BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN


REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DI JABATAN AUDIT NEGARA

1.0       PENGENALAN
Saya dilantik sebagai seorang Penolong Juruaudit di Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan pada tahun 2010 lagi. Dan pada masa kini iaitu tahun 2019, saya menghadapi cabaran perubahan yang berlaku dalam dunia pengauditan yang sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 ini. Kalau dahulu cara kerja pengauditan lebih kepada manual tapi sekarang ia berubah kepada penggunaan teknoolgi maklumat dan system yang terkini seperti e-working paper (EWP), penggunaan sistem Audit Command Langguage (ACL), penggunaan sistem e-Audit, e-Aras dan sebagainya.
Dunia dan masa bergerak pantas. Ia tidak menunggu sesiapa. Sedar-sedar sahaja kita sekarang menghampiri abad ke-21. Ia akan bermula apabila planet Bumi memasuki tahun 2020. Kehadiran abad ke-21 akan disambut dengan satu lagi perubahan iaitu revolusi perindustrian edisi ke-4 (selepas isni akan disebut sebagai IR 4.0). Diramalkan bahawa pelbagai pembaharuan, perubahan dan impak akan dibawa oleh IR 4.0 kepada kehidupan manusia. Tidak salah jika kita katakan bahawa senario kehidupan manusia mulai tahun 2020 akan berbeza daripada yang kita lalui sekarang. Apakah yang akan berlaku sebenarnya mulai tahun 2020? Pada tahun 2020, planet Bumi dianggarkan mempunyai jumlah populasi penduduk sekitar 7.6 bilion orang.
 Pada masa yang sama, populasi peranti elektronik yang saling berinteraksi antara satu sama lain adalah pada sekitar 50 bilion. Maksudnya di sini, dunia dihuni oleh peranti elektronik dan akan mengatasi jumlah manusia. Pada waktu itu, pelbagai teknologi baru akan wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun kita sedia maklum bahawa teknologi baru biasanya memudahkan kehidupan manusia, ia juga akan menjadi cabaran baru kepada kehidupan peribadi dan pekerjaan manusia. Antara kebimbangan yang paling menghantui umat manusia pada waktu itu ialah kebergantungan kepada tenaga manusia dalam sektor pekerjaan akan berkurangan secara signifikan. Kebimbangan ini sekiranya tidak dikawal dengan berkesan mungkin membawa kepada stres.
Istilah 'Industri 4.0' sudah menjadi satu topik global yang hangat diperkatakan sejak ia diperkenalkan oleh warga Jerman pada 2011. Terdapat terlalu banyak definisi mengenainya dan ia boleh menjadi sukar bagi orang biasa untuk memahami maksudnya yang sebenar. Dalam erti kata syang mudah, Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat adalah mengenai mesin yang dapat menghantar, menerima dan bertindak mengikut arahan yang disambungkan kepada sistem pengacaraan setempat dan melalui rangkaian komunikasi yang membolehkan ia berinteraksi dengan mesin lain serta manusia untuk mengeluarkan barangan dan menjalankan perkhidmatan dengan cekap. Dengan kata lain, Industri 4.0 adalah mengenai mekanisasi yang lebih besar.

2.0             SEJARAH DAN EVOLUSI JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA
Institusi audit telah wujud di Tanah Melayu sejak pentadbiran penjajah British pada awal abad ke-19. Pada ketika itu, audit wujud secara berasingan mengikut negeri iaitu Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat. Institusi Ketua Audit Negara bagi Semenanjung Tanah Melayu wujud pada tahun 1906 apabila Ketua Audit Negara Malaysia (KANM) untuk Negeri Melayu Bersekutu pertama dilantik. Beliau bertanggungjawab terhadap fungsi audit bagi 4 negeri yang berpusat di Kuala Lumpur.

 Pada tahun 1932, kedua-dua Institusi ini digabungkan dan diletakkan di bawah kawalan Director of Colonial Audit yang berpusat di London. Tugas pengauditan dipertanggungjawabkan kepada Auditor of the Straits Settlements and the Federated Malay States, berpusat di Kuala Lumpur. Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, jawatan Director of Audit Malaya ditukar kepada nama Jabatan Audit Negara. Pelantikan KANM serta tanggungjawabnya termaktub di bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957. Sungguhpun Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan daripada pihak Inggeris, sebahagian besar jawatan tertinggi Kerajaan pada ketika itu termasuklah jawatan KANM masih lagi disandang oleh pegawai-pegawai Inggeris. Hanya pada tahun 1963, Jawatan KANM yang pertama disandang oleh anak tempatan iaitu En. S. Kandiah memandangkan sebelum tahun ini jawatan tersebut dilantik di kalangan pegawai British Colonial Audit Service

Fungsi Utama JAN JAN telah ditubuhkan dan diberi mandat untuk memantapkan pengurusan kewangan bagi pentadbiran sektor awam di Malaysia iaitu dengan memastikan semua peraturan dan prosedur Kerajaan dilaksanakan dan dipatuhi. Dalam konteks pusingan akauntabiliti (accountability cycle) pentadbiran Kerajaan, tanggungjawab ini bermula semasa Kementerian/Jabatan Kerajaan menyediakan belanjawan masing-masing dan seterusnya dibentangkan untuk mendapatkan kelulusan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Lanjutan daripada ini, Kementerian/Jabatan Kerajaan membelanjakan peruntukan yang telah diberi sehinggalah penyata kewangan dibentangkan di Parlimen.
 Dalam pusingan ini, JAN berperanan sebagai watchdog atau pemerhati bagi memastikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada pentadbiran Kerajaan dilaksanakan selaras dengan undang-undang dan peraturan sedia ada. Proses pengauditan yang menjadi core business JAN meliputi pengesahan terhadap penyata kewangan, memastikan pengurusan kewangan mematuhi undang-undang serta menilai kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan program dan aktiviti Kerajaan serta menilai kedudukan kewangan, pengurusan aktiviti dan amalan terbaik tadbir urus syarikat. JAN amat menekankan aspek keseimbangan dalam pelaporan di mana bukan hanya kelemahan dan ketidakpatuhan oleh pentadbiran Kerajaan yang dilaporkan, malah inisiatif positif dan tindakantindakan yang telah diambil selepas pemerhatian audit dikemukakan turut dilaporkan dalam laporan yang dikeluarkan.
Selain itu, JAN turut memberikan syor penambahbaikan berdasarkan penemuan audit yang diperoleh bagi menambah baik kualiti perkhidmatan Kerajaan dan mempertingkat akauntabiliti sektor awam. Hasil pengauditan dan syor audit tersebut akan dilaporkan dalam laporan yang dinamakan sebagai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). Sebagai sebuah institusi yang bebas, LKAN dibentangkan terus di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Setelah dibentangkan, laporan tersebut akan menjadi dokumen awam yang boleh diakses oleh semua stakeholders seperti Ahli-ahli Dewan Perundangan, pemegang saham agensi Kerajaan, auditi dan orang awam[1].
4 pengauditan utama yang dilaksanakan JAN dalam mempertingkatkan akauntabiliti sektor awam :
Ø  Pengesahan Penyata Kewangan
Ø  Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti
Ø  Pengauditan Prestasi
Ø  Pengauditan Syarikat Kerajaan

3.0       PERMULAAN INDUSTRI 4.0
Pada peringkat awal, Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0, teknologi digital sudah memasuki sistem fizikal seperti pada hari ini. Ini termasuk penempatan penderiaan, perkomputeran dan sistem komunikasi dalam pengurusan grid tenaga, pengangkutan, perkilangan dan air, mahupun peralatan isi rumah yang diguna pakai oleh kita pada setiap hari, termasuk kereta, peti sejuk, sistem hiburan serta pendingin hawa (dikenali sebagai IoT atau Internet of Things).
Apa yang lebih mengagumkan ialah penggunaan sistem sedemikian ke dalam tubuh badan manusia untuk memulihkan fungsi deria, kognitif dan motor pada golongan kurang upaya akibat kecederaan atau kekurangan fungsi.
Description: https://assets.bharian.com.my/images/articles/Evolusi5.transformed.jpg

Menurut pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak. Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian. Mungkin sukar untuk digambarkan logik akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita lakukan melalui pesanan telefon, akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah.
Selain itu, segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberi makanan haiwan kesayangan dan mematikan alat pendingin hawa hanya perlu menekan butang di telefon pintar masing-masing tanpa perlu lagi bersusah payah mengambil perkhidmatan pembantu rumah.
Untuk ke pejabat pula, kita tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin dan memandu di tengah-tengah jalan raya yang sesak. Semuanya akan selesai dengan hanya menekan butang kekunci, penumpang boleh menyambung tidur dalam kereta masing-masing dan segala urusan pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui satelit sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat.
Senario tersebut walaupun pelik, namun secara perlahan-lahan telah mula berkembang dan berevolusi menjadi satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang. Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.
Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di peringkat global, banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT)[1].
Diasaskan daripada tiga domain teknologi iaitu fizikal, digital dan biologikal, IR 4.0 mempunyai 9 tonggak teknologi untuk memacu kejayaan industri pembuatan. Tonggak - tonggak tersebut seperti yang dicadangkan oleh Boston Consulting Group, (2015) termasuklah[2]:
1. Simulasi dan realiti maya: simulasi 3D dalam pembangunan produk, bahan dan proses pengeluaran akan digunakan secara meluas. Ia akan mengawal data masa nyata untuk mencerminkan dunia fizikal sebenar dalam model realiti maya. Dalam model realiti maya inilah produk baru diuji dan diperbaiki dari masa ke semasa sebelum pengeluarannya yang sebenar dilakukan.
 2. Industri Internet of Things (IoT): IoT mengizinkan pelbagai peralatan dan mesin dipasang dengan sensori dan berhubung sesama sendiri. Pelbagai produk pintar mampu dihasilkan menggunakan protokol internet yang seragam. Hal ini akan memungkinkan pembuatan keputusan dan analisis data dibuat secara terpencar dan maklum balas secara masa nyata dapat diberikan.
3. Sistem Pengukuhan Realiti: sistem ini menyokong dan membantu pelbagai bentuk perkhidmatan lain. Menurut BCG (2015), sistem ini masih berada di peringkat pengenalan, namun ia dijangka berkembang pada masa hadapan. Antara contoh aplikasi sistem pengukuhan realiti adalah latihan maya (virtual training).
4. Keselamatan siber: protokol komunikasi dan perhubungan menjadi kebiasaan kepada semua dalam era IR 4.0. Semua perkara berhubung dan menjadi satu. Oleh yang demikian, perlindungan keselamatan sistem maklumat dan lini pengeluaran daripada ancaman jenayah siber menjadi suatu isu penting dalam era ini. Bagi mengatasi ancaman jenayah siber, satu identiti canggih dan sistem pengurusan capaian mesin akan digunakan. Identiti dan sistem ini diwujudkan untuk menjadikan proses komunikasi dan perhubungan semua pemegang taruh boleh dipercayai dan selamat.
5. Pembuatan bahan-bahan tambahan: teknologi 3D untuk membangunkan prototaip akan memudahkan pembangunan produk secara lebih produktif dan banyak. Malah, teknologi 3D dalam era IR 4.0 membolehkan produk yang unik dibangunkan dalam skala yang kecil. Oleh yang demikian, kebosanan terhadap produk identikal dapat dikurangkan.
 6. Analisis data raya: pelbagai data tentang industri akan mampu dianalisis secara cepat, tepat dan pantas. Analisis data raya ini akan mengoptimumkan kualiti pengeluaran, menjimatkan tenaga dan menambahbaik perkhidmatan. Selain itu, ia juga memudahcara pembuatan keputusan pada masa nyata.
7. Robot automasi: ia memberi pelbagai perkhidmatan dan ia juga berautonomi tetapi pada masa yang sama luwes. Ia akan berinteraksi dan bekerja secara selamat dengan robot-robot yang lain dan juga manusia bagi melaksanakan tugas-tugas pengeluaran. Menariknya tentang robot automasi ini ialah ia mempunyai kemampuan mempelajari perkara baru daripada manusia. Kerjasama antara manusia dengan robot autmoasi ini dikenali sebagai ‘cobotic’.
8. Integrasi sistem: integrasi sistem secara mendapat, menegak, dan rangkaian akan menguasai teknologi pengkomputeran. Semua pemegang taruh dari dalam dan luar organisasi yang terlibat dalam industri pengeluaran akan menjadi lebih akrab dan berhubung sesama sendiri. Melalui integrasi sistem ini, dunia perniagaan bolehlah diaktan sebagai tidak lagi mempunyai pesaing sebenar dek kerana mereka saling mengenali dan berkomunikasi antara satu sama lain.
9. Pengkomputeran awam: disebabkan oleh perkongsian data raya antara lokasi dan pelbagai pemegang taruh, data perlu disimpan di suatu tempat yang selamat dan mudah dicapai oleh semua pihak. Oleh itu, prestasi teknologi awan dipertingkatkan dengan capaian maklumat boleh dilakukan dalam tempoh mili-saat. Kemajuan pengkomputeran awan akan melahirkan manufacturing execution system (MESs). Berdasarkan kepada penerangan di atas, konsep keseluruhan pembangunan IR 4.0 bolehlah diibaratkan sebagai sebuah bangunan.

4.0       TRANSFORMASI JABATAN AUDIT NEGARA
Institusi yang baik ialah institusi yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Pada sekitar tahun 2010, Kerajaan telah melancarkan Pelan Transformasi Negara (NTP) yang berfokus kepada transformasi perkhidmatan awam. Selaras dengan ini, beberapa Kementerian dan Agensi Kerajaan telah mengambil langkah melaksanakan transformasi terhadap organisasi masing-masing. Fokus transformasi tersebut adalah untuk menambah baik pengurusan dan objektif organisasi di samping menyesuaikan proses kerja dengan perubahan semasa persekitaran perkhidmatan awam. Jabatan Audit Negara (JAN) yang merupakan Supreme Audit Institution (SAI) perlu melaksanakan transformasi bagi memastikan prinsip-prinsip utama sebuah SAI dapat diperkukuhkan sesuai dengan fungsi dan peranan JAN sebagai institusi yang melaksanakan “check and balance” terhadap cabang Eksekutif untuk dilaporkan kepada cabang Legislatif atau Parlimen Malaysia. Transformasi JAN yang didorong oleh faktor-faktor dalaman dan luaran, dapat memastikan JAN terus relevan dan hasil pengauditan JAN dapat memberi impak kepada rakyat.

Bagi tempoh tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an, terdapat pelbagai ulasan karya berkaitan perubahan organisasi yang drastik. Perubahan organisasi dikategorikan sebagai perubahan keseluruhan sistem yang signifikan dan mengubah organisasi dengan cara yang substantif. Terdapat beberapa jenis perubahan yang radikal iaitu root change (Lindblom, 1959), radical change (Tushman and Romanelli, 1985), transformation (Hemes, 1976), paradigm change (Sheldon, 1980), revolutionary change (Gerlach and Hines, 1973), double-loop learning (Argyris and Schon, 1978), paradigm shift (Kuhn, 1962), dan total system transformation (Miles, 1997). Transformasi boleh didefinisikan sebagai sesuatu perubahan drastik dan radikal terhadap sesuatu bentuk dan fungsi organisasi (Barbara 2002). Kebiasaannya, transformasi sesebuah organisasi merangkumi semua aspek iaitu hal-hal berkaitan tadbir urus, kewangan dan operasi. Barbara (2002) juga menjelaskan transformasi berkemungkinan atau tidak, boleh menjejaskan teras dan misi sebuah organisasi.

Walau bagaimanapun, transformasi biasanya akan memberi kesan dan mempengaruhi cara organisasi melaksanakan misi yang telah ditetapkan. Kajian impirikal juga menjelaskan aspek persekitaran luaran akan mempengaruhi berlakunya transformasi dalam organisasi. Isu-isu persekitaran dikatakan sebagai tangential kepada proses transformasi. Aspek persekitaran luar juga dilihat sama ada berperingkat semasa transformasi berlaku (FoxWolfgramm, Boal, and Hunt, 1998) atau merupakan external catalyst (Romanelli & Tushman,1994; Meyer 1982; Meyer et al., 1990) yang mendorong berlakunya proses transformasi tersebut. Persekitaran ini membentuk satu set situasi yang mendorong transformasi berlaku dalam organisasi bagi mencapai visi dan misi pada masa tersebut.

Hasil kajian juga menjelaskan objektif transformasi akan menyokong strategi aktiviti organisasi. Kotter (1992) menjelaskan terdapat 8 langkah untuk mentransformasi organisasi. 8 langkah tersebut ialah:
i.                    Establishing sense of urgency;
ii.                  Bentuk Guiding Coalition yang berkuasa;
iii.                Mencipta visi; iv. Komunikasikan visi;
iv.                Empowering others to act on the vision;
v.                   Merancang untuk dan merangka kemenangan jangka pendek;
vi.                Menyatukan penambahbaikan dan producing still more change; dan
vii.              Institutionalizing new approaches. Transformasi organisasi boleh ditakrifkan sebagai holistik, pendekatan ekologi, humanistik kepada perubahan radikal, revolusi dalam keseluruhan konteks sistem organisasi. Transformasi organisasi melibatkan perubahan transformasi dalam sifat asas organisasi berkaitan ekosistem dan memerlukan cara pemikiran yang baru, berkelakuan, dan dilihat oleh anggota organisasi.

Transformasi Supreme Audit Institutions Perbincangan mengenai transformasi Supreme Audit Institution (SAI) telah bermula sejak tahun 2007. World Bank dan komuniti SAI telah menganjurkan Seminar Transformasi Abad ke-21 dengan fokus untuk memaksimumkan impak SAI terhadap stakeholders khususnya orang awam.

Seminar ini telah mengumpulkan seramai 25 Ketua Audit Negara termasuk negara maju dan negara membangun untuk berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik kaedah untuk melaksanakan usahausaha transformasi bagi memastikan SAI dapat menyusun strategi dalam menangani perubahanperubahan semasa. Seminar ini juga adalah usaha pertama yang ditawarkan oleh World Bank, U.S. Government Accountability Office (GAO) dan inisiatif pembangunan International Organization of Supreme Audit Institutions (INTOSAI).

Kajian impirikal menjelaskan beberapa SAI telah melaksanakan transformasi bagi membolehkan kebebasan SAI dapat dijamin. Contohnya, Priscilla Komora, Ketua Audit Negara Kenya telah menjelaskan antara cabaran SAI masa kini ialah keupayaan (capacity) untuk membina kemahiran dan kecekapan organisasi yang terbaik. Selain itu, sistem politik negara yang sentiasa menyokong isu-isu yang dibangkitkan oleh SAI juga menjamin kebebasan SAI.

Transformasi JAN Institusi Audit Negara yang telah ditubuhkan pada tahun 1906 merupakan salah satu organisasi perkhidmatan awam yang diperkenalkan semasa pentadbiran Inggeris bagi memperkukuhkan sistem pentadbiran kewangan Kerajaan. Kini, pada tahun 2017, usia JAN telah melebihi satu abad. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai penambahbaikan telah dilakukan dalam aspek pengauditan bagi memenuhi perkembangan dan perubahan semasa bagi memperkukuhkan akauntabiliti pengurusan wang awam.
Sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan pada bulan April 2009, JAN mengambil inisiatif untuk melakukan transformasi bagi memenuhi keperluan stakeholders dan berusaha meletakkan JAN setaraf dengan Institusi Audit di negara maju. Ini juga adalah selaras dengan objektif transformasi untuk memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat maju, bersatu-padu dan saksama dengan kualiti kehidupan yang tinggi serta memenuhi aspirasi nasional.
Program Transformasi JAN bukan hanya melibatkan perubahan struktur secara dalaman tetapi melibatkan usaha-usaha untuk memenuhi Deklarasi Mexico yang menjelaskan prinsip-prinsip kebebasan SAI. Program Transformasi JAN telah bermula pada bulan Oktober 2013 dengan berfokus kepada penstrukturan semula sektor dan bahagian mengikut jenis pengauditan. Secara khususnya, Program Transformasi JAN dimulai dengan kelulusan Jemaah Menteri berhubung cadangan Penubuhan Pasukan Petugas Khas Bagi Transformasi Jabatan Audit Negara melalui Memorandum daripada Perdana Menteri No. M628/2014 pada 24 September 2014.
Berdasarkan pemerhatian, program transformasi JAN meliputi 2 aspek utama iaitu:
            a. Transformasi institusi; dan
b. Transformasi proses kerja dan prosedur.
Transformasi Institusi Perbincangan mengenai institusi audit dan pelantikan Ketua Audit Negara bagi semua SAI diperjelaskan dalam Perlembagaan negara yang berkaitan. Selain menjelaskan tentang pelantikan Ketua Audit Negara, diperjelaskan juga mengenai kuasa dan mandat audit. Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab terhadap “check and balance” sistem akauntabiliti pentadbiran negara, SAI adalah tertakluk kepada standard pengauditan INTOSAI iaitu ISSAI yang meliputi aspek institusi dan proses serta prosedur pengauditan bagi memastikan pengauditan perakaunan sektor awam dapat dijalankan dengan cekap dan sistematik.

ISSAI 1 iaitu The Lima Declaration dan ISSAI 10-Mexico Declaration dan ISSAI 11- Guidelines and Good Practices Related to SAI Independence adalah dokumen atau standard yang menjelaskan mengenai kebebasan SAI. ISSAI 20-Principles of Transparency and Accountability dan ISSAI 21-Principles and Good Practices pula menekankan keperluan SAI untuk menjadi institusi bebas dan mendokong prinsip akauntabiliti dan ketelusan (transparency). Bagi menggalakkan semua negara mematuhi Mexico Declaration, INTOSAI telah membentangkan resolusi A/66/209 di UN pada Disember 2011 dan resolusi ini telah diterima pakai pada Disember 2014 (A/RES/69/228).

Secara ringkasnya, resolusi tersebut menjelaskan berkaitan “Promoting and fostering the efficiency, accountability, effectiveness and transparency of public administration by strengthening Supreme Audit Institutions”. Malaysia adalah antara negara yang telah bersetuju untuk menerima pakai resolusi ini. Program Transformasi JAN adalah usaha JAN untuk menjadi sebuah Institusi Audit yang lebih bebas dan mematuhi Mexico Declaration (ISSAI 10 dan 11).
 Program transformasi JAN 2015 dimulakan apabila Jemaah Menteri meluluskan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) pada 24 September 2014 bagi membentuk task force Program Transformasi JAN. Objektif program transformasi ini ialah untuk menjadikan JAN sebagai sebagai institusi audit yang lebih mantap selari dengan piawaian antarabangsa yang meliputi aspek pengurusan sumber manusia, perundangan, kewangan serta penambahbaikan bidang tugas dan rangka kerja tadbir urus institusi audit. Program ini juga penting bagi meningkatkan profesionalisme juruaudit sektor awam agar setanding dengan juruaudit sektor swasta.

Usaha penambahbaikan ini adalah selari dengan perkembangan terkini di peringkat antarabangsa yang mana tadbir urus Kerajaan yang telus dan berakauntabiliti sangat diberi keutamaan. Langkah menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji secara terperinci usaha-usaha transformasi JAN adalah selaras dengan usaha ke arah pentadbiran Kerajaan yang telus di masa hadapan. Hasil daripada task force ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2015. Secara umumnya, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan yang diusulkan.
Tindakan untuk melaksanakan semua inisiatif telah diambil dan dipantau oleh Jawatankuasa Tindakan Program Transformasi JAN. Namun begitu, hanya beberapa inisiatif yang berjaya dilaksanakan iaitu menjadikan JAN sebagai Jabatan Mengakaun Sendiri (SAD) dan pelaksanaan elektronik Working Paper (eWP) melalui peruntukan RM4.4 juta yang diluluskan. Hasil daripada Program Transformasi JAN telah mendorong kajian terhadap institusi audit JAN dilaksanakan. Hasil kajian tersebut telah memperoleh penemuan kukuh mengenai kebebasan JAN.
Bermula dari awal tahun penubuhan iaitu 1906 hingga tahun 1986, JAN adalah sebuah institusi bebas daripada cabang Eksekutif sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah Constitutional Office. Hanya mulai tahun 1986, JAN telah diletakkan secara pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri dan tertakluk kepada Perintah-perintah Menteri Persekutuan mulai tahun 1991. Usaha untuk memantapkan kebebasan JAN selaras dengan rangka kerja Westminster, accountability triangle, The Lima Declaration. Mexico Declaration dan Resolusi UN akan diteruskan selaras dengan teras 1, Pelan Strategik JAN 2016-2020. JAN akan terus berusaha untuk mengembalikan kebebasan institusi sebagai Constitutional Office sebagaimana mula ditubuhkan dengan menambah baik kebebasan tersebut sebagaimana yang ditetapkan dalam ISSAI 10 atau Mexico Declaration.

5.0       KEBAIKAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 KEPADA WARGA JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioaYOSNkLFtTlayc2eb-n0svQnxVzvnPfgHiT8guiLdp1GFbcF2DJU_pEp3Xx3plGEZiCIHLQySyuGE2uOXOYW2LwVsYPiRJpX_zV0zCF5oTZUfaKWbtxXnNJ2N5JZLkW1iPaW0TZfNxw/s1600/acl.jpg
ACL dikembangkan sejak tahun 1970-an oleh Prof. Hart J. Will dari Canada dan kemudian dikelola oleh ACL Services Ltd, Vancouver, Canada, dan merupakan pemimpin dalam teknologi pengambilan data, analisis data, serta pelaporan (hasil survey tahunan The Institute of Internal Auditors, USA, 2005).

ACL telah dikembangkan dengan fungsi untuk memenuhi keupayaan analisis data seluruh aktiviti operasi perniagaan di dalam perusahaan, di antaranya pada bidang audit untuk analisis data, penyesuaian dan pembandingan data, laporan perbandingan, dan sebagainya pada bidang IT (Information Technology) untuk data migrationdata cleansingdata matchingdata integrity testing; selain itu juga untuk analisis, konsolidasi, rekonsiliasi data, dan pelaporan pada bahagian lain seperti Kewangan, Pemasaran, Distribusi, Operasional, dan lain sebagainya.

ACL dapat membaca data dari berbagai macam sistem yang terbentang mulai dari model sistem mainframe lama hingga ke relational database modern. ACL adalah aplikasi yang hanya ‘read-only’, ACL tidak pernah mengubah data sumber asli sehingga selesai untuk menganalisis jenis live-data. Keseragaman sumber data dan teknologi akses data, cara mengakses data juga bervariasi dari satu sumber data ke lain. ACL membaca beberapa sumber data secara langsung dengan mengimport dan menyalin sumber data sehingga dapat dianalisis. ACL dirancang khusus untuk menganalisa data dan menghasilkan laporan audit baik untuk pengguna biasa (common/nontechnical users) mahupun pengguna ahli (expert users).

Dengan menggunakan ACL, pekerjaan auditing akan jauh lebih cepat daripada proses auditing secara manual yang memerlukan waktu sampai berjam-jam bahkan sampai berhari-hari.
Software ini dapat melakukan akses data langsung ke dalam database ataupun dalam bentuk teks file dalam waktu yang singkat tanpa menganggu sistem yang sedang berjalan, melakukan proses verifikasi hasil dari data yang diperoleh untuk menciptakan integrasi data yang dipercaya, dan hasil analisa data yang dapat diandalkan. Semua dapat dilakukan dengan cepat, tepat, aman, dan akurat.

Manfaat ACL antara lain:
·         Bagi auditor: Penggunaan ACL akan membantu mereka dalam melaksanakan tugas audit secara lebih terfokus, cepat, efisien, efektif, dan murah dengan lingkup yang lebih luas dan analisis mendalam. Pemprosesan data dapat dilakukan dengan cepat, tepat, dan dengan beraneka ragam analisis menggunakan ACL sehingga auditor dapat menemukan lebih banyak perbezaan memiliki lebih banyak waktu untuk melakukan pembuktian.
·         Untuk pengurusan kewangan dan akaun: ACL dapat membantu mereka dalam menganalisis data dan informasi perusahaan, pengujian pengendalian yang telah ada, dan pembuatan laporan pengurusan secara cepat dan fleksibel
·         Untuk Sumber Daya Manusia/Pemeriksa, IT, dan lainnya: Dapat melakukan sistem pelaporan yang sesuai dengan keinginan atau laporan yang diinginkan (independensi) dengan ketepatan dan kualiti data yang sangat bagus sehingga data pelaporan dapat dipercayai.
·         Audit bantuan komputer dengan menggunakan software Audit Command Language dimulai dari pendefinisian berbagai macam jenis data yang dapat dibaca oleh software ACL, analisa laporan kewangan perusahaan dimulai dari pengiraan untung beserta Rugi ditelusuri ke Buku Besar dengan menggunakan fungsi yang terdapat pada software ACL, yaitu:  Verification, Count, Total, Age, Search, Sort, Index, Statistic, Profile, Summarize, Stratification, Sample, Export, Import, Extract, Relation, Joint, Merge, pembuatan laporan yang dihasilkan dari fungsi yang ada di software ACl, serta dilengkapi dengan pembuatan batch (meliputi tahapan pemeriksaan laporan kewangan yang dirangkum menjadi satu program.

Kelebihan dan kemampuan 
ACL Software Tools:
1.      Universal Data Access, yaitu dapat mengakses data dari hampir semua jenis database yang ada (DBF, XLS, Text File, report file, Oracle, SQL, DB2, AS/400 FDF, COBOL, dsb) dan semua platform(PC, minicomputer, dan mainframe).
2.      Jumlah Data Besar, iaitu kemampuan dalam mengakses dan memproses data dalam jumlah yang sangat besar (hingga ratusan juta record).
3.      Kecepatan Waktu Proses, kemampuannya untuk memproses dalam waktu yang singkat walaupun data yang diproses dalam jumlah yang besar.
4.      Integritas Data, dengan kemampuan mengakses database 100% (tanpa metod sampling) serta data yang bersifat Read Only yang dapat menjamin ketepatan dan integriti data untuk pengolahan menjadi informasi yang bermanfaat bagi user dan pengurusan.
5.      Automasi, pembuatan aplikasi audit yang sangat cepat dan mudah untuk melakukan automasi analisis data untuk efisiensi proses kerja.
6.      Multi File Process, dapat digunakan untuk menangani beberapa file sekaligus, tanpa mengganggu operasional teknologi informasi yang dijalankan oleh perusahaan.
7.      Log File Navigation, dilengkapi dengan log file untuk pencatatan proses analisis yang telah dilakukan sehingga menghasilkan suatu audit trail yang komprehensif.
8.      Fungsi Analisis yang Lengkap, dilengkapi fungsi-fungsi analisis yang sangat lengkap yang dapat dengan mudah dikombinasikan dalam menghasilkan penemuan-penemuan yang tidak pernah terkirakan sebelumnya.
9.      Pelaporan yang Handal, kemudahan untuk merancang laporan yang handal sarat informasi yang bermanfaat serta dapat dikirimkan secara automatik melalui email atau integrasi ke dalam software aplikasi Crystal Report.
10.  IT Audit, kemudahan dalam menguji integriti data dan menganalisis data yang ada di dalam database ataupun menganalisis user-user yang telah masuk ke dalam suatu jaringan/network.

Manfaat menggunakan 
ACL Software Tools:
·         Dapat membantu dalam mengAkses data baik langsung (Direct) kedalam system jaringan ataupun  tidak langsung (InDirect) melalui media lain seperti softcopy dalam bentuk teks file/report.
·         Menempatkan kesalahan dan potensial fraud sebagai pembanding dan menganalisa file-file menurut aturan-aturan yang ada.
·         Mengidentifikasi kecenderungan/gejala-gejala, dapat juga menunjukan dengan tepat/sasaran pengecualian data dan menyelidiki potensi area yang menjadi perhatian.
·         Mengidentifikasi proses perhitungan kembali dan proses verifikasi yang benar.
·         Mengidentifikasi persoalan sistem pengawasan dan memastikan pencapaian permohonan dengan aturan-aturan yang telah ditetapkan.
·         Aging dan menganalisa Account Receivable/Payable atau beberapa transaksi lain dengan menggunakan basis waktu yang sensitif.
·         Memulihkan pendapatan yang hilang dengan pengujian data pada data-data duplikasi pembayaran, menguji data-data nomor Invoice/Faktur yang hilang atau pelayanan yang tidak tertagih.
·         Menguji terhadap hubungan antara authorisasi karyawan dengan supplier.
·         Melakukan proses Data Cleansing dan Data Matching atau pembersihan data dari data-data duplikasi terutama dari kesalahan pengetikan oleh End-User.
·         Dapat melaksanakan tugas pengawasan dan pemeriksaaan dengan lebih fokus, cepat, efisien, dan efektif dengan lingkup yang lebih luas dan analisa lebih mendalam. Mengidentifikasi penyimpangan (Fraud Detection) dapat dilakukan dengan cepat dan tepat sehingga memiliki waktu lebih banyak alam menganalisa data dan pembuktian.
Elektronik Working Paper (eWP)
Transformasi Proses dan Prosedur Selaras dengan Pelan Strategik JAN 2016-2020, JAN komited untuk menambah baik proses dan prosedur kerja sedia ada. Teras 3, Pelan Strategik yang berfokus untuk menambah baik kualiti Laporan Ketua Audit Negara telah menyenaraikan inisiatif untuk menambah baik dan mentransformasi proses dan prosedur JAN. Usaha-usaha untuk melaksanakan transformasi ini adalah kesan daripada perubahan ekologi dan persekitaran dalam sektor awam yang antaranya adalah transformasi digital. Transformasi digital adalah fenomena masa kini yang sentiasa cepat berubah. Persekitaran luar dan lain-lain industri juga banyak mempengaruhi kaedah pengauditan. Pendekatan pengauditan masa kini iaitu risk-based approach adalah pendekatan yang memerlukan juruaudit mengenal pasti risikorisiko luaran dan dalaman sebelum menentukan pendekatan pengauditan.
i. Elektronik Working Paper (eWP) Pada tahun 2015, melalui Program Transformasi JAN, sejumlah peruntukan telah diperoleh bagi melaksanakan elektronik Working Paper. Melalui eWP kertas kerja pengauditan dibuat secara elektronik dan juruaudit perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan khususnya semasa meneliti inherent risk, control risk dan penetapan materialiti serta pensampelan. Usaha menghasilkan template penilaian risiko, materialiti dan pensampelan adalah antara usaha JAN bagi memastikan kaedah risk-based audit diguna pakai dalam perancangan dan pelaksanaan pengauditan. eWP juga adalah usaha untuk memastikan penyimpanan dokumen adalah secara digital. Selaras dengan big data analytics pula, JAN juga telah memulakan usaha-usaha untuk mengumpul dan mendapatkan data dari pelbagai agensi sama ada di peringkat Persekutuan dan juga Negeri. Usaha-usaha ke arah big data ini disokong oleh inisiatif terkini Kerajaan iaitu MyGOVEA. Pelaksanaan MyGOVEA adalah satu perubahan drastik dalam proses dan prosedur sektor perkhidmatan awam. Data bagi setiap proses akan disimpan oleh MAMPU dan ia adalah gunasama. Bagi tujuan tersebut, semua Kementerian dan Jabatan perlu mengadaptasi pelaksanaan Enterprise Architecture (EA). Bagi mengadaptasi pelaksanaan EA, pemahaman terhadap konsep ‘business you’, `business model generation’, COBIT 5.0 dan konsep TOGAF 9.1 adalah perlu. Konsep yang harus difikirkan bagi setiap proses kerja ialah berfikir dari perspektif pelanggan atau `customer’ Kebaikan melaksanakan MyGOVEA di semua peringkat kementerian ialah: a. Mengenal pasti proses kerja dan sistem sokongan yang bertindan dalam pelbagai agensi; dan b. Menambah baik proses kerja sedia ada dengan mengenal pasti jurang yang wujud dan penambahbaikan disyorkan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam kepada rakyat.
ii. Pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti Pada tahun 2017, transformasi terhadap pengauditan pengurusan kewangan telah dilaksanakan dengan fokus kepada penilaian risiko. Usaha penambahbaikan ini adalah selaras dengan kaedah pengauditan masa kini yang berfokus kepada penilaian risiko. Pendekatan audit berasaskan risiko membolehkan SAI memahami risiko semasa dan menilai keberkesanan kawalan sedia ada. Di samping itu, penilaian risiko juga membolehkan pengurusan untuk menyasarkan sumber kepada operasi tertentu. Semua organisasi akan cuba mengurangkan berlakunya insiden atau risiko dalam industri yang berkaitan dengan mengenal pasti risiko yang akan berlaku. Pengauditan penilaian risiko adalah untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan audit dengan mengubah amalan audit sedia ada kepada fokus risiko. Standard pengauditan juga memberikan fokus yang utama kepada proses audit dalam beberapa bidang utama termasuk penilaian risiko yang sedia ada dan kawalan serta menghubungkan penilaian risiko iDimensi risiko adalah termasuk
i)                    pelbagai penyebab dan akibat negatif;
ii)                   ii) pelbagai jenis akibat negatif;
iii)                iii) kepentingan setiap jenis akibat negatif; iv) pelbagai pihak berkepentingan yang mungkin mengalami pelbagai jenis kesan negatif pada tahap yang berbeza-beza; dan v) taburan kebarangkalian yang berkaitan dengan setiap gabungan dimensi sebelumnya. Untuk memilih audit yang akan menambah nilai, adalah sesuai untuk mengenal pasti risiko. Risiko dalam konteks audit adalah peluang prestasi buruk oleh organisasi atau kemungkinan kesalahan dan salah laku. Indeks Akauntabiliti juga telah ditambah baik dengan pelbagai aspek. Penambahbaikan ini dibuat dengan mengambil kira kaedah pengauditan masa kini yang berfokus kepada penilaian risiko dan perubahan semasa berasaskan ulasan dan maklum balas yang diterima daripada stakeholders. Kajian semula terhadap pengauditan Pengurusan Kewangan telah dilaksanakan berdasarkan maklum balas daripada pelbagai pihak dan juga lesson learnt daripada pengauditan yang dilaporkan.
Antara isu yang dikenal pasti dan dikaji semula adalah:
a.       Auditi dinilai secara menyeluruh dan tidak diklasifikasikan mengikut kriteria yang tertentu seperti peruntukan, bilangan pusat tanggungjawab, perbelanjaan, hasil dan lain-lain
b.      Persampelan audit tidak mengambil kira saiz sesebuah auditi; dan
c.       c. Aspek risiko tidak diterapkan dalam pemberian markah dan keberkesanan kriteria.

Sistem eAudit, eARAS dan eFAS.

Aplikasi pengauditan utama yang digunakan di JAN adalah Sistem eAudit, eARAS dan eFAS. eAudit: Sistem eAudit ini adalah sistem pengurusan audit secara menyeluruh di JAN yang antaranya mengandungi maklumat seperti penyediaan rancangan audit tahunan, maklumat pengauditan, laporan, data analytic, repositori, modal insan, auditi, susulan audit dan kertas kerja elektronik (eWorking Paper) bagi penyata kewangan interim dan muktamad. eAras: ‘Electronic Audit Rating System (Sistem eARAS)’ adalah satu sistem yang menyimpan semua maklumat berkaitan prestasi penarafan audit Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri,

Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam berdasarkan Indeks Akauntabiliti. Sistem eARAS ini telah berjaya membantu Jabatan dan juruaudit dalam proses pemarkahan bagi pengauditan Indeks Akauntabiliti. Melalui eARAS, prestasi auditi dapat ditentukan setiap tahun dan laporan berkaitan dapat dikeluarkan. eFAS: Sistem eFAS menyediakan kemudahan kepada pengguna di Firma Audit Swasta (FAS) untuk menguruskan maklumat firma yang menjalankan pengauditan di JAN.

Sistem eFAS merupakan sistem pengurusan APLIKASI PENGURUSAN AUDIT pelantikan dan pemantauan Firma Audit Swasta (FAS). Sistem ini merangkumi proses pendaftaran FAS, pemilihan, pelantikan, penilaian prestasi FAS sehingga pembayaran. Dengan penggunaan sistem ini pengurusan Firma Audit Swasta (FAS) telah dapat dipertingkatkan. Sistem eAudit yang digunakan ini telah berjaya membantu juruaudit dalam menyediakan rancangan audit tahunan dengan cepat dan bersistematik, menyediakan maklumat pengauditan Sektor Audit Kewangan - Pengurusan Audit - Fail Kertas Kerja dan Bukti Audit Sistem eAras 15 eWorking Paper BNM, KWSP, KWAP, PERKESO, LTH, LTAT 13 Negeri 25 Kementerian/ 101 Jabatan (Kerajaan Persekutuan.

Sistem eAudit bagi tujuan pelaporan serta mempercepatkan dan memperkemaskan pengauditan interim dan muktamad yang sebelum ini dibuat secara manual. eAudit juga menyimpan maklumat semua panduan, garis panduan dan pekeliling yang dijadikan rujukan oleh juruaudit semasa pengauditan dijalankan. Sistem eAudit dijadikan sumber rujukan utama di JAN bagi maklumat pegawai dan kakitangan audit serta pasukan pengauditan. Sistem eAudit juga menyimpan profail setiap auditi yang telah atau akan diaudit.


6.0       CABARAN DAN KEBURUKAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 KEPADA DUNIA
Apakah pula cabaran dan keburukan IR 4.0 kepada dunia? Secara umumnya, BCG (2015) meramalkan perkara berikut sebagai aspek yang menjadi cabaran kepada kita semua dalam era IR 4.0:
1. Keselamatan: Integrasi atas talian membuka ruang kepada risiko kebocoran maklumat, risiko keselamatan dan kecurian siber. Oleh yang demikian, penyelidikan berkaitan isu keselamatan terutamanya keselamatan siber amat penting.
2. Modal: pelaburan modal yang amat besar diperlukan dalam usaha membangun IoT, pengkomputeran awan dan sebagainya. Ia memberi kesan kepada syarikat dan perniagaan kecil yang mempunyai modal terhad. Mereka ini mungkin gulung tikar.
3. Pekerjaan: fungsi manusia diganti oleh tenaga robotik. Untuk kekal relavan dalam sektor pekerjaan, pekerja memerlukan pengetahuan dan kemahiran baru.
 4. Kerahsiaan: maklumat peribadi/ perniagaan terdedah kepada semua pemegang taruh. Pendek kata tiada lagi istilah sulit dan persendirian, rahsia peribadi atau rahsia perniagaan.
IR 4.0 membawa pelbagai cabaran khusus kepada sumber manusia yang menjadi tunjang kepadanya. Zafir (2018) menyenaraikan beberapa cabaran IR 4.0 kepada sumber manusia iaitu:
1. Masalah teknostres: Teknostres ialah suatu penyakit moden yang disebabkan oleh ketidakupayaan seseorang individu menampung keperluan teknologi komputer dan automasi. Ia bermula daripada teknofobia (ketakutan tidak munasabah yang dialami oleh seseorang terhadap teknologi). Teknofobia dan teknostres banyak dialami oleh generasi ‘baby boomers’ dan ‘X’ lantaran kemajuan teknologi pada zaman mereka adalah tidak secanggih apa yang akan dibawa oleh IR 4.0. Teknostres akan membawa pelbagai kesan negatif kepada kesihatan sumber manusia seperti MSD, kelesuan, kepenatan, masalah penglihatan dan pendengaran, serta kehilangan tumpuan.
2. Aduan somatik: Aduan somatik ialah aduan yang melibatkan aspek biologi tubuh badan, emosi dan psikologi yang disebabkan oleh persekitaran. Kajian menunjukkan aduan somatik boleh menjejaskan kesihatan dan prestasi pekerjaan. Statistik Tahunan PERKESO 2016 merekodkan pelbagai kes aduan somatik dalam kalangan pekerja di Malaysia. Aduan itu dibahagikan kepada bahagian kepala (5,290), anggota bahagian atas (20,212) dan anggota bahagian bawah (14,915).
3. Gangguan muskuloskletal (MSD): Gangguan muskuloskletal (MSD) adalah suatu bentuk gangguan pada bahagian otot rangka yang disebabkan oleh beban statik yang berlaku secara berulang-ulang bagi tempoh masa yang panjang. MSD menyebabkan kecederaan saraf, tendon, ligamen, tulang, sendi bahagian atas, sendi bahagian bawah dan tulang belakang. Ia dilaporkan sebagai mewakili 42 – 58 peratus daripada keseluruhan penyakit berkaitan pekerjaan di dunia. Di Malaysia pula sebanyak 173 kes berkaitan dnegan MSD dilaporkan pada tahun 2016 (Statistik Penyakit Pekerjaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 2016). MSD memberi kesan langsung kepada produktiviti sumber manusia dan daya saing organisasi.
4. Stres Pekerjaan: Ia bukanlah suatu perkara asing kepada sumber manusia. Namun demikian, ia merupakan masalah kesihatan pekerjaan yang perlu diberi perhatian dalam organisasi. Ia membawa pelbagai kesan kepada psikologi, fisiologi dan gelagat sumber manusia. Impak psikologi yang dimaksudkan di sini ialah kebimbangan, kesedihan, dan cepat marah. Bagi impak fisiologi pula ia termasuklah tekanan darah, dan sakit jantung. Impak terhadap gelagat boleh dikesan melalui penurunan prestasi kerja, gangguan tidur, dan peningkatan kemalangan semasa bekerja.
Keselamatan
Mungkin aspek yang paling mencabar untuk melaksanakan Revolusi Industri 4.0 adalah risiko keselamatan IT. Integrasi atas talian, memberi ruang kepada pelanggaran keselamatan dan kebocoran data. Pencurian siber juga harus dipertimbangkan. Oleh haldemikian, penyelidikan dalam keselamatan adalah penting.

Modal
Transformasi sedemikian memerlukan pelaburan besar dalam teknologi baru yang agak mahal. Keputusan untuk melakukan transformasi  dibuat pada peringkat CEO. Walaubagaimanapun, risiko mesti dikira dan diambil dengan serius. Di samping itu, transformasi sedemikian memerlukan modal yang besar, dan kesannya akan dirasai oleh perniagaan yang kecil yang mungkin akan terjejas pada masa akan datang.
Pekerjaan
Walaupun masih awal untuk membuat spekulasi mengenai keadaan pekerjaan yang menerima pakai Industri 4.0 di seluruh dunia, adalah selamat untuk mengatakan bahawa pekerja perlu mempelajari pelbagai kemahiran baru. Ia boleh membantu peningkatan kadar bayaran pekerjaan tetapi pada masa yang sama mengasingkan pekerja sektor besar. Sektor pekerja yang kerjanya berulang-ulang akan menghadapi cabaran dalam industri yang sedang berkembang. Bentuk pendidikan yang berbeza mesti diperkenalkan, Walaubagaimanapun, ia mungkin akan mendatangkan masalah untuk pekerja yang lebih berusia.
Privasi
Ini bukan sahaja kebimbangan pelanggan, tetapi juga pengeluar. Dalam industri yang saling berkaitan, pengeluar perlu mengumpulkan dan menganalisis data. Kepada pelanggan, ia  mungkin kelihatan seperti ancaman terhadap privasinya. Ini bukan hanya eksklusif kepada pengguna. Syarikat-syarikat kecil atau besar yang tidak berkongsi data mereka pada masa lalu, terpaksa bekerja dengan cara yang lebih telus. Merapatkan jurang antara pengguna dan pengeluar akan menjadi cabaran besar bagi kedua-dua pihak.
Kesan Industri 4.0 Terhadap Industri Pekerjaan Tempatan
Mengulas lanjut mengenai kesan Industri 4.0 ke atas penggunaan tenaga kerja tempatan, Dr. Othman berkata kumpulan menengah rendah akan menjadi kumpulan paling terjejas kerana secara perlahan menjadi kelompok yang tidak diperlukan dalam ekonomi.
“Kumpulan menengah rendah ini lebih mudah diganti dengan robot dan sistem kerana mereka tidak mempunyai ‘tacit knowledge’ yang boleh ditawarkan kepada majikan dan ekonomi secara keseluruhannya.
“Akibat diganti dengan peralatan komputer dan komunikasi digital lainnya, kumpulan ini akhirnya akan terpinggir dalam sistem ekonomi baru ini,” katanya.
Berbeza dengan kumpulan berpendapatan rendah meskipun statusnya sama dengan kumpulan berpendapatan sederhana tetap mempunyai beberapa perbezaan positif dengan kebanyakan mereka mengekalkan pekerjaan masing-masing.
“Kumpulan pendapatan rendah ini akan terus mendapat perhatian dan simpati kerajaan dan industri mengenai nasib mereka. Pelbagai dasar dan polisi akan dirangka oleh pihak kerajaan bagi mengekalkan pekerjaan mereka.
“Perkara ini berlaku di atas sebab bahawa robot dan teknologi automasi tidak akan mampu untuk melakukan pekerjaan golongan ini seperti tukang sapu, tukang cuci dan juga membasuh tandas,” katanya lagi[3].
7.0       PERSEDIAAN MALAYSIA BAGI MENGHADAPI INDUSTRI 4.0, CADANGAN DAN KAEDAH MENGATASI MASALAH DALM REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Kehadiran Industri 4.0 pasti berlaku dan kesannya pasti akan dirasai oleh seluruh dunia termasuklah Malaysia. Pengarah UTMCC, Prof. Madya Dr. Othman Ibrahim  berkata dari aspek persediaan kemahiran, Malaysia masih terkebelakang berdasarkan kepada fakta bahawa masih banyak elemen-elemen penjanaan ekonomi dan perindustrian masih dilakukan secara manual.
“Walaubagaimanapun kemunculan Industri 4.0 ini juga membawa sinar positif bagi mereka yang tahu memanfaatkannya. Penghijrahan ke teknologi perdagangan alam maya atau e-commerce bakal membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk rakyat Malaysia.
“Dengan wujudnya peluang perniagaan gaya baru ini, setiap individu di Malaysia boleh menjual dan membeli barangan melalui aplikasi tertentu dengan kos yang lebih murah berbanding di kedai,” katanya.
Pihak kerajaan juga boleh mewujudkan Rancangan Malaysia khusus untuk 30 tahun ke hadapan sempena Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi memperincikan bagaimana masyarakat Malaysia memanfaatkan perkembangan revolusi ini  dalam mengatur ekonomi, perindustrian, perdagangan dan cara kehidupan.
Mendepani Cabaran Ir 4.0 Melalui Strategi Pengurusan Sumber Manusia Hijau
Cabaran IR 4.0 terhadap kesejahteraan sumber manusia hijau mampu ditangani dengan jayanya melalui beberapa strategi. Zafir (2018) menyarankan lima strategi pengurusan sumber manusia hijau kepada organisasi bagi mengupayakan mereka mendepani cabaran IR 4.0.
Menitikberatkan aplikasi ergonomik dalam peralatan kerja Pihak pengurusan sumber manusia organisasi disaran menggunapakai aplikasi ergonomik dalam keseluruhan pengurusan organisasi. Seperti yang telah dibincangkan dalam bab sebelum ini, ergonomik adalah suatu pendekatan bidang kerjuruteraan yang mampu mengubah kehidupan manusia menjadi lebih baik dan sejahtera. Ia mengambilkira elemen faktor kemanusiaan dari segi fizikal dan keperluan dalam penciptaan produk. Dengan cara itu, produk yang dicipta secara ergonomik berupaya meminimumkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa melakukan tugas dan memnimumkan stres. Dalam hal ini, kerajaan Malaysia misalnya mewujudkan suatu peruntukan kerajaan sebanyak RM245 juta sebagai Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaiktaraf kemudahan pengilangan pintar di Malaysia. Dengan dana sebesar itu, organisasi dijangka mampu memiliki peralatan dan mesin yang direkabentuk dengan konsep ergonomik.
Mewujudkan persekitaran ergonomik dalam organisasi Persekitaran ergonomik meliputi sistem pengudaraan, kedudukan tubuh badan, tempoh masa bekerja, reka bentuk ruang kerja, sistem pencahayaan,system kerja syif, dan sistem bunyi. Persekitaran ergonomik amat mempengaruhi sumber manusia dari aspek aduan berkenaan tubuh badan, keletihan, ketidakpuasan kerja dan niat untuk berhenti. Persekitaran ergonomik juga mampu mewujudkan suasana organisasi yang harmoni. Oleh yang demikian, latihan dan pembangunan sumber manusia perlu memberi tumpuan kepada pengetahuan berkaitan persekitaran ergonomik supaya sumber manusia sejahtera, sihat dan selamat di tempat kerja. Mengurus stres melalui persekitaran ergonomik Stres akan hadir apabila individu berpersepsi negatif terhadap persekitaran kerjanya. Oleh itu, proses mereka bentuk sesebuah stesen kerja dalam mendepani Industri 4.0 perlu mengambilkira beberapa faktor ergonomik. Keharmonian organisasi akan wujud apabila ia bebas daripada sindrom bangunan tidak sihat, berlakunya komunikasi dan interaksi secara sihat antara sumber manusia dan stesen kerja yang mencetuskan motivasi.
Ringkasnya persekitaran ergonomik membawa kepada pengurusan sumber manusia hijau dan persekitaran organisasi hijau yang akhirnya nanti membuahkan sebuah organisasi sihat. Mewujudkan keseimbangan kehidupan dan kerjaya Keseimbangan kehidupan dan kerjaya adalah suatu titik tolak kepada kesejahteraan mental dan emosi seseorang individu. Individu yang mencapai keseimbangan antara kehidupan dan kerjayanya mampu mengagihkan masanya untuk bekerja, berehat, beriadah dan bersama keluarga dari segi fizikal, mental dan emosi. Keseimbangan kehidupan dan kerjaya mampu menambahbaik kesihatan mental masyarakat Malaysia dan meminimumkan stres pekerjaan.
Mengamalkan prinsip pengurusan sumber manusia hijau dalam era IR 4.0, kesejahteraan emosi manusia amat kurang diberi perhatian. Oleh yang demikian, pengurusan sumber manusia hijau akan mengambil peranan untuk melahirkan sumber manusia lestari dan berdaya saing (Masri & Jaaron, 2017). Dalam prinsipnya, pengurusan sumber manusia hijau mengetengahkan idea penggunaan tenaga manusia secara minimum tetapi luwes melalui aplikasi automasi. Ringkasnya, kecanggihan teknologi dalam era IR 4.0 digunakan sepenuhnya untuk mensejahterakan sumber manusia yang mana manusia akan menjadi pengurus kepada aplikasi automasi bukan hamba kepadanya. Dengan cara ini, organisasi akan mampu mengurus kos dan daya saing organisasi secara cekap dan berkesan (Aykan, 2017). Selain itu, pengurusan sumber manusia hijau akan membantu mewujudkan organisasi pembelajaran serta melakukan penambahbaikan berterusan dalam pelbagai aspek pengurusan.
Persediaan Awal  Pengurus Sumber Manusia Bagi Mendepani Ir 4.0
Persiapan rapi perlu dirancang dan diatur oleh pengurus sumber manusia sebelum tibanya tahun 2020. Persiapan dan persediaan ini amatlah penting bagi memastikan kelancaran operasi organisasi dan kejayaan organisasi memanfaatkan peluang-peluang dalam IR 4.0. Terdapat 3 aspek yang perlu diberi perhatian dalam menyediakan organisasi meraikan kedatangan IR 4.0. 3 aspek tersebut ialah struktur organisasi, sistem dan infrastruktur, dan manusia yang menjadi warga organisasi (Zafir, 2018).
Struktur organisasi Organisasi pada tahun 2020 mestilah menjadi sebuah entiti yang dinamik dan luwes. Hal yang demikian itu adalah bagi membolehkan ia bertindak tangkas menangani perubahan yang kadang-kala tidak dijangka dalam IR 4.0. Oleh yang demikian, ia mesti mempunyai struktur organisasi yang rendah dan organik yang membolehkan organisasi berubah mengikut keadaan semasa. Selain itu budaya organisasi perlu diselarikan dengan keperluan IR 4.0. Sistem dan infrastruktur Sistem pentadbiran dan infrastruktur yang digunapakai oleh organisasi perlu menitikberatkan kepada teknologi hijau demi kelestarian warga manusia, organisasi dan dunia. Infrastruktur dalaman organisasi yang dipilih perlu sepadan dengan keperluan teknologi IR 4.0 supaya organisasi benar-benar dapat memanfaatkan peluang yang ada pada IR 4.0.
Selain itu, infrastruktur organisasi perlu juga mengambilkira para penggunanya melalui penerapan konsep ergonomik dalam peralatan kerja, mewujudkan suasana kerja harmoni dan menggunapakai pendekatan organisasi sihat. Manusia Manusia yang menjadi warga organisasi adalah tonggak utama dalam menjayakan IR 4.0. Oleh yang demikian, mereka mestilah terdiri daripada individu yang bercirikan sumber manusia hijau. Kekuatan mental, emosi, fizikal dan kesihatan warga organisasi ini mampu meningkatkan kelestarian dan daya saing organisasi.
8.0       PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA DALAM IR 4.0
Menurut ramalan ahli-ahli ekonomi, IR 4.0 bakal mewujudkan 1.5 juta peluang pekerjaan di Malaysia. Bidang-bidang baru yang menjadi tonggak IR 4.0 menawarkan pelbagai peluang pekerjaan pada masa hadapan. Jadi, kebimbangan bahawa IR 4.0 akan menyebabkan sumber manusia menganggur adalah satu dakwaan yang tidak berasas.
Walaupun begitu, peluang pekerjaan yang dimaksudkan di sini adalah bagi mereka yang berkemahiran tinggi yang mana IR 4.0 memerlukan 60% khidmat tenaga kerja berkemahiran. Di sini timbul satu isu penting yang perlu diberi perhatian iaitu nasib pekerja yang melaksanakan tugas-tugas rutin dan nasib pekerja hanya mempunyai kemahiran asas sahaja. Bagi mengelakkan sumber manusia kehilangan pekerjaan mulai tahun 2020, kerajaan Malaysia menyasarkan agar pasaran buruhnya mempunyai sekurang-kurangnya 35% pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2020 berbanding dengan 31% apa yang kita miliki sekarang.
Hasrat ini diterjemahkan melalui penekanan yang diberi kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Peluang yang diberi oleh kerajaan ini mesti direbut segera oleh para pekerja berkemahiran rendah dan asas serta mereka yang melakukan tugas-tugas rutin. Mereka perlu bersiap siaga dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan oleh IR 4.0.
Apakah bentuk kemahiran yang diperlukan dalam era IR 4.0? Dalam Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung pada tahun 2015, terdapat satu laporan telah dikeluarkan pada tahun 2016 yang mana laporan tersebut membandingkan keperluan kemahiran sumber manusia pada tahun 2015 dengan tahun 2020 (World Economic Forum, 2016).



9.0       KESIMPULAN
Kehadiran IR 4.0 tidak dapat dilengahkan atau dihalang. Banyak peluang dan cabaran yang dibawa bersamanya. Untuk mendepaninya, kita perlu bersedia dari segi fizikal, mental, spiritual dan emosi. Pengurus sumber manusia dan sumber manusia itu sendiri mesti berubah seiring dengan keperluan IR 4.0. Ini adalah untuk memastikan mereka kekal relevan walaupun dunia beralih ke era baru. Perubahan pengurusan sumber manusia konvensional kepada pengurusan sumber manusia hijau adalah amat penting sebagai langkah awalan dalam anjakan paradigma sesebuah organisasi. Anjakan paradigma yang diambil oleh organisasi ini amatlah perlu kerana ia bakal menghasilkan sumber manusia hijau. Sumber manusia hijau ini seterusnya akan menjadi seorang adiwira harapan organisasi yang menjuarai semua cabaran dan rintangan IR 4.0.
Inisiatif dan peruntukan Bajet 2019 jelas bertepatan revolusi industri 4.0, menjamin kelestarian persekitaran dan membuka harapan gagasan TN50 dalam kerangka maqasid syariah. Hampir semua pihak gembira terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana tetapi cabaran yang tinggal ialah merealisasikannya. Amat perlu kita memahami teras belanjawan itu sebagai berharmoni dengan kerangka maqasid syariah yang menjangkau semua urusan kehidupan dengan sasaran kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Ini bererti, kita perlu merungkai agenda kehidupan dalam kerangka al-Quran, sebagaimana perintah Allah SWT yang bermaksud: “Dan carilah apa yang Allah sediakan di alam akhirat (balasan dan kebahagiaan), tapi janganlah lupa nasib kalian daripada dunia (yakni amal perbuatan dan kenikmatan).” (Al-Qasas: 77).
Berdasarkan ayat ini, Allah memerintahkan agar pandangan alam dan prinsip hidup bermatlamatkan akhirat sebagai pra-syarat sebelum menekuni usaha dan menikmati habuan kehidupan duniawi. Gagasan akhirat mampu membersihkan urusan yang menyalahi etika kemanusiaan dan adab syariah seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, penganiayaan, penipuan dan segala kemungkaran.
Seperti ungkapan hikmah para cendekiawan mengatakan “jika kita mengejar dunia, dunia akan lari lebih pantas dan kita akan kepenatan. Jika kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita”. Sesungguhnya, orang yang memahami ungkapan ini ialah orang yang telah menjiwai mafhum firman Allah tersebut. Merekalah yang te­lah mencapai Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.
Semua pihak perlu memastikan pembangunan inklusif dalam rentak revolusi perindustrian keempat. Umat Islam sewajarnya lebih peka dan bersedia kerana semua teknologi yang sedang pesat berkembang ini telah disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW antara lain memberi maksud bahawa suasana suatu zaman yang masanya menjadi singkat, jarak sudah menjadi dekat dan komunikasi pula menjadi le­bih rapat (berdasarkan hadis diriwayatkan oleh At-Tirmizi).
Seiring dengan kefahaman ini, semua sektor perlu mempersiapkan diri tidak kira dalam bidang ekonomi, sosial dan sebagainya. Suasana yang digambarkan telah memaksa manusia turut berevolusi dan tidak statik dengan pendekatan tradisi dalam kehidupan. Namun, maksud pembaharuan dan pembangunan ini ditujukan kepada kaedah kehidupan yang diperbaharui, bukannya memperbaharui teras agama bersifat qat’ie (muktamad) dan tidak berubah.
Orang tua-tua selalu berpesan agar budaya sediakan payung sebelum hujan perlu sentiasa diamati, lebih-lebih lagi apabila membincangkan tentang revolusi teknologi. Di samping manfaatnya yang banyak, impak teknologi dan globalisasi bakal menggandakan persaingan dan meluaskan capaian tanpa sempadan. Malaysia yang dalam proses menangani isu pengangguran bakal dikejutkan dengan kehilangan beberapa jenis pekerjaan tradisi dalam bidang-bidang tertentu kerana digantikan dengan peranti, teknologi dan aplikasi pintar. Dilaporkan bahawa Monetary Authority of Singapore (MAS) sedang dalam proses membangunkan mata wang maya (wang kripto) sendiri ekoran dari perkembangan pasaran wang digital antarabangsa sebagai alternatif dan langkah strategik negara tersebut mempersiapkan diri menjadi hub-kewangan digital.
Landskap industri dan jenis pekerjaan sudah mula berubah. Peluang pekerjaan tradisi bakal digantikan dengan jenis pekerjaan baru umpamanya keperluan kepada pembangun aplikasi pintar, jurutera program, mudah alih dan pakar teknologi. Sehubungan itu, premis perniagaan juga tidak lagi diperlukan kerana urusniaga dilakukan secara atas talian tanpa halangan masa dan tempat. Premis pejabat, kaunter pelanggan dan perkhidmatan lepas jualan um­pamanya akan dilakukan secara maya.
Di masa hadapan, kehadiran teknologi pintar dalam pelbagai industri menyebabkan ekosistem ekonomi dan sosial turut berubah. Urusan perbankan sekarang ini lebih mudah dilakukan secara atas talian kerana menjimatkan masa dan tenaga. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 11 aplikasi pintar teknowang (teknologi kewangan) telah mampu menggantikan enam kluster fungsi tradisi kewangan melibatkan insurans, deposit dan pinjaman, pembiayaan dana, pelaburan, provisi pasaran dan sistem pembayaran.
Kemudahan penggunaan teknologi ini jika tidak dihemati akan membawa bersamanya sampah sarap anasir buruk seperti aplikasi berbahaya serta boleh membawa kesan moral dan jenayah.
Pesan al-Quran dalam surah al-Baqarah, ayat 195 mafhumnya; “Berinfaqlah kalian ke jalan Allah dan jangan kalian jerumuskan diri kepada kemusnahan, berbuatlah baik kerana Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan.”
Inisiatif dan peruntukan bajet kerajaan memerlukan sokongan semua pihak untuk merealisasikan kejayaannya. Semua pihak perlu menjalankan peranan masing-masing supaya aspirasi negara melalui belanjawan 2019 berjaya menyelesaikan masalah kemiskinan, pengangguran, ketidaksamaan agihan, kos sara hidup dan menjamin kestabilan moral masyarakat.
Kesimpulan Transformasi organisasi adalah fenomena yang dilaksanakan bagi menangani isu dan cabaran semasa dalam ekologi persekitaran sektor awam. Perubahan dan transformasi adalah saling berkait tetapi berbeza. Perubahan persekitaran adalah catalyst kepada perubahan organisasi. Perubahan sistem pentadbiran sektor awam seperti transformasi digital akan mempengaruhi fokus pengauditan yang dilaksanakan. Bagi memudahkan pengauditan dilaksanakan dalam era digital, perubahan dan penambahbaikan dalam kaedah dan peraturan pengauditan juga adalah antara faktor yang mendorong kepada transformasi dalam proses dan prosedur kerja JAN. Transformasi JAN adalah tindak balas yang proaktif terhadap perubahan semasa khususnya transformasi proses dan prosedur kerja. Cabaran dalaman dan luaran telah mendorong JAN mengambil inisiatif yang drastik untuk menangani evolusi dalam perkhidmatan sektor awam bagi menjadikan JAN terus relevan dan outcomes yang dihasilkan memberi impak kepada stakeholders khususnya kepada rakyat.











10.0     RUJUKAN

[1] www.audit.gov.my

[2] Jurnal Pengurusan Sumber Manusia Hijau Mendepani Industri 4.0B(2018), Zafir Mohd Makhbul Universiti Fazilah Mohamad Hasun Mohd Nazmy Abd Latif , Universiti Kebangsaan Malaysia


Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

PENTADBIRAN KEWANGAN KERAJAAN MALAYSIA