SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN


Prakata 1 : Buku Bahasa bertajuk : Bahasa Melayu Penulisan Persuratan
Prakata
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah dan rahmat-Nya saya Berjaya menyiapkan buku “Bahasa Melayu Persuratan” ini. Tujuan saya menulis buku ini adalah supaya memberi panduan kepada semua golongan tidak kira pelajar mahaupun orang dewasa tentang penulisan persuratan dalam Bahasa Melayu yang betul. Sekarang ini, terlalu ramai orang menggunakan Bahasa Melayu yang salah dalam menulis surat atau membina ayat kerana mereka lebih suka menggunakan perkataan yang ringkas dan penulisannya juga banyak menggunakan bahasa rojak. Ini menyebabkan pencemaran bahasa kita.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan cadangan pembaikan dan kritikan membina dalam menghasilkan buku ini. Juga kepada bekas Guru bahasa Melayu saya sejak sekolah rendah iaitu En. Najib Emdibi yang telah memberikan galakan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan buku ini. Terima kasih saya tujukan juga kepada rakan saya , Dr. Haji Rahmat Azizol yang memberikan perangsang, teguran serta cadangan bernas terhadap pepenghasilan buku ini.
Ucapan terima kasih yang teristimewa saya rakamkan buat suami saya, En Jamal Tongko  yang merestui hasrat saya ini dan banyak membantu saya menyiapkan buku ini. Akhir sekali, tidak dilupakan buat ibunda, Puan Mok Cun dan allahyarham ayahanda yang sentiasa mendoakan kejayaan saya dalam mengharungi kehidupan ini. Amin[1].
Mohd Nizam bin Nijir Muhammad


Prakata 2 : Buku Budaya bertajuk : WARISAN BUDAYA SABAH, ETNISITI dan MASYARAKAT
Prakata
Sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan jolokan ‘Negeri di bawah bayu’, Sabah menawarkan banyak peluang kepada para penyelidik baik dalam bidang sains sosial mahu pun dalam disiplin ilmu yang lain, untuk meneliti serta mengkaji aspek-aspek tertentu mengenai budaya serta etnisiti masyarakatnya. Sesuai dengan maksud di atas, buku ini merupakan satu percubaan untuk melihat kepelbagaian dalam masyarakat serta budaya yang diamalkan oleh suku kaum atau kumpulan etnik yang mewarnai budaya negeri ini. Terpaksa diakui bahawa buku ini bukanlah satu kajian yang komprehensif tentang budaya dan masyarakat Sabah secara keseluruhannya tetapi ia lebih merupakan satu kajian yang member fokus kepada aspek-aspek tertentu budaya beberapa suku kaum yang terdapat di Sabah. Selain itu, kegiatan sosiobudaya dan politik turut diberi perhatian walaupun ia tidaklah merupakan tema yang sentral di dalam buku ini.
            Artikel-artikel yang terkumpul di dalam buku ini merupakan hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh beberapa orang tenaga pengajar akademik dari Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah serta juga beberapa orang tenaga akademik dari Sekolah Sains Sosial di universiti ini. Kepada penyumbang-penyumbang artikel di dalam buku ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana begitu sabar menanti kelahirannya[2].
Mohd Nizam bin Nijir Muhammad          



Prakata 3 : Buku Pengurusan bertajuk : Kepimpinan Berkualiti Teras Kejayaan.
Prakata
Syukur ke hadrat ilahi kerana saya Berjaya menyiapkan sebuah buku yang amat bermanfaat ini. Buku ini dikeluarkan untuk menyediakan pemahaman melalui ucapan yang dibuat bertahun-tahun oleh pemimpin-pemimpin kita. Sejak dulu Era Pentadbiran bekas pemimpin –pemimpin telah menyaksikan pelbagai perubahan dan mendapat juga kritikan terhadap cara autokratik mereka, namun kajian menunjukkan rejim pemerintahan Pemimpin terdahulu membuktikan bahawa kepercayaan untuk prinsip demokratik telah diterapkan dalam kepimpinan. Buku kepimpinan ini saya terbitkan supaya generasi sekarang mengenal erti kepimpinan yang sebenar oleh bekas pemimpin kita yang terdahulu. Corak kepimpinan mereka lah yang telah mencorakkan hala tuju Negara kita sekarang dengan pelbagai kejayaan dan kemajuan yang diraih.
Kuasa yang sekian lama dikuasai oleh pemimpin kita telah membawa banyak persoalan mengenai kemimpinan bangsa Melayu yang mana para pemimpin kita telah perjuangkan. Pentadbiran mereka perlu mencari dan mengenalpasti pemimpin pelapis kedua yang cekap dan mampu menggalas tugas kepimpinan daripada beliau untuk pemenerintahan untuk tahun yang akan mendatang.
Sebagai pemimpin yang patrotik yang membawa pelbagai perubahan dan kemajuan, kita sedaria menyuntik semangat bagi menghadapi pelbagai cabaran. Semangat dan kesungguhan adalah bahagian paling penting dalam kelangsungan politik beliau.
Kita mesti bersaing dengan bangsa lain untuk mencapai kemajuan dan konsisten dengan perubahan masa. Walaupun bukan matlamat kita untuk menafikan atau menggurangkan hak seseorang, ia jelas bahawa pertandingan tidak boleh dielakkan dan apapun pertandingan pasti akan terus wujud.
Kepentingan kualiti sebagai pemimpin bukan untuk bertanding pilihanraya atau mencari populariti tetapi untuk mencapai misi peribadi iaitu untuk menjelmakan karakter melayu dan Malaysia secara umumnya melalui rancangan dan perbuatan yang boleh dilihat dan dicontohi. Dalam bertahun-tahun menghadapi cabaran, masalah dalaman dan krisis ekonomi tidak sesekali boleh menjejaskan keinginan beliau untuk membina Malaysia yang mempunyai pelbagai buadaya dan kaum. Cabaran peribadi pemimpin berkualiti adalah untuk membuat rakyat Negara ini umumnya memperolehi kepentingan, kejayaan dan  kualiti daripada pentadbiran serta perjuangan mereka kepada rakyat[3].
Mohd Nizam bin Nijir Muhammad.

Prakata 4 : Buku Pengurusan bertajuk : Urus Tadbir Kerajaan Yang Terbaik, Isu Dan Cabaran
Prakata
Alhamduliah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinya saya telah Berjaya menyiapkan buku yang bertajuk “ Urus Tadbir kerajaan Yang Terbaik, Isu dan Cabaran” ini. Banyak masa dan tenaga yang telah dikorbankan untuk menyiapkan buki ini. Untuk ini, saya selaku pihak penulis ingin merakamkan setinggi – tinggi perhargaan kepada Syarikat pencetak, Cetak maju Sdn. Bhd di atas proses mencetak buku ini sehingga mencapai matlamat masa yang saya inginkan.
Buku ini saya hasilkan supaya semua golongan pembaca tidak kira yang bekerja di sektor swasta mahupun sektor Kerajaan suapaya mengetahui bahawa Tadbir Urus Kerajaan yang terbaik amat penting dalam sesebuah Negara. Ini penting kerana tadbir urus yang cekap, amanah dan berakauntabiliti amat penting bagi menjamin kemajuan Negara. Selain itu, kita dapat mengenal pasti apakah isu yang dihadapi oleh Kerajaan sekarang dan apakah cabaran yang bakal kerajaan hadapi. Semuannya terjawab di dalam buku yang bagus ini.
Akhir sekali, penghasilan buku ini tidak akan Berjaya tanpa sokongan daripada isteri saya yang tersayang, Puan Mok Cun yang sentiasa memberikan saya galakan dan semangat yang berterusan untuk menyiap buku yang amat bermanfaat ini[4].
Mohd Nizam bin Nijir Muhammad.












Rujukan
[1] Bahasa Antara, Puteri Roslina Abdul Wahid (2004). Dewan Bahasa dan Pustaka.
[2] Warisan Budaya Sabah, Etnisiti Dan Masyarakat, Mohd Sarim Hj. Mustajab (2004),Universiti Malaysia Sabah.
[3] Mahathir : A Leader and His Leadership, Aziz Zariza Ahmad (1998), Firma Malaysia Publishing.
[4] Good Governance , Issues & Challenges, Samsudin Osman, Zulkurnain Hj. Awang & Sarojini Naidu (2000) INTAN.


Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA