang dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Namun, pada jam 7.46 petang, juruterbang Kapten G.K. Ganjoor semasa mendekati landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang melaporkan kepada menara kawalan mengenai kehadiran seorang “perampas yang tidak dikenali” di dalam pesawat. Insiden dilaporkan serta-merta kepada pihak berkuasa yang membuat persediaan kecemasan. Namun, beberapa minit kemudian kapten Ganjor memberitahu menara kawalan bahawa beliau akan mengalihkan perjalanan ke Singapura pula. Malangnya, pesawat terbabit tidak berjaya mendarat di negara itu. Pada 8.36 malam, penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang melaporkan satu letupan dan kebakaran di paya bakau berdekatan, di mana bangkai MH653 ditemui. Terdapat spekulasi mengatakan bahawa Tentera Merah Jepun yang bertanggungjawab untuk rampasan pesawat tersebut. Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengesahan dibuat ke atas spekulasi tersebut.


Misteri kehilangan pesawat MH370 yang masih belum terungkai
Sehingga ke hari ini, nasib 239 anak kapal dan penumpang pesawat MH370 penerbangan Kuala Lumpur-Beijing masih tidak diketahui. Setelah hampir lebih setahun hilang tanpa khabar berita, misteri kehilangan pesawat tersebut masih terus menjadi tanda tanya. Pesawat hilang terbabit merupakan sebuah Boeing 777-200 dan mempunya rekod keselamatan yang amat baik selama ianya beroperasi sehingga tahun lepas.
Pelbagai spekulasi dan teori timbul berkait tentang kehilangan pesawat ini, namun ianya hanya spekulasi yang tiada pengesahan daripada mana-mana pihak.

 M17 Kena tembak
Tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh oleh pengganas di Ukraine pada 17 Julai 2014. Tragedi demi tragedi yang berlaku

6.0              Kesimpulan

Syrikat penerbangan komersial dilanda masalah kewangan atau mengalami kerugian dalam operasi bukan suatu perkara baharu tetapi telah lama berlaku. Kalau dilihat senarai syarikat penerbangan yang sudah tidak beroperasi, jumlahnya bukan sedikit tetapi beratus.
Keadaan ini berlaku kerana pelbagai faktor termasuk bebanan kos operasi, persaingan domestik, sentimen pengguna, krisis ekonomi dan sebagainya. Sebahagian syarikat ini terselamat selepas bergabung dengan syarikat-syarikat penerbangan lain untuk membentuk entiti yang lebih kuat bagi mengelak daripada 'gulung tikar' dan ada yang mendapat suntikan modal daripada kerajaan. Jadi, masalah kewangan yang melanda Malaysia Airlines (MAS) yang hangat diperkatakan pada masa ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia turut berlaku ke atas syarikat-syarikat penerbangan lain. Kita seharusnya berbangga kerana MAS masih bertahan sehingga hari ini ketika banyak syarikat penerbangan lain sudah tidak wujud. Saya melihat kepada suka-duka perjalanan syarikat penerbangan negara yang telah menjadi `duta' memperkenalkan nama Malaysia ke serata dunia sejak sekian lama serta beberapa syarikat penerbangan lain yang turut mengalami masalah serupa.


Rujukan

[1] AKTA 765 - MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD                                   (PENTADBIRAN) 2015, Hasani Mohd Ali hmohdali@ukm.edu.my Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia

[2] Lim Chee Wah, High-Flying Dreams, majalah Going Places, Ogos 2007.

[3] http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/01/28/pelancong-china-dikecuali-visa/ Diterbitkan: Khamis, 28 Januari 2016 3:20 PM


























Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA