GMGA 3033 OPERASI DASAR AWAM


1.0  PENGENALAN

Portal Rasmi Perlimen yang ada sekarang diasaskan sejak tahun 2009 oleh Parlimen Malaysia. Bilangan pengunjung portal sejak ia diasaskan sehingga hari ini 28 November 2016 adalah seramai 12,876,064 orang.. Di dalam Portal Rasmi Parlimen pelbagai maklumat dipaparkan seperti aturan urusan mesyuarat, Penyata Rasmi Dewan Rakyat, maklumat ahli-ahli parlimen, fungsi Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta lain-lain lagi maklumat[1].

Parlimen adalah badan perundangan bagi Kerajaan Persekutuan yang melulus dan meminda undang-undang Persekutuan, memeriksa dasar-dasar kerajaan serta meluluskan bajet kerajaan dan cadangan cukai yang baru. Parlimen juga menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" kepada ahli Parlimen.

Setiap Dewan mempunyai kuasa untuk mengawal selia tatacaranya sendiri, mempunyai kuasa mutlak atas prosiding masing-masing yang mana kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah; dan setiap Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak keistimewaan atau menghina (contempt) di dalam Dewan tersebut. Secara amnya, ahli Dewan menikmati imuniti daripada prosiding sivil dan jenayah terhadap perkara yang dibahaskan dan yang dibuat di dalam sesi Parlimen.

Laporan Penyata Rasmi persidangan Dewan Rakyat dapat diterbitkan dengan jayanya setiap hari. Ahli-ahli Parlimen dan orang awam dapat mengakses Laporan Penyata Rasmi tersebut di dalam Portal Rasmi Parlimen Malaysia pada jam 3 petang keesokan hari. Sepanjang tahun 2014 Seksyen Penyata Rasmi telah menerbitkan sejumlah 57 laporan Penyata Rasmi Dewan Rakyat. Selaras dengan pindaan Peraturan Mesyuarat 20(1) pada 27 November 2012, Penyata Rasmi bagi tahun 2014 diedarkan kepada Ahli Yang Berhormat dalam bentuk CD. Kaedah digital ini telah dapat menjimatkan kos kerana penggunaan kertas dapat dikurangkan. Sepanjang tahun 2014 juga, Cawangan Penyata Rasmi telah menerbitkan sejumlah 47 Laporan Prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan masing-masing satu Laporan Prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat.
Seperti tahun sebelumnya bagi membantu mengekal taraf ‘5 Bintang Portal Rasmi Parlimen
Malaysia’, Seksyen ini sentiasa mengemas kini paparan laporan-laporan Penyata Rasmi Dewan Rakyat di dalam Portal Parlimen[2].

2.0  Laporan parlimen 2015 (Penggal Ketiga)
                                                                                 
       Bagi Laporan Parlimen 2015 Penggal Ketiga, sebanyak 62 mesyuarat telah dijalankan. Mesyuarat khas telah dijalankam sebanyak dua kali pada 26-27 Januari 2015, mesyuarat pertama dijalankan sebanyak 20 kali pada 09 Mac – 09 April 2015, mesyuarat kedua dijalankan sebanyak 16 kali sepanjang 18 Mei – 18 Jun 2015 dan mesyuarat ketiga dijalankan sebanyak 24 kali sepanjang 19 Oktober - 03 Disember 2015. Pelbagai isu atau agenda mesyuarat yang dibincangkan oleh ahli-ahli parlimen dalam mesyuarat tersebut merangkumi sosial, ekonomi, politik dan juga isu semasa. Semua jumlah mesyuarat yang telah berjaya dihasikan sepanjang Laporan Parlimen 2015 dapat saya rumuskan seperti Jadual 1 di bawah :
JADUAL 1 : KEKERAPAN BILANGAN MESYUARAT PARLIMEN BAGI TAHUN 2015
BIL
JENIS MESYUARAT
TARIKH
JUMLAH
1.
Mesyuarat khas
26 Januari 2016
27 Januari 2016
2
2.
Mesyuarat Pertama
09 Mac 2015
10 Mac 2015
11 Mac 2015
12 Mac 2015
16 Mac 2015
17 Mac 2015
18 Mac 2015
19 Mac 2015
23 Mac 2015
24 Mac 2015
25 Mac 2015
26 Mac 2015
30 Mac 2015
31 Mac 2015
01 April 2015
02 April 2015
06 April 2015
07 April 2015
08 April 2015
09 April 2015
20
3.
Mesyuarat Kedua
18 Mei 2015
19 Mei 2015
20 Mei 2015
21 Mei 2015
25 Mei 2015
26 Mei 2015
27 Mei 2015
28 Mei 2015
08 Jun 2015
09 Jun 2015
10 Jun 2015
11 Jun 2015
15 Jun 2015
16 Jun 2015
17 Jun 2015
18 Jun 2015
16
3.
Mesyuarat Ketiga
19 Oktober 2015
20 Oktober 2015
21 Oktober 2015
22 Oktober 2015
23 Oktober 2015
26 Oktober 2015
27 Oktober 2015
28 Oktober 2015
29 Oktober 2015
02 November 2015
03 November 2015
04 November 2015
05 November 2015
16 November 2015
17 November 2015
18 November 2015
19 November 2015
23 November 2015
24 November 2015
25 November 2015
26 November 2015
30 November 2015
01 Disember 2015
02 Disember 2015


24

JUMLAH
62

3.0       ISU UTAMA YANG DIPILIH
Saya telah memilih Laporan Parlimen Ketiga Belas, Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua yang telah dijalankan pada 18 Jun 2015 berkenaan isu Penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015/2025, Pendidikan Tinggi ataupun PPPMPT.
Saya berpendapat bahawa isu ini adalah merupakan recurrent issues kerana PPPMPT merupakan kesinambungan ataupun continuity daripada Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) sektor sekolah yang telah dilancarkan pada tahun 2013. PPPMPT ini telah dibangunkan secara inklusif dan komprehensif dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang berkepentingan daripada 10,500 orang termasuk 100 pemegang ‘Taro’, 30 pakar daripada tempatan dan juga antarabangsa. Penggubalan pelan pendidikan ini juga berpandukan laporan kajian yang telah dilaksanakan oleh agensi antarabangsa seperti Bank Dunia, UNESCO dan O dan OECD.

Sebagai langkah-langkah dalam perancangan untuk melaksanakan dan menjayakan PPPMPT ialah seperti berikut. Antaranya ialah untuk mempraktikkan lonjakan pertama pelan tersebut untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Pelan telah memperkenalkan Program Akademik Sarjana Muda berbentuk 2+2 iaitu yang melibatkan pembelajaran selama 2 tahun di kampus dan juga 2 tahun luar kampus ataupun pembelajaran industri. Ini akan melengkapkan lagi pengalaman dan keyakinan pelajar semasa mereka bekerja.Keduanya, melaksanakan sistem gred purata nilai gred kumulatif yang bersepadu ataupun integrated CGPA yang mana bukan hanya pencapaian akademik semata yang diukur tetapi juga mengukur sumbangan sosial, kemahiran berkomunikasi, kemahiran sosial pelajar-pelajar tersebut. Ketiganya mewujudkan 4 laluan kerjaya kepada ahli akademik, yang mana ahli akademik boleh memberi tumpuan sama ada mereka ini mengajar, keduanya ingin menyelidik, ketiga menjadi pemimpin di peringkat universiti ataupun kita akan jemput pensyarah-pensyarah profesional dari luar.

Untuk melaksanakan laluan keempat pensyarah profesional dari luar, kerajaan memperkenalkan program CEO @ Faculty, dengan izin ataupun CEO The Faculty bagi perkongsian tokoh-tokoh korporat terkenal contohnya Tan Sri Azman Mokhtar, Khazanah, Tan Sri Tony Fernandez AirAsia, Ketua Eksekutif Shell, Ketua Eksekutif Samsung. Selain itu juga terdapat beberapa langkah lain yang turut dilaksanakan seperti memberi autonomi kepada majoriti universiti awam dalam beberapa bidang termasuk tadbir urus, proses pemilihan, sumber manusia dan penawaran kursus, melaksanakan massive online courses, melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat dan juga melahirkan graduan TVET yang berkualiti[3].


4.0 Matlamat Dasar  berkaitan isu PPPMPT      

Matlamat dasar merupakan satu kriteria untuk menilai dasar awam yang mana matlamat merupakan satu standard atau ukuran dalam menilai (assessment) dasar yang dilaksanakan. Dengan kata lain, kejayaan sesuatu dasar ialah apabila dasar yang dilaksanakan mampu mencapai matlamat yang telah digariskan

4.1       Matlamat Kesaksamaan
Maksud kesaksamaan ialah treating others alike adalah berlandaskan kepada persoalan tentang pengagihan sumber-sumber yang dimiliki oleh sesebuah negara seperti barangan dan perkhidmatan, harta kekayaan dan pendapatan, kesihatan dan penyakit ataupun peluang dan disadvantage. Pengagihan sumber-sumber ini dilakukan melalui proses politik. Dasar PPPMPT ini diwujudkan supaya wujud kesaksamaan masyarakat dalam menerima perkhidmatan pendidikan yang sama rata demi pembangunan sosial dan ekonomi yang mapan dan mengelakkan jurang sosial atau ekonomi yang terlampau tinggi.
                                                          
4.2       Matlamat Kecekapan
Efisien hanyalah satu idea yang bersifat perbandingan. Efisien merupakan satu cara untuk menilai (judging) secara merit berhubung dengan pelbagai cara atau alternatif untuk melakukan sesuatu. Anda tentu pernah mendengar tentang konsep nisbah atau ratio. Ianya menggambarkan nisbah input dan output, usaha dan keputusan, perbelanjaan dan pendapatan, kos dan faedah dan sebagainya. Dalam konteks yang luas, kita melihat pengagihan sumber yang sedia ada secara cekap akan memberi pulangan yang banyak kepada masyarakat keseluruhannya. Antaranya ialah kerajaan akan melatih sehingga akhir tahun ini 22,500 guru-guru bahasa Inggeris untuk memastikan mereka mencapai tahap CPT C1 ataupun Cambridge Placement Test C1 dan C2 agar mereka boleh mengajar bahasa Inggeris dengan baik. Tidak kurang juga kita mempunyai 360 native speakers ataupun dipanggil orang putih, orang yang bahasa penuntut jati bahasa Inggeris yang mengajar, mendidik, menjadi mentor 5,000 guru-guru kita. 100 guru ETA, English Teaching Assistant yang sedang berada di sekolah-sekolah kita di samping program-program Teach for Malaysia dan sebagainya yang sedang dilaksanakan untuk memastikan mula daripada sekolah lagi ianya bermula. Untuk kemasukan universiti, MUET untuk memastikan mereka mencapai tahap bahasa Inggeris yang diperlukan. Program 2+2 ini adalah satu program yang pernah dilaksanakan di sebuah universiti di Canada sebenarnya. Dalam mengkaji kebolehpasaran graduan-graduan kita, mereka tidak mampu untuk masuk pasaran dengan baik kerana mereka tidak mempunyai kemahiran komunikasi katakanlah antaranya juga bahasa Inggeris, tidak mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi. Dengan adanya Program 2+2 ini, mereka didedahkan dengan apa yang dikehendaki oleh pasaran. Bukan hanya Program 2+2 mempunyai Program Integrated CGPA di mana mereka bukan hanya diukur mengikut kemahiran akademik mereka semata-mata, tetapi juga mengikut kemahiran komunikasi mereka, kemahiran sosial mereka dan juga nilai-nilai kepimpinan yang ada pada mereka[4].

4.3       Matlamat Keselamatan
Matlamat keselamatan berkait rapat dengan keperluan manusia (needs of human beings). Terdapat pelbagai aspek keperluan kepada keselamatan seperti keselamatan ekonomi, keselamatan fizikal, keselamatan psikologi dan sebagainya. Aspek keselamatan atau jaminan kepada keperluan seringkali menimbulkan isu yang bersifat kontroversi dalam tuntutan politik khususnya dasar awam. Ini kerana beberapa persoalan timbul berhubung dengan isu keperluan. Antaranya ialah
(i) Apa yang perlu disediakan oleh kerajaan?
(ii) Apakah bentuk keperluan yang perlu dipenuhi?
(iii) Bagaimanakah menjadikan keperluan sebagai satu pengagihan tanggungjawab bersama ini dapat dilaksanakan?

Secara ringkasnya, definisi keperluan ini merujuk kepada what is necessary for physical survival. Dengan kata lain apakah yang diperlukan oleh manusia untuk memenuhi keperluan fizikal. Dalam konteks ini apakah standard atau ukuran yang paling minimum yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Dengan kata yang mudah kerajaan perlu memastikan setiap individu mempunyai makan dan tempat tinggal yang secukupnya. Oleh itu melalui dasar pendidikan Negara PPMPT ini diperkenalkan kerajaan kerana Negara ingin melihat rakyat mempunyai jaminan keselamatan dalam hidup mereka melalui kemudahan pendidikan dan pelajaran keran ia penting dalam memastikan survival kehidupan manusia bahawa ilmu pendidikan adalah penyuluh kehidupan.

4.4       Matlamat kebebasan
Dalam kehidupan seharian, wujudnya konflik atau tension antara keputusan atau kepentingan individu dengan keputusan atau kepentingan yang bersifat kolektif. Individu sepatutnya mempunyai kuasa untuk membuat pilihan dan kerajaan sepatutnya kurang mencampuri urusan individu seperti yang dinyatakan. Namun campur tangan kerajaan adalah perlu memandangkan sesetengah perkara atau tindakan individu memberi kesan dan melibatkan kepentingan orang lain. Semua rakyat Malaysia mempunyai kebebsan untuk mendapatkan khidmat pendidikan samaada secara percuma atau berbayar  yang disediakan oleh pihak kerajaan mahupun swasta.




5.0       Bentuk – Bentuk Penyelesaian Dasar
Terdapat lima bentuk penyelesaian yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah awam. Bentuk-bentuk penyelesaian dasar ini boleh dijadikan sebagai kaedah untuk mengaplikasikan sesuatu dasar bagi masalah awam tertentu. Lima bentuk tersebut ialah dorongan, peraturan, fakta, hak dan kuasa. Penganalisis dasar boleh menggunakan satu atau lebih bentuk penyelesaian untuk satu masalah. Penggunaan bentuk penyelesaian bergantung kepada kesesuaian masalah awam tersebut.

Saya berpendapat dalam isu PPPMPT ini dasar penyelesaian yang digunakan oleh pihak kerajaan ialah berbentuk dorongan dan hak.

5.1       Dorongan
Dorongan merupakan kaedah untuk mengubah tingkah laku manusia dengan menggunakan ganjaran dan hukuman. Ganjaran merupakan satu insentif untuk masyarakat agar bertindak sesuatu seperti yang diingini oleh kerajaan dalam menjayakan sesuatu dasar. Selain itu, dorongan juga boleh berlaku secara serentak iaitu, sekiranya rakyat melakukan apa yang kerajaan kehendaki, mereka akan mendapat ganjaran, sebaliknya jika mereka mengingkari, mereka akan mendapat hukuman.
 Antaranya ialah untuk mempraktikkan lonjakan pertama pelan tersebut untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Pelan telah memperkenalkan Program Akademik Sarjana Muda berbentuk 2+2 iaitu yang melibatkan pembelajaran selama 2 tahun di kampus dan juga 2 tahun luar kampus ataupun pembelajaran industri. Ini akan melengkapkan lagi pengalaman dan keyakinan pelajar semasa mereka bekerja.
Keduanya, melaksanakan sistem gred purata nilai gred kumulatif yang bersepadu ataupun integrated CGPA yang mana bukan hanya pencapaian akademik semata yang diukur tetapi juga mengukur sumbangan sosial, kemahiran berkomunikasi, kemahiran sosial pelajar-pelajar tersebut. Ketiganya mewujudkan 4 laluan kerjaya kepada ahli akademik, yang mana ahli akademik boleh memberi tumpuan sama ada mereka ini mengajar, keduanya ingin menyelidik, ketiga menjadi pemimpin di peringkat universiti ataupun kerajaan menjemput pensyarah-pensyarah profesional dari luar.
Untuk melaksanakan laluan keempat pensyarah profesional dari luar, kerajaan memperkenalkan program CEO @ Faculty, ataupun CEO The Faculty bagi perkongsian tokoh-tokoh korporat terkenal contohnya Tan Sri Azman Mokhtar, Khazanah, Tan Sri Tony Fernandez AirAsia, Ketua Eksekutif Shell, Ketua Eksekutif Samsung. Selain itu juga terdapat beberapa langkah lain yang turut dilaksanakan seperti memberi autonomi kepada majoriti universiti awam dalam beberapa bidang termasuk tadbir urus, proses pemilihan, sumber manusia dan penawaran kursus, melaksanakan massive online courses, melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat dan juga melahirkan graduan TVET yang berkualiti.

5.2       Hak
Apabila kita bercakap mengenai hak, kita akan lihat akan hak-hak yang ada pada seseorang individu. Contohnya, hak untuk bergerak, bersuara, untuk mendapatkan pelajaran, kesihatan dan lain-lain lagi. Walaupun hak ada kalanya bertentangan dengan kepentingan politik dalam pentadbiran sesebuah negara, tetapi hak juga merupakan salah satu pendekatan yang digunakan oleh kerajaan untuk membentuk tingkah laku masyarakat bagi mencapai tujuan yang kolektif. Hak melibatkan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan dan autoriti (sanction) tertentu, tetapi strategi dasar berbentuk hak biasanya lebih digunakan bagi penyelesaian tingkah laku dalam sistem penyelesaian sesuatu konflik. Ada dua bentuk hak iaitu positif dan normatif. Hak berbentuk positif adalah hak yang disokong oleh peraturan tertentu. Ia merupakan jangkaan tentang apakah yang sepatutnya diterima atau bagaimana seseorang dilayani menurut peraturan tertentu.

Dalam isu ini, hak rakyat Malaysia mendapatkan keperluan pendidikan dan kerajaan bersusaha memperkenallam PPPMPT ini bagi menwujudkan pencapaian yang holistic dalam bidang pendidikan Negara. Kerajaan berusaha menggubal dasar ini supaya wujudnya kerajasama di anatar IPTA dan IPTS dalam mengintegrasikan penawaran perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia khususnya.



6.0       Kaedah Perlaksanaan Dasar
Pelaksanaan dasar awam melibatkan kaedah atau teknik-teknik tertentu supaya pengawalan dasar boleh dilakukan agar objektif yang ditetapkan dapat dicapai. Terdapat tiga teknik pelaksanaan dasar yang akan dibincangkan iaitu teknik berbentuk paksaan yang juga dikenali sebagai teknik perintah dan kawal (command and control), teknik bukan berbentuk paksaan (non-coercive form) dan teknik pemberian insentif ekonomi (economic incentives).]

Salah satu teknik yang kerajaan gunakan dalam PPPMPT ini adalah Teknik Berbentuk Paksaan atau Perintah dan Kawal. Teknik ini digunakan bagi memastikan setiap individu atau organisasi yang terlibat secara langsung dalam menjayakan dasar yang dilaksanakan mematuhi keperluan dasar tersebut. Tindakan undang-undang atau penalty boleh dikenakan ke atas mana-mana individu atau organisasi sekiranya gagal mematuhi perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam pelaksanaan dasar. Antara mekanisme yang digunakan dalam teknik ini adalah seperti berikut:
(i)                 Penetapan standard - Pelaksana dasar akan meletakkan satu piawai yang seragam bagi memastikan semua individu atau organisasi yang terlibat menjalankan arahan yang sama.

Misalnya, selaras dengan dasar kerajaan yang mahu rakyat Malaysia menjalani cara hidup yang sihat dan bebas daripada amalan merokok, kerajaan telah mewartakan kawasan-kawasan tertentu sebagai kawasan larangan merokok. Penetapan standard atau piawaian ini bertujuan untuk memastikan dasar tersebut dapat mencapai objektifnya. Dalam PPPMPT kerajaan akan melatih sehingga akhir tahun ini 22,500 guru-guru bahasa Inggeris untuk memastikan mereka mencapai tahap CPT C1 ataupun Cambridge Placement Test C1 dan C2 agar mereka boleh mengajar bahasa Inggeris dengan baik. Tidak kurang juga kita mempunyai 360 native speakers ataupun dipanggil orang putih, orang yang bahasa penuntut jati bahasa Inggeris yang mengajar, mendidik, menjadi mentor 5,000 guru-guru kita. 100 guru ETA, English Teaching Assistant yang sedang berada di sekolah-sekolah di samping program-program Teach for Malaysia dan sebagainya yang sedang dilaksanakan untuk memastikan mula daripada sekolah lagi ianya bermula.

Untuk kemasukan universiti, kita ada MUET untuk memastikan mereka mencapai tahap bahasa Inggeris yang diperlukan. Program 2+2 ini adalah satu program yang pernah dilaksanakan di sebuah universiti di Canada sebenarnya. Bukan perkara baru. Dalam kita mengkaji kebolehpasaran graduan-graduan kita, mereka tidak mampu untuk masuk pasaran dengan baik kerana mereka tidak mempunyai kemahiran komunikasi katakanlah antaranya juga bahasa Inggeris, tidak mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi. Dengan adanya Program 2+2 ini, mereka didedahkan dengan apa yang dikehendaki oleh pasaran. Bukan hanya Program 2+2 kita mempunyai Program Integrated CGPA di mana mereka bukan hanya diukur mengikut kemahiran akademik mereka semata-mata, tetapi juga mengikut kemahiran komunikasi mereka, kemahiran sosial mereka dan juga nilai-nilai kepimpinan yang ada pada mereka.

7.0  KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Dasar merupakan satu panduan kepada kerajaan untuk membawa negara masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dan mampu bersaing dengan negara-negara lain. Setiap dasar yang digubal mempunyai matlamat yang tersendiri kerana matlamat merupakan satu bentuk justifikasi wujudnya sesuatu dasar. Namun begitu, dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat PPPMPT yang ditetapkan, ada kalanya matlamat tersebut bercanggah ataupun wujudnya trade-off dengan matlamat lain yang wujud dalam dasar yang lain. Dalam hal ini, kerajaan perlu membuat pilihan dan memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih matlamat manakah yang menjadi keutamaan kerajaan.Peringkat penentuan agenda merupakan peringkat pertama dan penting dalam kitaran dasar. Ini kerana ia menjadikan satu-satu masalah awam mendapat perhatian yang sewajarnya daripada kerajaan. Selain itu, isu juga penting di mana isu yang tertentu sahaja yang akan bertukar menjadi agenda. Penstrukturan masalah pula penting untuk mengenal pasti masalah yang benar-benar tepat daripada agenda yang mendapat perhatian sama ada dari pihak masyarakat ataupun pemerintah.                                                                                                  





8.0  RUJUKAN


[2] Laporan Tahunan 2014 Parlimen Malaysia M/S 84

[3]       Dr.18.6.2015, Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua M/S 2

[4] Dr.18.6.2015, Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua M/S 4
























Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA