Laporan Liga SNKL Siri 1 Tahun 2019




Gambar Kenangan SNKL BC bersama VIP


Liga SNKL Siri 1 Tahun 2019 telah diadakan pada bulan Februari 2019 di Dewan Badminton Mazli Sport Kg Gerong, Tumpat, Kelantan Darul Naim.

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Ecxo Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan iaitu YB Ustaz Hj. Wan Roslan Bin Wan Hamat yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor.

Selain itu, ADUN Kelaboran iaitu YB Cikgu Adenan, Tuan Anas Pegawai Khas Exco Sukan dan Tok Penggawa Sungai Pinang juga turut sudi hadir memeriahkan perasmian kejohanan tersebut.

Kejohanan tersebut telah berlangsung pada jam 9.30 malam sehingga jam 1.30 pagi. Seramai 28 orang pemain AhLi Kelab SNKL telah mengambil bahagian dalam Kejohanan tersebut.

Juara dimenangi oleh pasangan Abang Azhar dan Yo manakala Naib Johan dimenangi oleh Tuan Manager SNKL sendiri iaitu En. Wan Zainuddin yang berganding dengan adik beliau sendiri Jedi.

Tempat ke 3 pula dimenangi oleh Ketua Pasukan SNKL iaitu Captain Joe dan Sharif.

Semua hadiah disampaikan oleh Tuan Manager Mr. OneDen. Terima kasih kepada semua peserta dan penaja.


Ucapan Aluan daripada Ecxo Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan iaitu YB Ustaz Hj. Wan Roslan Bin Wan Hamat 


Gimik perasmian kejohanan oleh Ecxo Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan iaitu YB Ustaz Hj. Wan Roslan Bin Wan Hamat 



Jamuan Makan Para VIP Jemputan


Juara Liga SNKL Siri 1 Tahun 2019 milik Abe Har/Yo


Naib Juara Manager OneDen/Jedi


Tempat ke 3 Captain Joe/Sharif


Antara AKsi-Aksi Liga :



Manager OneDen & Captain Joe



Final game jedi/OneDen vs Bos Har/Yo
















Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA