KTMB LAMBANG SEJARAH KELANTAN


KTMB LAMBANG SEJARAH KELANTAN
Pendahuluan
BAGI sesetengah masyarakat di Malaysia pengangkutan kereta api agak mundur berbanding pengangkutan lain seperti bas, teksi dan kapal terbang. Namun di pantai barat Semenanjung pengangkutan berbentuk kereta api seperti perkhidmatan komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel adalah alternatif yang popular bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama ke tempat kerja. Bagi penduduk di pantai timur terutama di Kelantan, perkhidmatan kereta api antara bandar yang diuruskan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara perkhidmatan yang terpenting bagi menghubungkan penduduk di sini. Perkhidmatan itu juga penting bagi menghubungkan penduduk pantai timur dengan pantai barat terutama bagi perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, Johor Baharu, dan bahagian utara Semenanjung. Stesen KTMB Wakaf Bharu, yang terletak di jajahan kampong saya iaitu di  Tumpat, Kelantan adalah satu daripada stesen yang amat popular bagi penduduk di negeri yang digelar sebagai Cik Siti Wan Kembang.
Stesen keretapi Wakaf Bharu merupakan sebuah stesen KTM Antarabandar di Wakaf Bharu, Kelantan. Stesen ini merupakan stesen kereta api yang paling hampir dengan ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu melalui  Laluan Persekutuan Malaysia 134. Kota Bharu tidak mempunyai stesen kereta api. Penduduk Kota Bharu yang hendak keGemas, Kuala Lumpur dan Singapura, akan menggunakan Stesen keretapi Wakaf Bharu atau Stesen keretapi Tumpat. Stesen keretapi Wakaf Bharu ini merupakan stesen ke-2 di Aliran Pantai Timur selepas Stesen keretapi Tumpat. Selain menjadi pusat persinggahan para pelancong untuk ke destinasi seperti Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang, ia turut menghubungkan penumpang dengan bandar Kota Bharu yang hanya mengambil masa 20 minit dari stesen itu. Stesen yang mula beroperasi sejak 1965 menjadi nadi pengangkutan kepada masyarakat di pantai timur terutama di Kelantan sebelum stesen baru dibina menggantikan stesen lama pada Februari 2009. Stesen ini juga tidak terlepas daripada tarikan yang unik kerana ia stesen yang digunakan oleh Sultan Kelantan untuk ke Kuala Lumpur sejak pemerintahan Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong keenam untuk menghadiri mesyuarat khas[1].

Kelebihan Stesen KTMB Wakaf Bharu
Sekiranya diamati dengan teliti, stesen itu adalah stesen yang amat berbeza dari stesen kereta api yang lain seperti di Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah. Tarikan utama stesen tersebut yang tiada pada stesen lain ialah ia menjadi pusat persinggahan pelancong dari luar negara terutama dari Jepun, Thailand dan Singapura untuk ke destinasi lain di Kelantan. Menurut bekas Pengurus Pemasaran KTMB, Mohd. Noordin Kimi, kebanyakan pelancong yang turun di stesen Wakaf Bharu rata-ratanya akan menuju ke Gunung Stong yang mempunyai air terjun tertinggi di Asia Tenggara[2]. Kalau kita lihat stesen Wakaf Bharu ni memang strategik. Nak ke Kota Bharu dekat, ke Rantau Panjang, Pengkalan Kubor pun dekat dan nak ke Gunung Stong juga dekat. Pengalaman singgah di stesen kereta api Wakaf Bharu amat bermakna kerana ia memberi kepada sesiapa sahaja peluang melihat flora dan fauna serta suasana alam semula jadi di sekitar stesen itu. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Bagi yang tinggal di bandar sudah merasai suasana di kota yang sesak dengan pelbagai kenderaan maka mereka harus menggunakan waktu lapang untuk menikmati percutian alam semulajadi dengan menaiki kereta api kerana stesen Wakaf Bharu menjanjikan percutian semulajadi bagi penggemar flora dan fauna.
Masalah DiHadapi
Isu 1 : Kerosakan Landasan akibat banjir
Fakta 1 : Pada 25 November 2009, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas di Stesen Keretapi Wakaf Bharu dan Stesen keretapi Gua Musang .
Huraian 1 : Ini kerana perkhidmatan Tren Ekspres Wau dan Tren Timuran tidak dapat meneruskan perjalanan berikutan banjir berhampiran laluan kereta api Kuala Krai, Kelantan.
Contoh :
Harian Metro melaporkan ratusan penumpang  Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas di Stesen Keretapi Wakaf Bharu dan Stesen keretapi Gua Musang pada  25 November 2009 sehingga landasan tersebut selesai diperbaiki[3].
Fakta 2 : Akibat banjir besar yang berlaku pada Disember 2014, sepuluh stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad di Pantai Timur tidak dapat beroperasi akibat ditenggelami air disebabkan banjir kuat yang melanda kawasan itu[4].

Huraian 2 : Pengerusi KTM Berhad, Datuk Nawawi Ahmad berkata, kesemua stesen yang terlibat ialah Chegar Perah, Merapoh, Gua Musang, Limau Kasturi, Bertam Baharu, Kemubu, Dabong, Bukit Abu, Manek Urai dan Krai. Ia dibuka semula pada tahun ini[5].

Contoh :
Pada 16 Disember 2014, mynewshub telah menerbitkan berita bahawa sepuluh stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM)  di Pantai Timur tidak dapat beroperasi akibat ditelenggami air dan mengalami kerosakan.

Cadangan :
1. Kerja-kerja pembaikan landasan haruslah dilaksanakan dalam masa yang singkat bagi mempercepatkan jadual operasi perjalanan dan mengekalkan kelajuan maksimum Tren.
2. Penyelenggaraan yang kerap dan berjadual ke atas semua set-set Tren Komuter bagi mengelakkan berlakunya kerosakan.

Isu 2 : Kelewatan tren berdasarkan soal selidik yang dijalankan
Fakta : Kesemua responden mengatakan perjalanan lewat tiba selama 30 minit hingga sejam.
Huraian : Hasil dapatan dari soal selidik sebanyak 10 sample mendapati kesemua responden memberikan maklumbalas mengenai kelewatan tren KTMB antara 30 minit sehingga sejam.
Contoh : Berdasarkan di Jadual 1 dan Graf Bar 1, 4 orang responden menyatakan bahawa kelewatan tren selama 30 minit manakala 6 orang responden menyatakan kelewatan tren selama 1 jam.
JADUAL 1 : KELEWATAN TREN MENGIKUT JAM
JENIS PEKERJAAN
KELEWATAN TREN MENGIKUT JAM
PELAJAR (4  RESPONDEN)
0.5 jam
PENIAGA (3 RESPONDEN)
1 jam
TENTERA (3 RESPONDEN)
1 jam



Sumber Jadual  1 : Data daripada borang soal selidik terhadap 10 responden

GRAF BAR 1 : KELEWATAN TREN MENGIKUT JAM
(sumber Graf Bar 1 : Hasil dapatan borang soal selidik)
Cadangan :
1. Meningkatkan tahap motivasi dan semangat anggota agar matlamat organisasi tercapai.
2. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan semua anggota terutamanya anggota di Pusat Kawalan dan Arahan Tren, dengan itu setiap masalah yang timbul dapat diatasi dengan segera
3. Meningkatkan penggunaan semua set Tren yang ada, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Tren Komuter dari segi ketepatan dan menyediakan kekerapan yang sesuai terutama pada waktu puncak dengan itu dapat mengurangkan kesesakan di stesen-stesen.

Isu 3 : Kelewatan tren berdasarkan soal selidik yang dijalankan
Fakta : Kesemua responden memberikan maklumbalas bahawa perkhidmatan KTMB belum mencapai tahap cemerlang dengan skala 10.
Huraian : Hasil dapatan dari soal selidik sebanyak 10 sample mendapati bahawa 4 responden yang terdiri daripada pelajar hanya memberikan maklumbalas memuaskan dengan skala 6 manakala 6 responden yang terdiri daripada peniaga dan tentera memberikan keputusan hanya amat memuaskan terhadap perkhidmatan KTMB dengan skala 8.
Contoh : Berdasarkan di Jadual 2 dan Graf Bar 2, 4 orang resonden memeberikan markah memuaskan dengan skala 6 dan 6 orang responden lagi memberikan markah amat memuaskan dengan skala 8. Oleh itu berdasarkan soal selidik, pengguna berpendapat perkhidmatan KTMB belum mencapai tahap cemerlang.

JADUAL 2 : SKALA KEPUASAN RESPONDEN MENGENAI PERKHIDMATAN KTMB
JENIS PEKERJAAN
SKALA KEPUASAN
PELAJAR (4  RESPONDEN)
6
PENIAGA (3 RESPONDEN)
8
TENTERA (3 RESPONDEN)
8




Sumber Jadual  2 : Data daripada borang soal selidik terhadap 10 responden
GRAF BAR 2 : KEPUASAN RESPONDEN MENGENAI PERKHIDMATAN KTMB BELUM MENCAPAI TAHAP CEMERLANG (SKALA 10)
(sumber Graf Bar 2 : Hasil dapatan borang soal selidik)

Cadangan
1. Peningkatan imej organisasi dan misi organisasi akan tercapai dengan cara berikut:
2. Meningkatkan tahap motivasi dan semangat anggota agar matlamat organisasi tercapai.
3. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan semua anggota terutamanya anggota di Pusat Kawalan dan Arahan Tren, dengan itu setiap masalah yang timbul dapat diatasi dengan segera
4. Penyelenggaraan yang kerap dan berjadual ke atas semua set-set Tren bagi mengelakkan berlakunya kerosakan.

Gambar 1 : Pandangan depan Stesen KTMB Wakaf Bharu
Gambar 2 : Kesesakan jalan selalu berlaku di Stesen ini apabila pintu gate ditutup bagi memberikan laluan kepada keretapi.
RUJUKAN
 [2] En. Mohd. Noordin Kimi, Temubual bekas Pengurus Pemasaran KTMB, sempena majlis pelancaran Malayan Tiger Train (MTT) di Johor Bahru Sentral, 2012.
[3] Harian Metro, 25 November 2009.
[5] http://www.mynewshub.cc/tag/ktm/





Comments

Adewira Perkasa said…
cadangan buat komuter seperti di kedah, upgrade kpd komuter, landasan berkembar di kelantan

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA