BPIN 3053 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN
REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DI JABATAN AUDIT NEGARA
1.0 PENGENALAN
Saya dilantik sebagai seorang Penolong
Juruaudit di Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan pada tahun 2010 lagi. Dan
pada masa kini iaitu tahun 2019, saya menghadapi cabaran perubahan yang berlaku
dalam dunia pengauditan yang sejajar dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0
ini. Kalau dahulu cara kerja pengauditan lebih kepada manual tapi sekarang ia
berubah kepada penggunaan teknoolgi maklumat dan system yang terkini seperti
e-working paper (EWP), penggunaan sistem Audit Command Langguage (ACL),
penggunaan sistem e-Audit, e-Aras dan sebagainya.
Dunia dan masa bergerak pantas. Ia tidak
menunggu sesiapa. Sedar-sedar sahaja kita sekarang menghampiri abad ke-21. Ia
akan bermula apabila planet Bumi memasuki tahun 2020. Kehadiran abad ke-21 akan
disambut dengan satu lagi perubahan iaitu revolusi perindustrian edisi ke-4
(selepas isni akan disebut sebagai IR 4.0). Diramalkan bahawa pelbagai
pembaharuan, perubahan dan impak akan dibawa oleh IR 4.0 kepada kehidupan
manusia. Tidak salah jika kita katakan bahawa senario kehidupan manusia mulai
tahun 2020 akan berbeza daripada yang kita lalui sekarang. Apakah yang akan
berlaku sebenarnya mulai tahun 2020? Pada tahun 2020, planet Bumi dianggarkan
mempunyai jumlah populasi penduduk sekitar 7.6 bilion orang.
Pada masa yang sama, populasi peranti
elektronik yang saling berinteraksi antara satu sama lain adalah pada sekitar
50 bilion. Maksudnya di sini, dunia dihuni oleh peranti elektronik dan akan
mengatasi jumlah manusia. Pada waktu itu, pelbagai teknologi baru akan wujud
seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun kita sedia maklum bahawa
teknologi baru biasanya memudahkan kehidupan manusia, ia juga akan menjadi
cabaran baru kepada kehidupan peribadi dan pekerjaan manusia. Antara
kebimbangan yang paling menghantui umat manusia pada waktu itu ialah
kebergantungan kepada tenaga manusia dalam sektor pekerjaan akan berkurangan
secara signifikan. Kebimbangan ini sekiranya tidak dikawal dengan berkesan
mungkin membawa kepada stres.
Istilah 'Industri 4.0' sudah menjadi
satu topik global yang hangat diperkatakan sejak ia diperkenalkan oleh warga
Jerman pada 2011. Terdapat terlalu banyak definisi mengenainya dan ia boleh
menjadi sukar bagi orang biasa untuk memahami maksudnya yang sebenar. Dalam
erti kata syang mudah, Industri 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat adalah
mengenai mesin yang dapat menghantar, menerima dan bertindak mengikut arahan yang
disambungkan kepada sistem pengacaraan setempat dan melalui rangkaian
komunikasi yang membolehkan ia berinteraksi dengan mesin lain serta manusia
untuk mengeluarkan barangan dan menjalankan perkhidmatan dengan cekap. Dengan
kata lain, Industri 4.0 adalah mengenai mekanisasi yang lebih besar.
2.0 SEJARAH DAN EVOLUSI JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA
Institusi audit telah wujud di Tanah Melayu sejak pentadbiran
penjajah British pada awal abad ke-19. Pada ketika itu, audit wujud secara
berasingan mengikut negeri iaitu Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat.
Institusi Ketua Audit Negara bagi Semenanjung Tanah Melayu wujud pada tahun
1906 apabila Ketua Audit Negara Malaysia (KANM) untuk Negeri Melayu Bersekutu
pertama dilantik. Beliau bertanggungjawab terhadap fungsi audit bagi 4 negeri
yang berpusat di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1932, kedua-dua Institusi ini
digabungkan dan diletakkan di bawah kawalan Director of Colonial Audit yang
berpusat di London. Tugas pengauditan dipertanggungjawabkan kepada Auditor of
the Straits Settlements and the Federated Malay States, berpusat di Kuala
Lumpur. Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, jawatan Director of
Audit Malaya ditukar kepada nama Jabatan Audit Negara. Pelantikan KANM serta
tanggungjawabnya termaktub di bawah Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan
Akta Audit 1957. Sungguhpun Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan
daripada pihak Inggeris, sebahagian besar jawatan tertinggi Kerajaan pada
ketika itu termasuklah jawatan KANM masih lagi disandang oleh pegawai-pegawai
Inggeris. Hanya pada tahun 1963, Jawatan KANM yang pertama disandang oleh anak
tempatan iaitu En. S. Kandiah memandangkan sebelum tahun ini jawatan tersebut
dilantik di kalangan pegawai British Colonial Audit Service
Fungsi Utama JAN JAN telah ditubuhkan dan diberi
mandat untuk memantapkan pengurusan kewangan bagi pentadbiran sektor awam di
Malaysia iaitu dengan memastikan semua peraturan dan prosedur Kerajaan
dilaksanakan dan dipatuhi. Dalam konteks pusingan akauntabiliti (accountability
cycle) pentadbiran Kerajaan, tanggungjawab ini bermula semasa
Kementerian/Jabatan Kerajaan menyediakan belanjawan masing-masing dan
seterusnya dibentangkan untuk mendapatkan kelulusan Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri. Lanjutan daripada ini, Kementerian/Jabatan Kerajaan
membelanjakan peruntukan yang telah diberi sehinggalah penyata kewangan
dibentangkan di Parlimen.
Dalam
pusingan ini, JAN berperanan sebagai watchdog atau pemerhati bagi memastikan
tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada pentadbiran Kerajaan dilaksanakan
selaras dengan undang-undang dan peraturan sedia ada. Proses pengauditan yang
menjadi core business JAN meliputi pengesahan terhadap penyata kewangan,
memastikan pengurusan kewangan mematuhi undang-undang serta menilai kecekapan
dan keberkesanan pelaksanaan program dan aktiviti Kerajaan serta menilai
kedudukan kewangan, pengurusan aktiviti dan amalan terbaik tadbir urus
syarikat. JAN amat menekankan aspek keseimbangan dalam pelaporan di mana bukan
hanya kelemahan dan ketidakpatuhan oleh pentadbiran Kerajaan yang dilaporkan,
malah inisiatif positif dan tindakantindakan yang telah diambil selepas
pemerhatian audit dikemukakan turut dilaporkan dalam laporan yang dikeluarkan.
Selain itu, JAN turut memberikan syor penambahbaikan
berdasarkan penemuan audit yang diperoleh bagi menambah baik kualiti
perkhidmatan Kerajaan dan mempertingkat akauntabiliti sektor awam. Hasil
pengauditan dan syor audit tersebut akan dilaporkan dalam laporan yang
dinamakan sebagai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). Sebagai sebuah institusi
yang bebas, LKAN dibentangkan terus di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
(DUN). Setelah dibentangkan, laporan tersebut akan menjadi dokumen awam yang
boleh diakses oleh semua stakeholders seperti Ahli-ahli Dewan Perundangan,
pemegang saham agensi Kerajaan, auditi dan orang awam[1].
4
pengauditan utama yang dilaksanakan JAN dalam mempertingkatkan akauntabiliti
sektor awam :
Ø
Pengesahan Penyata Kewangan
Ø Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti
Ø Pengauditan Prestasi
Ø Pengauditan Syarikat Kerajaan
3.0 PERMULAAN INDUSTRI 4.0
Pada peringkat awal,
Revolusi Perindustrian Keempat atau Industri 4.0, teknologi digital sudah
memasuki sistem fizikal seperti pada hari ini. Ini termasuk penempatan penderiaan,
perkomputeran dan sistem komunikasi dalam pengurusan grid tenaga, pengangkutan,
perkilangan dan air, mahupun peralatan isi rumah yang diguna pakai oleh kita
pada setiap hari, termasuk kereta, peti sejuk, sistem hiburan serta pendingin
hawa (dikenali sebagai IoT atau Internet of Things).
Apa yang lebih mengagumkan
ialah penggunaan sistem sedemikian ke dalam tubuh badan manusia untuk
memulihkan fungsi deria, kognitif dan motor pada golongan kurang upaya akibat
kecederaan atau kekurangan fungsi.
Menurut pengasas Forum
Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial Revolution
menjelaskan Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan
superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan
perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih
mengoptimalkan fungsi otak. Dalam erti kata lain, hidup manusia akan
dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan
menguruskan hal ehwal dan tugasan harian. Mungkin sukar untuk digambarkan logik
akalnya apabila melihat pesanan piza yang kita lakukan melalui pesanan telefon,
akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah.
Selain itu, segala urusan
rumah seperti mencuci baju, memberi makanan haiwan kesayangan dan mematikan
alat pendingin hawa hanya perlu menekan butang di telefon pintar masing-masing
tanpa perlu lagi bersusah payah mengambil perkhidmatan pembantu rumah.
Untuk ke pejabat pula, kita
tidak perlu lagi untuk menghidupkan enjin dan memandu di tengah-tengah jalan
raya yang sesak. Semuanya akan selesai dengan hanya menekan butang kekunci,
penumpang boleh menyambung tidur dalam kereta masing-masing dan segala urusan
pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui satelit sampai ke tempat yang ingin
dituju dengan selamat.
Senario tersebut walaupun
pelik, namun secara perlahan-lahan telah mula berkembang dan berevolusi menjadi
satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang. Dengan menggunakan akronim
Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama
robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan
manusia.
Walaupun
teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di peringkat global,
banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh,
penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan
pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal
kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT)[1].
Diasaskan daripada tiga
domain teknologi iaitu fizikal, digital dan biologikal, IR 4.0 mempunyai 9
tonggak teknologi untuk memacu kejayaan industri pembuatan. Tonggak - tonggak
tersebut seperti yang dicadangkan oleh Boston Consulting Group, (2015)
termasuklah[2]:
1. Simulasi dan realiti maya: simulasi 3D
dalam pembangunan produk, bahan dan proses pengeluaran akan digunakan secara
meluas. Ia akan mengawal data masa nyata untuk mencerminkan dunia fizikal
sebenar dalam model realiti maya. Dalam model realiti maya inilah produk baru
diuji dan diperbaiki dari masa ke semasa sebelum pengeluarannya yang sebenar
dilakukan.
2.
Industri Internet of Things (IoT): IoT mengizinkan pelbagai peralatan dan mesin
dipasang dengan sensori dan berhubung sesama sendiri. Pelbagai produk pintar mampu
dihasilkan menggunakan protokol internet yang seragam. Hal ini akan
memungkinkan pembuatan keputusan dan analisis data dibuat secara terpencar dan
maklum balas secara masa nyata dapat diberikan.
3. Sistem Pengukuhan Realiti: sistem ini
menyokong dan membantu pelbagai bentuk perkhidmatan lain. Menurut BCG (2015),
sistem ini masih berada di peringkat pengenalan, namun ia dijangka berkembang
pada masa hadapan. Antara contoh aplikasi sistem pengukuhan realiti adalah
latihan maya (virtual training).
4. Keselamatan siber: protokol komunikasi
dan perhubungan menjadi kebiasaan kepada semua dalam era IR 4.0. Semua perkara
berhubung dan menjadi satu. Oleh yang demikian, perlindungan keselamatan sistem
maklumat dan lini pengeluaran daripada ancaman jenayah siber menjadi suatu isu
penting dalam era ini. Bagi mengatasi ancaman jenayah siber, satu identiti
canggih dan sistem pengurusan capaian mesin akan digunakan. Identiti dan sistem
ini diwujudkan untuk menjadikan proses komunikasi dan perhubungan semua
pemegang taruh boleh dipercayai dan selamat.
5. Pembuatan bahan-bahan tambahan: teknologi
3D untuk membangunkan prototaip akan memudahkan pembangunan produk secara lebih
produktif dan banyak. Malah, teknologi 3D dalam era IR 4.0 membolehkan produk
yang unik dibangunkan dalam skala yang kecil. Oleh yang demikian, kebosanan
terhadap produk identikal dapat dikurangkan.
6.
Analisis data raya: pelbagai data tentang industri akan mampu dianalisis secara
cepat, tepat dan pantas. Analisis data raya ini akan mengoptimumkan kualiti
pengeluaran, menjimatkan tenaga dan menambahbaik perkhidmatan. Selain itu, ia
juga memudahcara pembuatan keputusan pada masa nyata.
7. Robot automasi: ia memberi pelbagai
perkhidmatan dan ia juga berautonomi tetapi pada masa yang sama luwes. Ia akan
berinteraksi dan bekerja secara selamat dengan robot-robot yang lain dan juga
manusia bagi melaksanakan tugas-tugas pengeluaran. Menariknya tentang robot
automasi ini ialah ia mempunyai kemampuan mempelajari perkara baru daripada
manusia. Kerjasama antara manusia dengan robot autmoasi ini dikenali sebagai
‘cobotic’.
8. Integrasi sistem:
integrasi sistem secara mendapat, menegak, dan rangkaian akan menguasai
teknologi pengkomputeran. Semua pemegang taruh dari dalam dan luar organisasi
yang terlibat dalam industri pengeluaran akan menjadi lebih akrab dan berhubung
sesama sendiri. Melalui integrasi sistem ini, dunia perniagaan bolehlah diaktan
sebagai tidak lagi mempunyai pesaing sebenar dek kerana mereka saling mengenali
dan berkomunikasi antara satu sama lain.
9. Pengkomputeran awam:
disebabkan oleh perkongsian data raya antara lokasi dan pelbagai pemegang
taruh, data perlu disimpan di suatu tempat yang selamat dan mudah dicapai oleh
semua pihak. Oleh itu, prestasi teknologi awan dipertingkatkan dengan capaian
maklumat boleh dilakukan dalam tempoh mili-saat. Kemajuan pengkomputeran awan
akan melahirkan manufacturing execution system (MESs). Berdasarkan kepada
penerangan di atas, konsep keseluruhan pembangunan IR 4.0 bolehlah diibaratkan
sebagai sebuah bangunan.
4.0 TRANSFORMASI JABATAN AUDIT NEGARA
Institusi yang baik ialah institusi yang sentiasa
berkembang dari semasa ke semasa. Pada sekitar tahun 2010, Kerajaan telah
melancarkan Pelan Transformasi Negara (NTP) yang berfokus kepada transformasi
perkhidmatan awam. Selaras dengan ini, beberapa Kementerian dan Agensi Kerajaan
telah mengambil langkah melaksanakan transformasi terhadap organisasi
masing-masing. Fokus transformasi tersebut adalah untuk menambah baik
pengurusan dan objektif organisasi di samping menyesuaikan proses kerja dengan
perubahan semasa persekitaran perkhidmatan awam. Jabatan Audit Negara (JAN)
yang merupakan Supreme Audit Institution (SAI) perlu melaksanakan transformasi
bagi memastikan prinsip-prinsip utama sebuah SAI dapat diperkukuhkan sesuai
dengan fungsi dan peranan JAN sebagai institusi yang melaksanakan “check and
balance” terhadap cabang Eksekutif untuk dilaporkan kepada cabang Legislatif
atau Parlimen Malaysia. Transformasi JAN yang didorong oleh faktor-faktor
dalaman dan luaran, dapat memastikan JAN terus relevan dan hasil pengauditan
JAN dapat memberi impak kepada rakyat.
Bagi tempoh tahun 1970-an, 1980-an dan
1990-an, terdapat pelbagai ulasan karya berkaitan perubahan organisasi yang
drastik. Perubahan organisasi dikategorikan sebagai perubahan keseluruhan
sistem yang signifikan dan mengubah organisasi dengan cara yang substantif.
Terdapat beberapa jenis perubahan yang radikal iaitu root change (Lindblom,
1959), radical change (Tushman and Romanelli, 1985), transformation (Hemes,
1976), paradigm change (Sheldon, 1980), revolutionary change (Gerlach and
Hines, 1973), double-loop learning (Argyris and Schon, 1978), paradigm shift
(Kuhn, 1962), dan total system transformation (Miles, 1997). Transformasi boleh
didefinisikan sebagai sesuatu perubahan drastik dan radikal terhadap sesuatu
bentuk dan fungsi organisasi (Barbara 2002). Kebiasaannya, transformasi
sesebuah organisasi merangkumi semua aspek iaitu hal-hal berkaitan tadbir urus,
kewangan dan operasi. Barbara (2002) juga menjelaskan transformasi
berkemungkinan atau tidak, boleh menjejaskan teras dan misi sebuah organisasi.
Walau bagaimanapun, transformasi biasanya
akan memberi kesan dan mempengaruhi cara organisasi melaksanakan misi yang
telah ditetapkan. Kajian impirikal juga menjelaskan aspek persekitaran luaran
akan mempengaruhi berlakunya transformasi dalam organisasi. Isu-isu
persekitaran dikatakan sebagai tangential kepada proses transformasi. Aspek
persekitaran luar juga dilihat sama ada berperingkat semasa transformasi
berlaku (FoxWolfgramm, Boal, and Hunt, 1998) atau merupakan external catalyst
(Romanelli & Tushman,1994; Meyer 1982; Meyer et al., 1990) yang mendorong
berlakunya proses transformasi tersebut. Persekitaran ini membentuk satu set
situasi yang mendorong transformasi berlaku dalam organisasi bagi mencapai visi
dan misi pada masa tersebut.
Hasil kajian juga menjelaskan objektif
transformasi akan menyokong strategi aktiviti organisasi. Kotter (1992) menjelaskan
terdapat 8 langkah untuk mentransformasi organisasi. 8 langkah tersebut ialah:
i.
Establishing sense of urgency;
ii.
Bentuk Guiding Coalition yang
berkuasa;
iii.
Mencipta visi; iv.
Komunikasikan visi;
iv.
Empowering others to act on the
vision;
v.
Merancang untuk dan merangka kemenangan jangka
pendek;
vi.
Menyatukan penambahbaikan dan
producing still more change; dan
vii.
Institutionalizing new
approaches. Transformasi organisasi boleh ditakrifkan sebagai holistik,
pendekatan ekologi, humanistik kepada perubahan radikal, revolusi dalam
keseluruhan konteks sistem organisasi. Transformasi organisasi melibatkan
perubahan transformasi dalam sifat asas organisasi berkaitan ekosistem dan
memerlukan cara pemikiran yang baru, berkelakuan, dan dilihat oleh anggota organisasi.
Transformasi Supreme Audit Institutions
Perbincangan mengenai transformasi Supreme Audit Institution (SAI) telah
bermula sejak tahun 2007. World Bank dan komuniti SAI telah menganjurkan
Seminar Transformasi Abad ke-21 dengan fokus untuk memaksimumkan impak SAI
terhadap stakeholders khususnya orang awam.
Seminar ini telah mengumpulkan seramai 25
Ketua Audit Negara termasuk negara maju dan negara membangun untuk berkongsi
ilmu pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik kaedah untuk melaksanakan usahausaha
transformasi bagi memastikan SAI dapat menyusun strategi dalam menangani
perubahanperubahan semasa. Seminar ini juga adalah usaha pertama yang
ditawarkan oleh World Bank, U.S. Government Accountability Office (GAO) dan
inisiatif pembangunan International Organization of Supreme Audit Institutions
(INTOSAI).
Kajian impirikal menjelaskan beberapa SAI telah
melaksanakan transformasi bagi membolehkan kebebasan SAI dapat dijamin.
Contohnya, Priscilla Komora, Ketua Audit Negara Kenya telah menjelaskan antara
cabaran SAI masa kini ialah keupayaan (capacity) untuk membina kemahiran dan
kecekapan organisasi yang terbaik. Selain itu, sistem politik negara yang
sentiasa menyokong isu-isu yang dibangkitkan oleh SAI juga menjamin kebebasan
SAI.
Transformasi JAN Institusi Audit Negara
yang telah ditubuhkan pada tahun 1906 merupakan salah satu organisasi
perkhidmatan awam yang diperkenalkan semasa pentadbiran Inggeris bagi
memperkukuhkan sistem pentadbiran kewangan Kerajaan. Kini, pada tahun 2017,
usia JAN telah melebihi satu abad. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai
penambahbaikan telah dilakukan dalam aspek pengauditan bagi memenuhi
perkembangan dan perubahan semasa bagi memperkukuhkan akauntabiliti pengurusan
wang awam.
Sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan
(GTP) yang diperkenalkan pada bulan April 2009, JAN mengambil inisiatif untuk
melakukan transformasi bagi memenuhi keperluan stakeholders dan berusaha
meletakkan JAN setaraf dengan Institusi Audit di negara maju. Ini juga adalah
selaras dengan objektif transformasi untuk memacu Malaysia ke arah melahirkan
masyarakat maju, bersatu-padu dan saksama dengan kualiti kehidupan yang tinggi
serta memenuhi aspirasi nasional.
Program Transformasi JAN bukan hanya
melibatkan perubahan struktur secara dalaman tetapi melibatkan usaha-usaha
untuk memenuhi Deklarasi Mexico yang menjelaskan prinsip-prinsip kebebasan SAI.
Program Transformasi JAN telah bermula pada bulan Oktober 2013 dengan berfokus
kepada penstrukturan semula sektor dan bahagian mengikut jenis pengauditan.
Secara khususnya, Program Transformasi JAN dimulai dengan kelulusan Jemaah
Menteri berhubung cadangan Penubuhan Pasukan Petugas Khas Bagi Transformasi
Jabatan Audit Negara melalui Memorandum daripada Perdana Menteri No. M628/2014
pada 24 September 2014.
Berdasarkan pemerhatian, program transformasi JAN
meliputi 2 aspek utama iaitu:
a.
Transformasi institusi; dan
b. Transformasi proses kerja dan prosedur.
Transformasi Institusi Perbincangan
mengenai institusi audit dan pelantikan Ketua Audit Negara bagi semua SAI
diperjelaskan dalam Perlembagaan negara yang berkaitan. Selain menjelaskan
tentang pelantikan Ketua Audit Negara, diperjelaskan juga mengenai kuasa dan
mandat audit. Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab terhadap “check
and balance” sistem akauntabiliti pentadbiran negara, SAI adalah tertakluk
kepada standard pengauditan INTOSAI iaitu ISSAI yang meliputi aspek institusi
dan proses serta prosedur pengauditan bagi memastikan pengauditan perakaunan
sektor awam dapat dijalankan dengan cekap dan sistematik.
ISSAI 1 iaitu The Lima Declaration dan
ISSAI 10-Mexico Declaration dan ISSAI 11- Guidelines and Good Practices Related
to SAI Independence adalah dokumen atau standard yang menjelaskan mengenai
kebebasan SAI. ISSAI 20-Principles of Transparency and Accountability dan ISSAI
21-Principles and Good Practices pula menekankan keperluan SAI untuk menjadi
institusi bebas dan mendokong prinsip akauntabiliti dan ketelusan
(transparency). Bagi menggalakkan semua negara mematuhi Mexico Declaration,
INTOSAI telah membentangkan resolusi A/66/209 di UN pada Disember 2011 dan
resolusi ini telah diterima pakai pada Disember 2014 (A/RES/69/228).
Secara ringkasnya, resolusi tersebut
menjelaskan berkaitan “Promoting and fostering the efficiency, accountability,
effectiveness and transparency of public administration by strengthening
Supreme Audit Institutions”. Malaysia adalah antara negara yang telah bersetuju
untuk menerima pakai resolusi ini. Program Transformasi JAN adalah usaha JAN
untuk menjadi sebuah Institusi Audit yang lebih bebas dan mematuhi Mexico
Declaration (ISSAI 10 dan 11).
Program transformasi JAN 2015 dimulakan
apabila Jemaah Menteri meluluskan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) pada 24
September 2014 bagi membentuk task force Program Transformasi JAN. Objektif
program transformasi ini ialah untuk menjadikan JAN sebagai sebagai institusi
audit yang lebih mantap selari dengan piawaian antarabangsa yang meliputi aspek
pengurusan sumber manusia, perundangan, kewangan serta penambahbaikan bidang
tugas dan rangka kerja tadbir urus institusi audit. Program ini juga penting
bagi meningkatkan profesionalisme juruaudit sektor awam agar setanding dengan
juruaudit sektor swasta.
Usaha penambahbaikan ini adalah selari
dengan perkembangan terkini di peringkat antarabangsa yang mana tadbir urus
Kerajaan yang telus dan berakauntabiliti sangat diberi keutamaan. Langkah
menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji secara terperinci usaha-usaha
transformasi JAN adalah selaras dengan usaha ke arah pentadbiran Kerajaan yang
telus di masa hadapan. Hasil daripada task force ini telah dibentangkan dalam
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Ogos 2015. Secara umumnya, Jemaah Menteri
telah bersetuju dengan cadangan yang diusulkan.
Tindakan untuk melaksanakan semua
inisiatif telah diambil dan dipantau oleh Jawatankuasa Tindakan Program
Transformasi JAN. Namun begitu, hanya beberapa inisiatif yang berjaya
dilaksanakan iaitu menjadikan JAN sebagai Jabatan Mengakaun Sendiri (SAD) dan
pelaksanaan elektronik Working Paper (eWP) melalui peruntukan RM4.4 juta yang
diluluskan. Hasil daripada Program Transformasi JAN telah mendorong kajian
terhadap institusi audit JAN dilaksanakan. Hasil kajian tersebut telah
memperoleh penemuan kukuh mengenai kebebasan JAN.
Bermula dari awal tahun penubuhan iaitu
1906 hingga tahun 1986, JAN adalah sebuah institusi bebas daripada cabang
Eksekutif sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah Constitutional Office.
Hanya mulai tahun 1986, JAN telah diletakkan secara pentadbiran di bawah
Jabatan Perdana Menteri dan tertakluk kepada Perintah-perintah Menteri
Persekutuan mulai tahun 1991. Usaha untuk memantapkan kebebasan JAN selaras
dengan rangka kerja Westminster, accountability triangle, The Lima Declaration.
Mexico Declaration dan Resolusi UN akan diteruskan selaras dengan teras 1,
Pelan Strategik JAN 2016-2020. JAN akan terus berusaha untuk mengembalikan
kebebasan institusi sebagai Constitutional Office sebagaimana mula ditubuhkan
dengan menambah baik kebebasan tersebut sebagaimana yang ditetapkan dalam ISSAI
10 atau Mexico Declaration.
5.0 KEBAIKAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 KEPADA
WARGA JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA.
ACL dikembangkan sejak tahun 1970-an oleh Prof. Hart J.
Will dari Canada dan kemudian dikelola oleh ACL Services Ltd,
Vancouver, Canada, dan merupakan pemimpin dalam teknologi pengambilan data,
analisis data, serta pelaporan (hasil survey tahunan The Institute of
Internal Auditors, USA, 2005).
ACL telah dikembangkan dengan fungsi untuk memenuhi keupayaan
analisis data seluruh aktiviti operasi perniagaan di dalam perusahaan, di
antaranya pada bidang audit untuk analisis data, penyesuaian dan pembandingan
data, laporan perbandingan, dan sebagainya pada bidang IT (Information
Technology) untuk data migration, data cleansing, data
matching, data integrity testing; selain itu juga untuk
analisis, konsolidasi, rekonsiliasi data, dan pelaporan pada bahagian lain
seperti Kewangan, Pemasaran, Distribusi, Operasional, dan lain sebagainya.
ACL dapat membaca data dari berbagai macam sistem yang
terbentang mulai dari model sistem mainframe lama hingga
ke relational database modern. ACL adalah aplikasi yang hanya
‘read-only’, ACL tidak pernah mengubah data sumber asli sehingga selesai untuk
menganalisis jenis live-data. Keseragaman sumber data dan teknologi
akses data, cara mengakses data juga bervariasi dari satu sumber data ke lain.
ACL membaca beberapa sumber data secara langsung dengan mengimport dan menyalin
sumber data sehingga dapat dianalisis. ACL dirancang khusus untuk menganalisa
data dan menghasilkan laporan audit baik untuk pengguna biasa (common/nontechnical
users) mahupun pengguna ahli (expert users).
Dengan menggunakan ACL, pekerjaan auditing akan jauh lebih cepat
daripada proses auditing secara manual yang memerlukan waktu sampai berjam-jam
bahkan sampai berhari-hari.
Software ini dapat melakukan akses data langsung ke dalam database ataupun dalam bentuk teks file dalam waktu yang singkat tanpa menganggu sistem yang sedang berjalan, melakukan proses verifikasi hasil dari data yang diperoleh untuk menciptakan integrasi data yang dipercaya, dan hasil analisa data yang dapat diandalkan. Semua dapat dilakukan dengan cepat, tepat, aman, dan akurat.
Software ini dapat melakukan akses data langsung ke dalam database ataupun dalam bentuk teks file dalam waktu yang singkat tanpa menganggu sistem yang sedang berjalan, melakukan proses verifikasi hasil dari data yang diperoleh untuk menciptakan integrasi data yang dipercaya, dan hasil analisa data yang dapat diandalkan. Semua dapat dilakukan dengan cepat, tepat, aman, dan akurat.
Manfaat ACL antara lain:
·
Bagi auditor: Penggunaan ACL
akan membantu mereka dalam melaksanakan tugas audit secara lebih terfokus,
cepat, efisien, efektif, dan murah dengan lingkup yang lebih luas dan analisis
mendalam. Pemprosesan data dapat dilakukan dengan cepat, tepat, dan dengan
beraneka ragam analisis menggunakan ACL sehingga auditor dapat menemukan lebih
banyak perbezaan memiliki lebih banyak waktu untuk melakukan pembuktian.
·
Untuk pengurusan kewangan dan akaun: ACL dapat
membantu mereka dalam menganalisis data dan informasi perusahaan, pengujian
pengendalian yang telah ada, dan pembuatan laporan pengurusan secara cepat dan
fleksibel
·
Untuk Sumber Daya Manusia/Pemeriksa, IT, dan
lainnya: Dapat melakukan sistem pelaporan yang sesuai dengan
keinginan atau laporan yang diinginkan (independensi) dengan ketepatan dan
kualiti data yang sangat bagus sehingga data pelaporan dapat dipercayai.
·
Audit bantuan komputer dengan
menggunakan software Audit Command Language dimulai dari
pendefinisian berbagai macam jenis data yang dapat dibaca oleh software ACL,
analisa laporan kewangan perusahaan dimulai dari pengiraan untung beserta Rugi ditelusuri
ke Buku Besar dengan menggunakan fungsi yang terdapat pada software ACL,
yaitu: Verification, Count, Total, Age, Search, Sort, Index, Statistic,
Profile, Summarize, Stratification, Sample, Export, Import, Extract, Relation,
Joint, Merge, pembuatan laporan yang dihasilkan dari fungsi yang ada di software ACl,
serta dilengkapi dengan pembuatan batch (meliputi tahapan pemeriksaan laporan
kewangan yang dirangkum menjadi satu program.
Kelebihan dan kemampuan ACL Software Tools:
1.
Universal Data Access, yaitu dapat
mengakses data dari hampir semua jenis database yang ada (DBF,
XLS, Text File, report file, Oracle, SQL, DB2, AS/400 FDF, COBOL, dsb) dan
semua platform(PC, minicomputer, dan mainframe).
2.
Jumlah Data Besar, iaitu kemampuan
dalam mengakses dan memproses data dalam jumlah yang sangat besar (hingga
ratusan juta record).
3.
Kecepatan Waktu Proses, kemampuannya untuk
memproses dalam waktu yang singkat walaupun data yang diproses dalam jumlah
yang besar.
4.
Integritas Data, dengan kemampuan
mengakses database 100% (tanpa metod sampling) serta data yang
bersifat Read Only yang dapat menjamin ketepatan dan integriti
data untuk pengolahan menjadi informasi yang bermanfaat bagi user dan
pengurusan.
5.
Automasi, pembuatan aplikasi
audit yang sangat cepat dan mudah untuk melakukan automasi analisis data untuk
efisiensi proses kerja.
6.
Multi File Process, dapat digunakan
untuk menangani beberapa file sekaligus, tanpa mengganggu operasional teknologi
informasi yang dijalankan oleh perusahaan.
7.
Log File Navigation, dilengkapi
dengan log file untuk pencatatan proses analisis yang telah
dilakukan sehingga menghasilkan suatu audit trail yang
komprehensif.
8.
Fungsi Analisis yang Lengkap, dilengkapi
fungsi-fungsi analisis yang sangat lengkap yang dapat dengan mudah dikombinasikan
dalam menghasilkan penemuan-penemuan yang tidak pernah terkirakan sebelumnya.
9.
Pelaporan yang Handal, kemudahan untuk
merancang laporan yang handal sarat informasi yang bermanfaat serta dapat
dikirimkan secara automatik melalui email atau integrasi ke dalam software aplikasi Crystal
Report.
10. IT Audit, kemudahan dalam menguji
integriti data dan menganalisis data yang ada di dalam database ataupun
menganalisis user-user yang telah masuk ke dalam suatu
jaringan/network.
Manfaat menggunakan ACL Software Tools:
·
Dapat membantu dalam mengAkses data baik
langsung (Direct) kedalam system jaringan ataupun tidak langsung (InDirect)
melalui media lain seperti softcopy dalam bentuk teks
file/report.
·
Menempatkan kesalahan dan potensial fraud sebagai
pembanding dan menganalisa file-file menurut aturan-aturan
yang ada.
·
Mengidentifikasi kecenderungan/gejala-gejala,
dapat juga menunjukan dengan tepat/sasaran pengecualian data dan menyelidiki
potensi area yang menjadi perhatian.
·
Mengidentifikasi proses perhitungan kembali
dan proses verifikasi yang benar.
·
Mengidentifikasi persoalan sistem pengawasan
dan memastikan pencapaian permohonan dengan aturan-aturan yang telah
ditetapkan.
·
Aging dan
menganalisa Account Receivable/Payable atau beberapa transaksi
lain dengan menggunakan basis waktu yang sensitif.
·
Memulihkan pendapatan yang hilang dengan
pengujian data pada data-data duplikasi pembayaran, menguji data-data
nomor Invoice/Faktur yang hilang atau pelayanan yang tidak
tertagih.
·
Menguji terhadap hubungan antara authorisasi
karyawan dengan supplier.
·
Melakukan proses Data Cleansing dan Data
Matching atau pembersihan data dari data-data duplikasi terutama dari
kesalahan pengetikan oleh End-User.
·
Dapat melaksanakan tugas pengawasan dan
pemeriksaaan dengan lebih fokus, cepat, efisien, dan efektif dengan lingkup
yang lebih luas dan analisa lebih mendalam. Mengidentifikasi penyimpangan (Fraud
Detection) dapat dilakukan dengan cepat dan tepat sehingga memiliki waktu
lebih banyak alam menganalisa data dan pembuktian.
Elektronik Working
Paper (eWP)
Transformasi Proses dan
Prosedur Selaras dengan Pelan Strategik JAN 2016-2020, JAN komited untuk
menambah baik proses dan prosedur kerja sedia ada. Teras 3, Pelan Strategik
yang berfokus untuk menambah baik kualiti Laporan Ketua Audit Negara telah
menyenaraikan inisiatif untuk menambah baik dan mentransformasi proses dan
prosedur JAN. Usaha-usaha untuk melaksanakan transformasi ini adalah kesan
daripada perubahan ekologi dan persekitaran dalam sektor awam yang antaranya
adalah transformasi digital. Transformasi digital adalah fenomena masa kini
yang sentiasa cepat berubah. Persekitaran luar dan lain-lain industri juga
banyak mempengaruhi kaedah pengauditan. Pendekatan pengauditan masa kini iaitu
risk-based approach adalah pendekatan yang memerlukan juruaudit mengenal pasti
risikorisiko luaran dan dalaman sebelum menentukan pendekatan pengauditan.
i. Elektronik Working Paper (eWP) Pada tahun
2015, melalui Program Transformasi JAN, sejumlah peruntukan telah diperoleh
bagi melaksanakan elektronik Working Paper. Melalui eWP kertas kerja
pengauditan dibuat secara elektronik dan juruaudit perlu mematuhi prosedur yang
telah ditetapkan khususnya semasa meneliti inherent risk, control risk dan
penetapan materialiti serta pensampelan. Usaha menghasilkan template penilaian
risiko, materialiti dan pensampelan adalah antara usaha JAN bagi memastikan
kaedah risk-based audit diguna pakai dalam perancangan dan pelaksanaan
pengauditan. eWP juga adalah usaha untuk memastikan penyimpanan dokumen adalah
secara digital. Selaras dengan big data analytics pula, JAN juga telah memulakan
usaha-usaha untuk mengumpul dan mendapatkan data dari pelbagai agensi sama ada
di peringkat Persekutuan dan juga Negeri. Usaha-usaha ke arah big data ini
disokong oleh inisiatif terkini Kerajaan iaitu MyGOVEA. Pelaksanaan MyGOVEA
adalah satu perubahan drastik dalam proses dan prosedur sektor perkhidmatan
awam. Data bagi setiap proses akan disimpan oleh MAMPU dan ia adalah gunasama.
Bagi tujuan tersebut, semua Kementerian dan Jabatan perlu mengadaptasi
pelaksanaan Enterprise Architecture (EA). Bagi mengadaptasi pelaksanaan EA,
pemahaman terhadap konsep ‘business you’, `business model generation’, COBIT
5.0 dan konsep TOGAF 9.1 adalah perlu. Konsep yang harus difikirkan bagi setiap
proses kerja ialah berfikir dari perspektif pelanggan atau `customer’ Kebaikan
melaksanakan MyGOVEA di semua peringkat kementerian ialah: a. Mengenal pasti
proses kerja dan sistem sokongan yang bertindan dalam pelbagai agensi; dan b.
Menambah baik proses kerja sedia ada dengan mengenal pasti jurang yang wujud
dan penambahbaikan disyorkan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam kepada
rakyat.
ii. Pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks
Akauntabiliti Pada tahun 2017, transformasi terhadap pengauditan pengurusan
kewangan telah dilaksanakan dengan fokus kepada penilaian risiko. Usaha penambahbaikan
ini adalah selaras dengan kaedah pengauditan masa kini yang berfokus kepada
penilaian risiko. Pendekatan audit berasaskan risiko membolehkan SAI memahami
risiko semasa dan menilai keberkesanan kawalan sedia ada. Di samping itu,
penilaian risiko juga membolehkan pengurusan untuk menyasarkan sumber kepada
operasi tertentu. Semua organisasi akan cuba mengurangkan berlakunya insiden
atau risiko dalam industri yang berkaitan dengan mengenal pasti risiko yang
akan berlaku. Pengauditan penilaian risiko adalah untuk meningkatkan kualiti
dan keberkesanan audit dengan mengubah amalan audit sedia ada kepada fokus
risiko. Standard pengauditan juga memberikan fokus yang utama kepada proses
audit dalam beberapa bidang utama termasuk penilaian risiko yang sedia ada dan
kawalan serta menghubungkan penilaian risiko iDimensi risiko adalah termasuk
i)
pelbagai penyebab dan akibat
negatif;
ii)
ii) pelbagai jenis akibat negatif;
iii)
iii) kepentingan setiap jenis
akibat negatif; iv) pelbagai pihak berkepentingan yang mungkin mengalami
pelbagai jenis kesan negatif pada tahap yang berbeza-beza; dan v) taburan
kebarangkalian yang berkaitan dengan setiap gabungan dimensi sebelumnya. Untuk
memilih audit yang akan menambah nilai, adalah sesuai untuk mengenal pasti
risiko. Risiko dalam konteks audit adalah peluang prestasi buruk oleh
organisasi atau kemungkinan kesalahan dan salah laku. Indeks Akauntabiliti juga
telah ditambah baik dengan pelbagai aspek. Penambahbaikan ini dibuat dengan
mengambil kira kaedah pengauditan masa kini yang berfokus kepada penilaian
risiko dan perubahan semasa berasaskan ulasan dan maklum balas yang diterima
daripada stakeholders. Kajian semula terhadap pengauditan Pengurusan Kewangan
telah dilaksanakan berdasarkan maklum balas daripada pelbagai pihak dan juga
lesson learnt daripada pengauditan yang dilaporkan.
Antara isu yang dikenal pasti dan dikaji
semula adalah:
a.
Auditi dinilai secara
menyeluruh dan tidak diklasifikasikan mengikut kriteria yang tertentu seperti
peruntukan, bilangan pusat tanggungjawab, perbelanjaan, hasil dan lain-lain
b.
Persampelan audit tidak
mengambil kira saiz sesebuah auditi; dan
c.
c. Aspek risiko tidak
diterapkan dalam pemberian markah dan keberkesanan kriteria.
Sistem eAudit, eARAS
dan eFAS.
Aplikasi pengauditan utama yang digunakan
di JAN adalah Sistem eAudit, eARAS dan eFAS. eAudit: Sistem eAudit ini adalah
sistem pengurusan audit secara menyeluruh di JAN yang antaranya mengandungi
maklumat seperti penyediaan rancangan audit tahunan, maklumat pengauditan,
laporan, data analytic, repositori, modal insan, auditi, susulan audit dan
kertas kerja elektronik (eWorking Paper) bagi penyata kewangan interim dan
muktamad. eAras: ‘Electronic Audit Rating System (Sistem eARAS)’ adalah satu
sistem yang menyimpan semua maklumat berkaitan prestasi penarafan audit
Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan
Negeri,
Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama
Islam berdasarkan Indeks Akauntabiliti. Sistem eARAS ini telah berjaya membantu
Jabatan dan juruaudit dalam proses pemarkahan bagi pengauditan Indeks
Akauntabiliti. Melalui eARAS, prestasi auditi dapat ditentukan setiap tahun dan
laporan berkaitan dapat dikeluarkan. eFAS: Sistem eFAS menyediakan kemudahan
kepada pengguna di Firma Audit Swasta (FAS) untuk menguruskan maklumat firma
yang menjalankan pengauditan di JAN.
Sistem eFAS merupakan sistem pengurusan
APLIKASI PENGURUSAN AUDIT pelantikan dan pemantauan Firma Audit Swasta (FAS).
Sistem ini merangkumi proses pendaftaran FAS, pemilihan, pelantikan, penilaian
prestasi FAS sehingga pembayaran. Dengan penggunaan sistem ini pengurusan Firma
Audit Swasta (FAS) telah dapat dipertingkatkan. Sistem eAudit yang digunakan
ini telah berjaya membantu juruaudit dalam menyediakan rancangan audit tahunan
dengan cepat dan bersistematik, menyediakan maklumat pengauditan Sektor Audit
Kewangan - Pengurusan Audit - Fail Kertas Kerja dan Bukti Audit Sistem eAras 15
eWorking Paper BNM, KWSP, KWAP, PERKESO, LTH, LTAT 13 Negeri 25 Kementerian/ 101
Jabatan (Kerajaan Persekutuan.
Sistem eAudit bagi tujuan pelaporan serta mempercepatkan
dan memperkemaskan pengauditan interim dan muktamad yang sebelum ini dibuat
secara manual. eAudit juga menyimpan maklumat semua panduan, garis panduan dan
pekeliling yang dijadikan rujukan oleh juruaudit semasa pengauditan dijalankan.
Sistem eAudit dijadikan sumber rujukan utama di JAN bagi maklumat pegawai dan
kakitangan audit serta pasukan pengauditan. Sistem eAudit juga menyimpan
profail setiap auditi yang telah atau akan diaudit.
6.0 CABARAN DAN KEBURUKAN
REVOLUSI INDUSTRI 4.0 KEPADA DUNIA
Apakah pula cabaran dan
keburukan IR 4.0 kepada dunia? Secara umumnya, BCG (2015) meramalkan perkara
berikut sebagai aspek yang menjadi cabaran kepada kita semua dalam era IR 4.0:
1. Keselamatan: Integrasi
atas talian membuka ruang kepada risiko kebocoran maklumat, risiko keselamatan
dan kecurian siber. Oleh yang demikian, penyelidikan berkaitan isu keselamatan
terutamanya keselamatan siber amat penting.
2. Modal: pelaburan modal
yang amat besar diperlukan dalam usaha membangun IoT, pengkomputeran awan dan
sebagainya. Ia memberi kesan kepada syarikat dan perniagaan kecil yang
mempunyai modal terhad. Mereka ini mungkin gulung tikar.
3. Pekerjaan: fungsi
manusia diganti oleh tenaga robotik. Untuk kekal relavan dalam sektor
pekerjaan, pekerja memerlukan pengetahuan dan kemahiran baru.
4. Kerahsiaan: maklumat peribadi/ perniagaan
terdedah kepada semua pemegang taruh. Pendek kata tiada lagi istilah sulit dan
persendirian, rahsia peribadi atau rahsia perniagaan.
IR 4.0 membawa pelbagai
cabaran khusus kepada sumber manusia yang menjadi tunjang kepadanya. Zafir
(2018) menyenaraikan beberapa cabaran IR 4.0 kepada sumber manusia iaitu:
1. Masalah teknostres:
Teknostres ialah suatu penyakit moden yang disebabkan oleh ketidakupayaan
seseorang individu menampung keperluan teknologi komputer dan automasi. Ia
bermula daripada teknofobia (ketakutan tidak munasabah yang dialami oleh
seseorang terhadap teknologi). Teknofobia dan teknostres banyak dialami oleh
generasi ‘baby boomers’ dan ‘X’ lantaran kemajuan teknologi pada zaman mereka
adalah tidak secanggih apa yang akan dibawa oleh IR 4.0. Teknostres akan
membawa pelbagai kesan negatif kepada kesihatan sumber manusia seperti MSD,
kelesuan, kepenatan, masalah penglihatan dan pendengaran, serta kehilangan
tumpuan.
2. Aduan somatik: Aduan
somatik ialah aduan yang melibatkan aspek biologi tubuh badan, emosi dan
psikologi yang disebabkan oleh persekitaran. Kajian menunjukkan aduan somatik
boleh menjejaskan kesihatan dan prestasi pekerjaan. Statistik Tahunan PERKESO
2016 merekodkan pelbagai kes aduan somatik dalam kalangan pekerja di Malaysia.
Aduan itu dibahagikan kepada bahagian kepala (5,290), anggota bahagian atas
(20,212) dan anggota bahagian bawah (14,915).
3. Gangguan muskuloskletal
(MSD): Gangguan muskuloskletal (MSD) adalah suatu bentuk gangguan pada bahagian
otot rangka yang disebabkan oleh beban statik yang berlaku secara
berulang-ulang bagi tempoh masa yang panjang. MSD menyebabkan kecederaan saraf,
tendon, ligamen, tulang, sendi bahagian atas, sendi bahagian bawah dan tulang
belakang. Ia dilaporkan sebagai mewakili 42 – 58 peratus daripada keseluruhan
penyakit berkaitan pekerjaan di dunia. Di Malaysia pula sebanyak 173 kes
berkaitan dnegan MSD dilaporkan pada tahun 2016 (Statistik Penyakit Pekerjaan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 2016). MSD memberi kesan langsung
kepada produktiviti sumber manusia dan daya saing organisasi.
4. Stres Pekerjaan: Ia
bukanlah suatu perkara asing kepada sumber manusia. Namun demikian, ia
merupakan masalah kesihatan pekerjaan yang perlu diberi perhatian dalam
organisasi. Ia membawa pelbagai kesan kepada psikologi, fisiologi dan gelagat
sumber manusia. Impak psikologi yang dimaksudkan di sini ialah kebimbangan,
kesedihan, dan cepat marah. Bagi impak fisiologi pula ia termasuklah tekanan
darah, dan sakit jantung. Impak terhadap gelagat boleh dikesan melalui
penurunan prestasi kerja, gangguan tidur, dan peningkatan kemalangan semasa
bekerja.
Keselamatan
Mungkin aspek yang paling mencabar untuk
melaksanakan Revolusi Industri 4.0 adalah risiko keselamatan IT. Integrasi atas
talian, memberi ruang kepada pelanggaran keselamatan dan kebocoran data.
Pencurian siber juga harus dipertimbangkan. Oleh haldemikian, penyelidikan
dalam keselamatan adalah penting.
Modal
Transformasi sedemikian memerlukan pelaburan
besar dalam teknologi baru yang agak mahal. Keputusan untuk melakukan
transformasi dibuat pada peringkat CEO. Walaubagaimanapun, risiko mesti
dikira dan diambil dengan serius. Di samping itu, transformasi sedemikian
memerlukan modal yang besar, dan kesannya akan dirasai oleh perniagaan yang
kecil yang mungkin akan terjejas pada masa akan datang.
Pekerjaan
Walaupun masih awal untuk membuat spekulasi
mengenai keadaan pekerjaan yang menerima pakai Industri 4.0 di seluruh dunia,
adalah selamat untuk mengatakan bahawa pekerja perlu mempelajari pelbagai
kemahiran baru. Ia boleh membantu peningkatan kadar bayaran pekerjaan tetapi
pada masa yang sama mengasingkan pekerja sektor besar. Sektor pekerja yang
kerjanya berulang-ulang akan menghadapi cabaran dalam industri yang sedang
berkembang. Bentuk pendidikan yang berbeza mesti diperkenalkan,
Walaubagaimanapun, ia mungkin akan mendatangkan masalah untuk pekerja yang
lebih berusia.
Privasi
Ini bukan sahaja kebimbangan pelanggan,
tetapi juga pengeluar. Dalam industri yang saling berkaitan, pengeluar perlu
mengumpulkan dan menganalisis data. Kepada pelanggan, ia mungkin
kelihatan seperti ancaman terhadap privasinya. Ini bukan hanya eksklusif kepada
pengguna. Syarikat-syarikat kecil atau besar yang tidak berkongsi data mereka
pada masa lalu, terpaksa bekerja dengan cara yang lebih telus. Merapatkan
jurang antara pengguna dan pengeluar akan menjadi cabaran besar bagi kedua-dua
pihak.
Kesan Industri 4.0 Terhadap Industri Pekerjaan
Tempatan
Mengulas
lanjut mengenai kesan Industri 4.0 ke atas penggunaan tenaga kerja tempatan,
Dr. Othman berkata kumpulan menengah rendah akan menjadi kumpulan paling
terjejas kerana secara perlahan menjadi kelompok yang tidak diperlukan dalam
ekonomi.
“Kumpulan menengah
rendah ini lebih mudah diganti dengan robot dan sistem kerana mereka tidak
mempunyai ‘tacit knowledge’ yang boleh ditawarkan kepada majikan dan ekonomi
secara keseluruhannya.
“Akibat diganti
dengan peralatan komputer dan komunikasi digital lainnya, kumpulan ini akhirnya
akan terpinggir dalam sistem ekonomi baru ini,” katanya.
Berbeza dengan
kumpulan berpendapatan rendah meskipun statusnya sama dengan kumpulan
berpendapatan sederhana tetap mempunyai beberapa perbezaan positif dengan
kebanyakan mereka mengekalkan pekerjaan masing-masing.
“Kumpulan pendapatan
rendah ini akan terus mendapat perhatian dan simpati kerajaan dan industri
mengenai nasib mereka. Pelbagai dasar dan polisi akan dirangka oleh pihak
kerajaan bagi mengekalkan pekerjaan mereka.
“Perkara ini berlaku
di atas sebab bahawa robot dan teknologi automasi tidak akan mampu untuk
melakukan pekerjaan golongan ini seperti tukang sapu, tukang cuci dan juga
membasuh tandas,” katanya lagi[3].
7.0 PERSEDIAAN MALAYSIA
BAGI MENGHADAPI INDUSTRI 4.0, CADANGAN DAN KAEDAH MENGATASI MASALAH DALM
REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Kehadiran
Industri 4.0 pasti berlaku dan kesannya pasti akan dirasai oleh seluruh dunia
termasuklah Malaysia. Pengarah UTMCC, Prof.
Madya Dr. Othman Ibrahim berkata dari aspek persediaan kemahiran,
Malaysia masih terkebelakang berdasarkan kepada fakta bahawa masih banyak
elemen-elemen penjanaan ekonomi dan perindustrian masih dilakukan secara
manual.
“Walaubagaimanapun
kemunculan Industri 4.0 ini juga membawa sinar positif bagi mereka yang tahu
memanfaatkannya. Penghijrahan ke teknologi perdagangan alam maya atau e-commerce bakal membuka lebih banyak peluang
ekonomi untuk rakyat Malaysia.
“Dengan wujudnya
peluang perniagaan gaya baru ini, setiap individu di Malaysia boleh menjual dan
membeli barangan melalui aplikasi tertentu dengan kos yang lebih murah
berbanding di kedai,” katanya.
Pihak
kerajaan juga boleh mewujudkan Rancangan Malaysia khusus untuk 30 tahun ke
hadapan sempena Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi memperincikan bagaimana
masyarakat Malaysia memanfaatkan perkembangan revolusi ini dalam mengatur
ekonomi, perindustrian, perdagangan dan cara kehidupan.
Mendepani
Cabaran Ir 4.0 Melalui Strategi Pengurusan Sumber Manusia Hijau
Cabaran IR 4.0 terhadap
kesejahteraan sumber manusia hijau mampu ditangani dengan jayanya melalui
beberapa strategi. Zafir (2018) menyarankan lima strategi pengurusan sumber
manusia hijau kepada organisasi bagi mengupayakan mereka mendepani cabaran IR
4.0.
Menitikberatkan aplikasi
ergonomik dalam peralatan kerja Pihak pengurusan sumber manusia organisasi
disaran menggunapakai aplikasi ergonomik dalam keseluruhan pengurusan
organisasi. Seperti yang telah dibincangkan dalam bab sebelum ini, ergonomik
adalah suatu pendekatan bidang kerjuruteraan yang mampu mengubah kehidupan
manusia menjadi lebih baik dan sejahtera. Ia mengambilkira elemen faktor
kemanusiaan dari segi fizikal dan keperluan dalam penciptaan produk. Dengan
cara itu, produk yang dicipta secara ergonomik berupaya meminimumkan kesakitan
dan ketidakselesaan semasa melakukan tugas dan memnimumkan stres. Dalam hal
ini, kerajaan Malaysia misalnya mewujudkan suatu peruntukan kerajaan sebanyak
RM245 juta sebagai Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaiktaraf kemudahan
pengilangan pintar di Malaysia. Dengan dana sebesar itu, organisasi dijangka
mampu memiliki peralatan dan mesin yang direkabentuk dengan konsep ergonomik.
Mewujudkan persekitaran
ergonomik dalam organisasi Persekitaran ergonomik meliputi sistem pengudaraan,
kedudukan tubuh badan, tempoh masa bekerja, reka bentuk ruang kerja, sistem
pencahayaan,system kerja syif, dan sistem bunyi. Persekitaran ergonomik amat
mempengaruhi sumber manusia dari aspek aduan berkenaan tubuh badan, keletihan,
ketidakpuasan kerja dan niat untuk berhenti. Persekitaran ergonomik juga mampu
mewujudkan suasana organisasi yang harmoni. Oleh yang demikian, latihan dan
pembangunan sumber manusia perlu memberi tumpuan kepada pengetahuan berkaitan
persekitaran ergonomik supaya sumber manusia sejahtera, sihat dan selamat di
tempat kerja. Mengurus stres melalui persekitaran ergonomik Stres akan hadir
apabila individu berpersepsi negatif terhadap persekitaran kerjanya. Oleh itu,
proses mereka bentuk sesebuah stesen kerja dalam mendepani Industri 4.0 perlu
mengambilkira beberapa faktor ergonomik. Keharmonian organisasi akan wujud
apabila ia bebas daripada sindrom bangunan tidak sihat, berlakunya komunikasi
dan interaksi secara sihat antara sumber manusia dan stesen kerja yang
mencetuskan motivasi.
Ringkasnya persekitaran
ergonomik membawa kepada pengurusan sumber manusia hijau dan persekitaran
organisasi hijau yang akhirnya nanti membuahkan sebuah organisasi sihat.
Mewujudkan keseimbangan kehidupan dan kerjaya Keseimbangan kehidupan dan
kerjaya adalah suatu titik tolak kepada kesejahteraan mental dan emosi
seseorang individu. Individu yang mencapai keseimbangan antara kehidupan dan
kerjayanya mampu mengagihkan masanya untuk bekerja, berehat, beriadah dan
bersama keluarga dari segi fizikal, mental dan emosi. Keseimbangan kehidupan
dan kerjaya mampu menambahbaik kesihatan mental masyarakat Malaysia dan
meminimumkan stres pekerjaan.
Mengamalkan prinsip
pengurusan sumber manusia hijau dalam era IR 4.0, kesejahteraan emosi manusia
amat kurang diberi perhatian. Oleh yang demikian, pengurusan sumber manusia
hijau akan mengambil peranan untuk melahirkan sumber manusia lestari dan
berdaya saing (Masri & Jaaron, 2017). Dalam prinsipnya, pengurusan sumber
manusia hijau mengetengahkan idea penggunaan tenaga manusia secara minimum
tetapi luwes melalui aplikasi automasi. Ringkasnya, kecanggihan teknologi dalam
era IR 4.0 digunakan sepenuhnya untuk mensejahterakan sumber manusia yang mana
manusia akan menjadi pengurus kepada aplikasi automasi bukan hamba kepadanya. Dengan
cara ini, organisasi akan mampu mengurus kos dan daya saing organisasi secara
cekap dan berkesan (Aykan, 2017). Selain itu, pengurusan sumber manusia hijau
akan membantu mewujudkan organisasi pembelajaran serta melakukan penambahbaikan
berterusan dalam pelbagai aspek pengurusan.
Persediaan Awal Pengurus
Sumber Manusia Bagi Mendepani Ir 4.0
Persiapan rapi perlu
dirancang dan diatur oleh pengurus sumber manusia sebelum tibanya tahun 2020.
Persiapan dan persediaan ini amatlah penting bagi memastikan kelancaran operasi
organisasi dan kejayaan organisasi memanfaatkan peluang-peluang dalam IR 4.0.
Terdapat 3 aspek yang perlu diberi perhatian dalam menyediakan organisasi
meraikan kedatangan IR 4.0. 3 aspek tersebut ialah struktur organisasi, sistem
dan infrastruktur, dan manusia yang menjadi warga organisasi (Zafir, 2018).
Struktur organisasi
Organisasi pada tahun 2020 mestilah menjadi sebuah entiti yang dinamik dan
luwes. Hal yang demikian itu adalah bagi membolehkan ia bertindak tangkas
menangani perubahan yang kadang-kala tidak dijangka dalam IR 4.0. Oleh yang
demikian, ia mesti mempunyai struktur organisasi yang rendah dan organik yang
membolehkan organisasi berubah mengikut keadaan semasa. Selain itu budaya
organisasi perlu diselarikan dengan keperluan IR 4.0. Sistem dan infrastruktur
Sistem pentadbiran dan infrastruktur yang digunapakai oleh organisasi perlu
menitikberatkan kepada teknologi hijau demi kelestarian warga manusia,
organisasi dan dunia. Infrastruktur dalaman organisasi yang dipilih perlu sepadan
dengan keperluan teknologi IR 4.0 supaya organisasi benar-benar dapat
memanfaatkan peluang yang ada pada IR 4.0.
Selain itu, infrastruktur
organisasi perlu juga mengambilkira para penggunanya melalui penerapan konsep
ergonomik dalam peralatan kerja, mewujudkan suasana kerja harmoni dan
menggunapakai pendekatan organisasi sihat. Manusia Manusia yang menjadi warga
organisasi adalah tonggak utama dalam menjayakan IR 4.0. Oleh yang demikian,
mereka mestilah terdiri daripada individu yang bercirikan sumber manusia hijau.
Kekuatan mental, emosi, fizikal dan kesihatan warga organisasi ini mampu
meningkatkan kelestarian dan daya saing organisasi.
8.0 PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA DALAM IR
4.0
Menurut ramalan ahli-ahli
ekonomi, IR 4.0 bakal mewujudkan 1.5 juta peluang pekerjaan di Malaysia.
Bidang-bidang baru yang menjadi tonggak IR 4.0 menawarkan pelbagai peluang
pekerjaan pada masa hadapan. Jadi, kebimbangan bahawa IR 4.0 akan menyebabkan
sumber manusia menganggur adalah satu dakwaan yang tidak berasas.
Walaupun begitu, peluang
pekerjaan yang dimaksudkan di sini adalah bagi mereka yang berkemahiran tinggi
yang mana IR 4.0 memerlukan 60% khidmat tenaga kerja berkemahiran. Di sini
timbul satu isu penting yang perlu diberi perhatian iaitu nasib pekerja yang melaksanakan
tugas-tugas rutin dan nasib pekerja hanya mempunyai kemahiran asas sahaja. Bagi
mengelakkan sumber manusia kehilangan pekerjaan mulai tahun 2020, kerajaan
Malaysia menyasarkan agar pasaran buruhnya mempunyai sekurang-kurangnya 35%
pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2020 berbanding dengan 31% apa yang kita
miliki sekarang.
Hasrat ini diterjemahkan
melalui penekanan yang diberi kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
(TVET). Peluang yang diberi oleh kerajaan ini mesti direbut segera oleh para
pekerja berkemahiran rendah dan asas serta mereka yang melakukan tugas-tugas
rutin. Mereka perlu bersiap siaga dan meningkatkan ilmu pengetahuan serta
kemahiran yang diperlukan oleh IR 4.0.
Apakah bentuk kemahiran
yang diperlukan dalam era IR 4.0? Dalam Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung
pada tahun 2015, terdapat satu laporan telah dikeluarkan pada tahun 2016 yang
mana laporan tersebut membandingkan keperluan kemahiran sumber manusia pada
tahun 2015 dengan tahun 2020 (World Economic Forum, 2016).
9.0 KESIMPULAN
Kehadiran IR 4.0 tidak
dapat dilengahkan atau dihalang. Banyak peluang dan cabaran yang dibawa
bersamanya. Untuk mendepaninya, kita perlu bersedia dari segi fizikal, mental,
spiritual dan emosi. Pengurus sumber manusia dan sumber manusia itu sendiri
mesti berubah seiring dengan keperluan IR 4.0. Ini adalah untuk memastikan
mereka kekal relevan walaupun dunia beralih ke era baru. Perubahan pengurusan
sumber manusia konvensional kepada pengurusan sumber manusia hijau adalah amat
penting sebagai langkah awalan dalam anjakan paradigma sesebuah organisasi.
Anjakan paradigma yang diambil oleh organisasi ini amatlah perlu kerana ia
bakal menghasilkan sumber manusia hijau. Sumber manusia hijau ini seterusnya
akan menjadi seorang adiwira harapan organisasi yang menjuarai semua cabaran
dan rintangan IR 4.0.
Inisiatif dan
peruntukan Bajet 2019 jelas bertepatan revolusi industri 4.0, menjamin
kelestarian persekitaran dan membuka harapan gagasan TN50 dalam kerangka
maqasid syariah. Hampir semua pihak gembira terutamanya golongan berpendapatan
rendah dan sederhana tetapi cabaran yang tinggal ialah merealisasikannya. Amat
perlu kita memahami teras belanjawan itu sebagai berharmoni dengan kerangka
maqasid syariah yang menjangkau semua urusan kehidupan dengan sasaran
kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Ini bererti, kita perlu merungkai agenda
kehidupan dalam kerangka al-Quran, sebagaimana perintah Allah SWT yang
bermaksud: “Dan carilah apa yang Allah
sediakan di alam akhirat (balasan dan kebahagiaan), tapi janganlah lupa nasib
kalian daripada dunia (yakni amal perbuatan dan kenikmatan).” (Al-Qasas: 77).
Berdasarkan ayat ini,
Allah memerintahkan agar pandangan alam dan prinsip hidup bermatlamatkan
akhirat sebagai pra-syarat sebelum menekuni usaha dan menikmati habuan
kehidupan duniawi. Gagasan akhirat mampu membersihkan urusan yang menyalahi
etika kemanusiaan dan adab syariah seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa,
penganiayaan, penipuan dan segala kemungkaran.
Seperti ungkapan
hikmah para cendekiawan mengatakan “jika kita mengejar dunia, dunia akan lari
lebih pantas dan kita akan kepenatan. Jika kita mengejar akhirat, dunia akan
mengejar kita”. Sesungguhnya, orang yang memahami ungkapan ini ialah orang yang
telah menjiwai mafhum firman Allah tersebut. Merekalah yang telah mencapai Par
Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.
Semua pihak perlu
memastikan pembangunan inklusif dalam rentak revolusi perindustrian keempat.
Umat Islam sewajarnya lebih peka dan bersedia kerana semua teknologi yang
sedang pesat berkembang ini telah disebutkan di dalam hadis Rasulullah SAW
antara lain memberi maksud bahawa suasana suatu zaman yang masanya menjadi
singkat, jarak sudah menjadi dekat dan komunikasi pula menjadi lebih rapat
(berdasarkan hadis diriwayatkan oleh At-Tirmizi).
Seiring dengan
kefahaman ini, semua sektor perlu mempersiapkan diri tidak kira dalam bidang
ekonomi, sosial dan sebagainya. Suasana yang digambarkan telah memaksa manusia
turut berevolusi dan tidak statik dengan pendekatan tradisi dalam kehidupan. Namun,
maksud pembaharuan dan pembangunan ini ditujukan kepada kaedah kehidupan yang
diperbaharui, bukannya memperbaharui teras agama bersifat qat’ie (muktamad) dan
tidak berubah.
Orang tua-tua selalu
berpesan agar budaya sediakan payung sebelum hujan perlu sentiasa diamati,
lebih-lebih lagi apabila membincangkan tentang revolusi teknologi. Di samping
manfaatnya yang banyak, impak teknologi dan globalisasi bakal menggandakan
persaingan dan meluaskan capaian tanpa sempadan. Malaysia yang dalam proses
menangani isu pengangguran bakal dikejutkan dengan kehilangan beberapa jenis
pekerjaan tradisi dalam bidang-bidang tertentu kerana digantikan dengan
peranti, teknologi dan aplikasi pintar. Dilaporkan bahawa Monetary Authority of
Singapore (MAS) sedang dalam proses membangunkan mata wang maya (wang kripto)
sendiri ekoran dari perkembangan pasaran wang digital antarabangsa sebagai
alternatif dan langkah strategik negara tersebut mempersiapkan diri menjadi
hub-kewangan digital.
Landskap industri dan jenis
pekerjaan sudah mula berubah. Peluang pekerjaan tradisi bakal digantikan dengan
jenis pekerjaan baru umpamanya keperluan kepada pembangun aplikasi pintar,
jurutera program, mudah alih dan pakar teknologi. Sehubungan itu, premis
perniagaan juga tidak lagi diperlukan kerana urusniaga dilakukan secara atas
talian tanpa halangan masa dan tempat. Premis pejabat, kaunter pelanggan dan
perkhidmatan lepas jualan umpamanya akan dilakukan secara maya.
Di masa hadapan, kehadiran
teknologi pintar dalam pelbagai industri menyebabkan ekosistem ekonomi dan
sosial turut berubah. Urusan perbankan sekarang ini lebih mudah dilakukan
secara atas talian kerana menjimatkan masa dan tenaga. Sehingga kini, terdapat
lebih kurang 11 aplikasi pintar teknowang (teknologi kewangan) telah mampu menggantikan
enam kluster fungsi tradisi kewangan melibatkan insurans, deposit dan pinjaman,
pembiayaan dana, pelaburan, provisi pasaran dan sistem pembayaran.
Kemudahan penggunaan
teknologi ini jika tidak dihemati akan membawa bersamanya sampah sarap anasir buruk
seperti aplikasi berbahaya serta boleh membawa kesan moral dan jenayah.
Pesan
al-Quran dalam surah al-Baqarah, ayat 195 mafhumnya; “Berinfaqlah kalian ke
jalan Allah dan jangan kalian jerumuskan diri kepada kemusnahan, berbuatlah
baik kerana Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan.”
Inisiatif dan peruntukan
bajet kerajaan memerlukan sokongan semua pihak untuk merealisasikan
kejayaannya. Semua pihak perlu menjalankan peranan masing-masing supaya
aspirasi negara melalui belanjawan 2019 berjaya menyelesaikan masalah
kemiskinan, pengangguran, ketidaksamaan agihan, kos sara hidup dan menjamin
kestabilan moral masyarakat.
Kesimpulan Transformasi
organisasi adalah fenomena yang dilaksanakan bagi menangani isu dan cabaran
semasa dalam ekologi persekitaran sektor awam. Perubahan dan transformasi
adalah saling berkait tetapi berbeza. Perubahan persekitaran adalah catalyst
kepada perubahan organisasi. Perubahan sistem pentadbiran sektor awam seperti
transformasi digital akan mempengaruhi fokus pengauditan yang dilaksanakan.
Bagi memudahkan pengauditan dilaksanakan dalam era digital, perubahan dan
penambahbaikan dalam kaedah dan peraturan pengauditan juga adalah antara faktor
yang mendorong kepada transformasi dalam proses dan prosedur kerja JAN.
Transformasi JAN adalah tindak balas yang proaktif terhadap perubahan semasa
khususnya transformasi proses dan prosedur kerja. Cabaran dalaman dan luaran
telah mendorong JAN mengambil inisiatif yang drastik untuk menangani evolusi
dalam perkhidmatan sektor awam bagi menjadikan JAN terus relevan dan outcomes
yang dihasilkan memberi impak kepada stakeholders khususnya kepada rakyat.
10.0 RUJUKAN
[1]
www.audit.gov.my
[2] Jurnal Pengurusan
Sumber Manusia Hijau Mendepani Industri 4.0B(2018), Zafir Mohd Makhbul Universiti
Fazilah Mohamad Hasun Mohd Nazmy Abd Latif , Universiti Kebangsaan Malaysia
Comments