SCCA 1023 TEORI KOMUNIKASI


ANALISIS  ARTIKEL  JURNAL 1 : PERSEPSI DAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DARI PERSPEKTIF IBU BAPA: SATU ANALISIS KUALITATIF

1.0       PENDAHULUAN
Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam sesebuah organisasi. Kepentingan peranan komunikasi ini jelas sebagai penyalur dan perkongsian maklumat antara ahli keluarga, pendidikan, hiburan, dan sebagainya yang menjadi wadah kepada proses sosialisasi serta pendidikan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak hinggalah membawa kepada beliau menjadi seorang dewasa. Salah satu elemen penting dewasa ini yang turut berperanan dalam hubungan anak-ibu bapa ialah media sosial terutamanya penggunaan Facebook.

2.0       FAKTA-FAKTA/TEORI/MODEL/HUJAH/IDEA
Jurnal ini berkaitan Teori Komunikasi Kumpulan. Antara punca-punca kenapa Internet menyumbang kepada pepecahan keluarga ialah kadar penggunaan Internet. Di Korea, masa yang dihabiskan untuk melayari Internet ialah 1- 4 jam sehari. Banyak pelajar menjawab bahawa mereka menghabiskan 9-14 jam sehari lepas sekolah melayari Internet serta kurang mempunyai pengawalan diri. Internet hanyalah melibatkan aktiviti menekan butang dan boleh berhubung dengan laman sedunia 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu dan Internet membawa kepada ketagihan. Lama kelamaan penggunaan Internet mengurangkan masa untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga.  Dalam masa yang sama penggunaan intensif peralatan moden seperti telefon selular dan komputer yang mempunyai akses kepada Internet telah membuatkan komunikasi bersemuka menjadi kurang penting. Peralatan berkenaan dicipta memudahkan kita berdepan dengan permasalahan ketagihan Internet.

3.0       DAPATAN/HASIL KAJIAN
Dalam satu analisis statistik yang diperoleh daripada Internet World Statistics (2011) berkaitan dengan bilangan pengguna Facebookmenunjukkan Malaysia berada pada tangga ketiga dari segi bilangan ahli Facebook yang mendaftar. Begitu juga dari segi nisbah pengguna Facebook dengan populasi yang juga menunjukkan Malaysia berada di tangga ketiga dengan 31.2% daripada popluasi rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai ahli Facebook.
4.0       KOMEN/KRITIKAN
Ketagihan dalam penggunaan laman Facebook juga boleh memberi implikasi negatif. Mereka yang akses laman Facebook dalam satu jangka masa yang lama boleh menyebabkan mereka mengalami ketagihan kepada laman sosial tersebut. Selain itu, pelbagai pihak akan mengambil kesempatan sama ada meraih keuntungan dengan melakukan penipuan yang bertujuan untuk menimbulkan aib kepada individu tertentu. Selain itu, tidak kurang juga terdapat pengguna yang menggunakan Facebook untuk meluapkan perasaan geram, benci dan sedih mereka terhadap individu tertentu. Apa yang lebih memburukkan adalah apabila Facebook dipanjangkan dengan komentar tidak sepatutnya terutama yang melibatkan hal rumah tangga (Mohamad Isa Abd Ralip, 2010)[1]. Dalam satu laporan akhbar berkaitan dengan satu peristiwa pergaduhan yang melibatkan dua rakan baik sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka parah ditikam di sebuah kafe (Tikam rakan akibat ejekan dalam Facebook, 2010)[2]. Perkara ini semua berpunca daripada komen yang berunsurkan ejek-mengejek dalam laman Facebook masing-masing.

5.0       PERSAMAAN/PERBEZAAN
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, kertas kerja ini menumpukan kepada perbincangan berkaitan dengan pola penggunaan media sosial dalam kalangan ibu bapa

6.0       KESIMPULAN/RUMUSAN
Kajian ini menyumbang kepada aspek akademik dan pragmatik. Dari segi akademik, hasil kajian ini dapat menyumbang kepada penambahan kajian-kajian berkaitan dengan media sosial dalam konteks komunikasi keluarga. Dari segi pragmatiknya, hasil kajian ini dapat menyumbang kepada pembentukan polisi dan garis panduan berkaitan dengan penggunaan media sosial dewasa ini.



ANALISIS ARTIKEL JURNAL 2 : PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU BERKAITAN PRODUK HALAL DAN IMPLIKASINYANYA TERHADAP INDUSTRI HALAL

1.0       PENDAHULUAN
Penyebaran maklumat halal palsu berkembang seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Di Malaysia, isu-isu yang berkaitan melibatkan isu-isu yang benar-benar berlaku seperti pemalsuan produk, penggunaan logo halal palsu dan penggunaan bahan yang diharamkan, malah ia turut melibatkan isu-isu halal yang palsu.. Kalau peringkat awalnya, ia bermula dengan surat berantai, diikuti emel dan sms berangkai. Namun kini, penyebarannya lebih kompleks dengan berbagai media sosial seperti facebook, instagram, whatsapp, twitter dan seumpamanya. Penyebarannya tidak terhad kepada isu yang berkaitan dengan produk makanan semata-mata, malah melangkaui produk bukan makanan.

2.0       FAKTA-FAKTA/TEORI/MODEL/HUJAH/IDEA
Jurnal ini berkaitan Teori Informasi. Penyebaran maklumat tanpa batasan telah memberi satu identiti kepada internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Kemunculan pelbagai media sosial baharu kini menyemarakkan dunia komunikasi antara manusia di alam maya. Ia turut memberi kesan terhadap penyebaran maklumat halal palsu dalam kalangan pengguna Muslim. Penyebaran ini mengguna medium:
a) Media sosial atau jaringan sosial. Misalnya facebook, Instagram, Telegram, WhatsApp, twitter dan seumpamanya.
b) SMS dan emel-pesanan ringkas dan emel masih menjadi medium penyebaran maklumat halal palsu.
c) Laman web dan blog. Sejumlah besar laman web telah dibangunkan untuk menjadi portal menviralkan makumat dan ada antaranya menjadi penyebar kepada maklumat halal palsu. Maklumat palsu yang diterima melalui medium-medium ini kemudian dihantar (send) kepada penerima, kemudiannya dikongsi ke rangkaian lain sarna ada melalui butang share, retweet, like, repost, print screen dan sebagainya selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

3.0       DAPATAN/HASIL KAJIAN
Teknologi telekomunikasi yang canggih pada mas a kini menjadi ibarat duri dalam daging apabila ia digunakan bagi menghebahkan maklumat palsu berkaitan produk kepenggunaan dengan penerimaan maklumat dan informasi tanpa sebarang tapisan. Untuk memperlihatkan kandungan maklumat meyakinkan para penerima, kebiasaannya para pencipta maklumat palsu ini akan menggunakan beberapa modus operandi, antaranya:
i. Meletakkan nama pihak yang berpengaruh sama ada seorang ulama, seorang pegawai yang berautoriti dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Penyalahgunaan nama pihak berkenaan akan menimbulkan persepsi awal pengguna yang bersifat negatif terhadap sesuatu produk.
ii. Mengekploitasikan agama dengan menyertakan fadhilat penyebaran. Golongan penyebar turut menampilkan kelebihan-kelebihan khusus untuk menarik perhatian penerima.
iii. Mengeksploitasi sentimen perkauman. Terdapat juga maklumat palsu yang disebarkan dengan membangkitkan sentimen perkauman. Sedangkan produk berkenaan telah mendapat pensijian halal yang diiktiraf. Misalnya membandingkan antara produk keluaran Melayu Muslim dengan pengusaha bukan Islam yang lain. Pendekatan ini bertentangan dengan syariat Islam, yang tidak menghalang muamalah dengan orang bukan Islam.

4.0       KOMEN/KRITIKAN
Terdapat pelbagai isu yang melibatkan penyebaran maklumat palsu dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Kebiasaannya isu-isu ini melibatkan produk yang berkaitan dengan khinzir, alkohol, penyembelihan dan juga kebersihan. Contoh isu-isu yang berkaitan dengan khinzir dan derivatifnya: -
a) Coklat Cadbury. [3] Coklat ini dikatakan mengandungi DNA khinzir hasil analisis makmal pihak berkenaan. Ia menjadi polemik hangat dalam masyarakat Islam selepas disebarkan secara meluas. Nama Kementerian Kesihatan Malaysia diletakkan untuk meyakinkan masyarakat Islam. Isu ini ditangani oleh JAKIM.
b) Mee Segera jenama PAMA. Mee ini dikatakan tidak halal kerana mengandungi derivatif babi. Menerusi kenyataan rasmi JAKIM, isu Mee Segera PAMA tidak halal adalah tidak benar sama sekali. Tambah pihak JAKIM lagi, produk jenama PAMA adalah pemegang sijil halal JAKIM yang sah.[4]
c) Produk restoran Coffee Bean dan Starbuck. [5] Chocolate, Vanilla dan Coffee Drinks di Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifier 471). Produk-produk makanan dan minurnan restoran ini dikatakan haram kerana terdapat DNA khinzir dalam produk yang dijual.[6] Isu ini turut ditangani oleh JAKIM.
d) Gula-gula Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3-in-1. [7] Produk ini dikatakan mengandungi gelatin dari lemak khinzir dengan penggunaan kod E472e. Sedangkan ia menggunakan bahan bersumberkan nabati.
5.0       PERSAMAAN/PERBEZAAN
Jurnal ini membincangkan tentang penyebaran maklumat palsu yang menggunakan kemudahan teknologi dan allat komunikasi dalam masyarakat.

6.0       KESIMPULAN/RUMUSAN
Gejala penyebaran maklumat palsu dibanteras secara tuntas. Saban hari, maklumat palsu berkaitan dengan produk halal disebarkan di alam maya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tiadanya penguatkuasaan yang tegas menyebabkan penyebaran ini berleluasa dan mengganggu ketenteraman pengguna Muslim. Senario ini memberi dampak negatif yang dapat merencatkan pertumbuhan industri halal. Justeru, semua pihak perlu bergandingan dalam menangani gejala penyebaran maklumat palsu dalam masyarakat Islam. Sememangnya penting untuk masyarakat untuk cerdik teknologi komunikasi dan maklumat, namun ia perlu diguna secara beretika, berhemah dan bermanfaat menurut keperluan yang tidak menyalahi undang-undang yang sedia ada.


















ANALISIS ARTIKEL JURNAL 3 : PERANAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN SUMBANGANNYA KE ARAH PERKEMBANGAN KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI YANG BERKESAN

1.0       PENDAHULUAN
Penggunaan teknologi komunikasi  dalam organisasi pada dekad ini  telah diterima sebagai satu keperluan asas. Organisasi tidak akan dapat bergerak dengan lancar jika tidak menggunakan teknologi komunikasi sebagai salah satu kaedah memudahkan pengurusan organisasi. Sejajar dengan itu revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan terhadap pengurusan teknologi korporat dalam organisasi dan hakikatnya perubahan ini telah mula diberi perhatian oleh pengurusan dalam organisasi. Sesetengah organisasi mungkin hanya memerlukan teknologi komunikasi yang terhad manakala terdapat sebahagian besar lagi organisasi perlu beroperasi dengan bantuan teknologi sepenuhnya bagi memastikan operasi organisasi berjalan lancar dan objektif organisasi dapat dicapai.

Dalam konteks transformasi organisasi, teknologi komunikasi merujuk kepada integrasi teknologi yang merangkumi kesediaan individu dan organisasi untuk menerima perubahan serta bersedia menerima teknologi sebagai sebahagian daripada persekitaran dalam organisasi. Seterusnya faktor penggerak perubahan organisasi adalah teknologi komunikasi yang lancar dan keupayaan meyakinkan pengurusan untuk mengimplementasikanya. Sebagai contoh penggunaan jaringan komputer berinternet, laman web jaringan sosial, sistem sokongan elektronik dan perantara komunikasi akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap organisasi yang menerima perubahan tersebut.

Teknologi komunikasi yang canggih hanyalah permulaan perubahan yang memberi kesan pada pengurusan dan aktiviti organisasi. Teknologi yang wujud dalam organisasi adalah perangsang perubahan yang meluas apabila teknologi memerlukan penglibatan kemahiran kakitangan organisasi, rutin harian pengurusan dan kebolehan organisasi bertindak balas dengan kehendak persekitaran luaran organisasi.

2.0       FAKTA-FAKTA/TEORI/MODEL/HUJAH/IDEA
Jurnal ini berkaitan Teori teknolgi Komunikasi. Pelaksanaan teknologi komunikasi telah memberi sumbangan besar kepada organisasi daripada sudut penyaluran maklumat dan membuat keputusan daripada pihak pengurusan atasan kepada kakitangan bawahan dalam organisasi. Jika timbulnya masalah atau krisis dalam organisasi, pihak pengurusan dapat berbincang dan membuat keputusan berkaitan. Dalam masa yang singkat, ia dapat menyalur dan menyebarkan maklumat kepada pengurusan pertengahan yang akan memaklumkan kakitangan bawahan dengan bantuan e-mail atau pun laman web sosial organisasi seperti Facebook tanpa perlu bersemuka.
Selain itu, e-mel dan laman Facebook organisasi boleh dijadikan sebagai forum untuk membincangkan isu atau masalah yang dikemukakan oleh pihak pengurusan atasan. Pihak pengurusan atasan organisasi juga boleh menjadikan laman Facebook organisasi sebagai perantara untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan kakitangan terhadap isu, masalah serta polisi baharu yang dicadangkan oleh organisasi. Kakitangan pengurusan pertengahan dan bawahan bebas untuk mengutarakan pendapat, berbincang serta berkongsi idea terhadap isu yang dibangkitkan oleh pihak pengurusan atasan organisasi tanpa perlu berasa rendah diri dan melalui proses birokrasi yang panjang. Oleh itu, dengan adanya teknologi komunikasi seperti Facebook, pihak pengurusan organisasi mudah untuk menyimpan dan mencari rekod untuk rujukan pada masa hadapan berkaitan pandangan dan pendapat daripada kakitangan mereka. Bantuan aplikasi daripada teknologi komunikasi juga dapat memendekkan proses membuat keputusan dalam organisasi yang biasanya mengambil masa yang panjang.

Media sosial berpotensi untuk memaksimumkan interaksi dan kerjasama antara kakitangan dalam organisasi. Shepherd et al. (2011) menjelaskan bahawa organisasi boleh mendapat faedah daripada pengunaan ruangan forum untuk berbincang dan berkongsi idea, serta blog sebagai wadah untuk berinteraksi sesama kakitangan. Perbincangan melalui laman web jaringan sosial membolehkan kakitangan melangkaui tatacara yang rumit sebelum dapat berinteraksi dengan pengurusan atasan.

Masalah dan krisis dalam organisasi boleh dibincangkan secara singkat dalam talian oleh kakitangan yang terlibat tanpa perlu mengumpul dan bersemuka dengan semua kakitangan. Kenyataan ini diperjelaskan oleh Siti Zobidah et al. (2008) yang menyatakan bahawa  penggunaan teknologi komunikasi baharu seperti e-mel dapat membantu mempermudah dan mempercepatkan urusan rasmi dalam organisasi. Mereka juga mendapati pihak pengurusan atasan menggunakan kemudahan teknologi komunikasi seperti komputer dan khususnya e-mel.

Lanjutan daripada itu, Rauf et al. (2010) juga menjelaskan bahawa 90.24 peratus daripada kakitangan di Universiti Selangor (UNISEL) memilih untuk menggunakan bantuan teknologi komunikasi menerusi laman web jaringan sosial sebagai landasan berkomunikasi dengan semua kakitangan lain. Sebaliknya, hanya 9.76 peratus kakitangan menggunakan komunikasi bersemuka secara lisan dengan kakitangan lain. Oleh itu, majoriti kakitangan UNISEL lebih cenderung menggunakan laman web jaringan sosial sebagai medium untuk berkomunikasi dengan individu lain meskipun berada dalam jabatan yang sama.

3.0       DAPATAN/HASIL KAJIAN
Teknologi komunikasi memberi kesan yang positif terhadap organisasi dan pengurusan atasannya. Aktiviti dalam organisasi dapat diperbaiki dengan bantuan teknologi komunikasi dan ianya memerlukan kerjasama serta komitmen semua pihak bagi memastikan teknologi yang dipilih akan memberi kesan yang positif kepada organisasi. Dengan bantuan dan sumbangan daripada teknologi komunikasi, banyak perkara yang sebelum ini sukar dilaksanakan dapat dipermudahkan. Kita boleh merujuk kepada fakta-fakta dan contoh yang saya berikan.

Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa kemudahan ini perlu kita gunakan dengan cara yang betul kerana jika disalah gunakan pasti membawa perpecahan persaudaraan  diantara manusia contohnya terlalu berdamping dengan telefon pintar dan kurang berkomunikasi secara lisan dalam masyarakat. Budaya ini menjadi tidak sihat dalam masyarakat dan telah menghakis perpaduan di kalangan masyarakat. Kita boleh lihat dan dengar daripada berita-berita dimana banyak keburukan apabila alat teknologi dan komunikasi disalah guna contohnya bermain judi secara online, menonton pornografi dan scammer.

4.0       KOMEN/KRITIKAN
Contoh umum yang dapat dilihat adalah pengimplementasian laman sosial Facebook sebagai medium komunikasi di antara kakitangan bawahan dengan pengurusan atasan (Bennett and Owers, 2010). Kakitangan bawahan dapat berinteraksi dengan pengurusan atasan organisasi menerusi Facebook tanpa perlu melalui prosedur yang panjang untuk diselesaikan. Situasi ini menjanjikan struktur organisasi yang lebih berbentuk horizontal (Richmond and McCroskey, 2009) dan jangkauan kawalan yang lebih mudah. Penggunaan e-mel juga dilihat sebagai satu cara yang paling mudah untuk berkomunikasi di kalangan kakitangan. Vidgen et al. (2011) menyuarakan bahawa e-mel kini menjadi teknologi yang telah digunakan di peringkat global oleh individu dan juga organisasi. E-mel juga telah ditakrif sebagai agen interaksi di antara ahli dalam sesebuah organisasi. Teknologi komunikasi yang bersifat sofistikated juga menjadikan organisasi lebih responsif terhadap keperluan kakitangan.

Selain itu, penggabungan teknologi komunikasi dengan pengurusan organisasi telah memberi dimensi baru kepada peranan teknologi komunikasi dalam menghadapi globalisasi. Hal ini dapat dilihat dengan kemunculan e-dagang (e-commerce) dan juga perkhidmatan elektronik yang menjadi pilihan kebanyakan organisasi korporat. Flecknoe (2008) menjelaskan bahawa transaksi dalam talian menerusi World Wide Web dan proses pembelian dan penjualan menggunakan kad kredit tidak akan menjadi kenyataan tanpa kewujudan teknologi komunikasi.

Contoh yang dapat dilihat dalam organisasi pentadbiran awam ialah jabatan pengurusan sumber manusia yang menguruskan semua aktiviti yang berkaitan dengan kakitangan di dalam organisasi seperti aspek pengambilan pekerja. Proses pengambilan pekerja mahir, separuh mahir mahu pun yang tidak mahir boleh dilakukan dengan bantuan teknologi komunikasi seperti internet yang mengaplikasikan pengambilan kakitangan secara dalam talian menerusi laman web.

            Menurut Caers and Castelyns (2011), pengambilan kakitangan melalui internet dibuat berdasarkan web. Teknologi ini direkabentuk untuk membantu pihak pengurusan meningkatkan kecekapan dalam pengambilan kakitangan. Hal ini adalah salah satu cara yang mesra pengguna serta memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak, iaitu pihak organisasi dan calon kakitangan organisasi. Menerusi kaedah ini, pihak organisasi dapat menikmati beberapa faedah yang ditawarkan iaitu dapat mencari calon kakitangan dengan lebih meluas, mudah dan cepat serta dapat menjimatkan masa seterusnya mengelakkan pembaziran dari segi masa dan juga sumber.

5.0       PERSAMAAN/PERBEZAAN
Jurnal ini memfokuskan pelaksanaan teknologi komunikasi telah memberi sumbangan besar kepada organisasi daripada sudut penyaluran maklumat dan membuat keputusan daripada pihak pengurusan atasan kepada kakitangan bawahan dalam organisasi.

6.0       KESIMPULAN/RUMUSAN
Secara keseluruhannya, teknologi komunikasi memberi kesan yang positif terhadap organisasi dan pengurusan atasannya. Aktiviti dalam organisasi dapat diperbaiki dengan bantuan teknologi komunikasi dan ianya memerlukan kerjasama serta komitmen semua pihak bagi memastikan teknologi yang dipilih akan memberi kesan yang positif kepada organisasi. Dengan bantuan dan sumbangan daripada teknologi
komunikasi, banyak perkara yang sebelum ini sukar dilaksanakan dapat dipermudahkan. Teknologi komunikasi memainkan peranan sebagai industri secara intrinsik dan telah membantu menguruskan segala aktiviti ekonomi organisasi. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa kemudahan ini perlu kita gunakan dengan cara yang betul kerana jika disalah gunakan pasti membawa perpecahan persaudaraan  diantara manusia contohnya terlalu berdamping dengan telefon pintar dan kurang berkomunikasi secara lisan dalam masyarakat. Oleh itu pandai-pandai lah kita menggunakan kemudahan ini.





















ANALISIS  ARTIKEL  JURNAL 4 : KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM PENGURUSAN ORGANISASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: SATU ANALISIS DI KUMPULAN JAMINAN PERNIAGAAN TELEKOM MALAYSIA BERHAD

1.0       PENDAHULUAN
Komunikasi interpersonal melibatkan psikologi kalangan pekerja antara eksekutif bukan eksekutif ke arah menggalakkan pengalaman manis yang menyenangkan (Luthans, Avolio, Avey & Norman, (2007). Pendekatan psikologi Luthans dan rakan-rakannya telah membangunkan satu konstruk dengan menggabungkan sumber-sumber psikologi, iaitu keyakinan diri, harapan, optimis dan ketahanan bagi tujuan kestabilan pengurusan organisasi. Pengaruh eksekutif contoh terbaik bagi bukan eksekutif melalui komunikasi interpersonal mampu memberikan motivasi dan pengalaman manis dan pahit yang menentukan prestasi (Fred, 2011). Teori komunikasi interpersonal moden seperti Altman dan Taylor (1973), dengan teori tembusan sosial dikenali juga sebagai teori kulit bawang, mengatakan dalam proses menjalin hubungan, komunikasi berubah daripada tidak rapat kepada tahap yang lebih mendalam dan peribadi dalam jangka masa tertentu. Teori pengurangan tidak kepastian oleh Berger dan Calabrese (1975) pula mengatakan, komunikator perlu membuat penilaian terhadap pendengar sebelum membina kemesraan berkomunikasi, hal ini kerana tidak mungkin akan terjalin komunikasi antara orang yang tidak dikenali dalam perbincangan buat pertama kalinya.

2.0       FAKTA-FAKTA/TEORI/MODEL/HUJAH/IDEA
 Komunikasi interpersonal amat penting dalam organisasi. Teori klasik menunjukkan elemen asas dalam komunikasi iaitu mesej dibawa, pengucap, saluran digunakan untuk membawa mesej dan penerima masih diguna pakai hingga kini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan deskriptif menumpukan khusus kepada komunikasi interpersonal di antara pekerja bukan eksekutif dan eksekutif. Kajian berkonsepkan pengalaman pekerja dibahagikan kepada dua kategori iaitu pendekatan komunikasi eksekutif yang dipersepsi sebagai menyenangkan dan tidak menyenangkan oleh eksekutif dan bukan eksekutif. Komunikasi interpersonal merupakan satu proses perkongsian pengalaman dengan individu lain. Komunikasi menurut pandangan Islam menitikberatkan penyebaran maklumat dan ilmu bertujuan untuk membimbing umat manusia menuju ke tahap yang lebih baik berdasarkan kebenaran. Teori-teori komunikasi menurut Islam menekankan cara komunikasi beradab dan berhikmah antara individu dalam segenap aspek dan bentuk hubungan. Justeru, komunikasi interpersonal antara eksekutif dan bukan eksekutif secara keseluruhannya dipersepsi sebagai menyenangkan di Kumpulan Jaminan Perniagaan (KJP), Group Business Assurance GBA.

3.0       DAPATAN/HASIL KAJIAN
Antara faktor-faktor yang memainkan peranan bagi mewujudkan pengalaman manis semasa berkomunikasi iaitu; kemesraan, toleransi, berhemah, kesopanan, personaliti yang baik, memberi ucapan salam, memberi senyuman, memberi perhatian, memberi galakan, memberikan penghargaan. Manakala antara pengalaman pahit semasa berkomunikasi ialah; maklumat tidak jelas, tidak faham arahan, bersikap sombong, tiada perkongsian idea, tidak membantu untuk berdaya saing dan tidak ada toleransi serta konflik. Merumus dan mencadangkan bentuk komunikasi interpersonal yang menyenangkan menurut Islam untuk penambahbaikan di GBA- Daripada pencarian maklumat melalui kajian lepas, pengkaji dapat mengkonstruk model komunikasi interpersonal holistik rajah 2, diaplikasikan dalam pengurusan organisasi menurut perspektif Islam. Kajian ini dilakukan dengan kaedah perbandingan deskriptif, iaitu data diperoleh melalui borang kaji selidik, temu bual serta dokumentasi. Data dianalisis dan menunjukkan tidak ada perbezaan komunikasi interpersonal signifikan antara eksekutif dengan bukan eksekutif di GBA. Justeru, komunikasi interpersonal antara eksekutif dan bukan eksekutif secara keseluruhannya dipersepsi sebagai menyenangkan di Kumpulan Jaminan Perniagaan. (KJP).

4.0       KOMEN/KRITIKAN
Komunikasi dalam Islam adalah berasaskan nilai-nilai keagamaan yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis. Islam telah menetapkan panduan serta prinsip dalam berkomunikasi, antaranya dengan memberi salam, bercakap secara lemah lembut (Surah al-Toha: 44), menggunakan perkataan yang baik (Surah al-Isra’: 53), bercakap benar (Surah al-An’am: 152), menepati janji (Surah al-Saf: 21) serta mengambil perhatian terhadap buah fikiran dan pandangan orang lain (Surah al-Imran: 159). Natijahnya, berkomunikasi secara interpersonal menurut perspektif Islam akan memberi impak terhadap kebolehpercayaan awam kepada organisasi. Komunikasi tidak berkesan akan mengakibatkan konflik, iaitu satu proses yang bermula apabila satu pihak menganggap satu pihak lain tidak penting dan tidak bersemangat untuk melakukan tugas (Thomas, 1976). Konflik yang berpanjangan akan mengakibatkan gangguan psikologi dan memberi kesan terhadap keberkesanan komunikasi interpersonal (Coonie, Inga & Kate, 2014). Manakala menurut Berger (2014), teori “word of mouth” mempunyai kaitan dengan psikologi dan boleh memberi kesan penting terhadap tingkah-laku.
Justeru, artikel ini bertujuan untuk menganalisis teori komunikasi interpersonal antara eksekutif dan bukan eksekutif dalam organisasi menurut perspektif moden dan Islam serta mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan komunikasi interpersonal yang menyenangkan dan tidak menyenangkan di GBA dan mencadangkan bentuk komunikasi interpersonal yang menyenangkan menurut perspektif Islam. Group Business Assurance (GBA) atau Kumpulan Jaminan Perniagaan (KJP), iaitu salah satu bahagian dalam Kumpulan Ketua Pegawai Kewangan (GFCO), bertanggungjawab memberi perkhidmatan serta bantuan kepada unit-unit lain dalam Telekom Malaysia. GBA terdiri daripada empat unit-unit kecil, iaitu risiko dan kepatuhan korporat (RCC), jaminan hasil dan pengurusan penipuan (RAFM), pengurusan insurans (IM) serta strategi dan pentadbiran (SG). Visi GBA untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada unit-unit lain dalam TM serta mempertingkat hasil TM secara keseluruhannya.

5.0       PERSAMAAN/PERBEZAAN
Jurnal kajian ini membuktikan organisasi perlu memainkan peranan penting dan menekankan kepentingan komunikasi berkesan serta kejayaan organisasi bergantung kepada eksekutif yang mempunyai pemikiran kreatif. Selain itu komunikasi dalam Islam memerlukan kuasa pemikiran kreatif yang berkeupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudu

6.0       KESIMPULAN/RUMUSAN
Berdasarkan sorotan literatur yang diperoleh, didapati bahawa tahap komunikasi interpersonal memberi pengalaman manis dan dipersepsi sebagai menyenangkan di GBA. Kajian ini tidak boleh dijadikan ukuran untuk menggambarkan tahap sebenar komunikasi interpersonal dalam pengurusan organisasi secara khusus kerana sampel yang diambil hanya melibatkan satu unit daripada beberapa unit dalam Telekom Malaysia Berhad (Rujuk jadual 1, 2 & 3). Justeru, berdasarkan faktor-faktor yang diperoleh satu kajian yang lebih menyeluruh melibatkan keseluruhan unit di TMB serta organisasi sektor awam seperti PDRM adalah perlu untuk melihat peranan komunikasi interpersonal secara kondusif dalam perspektif Islam.







RUJUKAN
[1] Mohamad Isa Abd Ralip. 2010. Facebook bukan saluran terbaik atasi konflik
rumah tangga.
[2] Berita Harian. Diakses daripada http:// www.bharian.com.my. November 17.
[3] http://www.beritasemasa.com.my/coklat-cadbury-malaysia-dna-babi-jakim-kkml diaksess
pada lOgos 2015.
[4] https:llwww.facebook.comlberitaOnline/postsI710374762365980I diaksess pada lOgos
2015.
[5] http://truthhalal.my/starbucks-disahkan-haram-oleh-jakiml diaksess pada lOgos 2015.
[7] https:llwww.facebook.com/shbtHalallposts/497782060334173 ?stream _ref=51 diaksess




Comments

Unknown said…
Can I get pdf copy

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA