BPMN 1013 PENGANTAR PENGURUSAN


1.0         Pengenalan Tokoh
Description: nike phil knight kasut sejarah nike

Nike adalah jenama pengeluar sukan yang sangat berpengaruh di dunia. Bagi yang meminati Nike ini, mereka pastinya menganggap jenama ini sebagai no.1 di dunia. Atlet seperti Michael Jordan, Maria Sharapova, Cristiano Ronaldo dan Tiger Woods antara nama-nama besar yang berjaya diikat Nike dengan kontrak jutaan dollar setahun. Nike diasaskan pada 1964 oleh Blue Ribbon Sports di bawah pegangan saham Bill Bowerman. Pada awalnya operasinya, Blue Ribbon Sports adalah pembuat kasut untuk jenama kasut Jepun, Onitsuka Tiger yang kini dikenali Asics. Pada 1971, Nike akhirnya memiliki syarikat penuh mereka sendiri dengan nama Nike Inc. Pada saat syarikat ini ditubuhkan mereka meminjam $1,200 daripada bank. Angka yang agak besar ketika itu.

Bowerman bekerjasama dengan jurulatih balapan dan acara padang iaitu Phil Knight yang menjadi pengasas bersama yang menubuhkan Nike Inc. Knight pada awalnya mahu menggelarkan nama syarikat mereka Dimension 6. Namun selepas beberapa hari memerah otak, Knight terjumpa satu etimologi Greece iaitu nike (disebut ny-kee). Dalam bahasa Greece, Nike merujuk kepada tuhan kejayaan. Kasut pertama Nike dibuat pada 1971 digelar Nike Waffle Trainer. Segalanya bermula apabila Bill Bowerman melihat bentuk waffle yang dibuat isterinya untuk sarapan pagi. Knight mendapat idea untuk menghasilkan tapak kasut yang penuh cengkaman seperti waffle. Knight telah menggunakan pemanas (iron) waffle isterinya untuk menghasilkan tapak kasut Nike Waffle yang kemudiannya dipatenkan oleh Nike. Nike kemudiannya cuba mencari logo untuk jenama mereka. Pada 1971, seorang pelajar rekaan grafik Universiti Portland, Carolyn Davidson menghasilkan logo Nike. Carolyn diberikan insentif $35 pada ketika itu. Namun Nike kini dikatakan telah memberikan Carolyn $640,000 hasil daripada kerja beliau itu dahulu. Pada 2015, tulisan Nike dikeluarkan daripada logo[1].


Dalam satu dokumentari khas tentang pengiklanan The Origins of Just Do It (Art and Copy 2009), satu siri telah mengeluarkan fakta yang menarik tentang slogan Just Do It oleh Nike. Ramai yang tidak tahu asal-usul slogan ini. Bermacam-macam versi dicipta oleh media tentangnya. Peminat Nike sendiri ramai tidak tahu akan asal-usul slogan ini. Perkataan itu rupa-rupanya diambil daripada pembunuh bersiri Gary Gilmore. Gilmore dijatuhkan hukuman tembak sampai mati pada 1977. Ketika menjalani hukuman, Gilmore telah diminta menyebut kata-kata terakhir, dan dia berkata: ‘Let’s Do It’.


Description: Kisah Pengasas Ramly Burger Dari Tanjung Piandang, Perak

RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY. Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa[2].

Sebut sahaja burger, pasti nama satu jenama yang tidak asing lagi iaitu Ramly akan bermain di fikiran. Ya, rata-rata kita semua membesar dengan mengenal Ramly Burger dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat negara Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat. Ramly Burger adalah jenama yang menjadi kebanggaan buat seluruh warga negara Malaysia. Hal ini kerana ia sudah cukup sinonim dengan penerimaan rakyat Malaysia dengan nama Ramly untuk makanan ala barat tambahan lagi apabila berkaitan dengan burger.

2.0         Gaya Kepimpinan kedua – dua tokoh

Beliau seorang yang bijak mengambil peluang dalam perniagaan apabila menggunakan seleberiti sukan dalam meluaskan pasran. Nike menguatkan pengaruh mereka dengan menaja atlet-atlet ternama dari seluruh dunia. Kuasa publisiti Nike sangat besar. Dan ia telah dilakukan sejak dahulu lagi. Atlet yang mendapat tajaan paling tinggi daripada Nike adalah Michael Jordan meskipun beliau sudah lama bersara. Nike mengeluarkan jenama khas Air Jordan ketika atlet paling popular dalam sejarah NBA ini dalam prestasi kemuncak. Pada Jun 2017, Forbes mengeluarkan senarai atlet yang mendapat tajaan terbesar oleh Nike termasuk bayaran royalti adalah[3]:
1. Michael Jordan: $110 juta
2. LeBron James: $32 juta
3. Kevin Durant: $25 juta
4. Cristiano Ronald $22 juta

Jelas sekali, Michael Jordan mendahului senarai atlet lain dengan margin yang sangat besar. Ada 3 atlet yang berjaya memenangi tajaan seumur hidup oleh Nike iaitu Michael Jordan, LeBron James dan Cristiano Ronaldo. Berbalik kepada sejarah penajaan. Atlet pertama yang mendapat tajaan Nike ioalah Ilie Natase pada 1972. Atlet tenis berbakat namun seorang yang agak nakal. Berhadapan dengan banyak penggantungan dan dibatalkan penyertaan kerana sikapnya. Ilie juga pernah membuat kontroversi memakai jenama Adidas yang merupakan seteru utama Nike[4].

Selain itu, Phil Knight juga seoarang yang mengenang budi apabila membalas jasa apabila pada tahun 2016 beliau telah menyumbang sebanyak 500 juta dolar amerika kepada Univeristi Oregon dimana tempat beliau berlatih larian di trek university tersebut.

Dato' Haji Ramly seorang bijak merebut peluang dan berpandangan jauh tidak pernah berputus asa walaupun ideanya itu pernah diperlekehkan sesetengah pihak dan juga pihak bank yang tidak yakin dengan kekuatan produk beliau. Namun, sokongan keluarga terutama isterinya yang sentiasa memberikan dorongan kepadanya menjadi pembakar semangat baginya untuk terus berjaya. Berbekalkan dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya.

Bagi memastikan kualiti produknya sentiasa berada di tahap terbaik bagi memenuhi citarasa pelanggannya, Makmal Mikrobiologi Ramly telah ditubuhkan. Tujuan penubuhan makmal ini adalah untuk memastikan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah sehinggalah produk siap) dan selamat untuk dimakan pengguna. Selain itu, makmal yang lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi ini juga berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk Ramly.

Di samping itu juga, beliau tidak pernah mengambil enteng akan setiap pandangan yang diberikan oleh para pelanggan terhadap produk keluaran syarikatnya. Sebarang rungutan dan ketidakpuasan hati pelanggan pasti akan dilayan oleh beliau dengan sebaiknya, malah beliau akan memperbaiki mutu produknya dengan berjumpa pelanggan tersebut dalam kadar segera untuk mengetahui masalah yang timbul. Tindakan yang diambil beliau menggambarkan beliau bukan seorang yang cepat melatah pada hal-hal remeh malah menangani masalah yang timbul dengan cekap dan efisyen. Hasil kerja keras beliau selama hampir 30 tahun telah melayakkan beliau dianugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Dato’ pada Disember 2009 daripada Sultan Selangor pada Hari Keputeraan Baginda dan beberapa kali dianobatkan Anugerah Usahawan Terbaik.

Beliau pernah memohon pinjaman dengan sebuah institusi kewangan, tapi ditolak kerana mereka kata orang Malaysia tak makan burger. “Kini saya sudah buktikan kita boleh berjaya dengan usaha dan kerajinan yang bersungguh-sungguh,” kata Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan RAMLY, Datuk Ramly Mokni dalam Bicara Agro di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pemilik jenama daging sejuk beku dan burger popular negara ini memegang prinsip jika orang lain boleh buat, dia juga boleh buat[5].

3.0         Perkembangan Organisasi
Pada tahun 1971 seorang karyawan Jeff Johnson terpikir untuk memberi nama Nike (dewi Yunani setelah kemenangan) untuk perusahaannya. Phil Knight akhirnya memperoleh nama untuk perusahaan yg saat ini menjadi perusahaan besar, tetapi ia juga memerlukan sebuah logo. Caroline Davidson, yang mengenal Phil ketika ia masih menjadi mahasiswa di University of Oregon. Dia diminta untuk merancang logo untuk Nike, yang terkenal di seluruh dunia dengan sebutan “The Swoosh”.

Pada tahun 1976, perusahaan itu menyewa John Brown and Partnernya, yang berbasis di Seattle, (seperti biro iklan pertama). Tahun berikutnya, perusahaan nike menciptakan “iklan produk” pertama untuk Nike, yang disebut “Tidak ada garis finish (There is no finish line)”, dan tidak ada produk Nike yang ditunjukkan.

Pada tahun 1980, Nike telah mencapai pasaran 50% di pasaran kasut bagi atlet AS, dan perusahaan go public pada bulan Desember tahun itu. Inovasi terbesar Nike adalah Michael Jordan, kontrak ini ditandatangani langsung oleh University of North Carolina. Hal ini lah yang membuat Nike unggul dalam bersaing dengan Reebok. Michael Jordan memang terkenal, namun bukan pilihan utama Phil Knight. Nike berusaha untuk mendapatkan Larry Bird dan Magic Johnson, 2 dari atlet yang sangat popular pada saat itu.

Kisahnya bermula pada tahun 1978 yang mana pada waktu itu negara kita kecoh dengan isu halal haram berkenaan dengan daging burger ini. Jadi, Ramly Bin Mokni sebagai pemotong daging mengambil peluang ini untuk buat sendiri dan menjual daging burger dari rumah bersama dengan bantuan isterinya, Shala Siah Binti Abdul Manap.

Dengan berbekalkan modal sebanyak RM2,000 pada waktu itu, mereka suami isteri telah buat sendiri daging burger secara manual dengan tanpa bantuan apa-apa mesin sokongan semata pisau sahaja di rumah mereka disebuah flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru. Dikatakan pada mula perniagaan mereka dapat kurang sambutan kerana masyarakat di negara Malaysia pada waktu itu tidak gemar makan burger. Namun, berkat kesabaran dan kecekalan pemilik Ramly Bin Mokni dan isteri, mereka tetap terus berniaga dan buka gerai burger berdekatan dengan kawasan Chow Kit.

Sejak dari itu, permintaan terhadap daging Ramly Burger semakin hari semakin bertambah. Bermula dengan 200 keping daging sehari kemudian mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari. Pada tahun 1980, mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka telah berjaya membuka sebuah kilang di Bandar Tun Razak dengan menghasilkan kira-kira 10,000 keping dalam 1 hari.

Cabaran Ramly Burger yang paling besar sewaktu mula-mula hendak membangun adalah pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger akan tetapi pihak Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka. Hari ini, jualan tahunan Ramly Burger mencecah RM1 billion dan daging yang digunakan untuk sehari menghampiri 1.5 tan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk jenama Ramly. Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.

4.0         Tahap pertumbuhan organisasi

Pada tahun 1987 Nike merilis model pertamanya yaitu Air Max Line. Gelembung udaranya (Air Bubbles) dan keselesaannya meyakinkan banyak orang untuk membeli sepasang Air Max Line.Nike pada awalnya hanya dikenal sebagai perusahaan kasut larian, tetapi pada tahun 1984 Nike menandatangani kerjasama dengan pemain basket Michael Jordan, yang hingga hari ini menjadi sebahagian dari Nike. Beberapa model yang dikenali sampai hari ini adalah : Nike Air Force 1, Nike Vandal, Nike Air Max garis, dan Nike Air Jordans. Hingga hari ini Nike terus memajukan teknologi mereka.

Dulunya beliau hanya bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasaraya di ibu kota pada awal 70-an, di mana ketika itu kebanyakan makanan sejuk beku tidak dapat dipastikan status halal haramnya. Mengambil peluang yang ada di depan mata, beliau lantas mendapat idea untuk menghasilkan makanan sejuk beku yang halal untuk memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia.

Pada tahun 2008 pula, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. telah mengambil satu keputusan besar dengan membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Melalui pembesaran kilang ini yang disertakan juga dengan penggunaan teknologi yang lebih baik, dilihat dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga tiga kali ganda dengan kualiti yang sama standardnya.

Walaupun dihimpit pelbagai cabaran dan halangan, namun, berbekalkan keyakinan yang tinggi, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya daripada hanya mengeluarkan daging burger sebanyak 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dalam dunia perniagaan. Antara produk yang bernaung di bawah jenama Ramly adalah daging burger ayam dan daging, rangkaian produk nugget, jejari, sosej dan banyak lagi. Namun begitu, produk burger Ramly masih kekal sebagai produk terlaris dengan sumbangan sebanyak 50 peratus kepada perniagaannya. Bagi memastikan kualiti produknya sentiasa berada di tahap terbaik bagi memenuhi citarasa pelanggannya, Makmal Mikrobiologi Ramly telah ditubuhkan. Tujuan penubuhan makmal ini adalah untuk memastikan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah sehinggalah produk siap) dan selamat untuk dimakan pengguna. Selain itu, makmal yang lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi ini juga berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk Ramly.

Lebih dari 120 orang pemborong berdaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk RAMLY. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribupejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan dalam menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejukbeku digunakan.

5.0         Kesimpulan

Phil Knight telah bersara sebagai Pengerusi pada Jun 2016 setelah 52 tahun menerajui syarikat. Nike mempunyai keuntungan sebanyak 34 billion dolar amerika dan 74,400 orang pekerja di 52 buah Negara. Pada tahun 2016 beliau telah menyumbang sebanyak 500 juta dolar amerika kepada Univeristi Oregon. Kekayaan beliau yang terkini diumumkan forbes setakat 19 september 2018 adalah bernilai 35.2 billion dolar amerika[6]. Beliau bukan sahaja pandai merebut peluang dalam perniagaan tapi juga seorang yang dermawan. Legasi yang beliau tinggalkan amat besar dalam dunia sukan kerana bagi saya jenama NIKE ini amat popular dan selesa dipakai.

Hasil perniagaan burger tempatan, Kumpulan Ramly, dijangkakan melonjak kepada RM2 bilion berbanding RM1 bilion pada masa ini sebaik kompleks pengeluaran baharu di Pulau Indah, Selangor, beroperasi sepenuhnya pada 2018. Fasa pertama kompleks itu yang dijadual siap akhir tahun depan, akan meluaskan kapasiti pengeluaran kumpulan kepada 300 tan sehari berbanding 100 tan sekarang, kata Pengasas dan Pengarah Urusannya Datuk Ramly Mokni. Pertumbuhan perniagaan kini tidak banyak berubah memandangkan kemudahan sedia ada sudah beroperasi dalam kapasiti penuh, katanya. Kompleks baharu ini akan dilengkapi depot penyimpanan, logistik halal, pusat latihan dan pusat penyelidikan dan pembangunan. Kapasiti pengeluaran yang dipertingkat itu kelak akan membolehan Ramly Group meningkatkan eksport ke rantau Asean. Timur Tengah, Eropah, Jepun dan Korea, yang juga merupakan pelan peluasan syarikat[7].








6.0                                                                             Rujukan


[1] https://news.nike.com/history


[3] http://opendorse.com/blog/2016-highest-paid-athlete-endorsers/

[4] https://www.washingtonpost.com/outlook/2018/09/06/

[5] https://www.hmetro.com.my/node/126152

[6] www.forbes.com









Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA