Permohonan Rayuan BSH 2019

MAKLUMAN TERKINI

  • Permohonan Rayuan BSH 2019 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM bermula 01 Julai 2019 sehingga 15 Ogos 2019 (tertakluk kepada pindaan). Sila Klik  untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Tindakan / Dokumen Sokongan yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan
  • Permohonan Rayuan BSH 2019 secara dalam talian boleh dibuat mulai 01 Julai 2019 hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja. Sila Klik  untuk maklumat lanjut Permohonan Rayuan yang dibenarkan secara dalam talian. Selain daripada status Tidak Lulus berkenaan, Rayuan perlu dibuat di Cawangan LHDNM
  • Pemohon Kategori Bujang (RM100) yang berstatus Gagal Kredit akan menerima Surat Makluman Gagal Kredit mulai 22 April 2019 dan perlu membawa surat berkenaan ke BSN bagi tujuan penunaian.
  • Walau bagaimanapun, sekiranya Pemohon Kategori Bujang (RM100) masih belum menerima Surat Makluman BSH 2019 untuk penunaian di BSN, penerima boleh membuat penunaian terus (tanpa Surat Makluman) di BSN dengan hanya membawa MyKad Asal berdasarkan status pengkreditan seperti di bawah mulai:
  1. 25 April 2019 – bagi pemohon yang Tidak Mempunyai Maklumat Akaun
  2. 2 Mei 2019 – bagi pemohon yang berstatus Gagal Kredit
    Penunaian di BSN adalah berdasarkan Nombor Siri yang boleh disemak pada Portal BSH > Semakan Penerima Bujang. Cetakan Salinan Surat Makluman BSH 2019 berkenaan tidak akan dikeluarkan.
  1. Ada Akaun - Pengkreditan ke akaun pemohon berdasarkan maklumat akaun bank yang didaftarkan semasa Permohonan BSH 2018
  2. Tiada Akaun – Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan Surat Makluman BSH 2019 yang akan diposkan kepada pemohon
  • Pendaftaran Permohonan, Kemas Kini dan juga penghantaran Dokumen Sokongan BSH 2019 TELAH DITUTUP. Sebarang penghantaran Borang Permohonan, Kemas Kini dan Dokumen Sokongan BSH 2019 tidak akan diterima oleh LHDNM.
  • Cetakan Salinan Surat Makluman Lulus BSH bagi Fasa Pertama telah boleh dibuat cetakan secara dalam talian oleh penerima Fasa Pertama BSH di Portal BSH > MyBSH > Peti Mel > Surat-Surat mulai 1 Mac 2019. Selain daripada cetakan secara dalam talian, penerima BSH juga boleh mendapatkan cetakan Salinan Surat Makluman Lulus BSH Fasa Pertama di mana-mana Cawangan LHDNM mulai 5 Mac 2019.
  • Aplikasi Mobile Bantuan Sara Hidup telah boleh dimuat turun di Play Store / App Store pada Telefon Bimbit dengan Carian Bantuan Sara Hidup dan Logo Aplikasi adalah seperti berikut:
  • Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) pada 27 Disember 2018.
  • Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019.

  • MyBSH telah dibuka bagi tujuan Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima Fasa Pertama BSH 2019. Pastikan pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2018 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.

  • Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019.

  • Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019

  • Status pengkreditan Bayaran Fasa Pertama BSH 2019 ke akaun (Berjaya Kredit / Gagal Kredit) akan mula dipaparkan pada Jadual Bayaran melalui semakan MyBSH > Semakan Status > Maklumat Bayaran mulai 15 Februari 2019. Oleh itu, penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 sendiri perlu membuat semakan pada penyata akaun bank yang telah didaftarkan semasa BSH 2018 bagi mengetahui status pengkreditan bayaran berkenaan.

  • Pemohon atau pasangan yang tidak mempunyai akaun bank semasa membuat permohonan BSH 2019 adalah TIDAK PERLU MEMBUKA AKAUN BANK bagi pengisian maklumat bank pada permohonan BSH 2019. Ini kerana, bagi permohonan yang lulus BSH 2019 dan tidak mempunyai maklumat akaun bank semasa permohonan BSH 2019 atau status pengkreditan ke akaun adalah tidak berjaya, pihak BSN akan membuka akaun bank (BSN) secara automatik semasa pembayaran BSH 2019.

  • Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019
    1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
    2. Kad Pengenalan Asal Waris
    3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
    1. Tarikh bayaran mulai 28 Januari 2019 bagi penerima BSH 2019 yang mendaftarkan Maklumat Akaun Bank semasa BSH 2018
    2. Surat Makluman Lulus BSH 2019 akan diposkan kepada penerima BSH 2019 yang tidak mendaftarkan Maklumat Akaun Bank berdasarkan alamat yang telah didaftarkan semasa BSH 2018 mulai 4 Februari 2019 bagi tujuan penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
    1. Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
    2. Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
    3. Warga emas sebatang kara

  • Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
    1. Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
    2. Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
    3. Bujang yang mempunyai tanggungan

  • Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

  • Maklumat BSH 2019 yang akan menyusul untuk paparan dan sebagai informasi kepada umum adalah seperti berikut:
    1. Maklumat Syarat Kelayakan BSH 2019
    2. Permohonan melalui dalam talian
    3. Panduan Pengguna bagi permohonan dalam talian
    4. Borang Permohonan BSH2019 Yang Boleh Dimuat turun
    5. Panduan Pengguna Pengisian Borang
    6. Soalan Lazim (FAQ)

Comments

Popular posts from this blog

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT : ANAK YATIM

KOMUNIKASI

ANALISA PEKERJAAN