‘Mahathirisme’


Istilah ‘Mahathirisme’ dicetuskan dari idea yang melihat keunikan pemerintahan Dr. Mahathir bersama falsafah dan cara pengurusan negara yang ingin dibawanya ke arah negara maju di tahun 2020. ‘Mahathirisme’ sebenarnya boleh dilihat daripada bentuk ideologi politik yang melahirkan lima komponen dasar pemerintahan beliau iaitu nasionalisme, kapitalisme, Islam, populisme dan autoritarianisme (Khoo Boo Teik, 1995:7). Ada kajian lain pula yang memperlihatkan Dr. Mahathir di dalam tiga konteks
(Ahmad Fawzi Mohd Basri, 1996:1) iaitu:
1. Dasar awam yang disutradarakan oleh Dr. Mahathir untuk mewujudkan sebuah negara yang kukuh dan sebuah kerajaan yang mampu membawa negara ke satu era baru.
2. Strategi politik Dr. Mahathir yang dipentaskannya dalam kerajaan dan parti.
3. Gaya kepimpinan Dr. Mahathir dalam menguruskan parti dan juga kerajaan.

Oleh itu, ‘Mahathirisme’ boleh diandaikan sebagai satu bentuk gaya kepimpinan yang cuba merubah negara kepada satu landasan pembangunan berdasarkan pemikiran dan falsafah diri yang dibawa oleh Dr. Mahathir sendiri. Semasa Dr. Mahathir memerintah negara, prinsip dan amalan yang terkandung di dalam ‘Mahathirisme’ itu diterima oleh rakyat Malaysia keseluruhannya dalam menuju kepada pembangunan dan kemajuan negara.
Pembentukan pemikiran Dr. Mahathir
Secara keseluruhannya, terdapat beberapa faktor penting yang membawa kepada pembentukan pemikiran Dr. Mahathir yang menjadikan beliau seorang yang sukar diramal dan cara pemerintahannya yang terus menjadi perdebatan ramai. Terdapat empat faktor utama yang membentuk falsafah politik beliau iaitu keluarga, penjajahan negara, kedoktoran, dan ‘C.H.E. Det’.
Apabila ditinjau daripada hasil didikan ibubapa yang diterima oleh Dr. Mahathir, jelas sekali beliau diasuh dalam suasana penuh berdisiplin, tegas, dan galakan kepada tuntutan pelajaran. Dr. Mahathir pernah menceritakan bahawa: Saya dibesarkan di dalam suasana rumah yang penuh dengan disiplin. Bapa saya menjalankan disiplin sepertimana di kelas. Bunyi batuk beliau ketika menghampiri rumah sudah cukup menyebabkan saya dan abang-abang saya berkejaran mendapatkan buku (Morais 1982:1).

Atas kepercayaan inilah dalam era pemerintahan beliau, Dr. Mahathir telah memperkenalkan beberapa dasar yang berasaskan dua bentuk dasar utama iaitu 1) dasar-dasar ekonomi dan pembangunan negara serta 2) dasar-dasar sosial dan etika dalam usaha membentuk mutu dan kualiti rakyat serta warga pekerja untuk sama-sama berusaha ke arah kemajuan dan pembangunan negara keseluruhannya. Apabila ditinjau daripada hasil didikan ibubapa yang diterima oleh Dr. Mahathir, jelas sekali beliau diasuh dalam suasana penuh berdisiplin, tegas, dan galakan kepada tuntutan pelajaran. Dr. Mahathir pernah menceritakan bahawa:
Saya dibesarkan di dalam suasana rumah yang penuh dengandisiplin. Bapa saya menjalankan disiplin sepertimana di kelas. Bunyi batuk beliau ketika menghampiri rumah sudah cukup menyebabkan saya dan abang-abang saya berkejaran mendapatkan buku (Morais 1982:1).
Proses sosialisasi di dalam keluarga menunjangi keperibadian beliau yang turut terserlah di dalam pentadbirannya. Disiplin dirinya mendasari kemajuan yang dikecapi oleh negara hari ini mengikut acuan sendiri dan nilai ini cuba diterapkan ke dalam rakyat yang dianggap mesti memiliki sikap berdisiplin untuk membangunkan negara. Atas kepercayaan inilah dalam era pemerintahan beliau, Dr. Mahathir telah memperkenalkan beberapa dasar yang berasaskan dua bentuk dasar utama iaitu 1) dasar-dasar ekonomi dan pembangunan negara serta 2) dasar-dasar sosial dan etika dalam usaha membentuk mutu dan kualiti rakyat serta warga pekerja untuk sama-sama berusaha ke arah kemajuan dan pembangunan negara keseluruhannya.4

Selain daripada itu, pengalaman sewaktu penjajahan asing banyak mempengaruhi gaya kepimpinan Dr. Mahathir yang memiliki semangat nasionalisme tinggi untuk mentadbir dan menghasilkan pemerintahan sendiri tanpa campurtangan kuasa asing.
Dr. Mahathir sering mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mengabaikan sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan. Di samping itu, beliau menggalakkan rakyat Malaysia supaya sentiasa bersatu padu melawan ancaman negara asing untuk menjajah semula Malaysia. Dalam perutusan sempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia ke 40, Dr. Mahathir menyatakan bahawa:
Walau apa pun terjadi pada kita, kita tidak harus melupakan sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita. Sebab itulah kita mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan setiap tahun. Selain daripada menanam semangat cintakan negara di kalangan rakyat, Hari Kebangsaan mengingatkan kita kepada sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita. Dengan mengetahui sejarah negara sendiri, kita boleh merancang masa depan negara kita dengan lebih baik dan berkesan (dalam Teuku Haji Ibrahim Alfian, 1998:126).
Sepanjang hidup beliau, Dr. Mahathir telah melalui kehidupan di bawah penjajahan tiga kuasa asing iaitu British, Jepun, dan Siam. Beberapa perkara telah diperhatikan oleh beliau yang seterusnya menjadi landasan pemikiran beliau. Kekalahan British di tangan Jepun telah memberi keyakinan kepada beliau bahawa orang Barat bukanlah bangsa yang terlalu agung sehingga sukar untuk disaingi. Dengan kejayaan Jepun, beliau menyedari bahawa keteguhan dan disiplin tentera Jepun membolehkan mereka menandingi Barat dan menjadi sebuah kuasa dunia yang kuat khususnya dari segi ketenteraan. Ini telah menarik perhatian Dr. Mahathir (1999b:19-20):
Orang Jepun sudah tentu merupakan orang yang sangat berdisiplin, bertatatertib dalam cara mereka sendiri, dalam cara mereka menabik, dan menyapa ketua mereka. Kesemua ini meninggalkan kesan ke atas diri saya dan kemudiannya menyakinkan saya bahawa dengan disiplin anda boleh menguasai hampir segala perkara. Oleh yang demikian terdapat satu kesedaran di kalangan kami bahawa jika kami mahu, kami boleh menjadi seperti orang Jepun. Kami mempunyai kebolehan untuk memerintah negara kami sendiri dan mampu bersaing pada tahap yang sama dengan orang Eropah.
Di samping itu, ilmu perubatan juga banyak membantunya mengenalpasti bagaimana cara terbaik mentadbir sebuah negara dengan menggunakan ilmu itu sebagai strategi untuk berhadapan dengan ancaman politiknya. Ini kerana setiap doktor mesti melalui proses memeriksa pesakit, menyelidik rekod sejarah perubatan pesakit, rawatan fizikal, ujian makmal, dan seterusnya mendiagnosiskan pesakit. Menurut Dr. Mahathir (1999a:20-21, 1995a:132), peranan doktor sama dengan pemimpin politik kerana kita perlu memerhatikan setiap masalah termasuklah mengenalpasti dimensi sejarahnya, menganalisis tanda-tanda dan punca-punca permasalahan tersebut, dan akhir sekali mencari jalan penyelesaian yang terus membawa kepada proses tindakan. Cara-cara penyelesaian begini banyak digunakan oleh Dr. Mahathir sepanjang beliau menerajui kepimpinan negara. Pemikiran Dr. Mahathir boleh diumpamakan dengan penyakit barah di kaki. Sebelum barah di kaki itu merebak ke anggota badan lainnya, maka haruslah dipotong kaki tersebut. Begitu juga di dalam politik, beliau akan cuba mencari jalan penyelesaian ke atas cabaran kepimpinannya sebelum ia berlanjutan supaya ia tidak menjejaskan urusan pentadbiran atau menggugat kestabilan negara.
Akhir sekali, faktor ‘C.H.E. Det’ menggambarkan usaha Dr. Mahathir menyebarkan idealisme beliau melalui penulisan. Penulisan yang beliau lakukan bukan sahaja mampu memberi pulangan wang kepada beliau ketika menuntut di Singapura malah bakat menulis digunakan untuk menyalurkan idea-idea pemikiran beliau berkenaan situasi semasa. Ketika menulis menggunakan nama samaran ‘C.H.E. Det’, beliau banyak menulis berkenaan isu-isu kemasyarakatan khususnya berkenaan pendidikan tinggi masyarakat Melayu, kebebasan wanita Melayu, tarian tradisional dan kehidupan masyarakat Melayu (Mahathir, 1995b). Kebolehan ini juga digunakan sewaktu peringkat awal bersama UMNO dimana beliau bersama dengan sekumpulan pemimpin muda UMNO telah menghasilkan sebuah akhbar bertajuk ‘Pemerhati’. Walau bagaimanapun, akhbar tersebut hanya bertahan selama 18 bulan sebelum penerbitannya dihentikan oleh kepimpinan UMNO pada ketika itu (Funston, 1998:10). Hasil kreativiti beliau di dalam bidang penulisan ini membolehkan beliau menulis karya yang penuh kontroversi seperti ‘The Malay Dilemma’ dan ‘The Challenge’. Melalui penulisan ini, beliau telah menonjolkan idea bukan sahaja berkenaan masyarakat Malaysia malahan meliputi senario Asia dan global terutama isu yang berkaitan dengan ekonomi dan pembangunan negara.

Untuk mengubah sesuatu masyarakat maka nilai, budaya, dan etika masyarakat itu perlulah diubah supaya ia sesuai dengan keperluan semasa yang dilihat sebagai intisari kepada kebangkitan sesuatu masyarakat atau bangsa itu. Ketika menyampaikan perutusan Sempena Tahun Baru 1996, Dr. Mahathir menyatakan :
Maju mundurnya sesuatu bangsa tidak bergantung kepada keturunan kaum atau warna kulit. Sebab itu ada bangsa Eropah yang amat mundur dan ada bangsa Asia yang termaju sekali. Maju mundurnya sesuatu bangsa bergantung kepada budaya bangsa itu. Dan budaya bukan sesuatu yang tetap dan tidak dapat diubah. Budaya berubah sepanjang masa dan boleh dicorak secara sengaja. Oleh kerana itulah, beberapa dasar kerajaan yang digubal ketika pentadbiran beliau bertujuan untuk membaiki sistem nilai, budaya, dan etika ini pada bukan sahaja masyarakat Melayu malah seluruh kaum yang ada di Malaysia. Misalnya Dasar Pandang Ke Timur; Kempen Bersih, Cekap, dan Amanah; Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Di Dalam Pentadbiran; dan Kempen Kepimpinan Melalui Teladan yang merupakan dasar-dasar yang berkehendakkan satu tindakan sosial dan etika kerja yang positif. Ini akan mengubah pemikiran dan budaya masyarakat itu kepada sesuatu yang progresif iaitu ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.
Ramai pengkaji politik Malaysia berbelah-bahagi dalam menjelaskan bentuk pemerintahan yang dijalankan oleh rejim Dr. Mahathir ini. Ada yang beranggapan bahawa Malaysia telah mengubah suai bentuk demokrasi (Means 1976, Milne dan Mauzy 1977, Von Vorys, 1975). Sesetengah penganalisis politik menganggap Malaysia hanya mengamalkan sistem separuh demokrasi (Zakaria Haji Ahmad, 1989) dan ada juga menganggap Malaysia telah mengamalkan autoritarianisme (Crouch, 1996). Secara luarannya, Malaysia masih mengamalkan struktur perlembagaan demokrasi dan pemerintahan yang bercorak demokrasi berparlimen. Namun beberapa proses terpenting demokrasi seperti ‘rule of law’, kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, keadilan sosial, dan sebagainya telah dibatasi oleh pihak pemerintah demi menjaga kestabilan politik Malaysia dan kemakmuran negara.
Dalam temuramah beliau dengan Cable News Network (CNN) pada 2 September 1997, Dr. Mahathir menjelaskan bahawa proses demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia banyak berkait rapat dengan sokongan dari proses pilihan raya yang dipraktikkan lima tahun sekali:
Prinsip demokrasi diamalkan di Malaysia. Ini kerana rakyat yang memilih kerajaan dan kehadiran kami adalah kerana sokongan rakyat. Jika rakyat tidak menyukai kami, mereka boleh mengenepikan kami. Namun rakyat telah menunjukkan sokongan kepada kami dalam pelbagai cara dan kami rasakan ini (sokongan rakyat) adalah bukti demokrasi. Yang nyata ialah sesetengah rakyat tidak bersetuju (satu ketidakpersetujuan yang minoriti) tidak menunjukkan bahawa kami tidak demokratik. Kami percaya kepada demokrasi dan kami mengamalkan demokrasi.
Sementara itu, ketika berucap dalam Konvensyen Ulangtahun UMNO ke-50, Dr. Mahathir menyatakan lagi bahawa: Kita di Malaysia telah memilih demokrasi kerana kita percaya rakyat lebih tahu bagaimana mereka harus diperintah. Bahawa mereka berasal daripada masyarakat feudal terbukti dengan pengekalan perkataan ‘Kerajaan’, iaitu pemerintahan oleh Raja, sebagai nama untuk institusi pemerintahan. Walaupun di Malaysia kita masih kekalkan Sistem Beraja tetapi Raja tidak lagi memerintah atau mempunyai kuasa mutlak. Bahawa kita mengamalkan demokrasi menjadi jelas kerana badan yang memerintah, iaitu Jemaah Menteri, dianggotai oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat. Raja diletak sebagai kepala negara. Sistem ini yang diambil daripada Raja Berperlembagaan … memberi tempat kepada Raja tanpa menidakkan hak rakyat.

Maka jelaslah Dr. Mahathir mempunyai tanggapannya sendiri berkenaan demokrasi yang harus diamalkan di Malaysia. Bagi beliau Malaysia tidak harus mengamalkan demokrasi sepertimana yang diamalkan di negara-negara Barat kerana pegangan nilai masyarakat Malaysia yang berlainan tentang pentingnya setiap majoriti rakyat mendapat haknya yang terbaik dan seterusnya menjamin berlakunya kestabilan politik. Suara ramai dan amalan demokrasi di satu negara boleh menjadi penindasan dan penyeksaan di negara lain. Ini kerana di negara-negara demokrasi sendiri rakyat tidak dapat hidup aman, stabil dan tenteram kerana demokrasi melumpuhkan peranan siapa sahaja yang dipilih untuk memerintah. Bagi Dr. Mahathir, apabila demokrasi rakyat berpecah-belah bukan sahaja suara ramai atau majoriti yang menentukan siapa yang memerintah tetapi yang menentukan siapa yang sebenarnya berkuasa ialah sebilangan minoriti yang berkehendakkan kepentingan mereka diutamakan. Sementara itu, jika demokrasi bermakna pemerintahan oleh majoriti, maka orang Melayu yang menjadi majoriti rakyat Malaysia boleh menggunakan sentimen perkauman untuk mendirikan pemerintahan Melayu sahaja dengan menindas kaum-kaum lain, menukarkan sempadan pilihan raya, dan mengambil semua kekayaan negara. Sebaliknya dengan menggunakan demokrasi cara UMNO, masyarakat Melayu memilih untuk bekerjasama dengan kaum-kaum lain dengan tidak mengenepikan hak minoriti sebagai mengutamakan keadilan untuk semua pihak supaya politik menjadi lebih stabil dan
sistem demokrasi termasuklah pilihan raya dapat diamalkan secara berterusan (Mahathir, 1998:40). Dr. Mahathir juga berpendapat bahawa sistem demokrasi tidaklah sempurna kerana terdapat banyak kecacatan dalam demokrasi. Tetapi berbanding dengan sistem-sistem pemerintahan yang lain, ia adalah sistem yang terbaik sekali yang pernah dicipta oleh manusia di seluruh negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Malah Dr. Mahathir juga beranggapan bahawa sistem demokrasi sesuai dengan system pemerintahan Islam terutama yang bersangkutan dengan pemilihan pengganti pemimpin utama negara yang menekankan sokongan negara. Ini kerana baik apa juga sistem sama ada Islam atau pun demokrasi, sekiranya manusia lemah dan tidak patuh kepada sistem, apa juga sistem yang dipilih tentu ada kelemahan dan kegagalannya.
Islam pula pada pandangan Dr. Mahathir, sedang mengalami zaman merosot yang disebabkan umat Islam kini tidak lagi mengamalkan nilai-nilai asal yang disebarkan oleh Islam. Nilai-nilai Islam menurut beliau ialah juga merupakan nilai-nilai sejagat yang sama atau diterima oleh bangsa dan agama lain iaitu nilai-nilai seperti bersih, jujur, keadilan, disiplin, amanah, cekap, dan sebagainya, bukannya undang-undang
Islam seperti yang difahami oleh orang lain (Abdul Rahman Haji Abdullah 1998:218- 219). Tambah Dr. Mahathir (1999c:145) lagi, Nabi Muhammad s.a.w. menyeru umat Islam ke arah perpaduan dan persaudaraan, sebaliknya yang berlaku ialah perpecahan dan permusuhan sesama penganut Islam. Permusuhan sesama Islam ini telah memudahkan pihak Barat mengecap masyarakat Islam di dunia ini sebagai pengganas. Malah media-media asing pula dengan mudah memperkenalkan istilah-istilah seperti fundamentalis, ekstrimis, dan terrorist bagi menggambarkan keburukan Islam yang melahirkan umat yang ganas.

Oleh sebab itu, Dr. Mahathir menyeru tokoh-tokoh Islam

Dalam temuramah beliau dengan Cable News Network (CNN) pada 2 September 1997, Dr. Mahathir menjelaskan bahawa proses demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia banyak berkait rapat dengan sokongan dari proses pilihan raya yang dipraktikkan lima tahun sekali: Prinsip demokrasi diamalkan di Malaysia. Ini kerana rakyat yang memilih kerajaan dan kehadiran kami adalah kerana sokongan rakyat. Jika rakyat tidak menyukai kami, mereka boleh mengenepikan kami. Namun rakyat telah menunjukkan sokongan kepada kami dalam pelbagai cara dan kami rasakan ini (sokongan rakyat) adalah bukti demokrasi. Yang nyata ialah sesetengah rakyat tidak bersetuju (satu ketidakpersetujuan yang minoriti) tidak menunjukkan bahawa kami tidak demokratik. Kami percaya kepada demokrasi dan kami mengamalkan demokrasi. Sementara itu, ketika berucap dalam Konvensyen Ulangtahun UMNO ke-50, Dr. Mahathir menyatakan lagi bahawa:
Kita di Malaysia telah memilih demokrasi kerana kita percaya rakyat lebih tahu bagaimana mereka harus diperintah. Bahawa mereka berasal daripada masyarakat feudal terbukti dengan pengekalan perkataan ‘Kerajaan’, iaitu pemerintahan oleh Raja, sebagai nama untuk institusi pemerintahan. Walaupun di Malaysia kita masih kekalkan Sistem Beraja tetapi Raja tidak lagi memerintah atau mempunyai kuasa mutlak. Bahawa kita mengamalkan demokrasi menjadi jelas kerana badan yang memerintah, iaitu Jemaah Menteri, dianggotai oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat. Raja diletak sebagai kepala negara. Sistem ini yang diambil daripada Raja Berperlembagaan … memberi tempat kepada Raja tanpa menidakkan hak rakyat. Maka jelaslah Dr. Mahathir mempunyai tanggapannya sendiri berkenaan demokrasi yang harus diamalkan di Malaysia. Bagi beliau Malaysia tidak harus mengamalkan demokrasi sepertimana yang diamalkan di negara-negara Barat kerana pegangan nilai masyarakat Malaysia yang berlainan tentang pentingnya setiap majoriti rakyat mendapat haknya yang terbaik dan seterusnya menjamin berlakunya kestabilan politik.

Keadilan sosial dari segi ekonomi ini menghuraikan berkenaan ‘hak sama rata’ atau ‘equality’ yang menjamin kekayaan negara dan kemajuan ekonomi dikongsi bersama oleh setiap kaum yang ada di Malaysia secara permuafakatan, adil dan saksama. Di dalam buku berjudul ‘The Malay Dilemma’, Dr. Mahathir (1982b:82) pernah membangkitkan kepada perlunya hak sama rata bagi semua kaum dari segi sosial, ekonomi dan politik. Hal ini dikaitkan dengan penduduk Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Oleh sebab itu, dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperlukan bagi pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat yang bertujuan memperbaiki ketidakseimbangan social dan ekonomi antara kaum. Ini seterusnya akan menyumbang ke arah mengukuhkan perpaduan negara. Ini juga dapat mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di antara golongan kaya dengan miskin dan juga di kalangan etnik. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan kekayaan negara yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan seterusnya memperkukuhkan perpaduan negara. Ini menunjukkan penggabungan keseimbangan kaum dengan pertumbuhan ekonomi mampu membawa negara ke arah kestabilan politik dan wujudnya satu jalinan hubungan yang harmonis antara golongan-golongan kaum yang terdapat di Malaysia (Mahathir, 1999c:119).

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kita dapat melihat bagaimana istilah ‘Mahathirisme’ ini dibentuk bukan sahaja melalui penguatkuasaan dasar pembangunan dan kestabilan masyarakat itu sendiri, malah ia juga melibatkan gaya kepimpinan dan falsafah diri yang diterjemahkan oleh Dr. Mahathir dalam amalannya mentadbir negara. Sosialisasi yang diterima oleh Dr. Mahathir sebelum menceburi politik banyak membantunya mengembangkan bakat dari segi kepimpinan yang seterusnya menjadikan beliau salah seorang Perdana Menteri Malaysia yang berpandangan jauh. Idea-idea bernas dan falsafah yang unik membolehkan beliau melakukan sesuatu yang sukar diramal dalam membawa Malaysia ke landasan kemajuan. Pemerintahan Malaysia yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir jelas menunjukkan satu bentuk pemerintahan demokrasi mengikut acuan sendiri yang mengutamakan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kemajuan negara. Selepas 22 tahun mentadbir negara, beliau bersara pada 31 Oktober 2003 dan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih mempertahankan beberapa agenda perjuangan Dr. Mahathir walaupun melaksanakannya dengan gaya dan corak pentadbiran yang berbeza.

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA