GMJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL


1.0              PENDAHULUAN
Psikologi berasal daripada bahasa Greek, psyche yang bermaksud ‘nafas’, ‘kehidupan’ dan ‘jiwa’. Psikologi merupakan istilah akademik dan disiplin gunaan yang melibatkan kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah laku. Selain itu, psikologi amat berkaitan dengan kognitif, iaitu yang berhubungan dengan pemprosesan maklumat yang dilihat dari segi fungsi psikologikal seseorang individu. Psikologi menjelaskan bagaimana minda manusia dapat membina konsep, menaakul, membuat persepsi dan mempelajari sesuatu. Justeru, psikologi merupakan konsep yang abstrak kerana ia ada kaitan dengan otak manusia pada aras simbolik.
Menurut Gleitman (1986), bidang kajian psikologi ditakrifkan sebagai ilmu tentang akal budi, kadangkala pula sebagai ilmu tentang tingkah laku. Bidang kajian ini mencuba menjawab persoalan tentang bagaimana organisma-organisma melakukan sesuatu, dan mengapa hal tersebut dilakukan.
Menurut Simanjuntak (1986) pula, psikologi ialah “satu sains manusia yang mencuba mengkaji proses akal manusia dan segala manifestasinya yang mengatur perilaku manusia itu.
Atan Long (1976), perkataan psikologi barasal daripada gabungan dua perkataan Yunani ‘psyche’ yang bermakna jiwa attau semangat, dan perkataan ‘logy’ yang berasal dari logos yang membawa makna ‘pengkajian mengenai sesuatu’. Kalau diterjemahkan secara terus perkataan ‘psychology’ itu membawa erti pengkajian berkenaan jiwa atau semangat.
Dengan ini, jelaslah bahawa bidang psikologi hanya tertumpu kepada dua aspek kemanusiaan yang terpenting iaitu akal budi dan tingkah laku manusia. Manakala dalam bidang linguistik, psikologi berguna kerana beroperasi bagi menginterpretasi makna, pemahaman ujaran dan mengupayakan makna bagi perkataan yang didengar.
2.0              Isi
2.1       PSIKOLOGI
Di kalangan negara membangun, perkhidmatan awam Malaysia dan sumber tenaga manusianya adalah antara yang terbaik dari segi peranan dan sumbangan. Sejak dahulu lagi, sewaktu negara mencapai kemerdekaan, kita telah mewarisi sebuah sistem perkhidmatan awam yang agak teratur. Semenjak itu, perkhidmatan awam telah melalui pelbagai fasa perubahan dan pembangunan yang pesat. Kini, negara menjadi semakin maju dan rakyatnya semakin berpengetahuan, tuntutan terhadap kualiti perkhidmatan awam juga semakin meningkat. Penekanan terhadap usaha meningkatkan pengetahuan, kreativiti dan inovasi sumber manusia akan menjadi pemangkin kepada keterbilangan modal insan negara. Penggunaan pendekatan baru dalam mengurus modal insan seperti penerapan aplikasi psikologi merupakan satu langkah yang tepat dalam menjana modal insan secara lebih menyeluruh.
Cabaran-cabaran Mengurus Modal Insan Seperti yang dinyatakan di atas, perkhidmatan awam Malaysia adalah antara yang terbaik dan berbagai usaha penambahbaikan perkhidmatan telah dilakukan. Penambahbaikan yang telah dilaksanakan menunjukkan kita bersikap lebih responsif terhadap keperluan pelanggan Usaha penambaikan yang telah dilaksanakan menunjukkan kita bersikap lebih responsif terhadap keperluan pelanggan. Namun begitu, kita tidak boleh alpa dengan kelemahan yang masih lagi terdapat dalam organisasi kita. Imej perkhidmatan awam biasa dipersepsikan sebagai lambat, tidak amanah, birokrasi dan bersikap kurang mesra. Keadaan seperti ini berlaku adalah berpunca daripada faktor manusia.
Oleh yang demikian, faktor tersebut perlu diberikan perhatian bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan. Berbagai-bagai langkah telah dan sedang diambil untuk mewujudkan satu perkhidmatan awam yang bertaraf dunia. Bagi mencapai matlamat tersebut, usaha perlu dijalankan secara berterusan. Antaranya ialah lima aspek yang berikut, iaitu;
Ø  memupuk minda dan sikap kelas pertama;
Ø  pembentukan etika yang luhur;
Ø  nilai tambah dan ilmu dalam perkhidmatan;
Ø  penerapan psikologi dan kaunseling dalam membangunkan modal insan 
Ø  budaya kerja

Minda dan Sikap Kelas Pertama Penekanan pertama, iaitu perubahan minda dan sikap adalah prinsip yang paling penting untuk menggerakkan perkhidmatan awam ke tahap dunia. Modal insan adalah penggerak utama segala usaha. Prasarana, teknologi, sistem dan peralatan canggih yang dimiliki tidak ada maknanya sekiranya minda dan sikap penjawat awam masih tidak berubah. Oleh itu, tumpuan pertama kita haruslah kepada pemupukan minda dan sikap penjawat awam bertaraf kelas pertama. Kita perlu mempunyai kesedaran bahawa kita adalah civil servant dan berkhidmat untuk negara. Rakyat dan orang ramai adalah pelanggan kita.
Tugas utama kita ialah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kita. Justeru itu budaya mesra pelanggan, mulia budi pekerti, bertanggungjawab, cepat dan responsif hendaklah menjadi pegangan harian perkhidmatan awam. Pemupukan minda kelas pertama juga harus dikaitkan dengan sikap inginkan kecemerlangan. Dengan ciri-ciri ini, kakitangan awam hendaklah sentiasa memikirkan cara-cara baru untuk memperbaiki penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Pegawai-pegawai sumber manusia hendaklah berusaha membudayakan kecemerlangan dan merancang usaha penambahbaikan secara berterusan.
Prosedur-prosedur kerja hendaklah dikaji, birokrasi dikurangkan, ketulusan dan kemesraan ditingkatkan dan aduan diselesaikan. Nilai dan Etika Yang Luhur Etika yang luhur dalam penekanan yang kedua ada hubung kait dengan prinsip pertama. Pengenalan nilai dan etika yang luhur akan memastikan integriti perkhidmatan awam dapat dipupuk semasa menjalankan tugas. Kita harus berpegang kepada etika perkhidmatan awam Kita harus berpegang kepada etika perkhidmatan awam yang sentiasa menggalakkan anggotanya melakukan amalan dan sikap yang terpuji seperti ikhlas, bersyukur dan mengamalkan nilai tambah dalam kerjayanya.
Bagi memastikan perkhidmatan awam terus berlandaskan etika yang kukuh, adalah penting bagi pihak pengurusan mengiktiraf dan memberikan penghargaan kepada tingkah laku positif dan sikap berbudi yang ditunjukkan. Sebaliknya, sebarang kegiatan salah laku dan pecah amanah harus disusuli dengan tindakan tegas dan pantas. Ini akan memberikan mesej yang jelas bahawa perkhidmatan awam mengutamakan penghayatan nilai dan etika yang luhur di kalangan kakitangannya. Nilai Tambah dan Pembangunan Modal Insan Tanpa peningkatan pengetahuan dan kemahiran, sukarlah bagi kakitangan awam menyediakan perkhidmatan yang terbaik serta mewujudkan nilai tambah dalam perkhidmatan yang disampaikan. Peningkatan ilmu di kalangan penjawat awam perlu sentiasa diberi perhatian. Anggota perkhidmatan awam yang kaya dengan pengetahuan dan kemahiran amat relevan dan penting dalam era masyarakat yang berasaskan ilmu iaitu knowledge-based society.
Dalam era ini, maklumat dan ilmu sentiasa bertambah. Setiap pembaharuan yang diperkenalkan pada hari ini, mudah menjadi lapuk dalam tempoh masa yang singkat. Masyarakat umum juga lebih berpengetahuan dan sentiasa mendapat pendedahan kepada maklumat terkini menerusi pelbagai saluran, termasuk internet dan media asing. Oleh yang demikian, Islam sendiri sangat menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Ini dijelaskan dalam Surah Az Zumar, ayat 9:


Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.

            Dalam keadaan begini warga perkhidmatan awam yang tidak berusaha untuk menambah ilmu akan ketinggalan dan menjadi kurang produktif. Oleh kerana ilmu baru itu sentiasa berkembang, pembelajaran dan latihan hendaklah dilakukan secara berterusan. Kursus dan latihan yang dapat memupuk minda, sikap dan etika yang sihat harus dipertingkatkan. Dengan anggota yang mempunyai pemikiran, sikap dan perlakuan minda kelas pertama, barulah hasrat untuk mewujudkan lebih banyak nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan dapat direalisasikan. Penerapan Kemahiran Psikologi dan Kaunseling untuk menjadikan penjawat awam yang k-worker, kesihatan fizikal, mental dan emosi amat penting. Tanpa kesihatan fizikal, mental dan emosi, segala teknologi dan ilmu yang ada sukar untuk diaplikasikan dengan baik.
Pengurusan sumber manusia juga harus memastikan supaya penjawat awam memberikan perhatian untuk menyeimbangkan keperluan fizikal, mental dan emosi di kalangan pekerja-pekerjanya. Kaunselor dan pengurus sumber manusia dapat memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan modal insan yang ada pada hari ini dapat membantu Malaysia mencapai matlamat Wawasan 2020. Kedua-dua personel ini boleh memainkan peranan penting dalam membentuk satu budaya untuk seronok bekerja apabila berada di pejabat. Pendekatan psikologi yang digunakan semasa dalam perhubungan boleh membantu mewujudkan suasana yang mesra. Suasana yang mesra juga mudah terjalin apabila tidak ada jurang yang lebar di antara pegawai atasan dan pegawai bawahan. Dalam masa yang sama, perasaan saling hormat-menghormati dan batas perhubungan hendaklah dijaga. Di sinilah terletaknya peranan seorang ketua dalam menunjukkan teladan yang baik dengan menggunakan pendekatan psikologi kepada pekerja-pekerja bawahannya. Di samping itu, ketua juga harus berupaya dan bijak mengendalikan sebarang ketidakpuasan hati pekerja. Complains make you a better manager. Welcome them and deal with them positively.
 Sebuah buku yang berjudul Fish, tulisan Lundin, Paul dan Christensen, telah memberikan empat rahsia untuk meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja iaitu choose your attitude, play, make their day dan be present. Penulis mengungkapkannya dalam satu perenggan iaitu;

As you enter this place of work please choose to make today a great day. Your colleagues, customers, team members, and you yourself will be thankful. Find ways to play. We can be serious about our work without being serious about ourselves. Stay focused on order to be present when your customers and team members most need you. And should you fell your energy lapsing, try this sure-fire remedy; find someone who needs a helping hand, a word of support, or a good ear-and make their a day.

Namun saya suka mengingatkan, dalam mewujudkan suasana keseronokan bekerja, adalah penting bagi seseorang kaunselor dan pengurus sumber manusia mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan tahap produktiviti pekerja terus meningkat. Apa yang jelas, pendekatan pengurusan kini tetap berorientasikan kemanusiaan dan individu sebagai insan. Selain dari itu, usaha yang giat harus dijalankan dalam melaksanakan program-program yang berbentuk pembangunan, pencegahan dan intervensi.
Dalam hal ini, pengurusan sumber manusia dan kaunselor-kaunselor di agensi kerajaan dapat memainkan peranan secara efektif dan proaktif bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program-program yang disebutkan di atas. Untuk itu, kita haruslah bersedia untuk menjadi penjawat awam yang sihat fizikal dan emosi serta mempunyai minda kelas pertama. Peranan Kaunselor Dalam Menjana Modal Insan Masyarakat hari ini terdedah kepada banyak permasalahan dalam kehidupan.
Konsep utama dalam kaunseling iaitu perhubungan menolong dan mempertingkatkan nilai-nilai murni memang sangat bertepatan seperti yang dianjurkan dalam Islam dan hadis Rasulullah yang bermaksud:
Barang siapa memberikan pertolongan terhadap seseorang mukmin yang sedang dalam kesusahan, atau menolong seseorang mukmin yang teraniaya, nescaya ia akan diampunkan dosanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pihak pengurusan harus sentiasa mengambil berat akan pekerja mereka. Organisasi kerajaan wajar mengamalkan konsep putting people first. Pendekatan yang sering digunakan di negara barat ini boleh diaplikasikan di sini. Pekerja adalah penjana kepada kecemerlangan organisasi. Walaupun kita memiliki sumber yang banyak, tapi jika kita tidak tahu bagaimana untuk mengemblengnya, maka semua sumber itu akan menjadi sia-sia.
Budaya Kerja Berprestasi Tinggi Penekanan kelima ialah memupuk budaya dan persekitaran kerja yang mengutamakan prestasi tinggi. Bagi mencapai hasrat tersebut, seluruh penjawat awam hendaklah sentiasa memikirkan dan berusaha bagaimanakah caranya kita dapat memperbaiki sistem bekerja, prosedur dan kualiti perkhidmatan yang disampaikan.
 Sikap mudah berpuas hati, ingin meneruskan tradisi cara bekerja yang lama, tidak responsif dengan kehendak pelanggan dan tidak mahu mengubah cara bekerja adalah di antara penghalang untuk mewujudkan budaya kerja yang mengutamakan prestasi yang tinggi. Pengurus sumber manusia dan kaunselor bertanggungjawab memikirkan bagaimanakah budaya kerja tersebut dapat ditangani dan seterusnya mewujudkan lain-lain kerja yang dapat membentuk budaya kerja yang lebih positif. Penutup Pengetahuan dan kemahiran menggunakan aplikasi psikologi adalah penting dalam usaha memperkasakan modal insan. Tanggungjawab yang diberikan ini tidak harus dianggap satu beban tetapi satu amanah yang harus dipikul secara bersama-sama untuk membina bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

CONTOH BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI JPA
PENGARAH
Description: http://docs.jpa.gov.my/docs/images/potraite/ruziati.jpg
Dr. Ruziati binti Mior Ahamad Ariffin

VISI
Menjadikan perkhidmatan psikologi sebagai teras kepada aspek pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia selaras dengan wawasan JPA.

MISI
Misi Bahagian Pengurusan Psikologi ialah :
1.         Menggubal dasar perkhidmatan psikologi;
2.         Menjadi pakar rujuk perkhidmatan psikologi;
3.         Melaksana perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia melalui program pembangunan, pencegahan dan pemulihan;
4.         Menentukan pelaksanaan dan keberkesanan perkhidmatan psikologi dalam sector awam; dan
5.         Merancang dan meneroka keperluan perkhidmatan psikologi bagi keperluan masa depan.

OBJEKTIF
Menyediakan dasar dan perkhidmatan psikologi dalam pengurusan sumber manusia bagi membangunkan pegawai sektor awam yang berintegriti dan berprestasi tinggi.

FUNGSI UTAMA
Terdapat 5 fungsi utama yang ditetapkan, iaitu;
i.          Penyelidikan dan pembangunan (R&D) perkhidmatan psikologi.
ii.         Penggubalan dasar dan pembangunan perkhidmatan psikologi.
iii.        Penyediaan khidmat runding kepakaran perkhidmatan psikologi.
iv.        Perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan psikologi; dan
v.         Penilaian dan keberkesanan perkhidmatan psikologi[2]

2.2       AGAMA       
Syariat Islam telah menyusun atur masyarakat secara yang seimbang atau berimbang. Hak yang dinikmati oleh seseorang adalah imbalan kepada perlaksanaan tanggungjawab yang disempurnakannya. Seandainya ada segolongan anggota masyarakat Islam yang mengadu kerana kezaliman yang telah menghakis hak mereka, maka itu adalah kesan daripada pengabaian segolongan yang lain dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sepertimana yang telah diwajibkan oleh Allah.
Kewajiban tersebut ialah untuk menegakkan keadilan Ilahi di maya pada ini. Manakala matlamatnya telah diungkapkan sendiri oleh Allah melalui firmannya dalam surah Ar-Rahman ayat 7 hingga 9) :
"Dan langit dijadikannya (berbumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang- undang dan peraturan neraca keadilan.supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan.Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang."
Perlaksanaan amali terhadap tuntutan ayat ini dihuraikan oleh hadis Rasulullah, nabi yang amanah dan maha guru agung manusia :

“Setiap orang daripada kamu adalah pengelola. Ia bertanggungjawab terhadap orang di bawah kelolaannya. Pemimpin negara pengelola dan bertanggungjawab terhadap (rakyat) di bawah kelolaannya. Suami pengelola keluarga. Dia bertanggungjawab mengelola keluarganya. Isteri juga pengelola di rumah suaminya. Ia bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya. Pembantu rumah juga pengelola terhadap barangan rumah majikannya. Ia bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya. Setiap kamu (sebenarnya) adalah pengelola dan bertanggungjawab terhadap apa yang di bawah kelolaannya."
Hadis di atas mengungkapkan kebijaksanaan mengurus di mana setiap orang dibekalkan dengan rasa tanggungjawab yang boleh melicinkan perlaksanaan tugas masing-masing. Hadis ini mengutarakan konsep atau teori sektor berjinjang. Ketetapan bermula daripada unit yang paling kecil dalam negara iaitu keluarga sehinggalah kepada unit yang paling besar iaitu pemerintah negara.
Berdasarkan rentetan tanggungjawab seperti dalam penjelasan Ar-Rasul di atas, maka setiap orang dalam negara Islam mempunyai dua peranan; sebagai pengelola atau pelaksana dan dalam masa yang sama dia juga merupakan anak buah, iaitu atas tanggungjawab orang lain pula.
Demikianlah perbincangan mengenai hak manusia yang merupakan suatu tema yang sulit dan sukar, justeru hak-hak itu merupakan sendi keseluruhan binaan syariat. Akar tunjangnya kukuh terpacak di bumi manakala pucuk dan cabangnya menggapai awan.
Memang tidak mudah hal seperti ini dapat digarap oleh sebarang manusia biasa; justeru syariat Islam adalah syariat unggul yang mengatasi segala sistem perundangan lain. Syariat Islam merangkumi kepentingan manusia di dunia dan akhirat. Ia menyusun atur masalah sekecil-kecilnya dalam lingkaran keluarga dan individu hinggalah kepada masalah yang lebih besar seperti masalah negara dan dunia amnya.
Perjuangan untuk memantapkan perakuan dan penghayatan terhadap hak asasi manusia adalah suatu perjuangan yang sukar dan memerlukan masa yang panjang. Ia memerlukan sistem pendidikan yang menekankan aspek ini. Ia juga perlu ditunjangi oleh kesedaran keagamaan yang tinggi dan rasa khasyah atau takwa yang mendalam terhadap Allah sebagai pencipta.
Ketiadaan tarbiah dan pendidikan dalam kumpulan masyarakat atau pemimpin atau parti yang berfahaman kebangsaan merupakan virus dan kuman yang membiakkan sifat ganas, undemocratic dan anti-kemanusiaan. Sebab itu usaha memperkasa kefahaman dan penghayatan agama melalui alat sebaran am, pendidikan dan sebagainya adalah suatu kemestian dan kewajipan demi mengelakkan perbuatan ganas oleh pihak penguasa dan juga rakyat.

2.3       HAK ASASI MANUSIA
DIFINISI DAN MAKSUD HAK ASASI MANUSIA
Hak Asasi Manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia .Hak Asasi Manusia bersifat sejagat tidak boleh dibahagikan dan saling bergantungan . Hak asasilah yang menjadikan kita manusia dan menurut Kamus Dewan hak asasi ialah hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas.
Terdapat tiga dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam kedua-dua kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi manusia tidak terbatas kepada hak-hak berikut:
(1) Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang adalah hak sivil dan berpolitik
(2) Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat adalah Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi.
Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap ahli melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang bersifat kepentingan ramai. Pemikiran Rousseau ini telah menampakkan pengaruhnya dalam pemikiran hak asasi moden. Maka sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam perdebatan berkenaan hak asasi manusia.
Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian maruah manusia[3].
Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.
Bagi tamadun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik.
Secara tradisinya, pelaksanaan hak asasi manusia merupakan tanggungjawab Negara. Namun demikian, pertumbuhan pesat syarikat dan kesan perniagaan terhadap kehidupan masyarakat telah menimbulkan perdebatan global mengenai peranan dan tanggungjawab sektor perniagaan terhadap hak asasi manusia.
Pada Jun 2011, Majlis Hak Asasi Manusia telah menerima pakai Prinsip-prinsip Panduan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan (Prinsip-prinsip Panduan). Prinsip-prinsip panduan ini telah dibentuk oleh Profesor John Ruggie, Wakil Khas Setiausaha Agung PBB bagi Hak Asasi Manusia dan Perniagaan. Prinsip-prinsip panduan tersebut menekankan tanggungjawab Negara untuk melindungi hak asasi manusia; memastikan aktor-aktor lain menghormati hak asasi manusia dan memastikan akses kepada remedi jika berlaku pencabulan hak asasi manusia.
Di Malaysia, kesan aktiviti perniagaan kepada hak asasi manusia menjadi lebih ketara. Banyak pihak melahirkan kebimbangan terhadap sikap sembarangan pihak syarikat ketika menjalankan aktiviti mereka. Tahap pemahaman mereka terhadap hak asasi manusia dan tanggungjawab sosial serta komitmen untuk memenuhi tanggungjawab ini, masih di peringkat awal. Oleh itu, SUHAKAM mengambil langlah untuk melaksanakan lebih banyak program kesedaran untuk sektor perniagaan termasuklah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)[4].
Secara meluasnya, pendidikan hak asasi manusia dianggap sebagai sesuatu yang penting bagi hak setiap kanak-kanak kepada pendidikan yang berkualiti, sesuatu yang tidak hanya mengajar kemahiran membaca, menulis dan mengira, tetapi juga memantapkan keupayaan kanak-kanak untuk menikmati hak asasi manusia sepenuhnya di samping menggalakkan budaya yang menerapkan nilai-nilai hak asasi manusia.
Selaras dengan Pelan Tindakan Pendidikan ini dan juga fungsi utama Suruhanjaya untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia, SUHAKAM telah menjalankan beberapa program pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menanam kesedaran dan amalan Hak Asasi Manusia di kalangan guru dan pelajar sekolah.
Pada tahun 2009, Suruhanjaya dan KPM memulakan program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di lima buah (5) sekolah yang melibatkan warga sekolah yang lebih komprehensif. Matlamat program ini adalah untuk :-
Ø  Menggalakkan pelajar dan warga sekolah untuk memberi perhatian dan mengambil langkah-langkah untuk mengamalkan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak.
Ø  Memupuk sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab berkaitan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Ø  Meningkatkan pemahaman dan amalan hak asasi manusia dan hak kanak-kanak untuk kesejahteraan hidup.
Ø  Menggalakkan pelajar dan guru untuk memberi perhatian kepada aspek-aspek hak asasi dan hak kanak-kanak dalam merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah.
Ø  Berkongsi pengalaman tentang hak asasi manusia dan hak kanak-kanak yang telah diamalkan di sekolah dengan masyarakat setempat.
Ø  Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar tanpa mengira kaum, agama dan jantina.

Konsep hak asasi manusia telah lama wujud dalam masyarakat dan agama. Sebelum undang-undang berkaitan dengan hak asasi manusia didokumenkan, masyarakat dan agama telah menerima dan mengiktiraf hak asasi manusia. Hak kemanusiaan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu dari segi moral dan perundangan. Dari segi perundangan, hak kemanusiaan ini merupakan satu bentuk hak yang dinikmati oleh seorang warganegara sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang Negara tersebut. Manakala dari segi moralnya, hak kemanusiaan merupakan satu tanggapan moral yang diterima dalam sekelompok masyarakat itu. Anggota-anggaota masyarakat tersebut mangakui dan menerima hak-hak tertentu yang harus dinikmati oleh anggota masyarakat berkenaan walaupun perkara itu tidak terdapat dalam undang-undang.
Di Malaysia hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penyertaan aktif negara dalam Suruhanjaya Bangsa- bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) pada tahun 1993 merupakan titik permulaan untuk menubuhkan institusi hak asasi manusia. Di Malaysia,Suhakam bertanggungjawab dalam hal-hal pendidikan dan memupuk kesedaran rakyat berkaitan hak asasi manusia. Revolusi Pengisytiharan Hak Asasi Manusia sejagat pada tahun 1994 mendesak negara-negara anggotanya agar menegakkan sejumlah hak kemanusiaan termasuk hak sivil, hak ekonomi dan hak sosial.




2.4       KOMUNIKASI
            PENGERTIAN KOMUNIKASI ORGANISASI MENURUT PARA AHLI
Komunikasi merupakan nafas dari keberlangsungan sebuah organisasi. Suatu organisasi tidak akan berjalan tanpa adanya komunikasi. Hal tersebut yang melatarbelakangi studi mengenai komunikasi organisasi. Di mana komunikasi organisasi sendiri merupakan suatu jaringan komunikasi antar manusia yang saling bergantung satu sama lainya dalam konteks organisasi.
Dalam sebuah organisasi didalamnya terdiri atas orang-orang (organ) yang memiliki tugas masing-masing serta saling berkaitan satu sama lain sebagai suatu sistem tentu memerlukan komunikasi yang baik agar operasi oraganisasi berjalan dengan baik pula. Sehingga  apa yang menjadi tujuanya dapat tercapai.
Menurut Pace dan Faules (2001), mereka  berpendapat bahwa komunikasi organisasi merupakan perilaku pengatur organisasi yang terjadi diantara orang-orang dalam organisasi. Dan juga bagaimana mereka yang terlibat dalam proses itu berinteraksi dan memberi makna atas apa yang terjadi. Sementara itu, menurut Wiryanto (2005) komunikasi organisasi adalah pengiriman dan penerimaan pesan organisasi didalam suatu kelompok. Baik itu formal maupun informal dari suatu organisasi.

FUNGSI KOMUNIKASI ORGANISASI
Menurut Sendjaja (1994),  fungsi komunikasi dalam organisasi iaitu ;
Fungsi Informatif – Organisasi diertikan sebagai suatu sistem pemrosesan informasi, dimana setiap anggota organisasi diharapkan mampu memberi dan menerima informasi dengan baik guna kelancaran dalam menjalankan apa yang menjadi tugasnya.

Fungsi regulatif – Berkaitan dengan peraturan-peraturan dan pedoman yang berlaku dalam suatu organisasi.
Fungsi persuasif – Merupakan cara lain dari perintah. Dimana kebanyakan pemimpin organisasi lebih memilih menggunakan cara persuasif dari pada perintah kepada bawahannya. Hal ini dikarenakanasumsi terkait penggunaan cara yang lebih halus akan menyebabkan seseorang lebih menghargai suatu tugas yang dibebankan kepadanya.
Fungsi Integratif – Berkaitan dengan penyediaan saluran yang memungkinkan setiap anggota organisasi untuk dapat melaksanakan tugas dan pegerjaanya dengan baik.

KONSEP KOMUNIKASI ORGANISASI
Goldhaber menjelaskan bahwa komunikasi organisasi merupakan proses menciptakan dan saling menukar pesan dalam suatu jaringan hubungan yang saling tergantung satu sama lain. Kemudian, Ia juga menjelaskan bahwa komunikasi organisasi bertujuan untuk mengatasi lingkungan yang tidak pasti dan selalu berubah ubah. Lebih lanjut ia menjelaskan tujuh konsep dalam komunikasi organisasi
Proses: Organisasi merupakan suatu sistem terbuka yang dinamis. Oleh karena itu, proses dibutuhkan agar dapat menciptakan serta saling menukar pesan diantara anggotanya. Dimana gejala ini terjadi secara terus menerus sehingga dikatakan sebagai suatu proses.
Pesan: Dalam komunikasi organisasi pesan menjadi suatu hal yang sangat penting. Seseorang dalam organisasi harus mampu menciptakan dan menerima pesan dengan baik dan pesan yang baika adalah pesan yang mampu diterima sama seperti apa yang disampaikan.
Jaringan: Organisasi ibarat sebuah jaringan yang terdiri atas serangkaian seri. Seri ini terdiri atas sekumpulan orang yang menduduki posisi atau jabatan tertentu. Sekumpulan orang tersebut kemudian menjalankan tugas, fungsi, dan perannya masing-masing dalam sebuah organisasi.
Keadaan Saling Tergantung: Hal ini sudah menjadi sifat organisasi sebagi suatu sistem terbuka. Ketergantungan dibutuhkan bilamana suatu bagian tidak berfungsi sebagaimana mestinya akan mengganggu kinerja dari bagian lain juga.
Hubungan: Organisasi sebagai suatu sistem sosial. Fungsi dari beberapa bagiannya dijalankan oleh manusia bergantung kepada hubungan diantara manusia-manusia itu sebagai anggotanya.
Lingkungan: Lingkungan adalah semua totalitas baik fisik maupun sosial yang diperhitungkan dalam pengambilan keputusan mengenai individu dalam suatu sistem yang disebut organisasi. lingkungan ini dapat dibedakan atas lingkungan internal dan eksternal organisasi.
Ketidakpastian: Dalam komunikasi organisasi, posisi ketidakpastian disini adalah untuk memenuhi kesediaan informasi yang tersedia juga informasi yang diharapkan.

ARAH KOMUNIKASI ORGANISASI
1.Komunikasi kebawah
Komunikasi kebawah merupakan alur komunikasi yang mengalir dari individu pada tingkat hierarki atas kepada individu yang berada pada tingkat hierarki bawah. Dapat diertikan pula sebagai alur komunikasi antara atasan dan bawahan. bentuk komunikasi kebawah yang paling umum adalah instruksi kerja.
2.Komunikasi keatas
Komunikasi keatas merupakan arah dan alur komunikasi yang membawa informasi dari tingkat bawah ke tingkat atas dalam suatu organisasi, yang ertinya komunikator berada pada tingkat bawah dan komunikan merupakan tingkat atas. Dapat diertikan pula sebagai suatu alur komunikasi dari bawahan ke atasan. komunikasi keatas ini mencakup saran, keluhan dan hal hal lain yang mana  dalam sebuah organisasi yang besar komunikasi keatas sulit mencapai taraf efektif.
3.Komunikasi Horizontal
Komunikasi horizontal merupakan komunikasi yang memiliki banyak fungsi dalam organisasi.  Bentuk komunikasi ini diperlukan untuk mengintegrasikan dan mengkoordinasikan berbagai fungsi dalam organisasi sehingga dapat berjalan sebagaimana mestinya. Komunikasi horizontal umumnya sering diabaikan padahal penting dalam penggunaanya sebagai contoh agar tidak terjadi tumpang tindih tugas sewenang dalam organisasi maka diperlukan komunikasi horizontal atar pihak terkait.

BENTUK KOMUNIKASI ORGANISASI
A. Komunikasi Internal
Komunikasi internal merupakan komunikasi yang berlangsu dalam unit-unit, indiviu-individu (anggota) didalam internal suatu organisasi. komunikasi internal dibagi menjadi dua iaitu :
1.Komunikasi Personal
komunikasi personal merupakan komunikasi yang terjadi diantara individu dengan individu anggota orgabisasi. Dalam komunikasi personal ini terdapat dua macam yaitu komunikasi tatap muka dan komunikasi bermedia
2. Komunikasi kelompok
Komunikasi kelompok adalah komunikasi antara seseorang dengan suatu kelompok (bidang) tertentu, atau antar kelompok secara tatap muka dalam suatu organisasi.
B. Komunikasi Eksternal
Komunikasi eksternal adalah komunikasi yang terjadi antara organisasi dengan khalayak diluar organisasi. Komunikasi eklsternal ini dibagi menjadi dua iaitu :

Ø  Komunikasi dari organisasi kepada khalayak.
Ø  komunikasi dari khalayak kepada organisasi.

Sebagaimana dijelaskan diawal kehidupan kita tak dapat dipisahkan dari sebuah organisasi. oleh karenanya penting bagi kita untuk mempelajari komunikasi organisasi. Dengan mempelajari studi ini, kita menjadi paham posisi kita dalam sebuah organisasi baik formal dalam pekerjaan maupun dilingkungan masyarakat. Dengan pemahaman yang kita miliki, harapannya kita mampu menyesuaikan diri dan menempatkan diri dengan baik dalam organisasi tersebut. Bagaimana kita bertindak dan bersikap dengan atasan mahupun dengan bawahan juga dengan anggota organisasi yang lain akan menjadi lebih baik saat kita mengetahui teorinya. Terlebih bila mana kita menjadi seorang pemimpin dalam organisasi, dengan mempelajari komunikasi organisasi, kita menjadi paham bagaimana menjalankan kepemimpinan yang baik guna mencapai tujuan organisasi yang kita pimpin.

3.0       KESIMPULAN
Hasrat Kerajaan untuk memajukan potensi modal insan sentiasa dititikberatkan. Salah satu pendekatan yang diusahakan adalah dengan menjana keterbilangan modal insan melalui pendekatan psikologi dan kaunseling. Perkhidmatan awam kita telah melalui pelbagai fasa perubahan dan pembangunan yang pesat. Penekanan terhadap usaha meningkatkan pengetahuan, kreativiti dan inovasi sumber manusia menjadi pemangkin kepada keterbilangan modal insan negara.
Penggunaan pendekatan baru dalam mengurus modal insan seperti penerapan
aplikasi psikologi merupakan satu langkah yang tepat dalam menjana modal insan secara lebih menyeluruh. Justeru, usaha penambahbaikan terhadap imej perkhidmatan awam yang selalu dipersepsikan sebagai lambat, tidak amanah, birokratik dan bersikap kurang mesra, terus dilaksanakan dalam usaha untuk menunjukkan kita bersikap lebih responsif terhadap keperluan pelanggan. Tidak dinafikan keadaan seperti ini berlaku adalah berpunca daripada faktor manusia.

Oleh yang demikian, faktor tersebut perlu diberikan perhatian bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan. Lima langkah disyorkan untuk mewujudkan satu perkhidmatan awam yang bertaraf dunia dengan memberi fokus kepada lima aspek iaitu; pertama, memupuk minda dan sikap kelas pertama; kedua, pembentukan nilai dan etika yang luhur; ketiga, nilai tambah dan ilmu dalam  perkhidmatan; keempat, penerapan psikologi dan kaunseling dalam membangunkan modal insan; dan kelima, budaya kerja berasaskan prestasi tinggi. Adalah diharapkan agar penjawat awam dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran menggunakan aplikasi psikologi dalam lima aspek ini sebagai usaha memperkasakan modal insan.
Pengetahuan dan kemahiran menggunakan aplikasi psikologi adalah penting dalam usaha memperkasakan modal insan. Tanggungjawab yang diberikan ini tidak harus dianggap satu beban tetapi satu amanah yang harus dipikul secara bersama-sama untuk membina bangsa Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 
 Dengan pemahaman yang kita miliki, harapannya kita mampu menyesuaikan diri dan menempatkan diri dengan baik dalam organisasi tersebut. Bagaimana kita bertindak dan bersikap dengan atasan mahupun dengan bawahan juga dengan anggota organisasi yang lain akan menjadi lebih baik saat kita mengetahui teorinya. Terlebih bila mana kita menjadi seorang pemimpin dalam organisasi, dengan mempelajari komunikasi organisasi, kita menjadi paham bagaimana menjalankan kepemimpinan yang baik guna mencapai tujuan organisasi yang kita pimpin.


RUJUKAN

[1] Pendekatan Psikologi Dan Kaunseling Dalam Pengurusan Modal Insan, Dato’ Haji Ahmad bin Said, Jun 2006


 [3] Mohd. Azizuddin Mohd Sani. (2002). Hak Asasi Manusia Menurut Pandangan Islam dan Barat. Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

[4] www.suhakam.org.my

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA