BPMM PENGANTAR PEMASARAN


1.0       Pengenalan
PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara perindustrian. Proton buka sahaja membuat kereta tetapi juga menawarkan khdimat selepas jualan iaitu menawarkan khidmat servis kenderaan melalui pusat servis merka dan menjual alat ganti tulen. Laman web rasmi Proton ialah http://www.proton.com.my/. Contoh senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah Proton Arena, Proton Exora, Proton Gen-2, Proton Inspira, Proton Iswara, Proton Saga, Proton Iriz dan lain-lain lagi[1].
Perodua adalah syarikat kereta Malaysia yang kedua selepas Proton. Dilancarkan pada 27 Ogos 1994, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh, Serendah, Selangor. Nama Perodua merupakan singkatan untuk "Perusahaan Otomobil Kedua". Perodua juga buka sahaja membuat kereta tetapi juga menawarkan khdimat selepas jualan iaitu menawarkan khidmat servis kenderaan melalui pusat servis mereka dan menjual alat ganti tulen. Laman web rasmi Perodua ialah http://www.perodua.com.my/. Antara model yang dikeluarkan ialah Perodua Kancil, Viva, Kembara, Kenari, Kelisa, Alza dan Axia[2].
UMW Toyota Motor adalah Pengedar Toyota yang telah ditetapkan dalam Toyota Motor Corporation, yang berpangkalan di Jepun. UMW Toyota Motor terlibat dalam pemasangan, pemasaran dan pengedaran kenderaan dan produk Toyota di Malaysia. Ia juga bertanggungjawab untuk jualan & pemasaran, operasi perniagaan dan pengiklanan untuk jenama LEXUS di Malaysia. Ibu pejabatnya terletak di Shah Alam manakala bilik pameran terbesar adalah di SS16, Subang Jaya. Laman web rasmi ialah http://www.umw.com.my/toyota. Jenis kenderaan Toyota yang Dijual di Malaysia merangkumi sedan, suv, mpv, trak dan kenderaan niaga[3].
Anjur Kayangan Auto Sdn Bhd merupakan pengedar kenderaan Proton yang berdaftar. Pemiliknya ialah Mohd Fauzi Mustakim dan ditubuhkan pada tahun 2011. Laman web rasmi ialah http://proton-4u.blogspot.my/[4]. Perkhidmatan yang disediakan ialah memberi khidmat nasihat rundingan secara percuma kepada pembeli, perkhidmatan pintu ke pintu sehingga ke pejabat atau rumah anda secara percuma dan memproses pinjaman kenderaan pelanggan. Khidmat untuk insurans kenderaan juga disediakan. Antara panel bank bagi pinjaman kenderaan yang disediakan ialah Maybank, Hong Leong Islamic Bank, Bank Islam, Ambank, Rhb Bank dan Public Bank. Anjur Kayangan Auto mempunyai showroom yang terletak di alamat Lot 18 & 20, Jalan 7/2, Taman Serdang Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Selain menjadi pengedar kepada kenderaan Proton, mereka juga menjadi pengedar kepada kenderaan Perodua dan juga Toyota.

GAMBAR SYARIKAT ANJUR KAYANGAN AUTO SDN. BHD.

2.0       Audien Sasaran
Proton dan Perodua memfokuskan pelanggan yang berpendapatan sederhana kerana harga kenderaan mereka lebih murah berbanding kenderaan import seperti Toyota. Bukan sahaja ansuran bulanan pinjaman kenderaan bagi Proton dan Perodua lebih murah berbanding Toyota malah kos penyelenggraan juga lebih rendah. Proton dan Perodua juga ada menawarkan pinjaman kenderaan kepada pelajar. Manakala Toyota pula mensasarkan pelanggan yang mempunyai pendapatan tinggi kerana harga kenderaan mereka lebih mahal dan ekslusif berbanding Proton dan Perodua. Kos alat ganti kenderaan Toyota juga lebih tinggi. Hanya pengguna yang berpendapatan tinggi mampu memiliki kenderaan Toyota. Toyota dikira jenama kenderaan mewah di negara yang sedang membangun seperti Malaysia ini.

3.0       Objektif Laman Web bagi tujuan menjual produk atau pemasaran produk
Berdasarakan pemerhatian saya herhadap laman web Proton ini, mereka menjual produk iaitu khusus kenderaan proton dan juga menyediakan perkhidmatan lain seperti penyelenggaraan kenderaan melalui pusat servis yang dilantik. Selain itu mereka menjual alat ganti tulen. Laman web ini bukan sahaja menjual produk atau servis tetapi juga menjalankan aktiviti promosi dan juga hebahan. Contohnya dibahagian kolum promosi laman web proton menawarkan kadar faedah pinjaman kenderaan sebanyak 2.80%,  rebet sebanyak Rm 3,000.00 dan 0 wang pendahuluan.
Manakala Laman web Perodua bukan sahaja menjual produk dan servis bagi kenderaan mereka malah promosi bagi penyelenggaraan kenderaan juga turut ditawarkan. Bagi pelanggan yang berbelanja sebanyak RM 188.00 di Pusar Servis Perodua layak menyertai pertandingan Win Angpow sempena Tahun Baru Cina yang bernilai sehingga RM 11,888.00. Pertandigan ini dibuka dari 01 Januari 2016 – 29 Februari 2016. Perodua juga mempromosikan Nitrogen Tire inflation service dengan pakej harga RM 15.90 bagi 4 buah tayar.
UMW Toyota Malaysia pula bukan sahaja menawarkan produk kenderaan mereka dan khidmat servis penyelenggaraan kenderaan malah juga membuat berapa promosi. Antaranya bermula 01-31 Januari 2016 Toyota menwarkan rebet tunai dan tambahan aksesori percuma bagi beberapa model kenderaan yang terpilih contohnya seperti Toyota Vios.
Laman web rasmi ialah http://proton-4u.blogspot.my/ bagi Syarikat Anjur Kayangan Auto yang merupakan pengedar rasmi kenderaan proton pula tidak menyediakan kolum promosi dalam laman web mereka. Mereka hanya menawarkan jualan kenderaan proton dan juga wakil bagi kenderaan Perodua dan Toyota.

4.0       Kebaikan dan kelemahan laman web pemasar
Kebaikan yang ada pada laman web Proton, Perodua dan UMW Toyota Malaysia ialah laman web mereka menarik, padat dengan info dan mempunyai banyak hebahan atau promosi. Manakala laman web Syarikat Anjur Kayangan Auto  pula lebih ringkas, mudah difahami dengan Bahasa Malaysia dan info yang padat.
Kelemahan bagi laman web Proton, Perodua dan UMW Toyota Malaysia pula ialah mereka tidak menyediakan laman web dalam Bahasa Malaysia, terlalu banyak iklan dan terlalu banyak kandungan kolum. Manakala Laman web Syarikat Anjur Kayangan Auto pula terlalu ringkas, tiada hebahan promosi dan kurang publisiti.

5.0       Perbandingan laman web dengan pesaing
Pesaing yang paling hampir bagi Proton ialah Perodua kerana mereka menjual kenderaan bagi golongan yang berpendatan rendah. Berdasarkan pengamatan saya, laman web kedua-keduanya sama iaitu menjual produk dan menyediakan servis kenderaan serta alat ganti tulen. Hebahan promosi juga sama turut disertakan di laman web masing-masing. Namun kedua-dua laman web ini menjadi perhatian ramai rakyat Malaysia kerana kedua-duanya adalah jenama kenderaan buatan Malaysia. Cuma Proton mempunyai kelebihan kerana ia bertapak lebih lama dari kewujudan Perodua dan menwarkan lebih banyak model berbanding Perodua.
Manakala pesaing terdekat Toyota pula ialah Honda. Kedua-duanya menwarkan produk dan khidmat servis kenderaan Cuma yang menariknya lama web Honda lebih menarik berbanding Toyota. Ini kerana seni grafik laman web http://www.honda.com.my/ lebih futuristik dan menarik dengan iklan kenderaan. Selain itu, Kerajaan Malaysia juga menjalinkan kerjasama dengan Honda melalui Proton dengan memperkenalkan kenderaan Perdana V6 yang menggunakan enjin honda bagi kenderaan rasmi pegawai awam yang berpangkat tinggi. Malah ia diguanakan sejak zaman berzaman oleh Perdana Menteri Malaysia[5].

6.0       Cadangan penambahbaikan laman web pemasar
            Bagi laman web pihak pemasar produk seperti Proton, Perodua, Toyota dan Honda mereka boleh memasukkan video yang lawak dalam web mereka supaya ia lebih menarik perhatiaan pengguna. Selain itu, mereka patut membangunkan web dalam Bahasa Malaysia kerana ia lebih mudah difahami oleh pengguna berbagsa Melayu. Yang ketiga laman web harus lebih menarik dengan penggunaan warna dan grafik yng sesuai dan yang terakhir saya mencadangakan laman web mereka menyiarkan gamabr atau video dari bintang-bintang sukan kereta yang menggunakan jenama kenderaan mereka. Contohnya syarikat Shell yang menaja pasukan Ferrari dalam perlumbaan F1 selalu memasukkan gambar bintang pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dalam laman web mereka bagi mecari publisiti dan megukuhkan lagi jenama mereka di pentas antarabangsa.
           
7.0       Pendapat peribadi mengenai perbezaan Laman web menjual produk dengan laman web menjual servis.
                        Pada pendapat saya laman web yang terlibat dalam menjual produk mempunyai kandungan yang padat kerna pelbagai produk yang dijual oleh mereka. Contohnya Proton menjual pelbagai jenis model kenderaan Proton manakala laman web yang menjual serivs biasanya lebih ringkas kerana mereka hanya menawarkan satu atau dua jenis servis sahaja. Contohnya laman web syarikat Anjur Kayangan Auto hanya menjadi ejen jualan kepada Proton dan menwarkan khidmat pinjaman kenderaan bagi pelanggan.


RUJUKAN




Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA