KEJOHANAN LIGA SNKL SIRI 3 TAHUN 2019 SEMPENA HARI RAYA QURBAN

Kejohanan Liga SNKL Siri 3 Tahun 2019 akan diadakan pada Hari Kedua Raya Qurban 12 Ogos 2019. Seramai 24 orang atau 12 regu dijangka akan menyertai kejohanan tertutup itu.

Yuran yang dikenakan kepada para pemain hanya RM 20 seorang sahaja dan Liga ini adalah Patuh Syariah serta Halalan Toyyibah kerana yuran hanya untuk membiayai kos bulu tangkis dan sewaan gelanggang badminton sahaja manakala hadiah adalah daripada tajaan syarikat atau individu. Judi tidak kira besar atau kecil sebagai seorang muslim harus kita elakkan.

Kejohanan tersebut akan berlangsung di Dewan Badminton My Yusoff Kg Morak dari jam 9.30 malam - 1.30 pagi dan sebanyak 3 gelanggang akan digunakan.

Kejohanan ini terbuka hanya untuk ahli kepab SNKL dan jemputan khas penganjur sahaja. Kejohanan ini penting untuk mengeratkan lagi silaratulrahim dikalangan para pemain SNKL BC. 

Terima kasih kepada Tuan Manager SNKL BC yang sentiasa menyokong SNKL BC dari segi tajaan baju kelab dan bantuan yang lain kepada Kelab SNKL BC yang diinspirasikan oleh beliau sendiri pada Mei 2015 dan dijenamakan sebagai SNKL BC pada tahun 2018 sebagai sebuah kelab yang aktif di Tumpat.


Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA